Jacob’s

Redmummy’s Little Secrets!

48hours sponsored post

photo-1

As a mother, macam korang semua gak, penat lelah dalam menjaga anak-anak toksah cakaplah kan. Memang tak menang tangan! Dari celik mata sampai nak tutup mata, tak habis-habis melayan kerenah diorang. Sampai kadang-kadang mencabar kesabaran kita dek kenakalan dan kelakuan diorang tu.

Tapi at the end of the day, biasanya aku tersenyum sendiri bila kenang-kenangkan balik semua tu. Anak-anak itulah anugerah yang tak ternilai buat aku. Dan aku rasa salah satu rahsia yang paling utama kita sebagai ibu dalam membesarkan anak-anak ialah sabar. Sabar banyak-banyak. Kalau boleh tahap kesabaran kena berada ditahap tertinggi, kalau tidak boleh stress jadinya!

image

Tapi mungkin cara kita berbeza, kita ada cara kita sendiri dalam membentuk dan membesarkan anak masing-masing. Antara little secrets aku yang lain as a mother ialah aku selalu tinggalkan those little sticky notes kat diorang. Kadang-kadang aku letak dalam pencil case diorang, letak dalam beg sekolah, tampal kat dalam bilik diorang. Just to show our love, concerns, appreciation towards them, even to share something with them.

“I love u”, “Take good care”, “Be good boy/girl”, “Belajar rajin-rajin ya”, “Mummy proud of you” antara yang aku tuliskan kat notes tu. They also even reply back to me with the sticy notes macam gambar kiri atas tu, it was from Kakak “I love Mom & Dad”. So sweet of you Kakak. Ade jugak yang macam kat atas nun “Don’t be lazy, clean up your room!” hiks. Tu biasanya untuk si Abang.

image

So kalau korang pun sama macam aku ade those little mummy’s secrets, bolehlah berkongsi bersama JACOB’S. Sebabnya korang mungkin berpeluang memenangi Kitchen Makeover yang bernilai sebanyak RM30 ribu! WOW 30 ribu tu, memang betul-betul make over menjadi kitchen idaman la jawapnya. Bukan itu sahaja, hadiah lain termasuklah KETTLER Exercise Bicycle, OSIM uPapa Hug IV dan juga La Gourmet Kitchenware.

image

Minta maaflah ya, aku awal-awal lagi dah submit hiks. Tapi not to worry. korang pun still boleh submit lagi sebab tarikh tutupnya lambat lagi iaitu pada 30 June 2013.

Cara dia senang jer:

1.Beli apa-apa produk JACOB’S

2.Kongsikan rahsia menarik korang sebagai ibu

3.Boleh submit via online ataupun post, tapi jangan lupa sertakan receipt pembelian ataupun bar code dia

Dan semestinya the most creative and interesting mummy’s secret will win the contest. 30 ribu Kitchen Makeover tu weiii. Aku pun nakkk!!!

IMG_8445

Tapi kalau tak menang pun, kita tak rugi kerana memilih JACOB’S kerana ianya biskut yang berkhasiat untuk kita semua! Itu lebih penting untuk pembesaran anak-anak kita, betul tak?

Tapi kalau menang lagi lah tak rugiiii, untung banyak tu :) So jangan lupa kongsikan rahsia menarik dan kreatif kita sebagai seorang ibu dalam membesarkan anak-anak kesayangan kita tu di JACOB’S Mum’s Little Secret FB.

Khidmat pesanan masyarakat JACOB’S is brought by Redmummy.com

Comment: 12

Memori Redmummy bersama Jacob’s…

48hours sponsored post

IMG_1888

Beberapa minggu lepas, aku, Abang dan Kakak berkesempatan buat video shooting untuk iklan Jacob’s. Excited budak dua orang ni especially si kakak tu sampai tak sabar-sabar tanya, “Bila nak tayang ni mummy?”. Hehehe actually Mummy depa pun excited jugak hiks :)

Walaupun a bit tiring, tapi we all had fun and enjoy sepanjang proses shooting tu, tambah-tambah lagi semua yang terlibat masing-masing professional semuanya. So everything went smoothly as per plan. “Tak sabar kakak nak cakap kat kawan sekolah kakak hehehehe” Punyalah seronok si kakak :) Abang macam biasa, big boy buat cool and steady jer.

IMG_1912

Bila bercakap pasal Jacob’s ni, terimbas pulak kenangan-kenangan lama zaman aku sebaya-sebaya Kakak dulu. Kita dulu-dulu bukan macam budak-budak sekarang ni yang asik melekat dengan gajet jer. Kita dulu balik sekolah, makan, tukar baju sekolah terus keluar jumpa kawan-kawan. Ade jer benda nak main, main masak-masak la, teng-teng la, batu seremban la dan banyak lagi lah sampai lah dekat senja baru pandai nak balik rumah. Ataupun bila perut dah lapar baru nak balik rumah dok hehehe…

Ade satu hari tu, balik dari sekolah dengan tak makan terus tukar baju keluar pi main batu seremban. Sampailah lewat petang, pastu tiba-tiba Mak Ajah aku terjojol depan mata “Red, eh ko tak reti nak balik ke?” Kat situ jugak aku kena tarik telinga sampai rumah. Adoiiiiii. Tapi kasih ibu sampai ke syurga kan, marah pun tetap sayang anak. Sampai rumah jer dia tanya “Ha tak lapar ke dari tadi tak makan?” “Lapar mak” “Lauk semua adik ko dah habihkan, ni makan biskut ni dulu lapik perut”

Biskut apa lagi kalau bukan Jacob’s Cream Cracker :) Mak Ajah buat pulak air teh O panas. Sedap sungguh rasanya cecah Cream Cracker dengan teh O. Siap masukkan berkeping-keping biskut dalam teh O panas, biarkan rendam lama sket kasik lembik, then amik sudu makan omnomnom :) Korang penah makan biskut macam tu? Teringat sampai sekarang peristiwa tu especially part kena tarik telinga tu, malu wei depan kawan-kawan plak tu! Tapi kalau aku balik on time, memang Mak Ajah dah readykan teh O dengan Jacob’s Cream Cracker tu :) Berebut-rebutla makan dengan adik-badik lain hehehe.

IMG_1940

So sempena Jacob’s 60th anniversary celebration bulan March ni nanti, ya dah 60 tahun Jacob’s di Malaysia ya dan the very first batch of cream crackers was sold in 1953! They have special giveaway untuk kita semua yey! 60 tahun lama tu, memang dipercayai dari zaman emak ayah kita dulu lagi Jacob’s ni. Tambahan pula Jacob’s leads to a better and healthy lifestyle! Memang jadi pilihan kita semuakan…

Jacob's

So ingat lagi dengan bekas tin Jacob’s yang lama ni? Sempena meraikan 60 tahun Jacob’s di Malaysia, these vintage, exclusive and beautiful limited edition Jacob’s biscuit tins are up for grabs!

Apa yang korang kena buat?

Just kongsikan korang punya Jacob’s moments especially masa tengah growing up samada dalam bentuk text ataupun gambar di Jacob’s FB dan korang akan berpeluang memenangi kesemua 5 tins Jacob’s yang klasik macam atas tu.

I’m sure korang ada those moments kan. Jom kita refresh all those sweet memories with this Malaysian trusted brand, Jacob’s :)

Khidmat pesanan masyarakat Jacob’s is brought by Redmummy.com

Comment: 10