Mar
2
2010
Tuesday, 7:30 pm
baru selasa aku dah blank tak tau nak tulih hapa dahh!
macam ada 2,3 citer sensasi yang best gedebus tapi tak boleh plak nak share lam nih. but 2 hari nih aku marah sangat ngan 2 clients aku lah. sesangat! tapi takpe, itu sume hal umah tangga, kita kalo nak merajuk ke bengang not to publish in public. jaga air muka mar, tak muka aku, muka clients pun kena jaga gak.
wpun dalam hati memang rasa nak nak cecekik je diorg nih!
tapi ada gak mangkuk2 yang tak tau nak jaga air muka aku, bukan main sedap je percik2 air tu ek, amboi, kak redku sayang ke mana nya bukan main lain ek hangpa.
so alkisah aku busy lah lately nih, dah malam2 baru balik. bila balik nak tidurkan anak2, sambil tu kena jerit2 kat diorg. paling siksa time nak suh masuk tidur. abang pulak kalo dah abih homework awal, still tak nak ngadap buku, berkira tol dia. dahlah minggu ni periksa.
so nak kena paksa2 suh aku bebel baru lah dia geti nak bukak score a tuh. tu lah anak aku ni macam tak jalan je nak buat score a ni tau. tapi takper baru bape hari kita pakai kan, tunggu2 lah lu yek. n depa tidur kol 830mlm. IYE LAH KORANG, ANAK2 AKU TIDO AWAL tiap hari 830pm. apa dah asik tanya benda yang sama je dalam fb tuh. time weekdays mmg budak2 tu tidur awal lor. hari tak sekolah jer boleh tidor lambat till midnite ker.
eh dulu waktu abang umur 4,5 taun lagi dasyat tau, kol 2,3 pagi pun mata berjaga lagi nengok kartun. dah masuk year 1 baru disiplin sangat. ha pastu nak teman laki ku makan, pastu nak bukak laptop, 2,3 ari ni gak ada je keje kena buat, side job gak, nak kena ngadap 100% coz nak update entry bukan boleh main sangkut2. entries aku dah lah banyak.
ok dulu lagi banyak giler nak cong kan. aku pun pelik, bila pikir2 balik, camne aku leh buat entries yang begitu banyak dulu setiap 2 jam tuh! but skang, takkan aku nak cite yang sama jer kan, wpun adakalanya hidup kita statik sama jer, tp cara ngolahan tu lah kot yang sampai berderet2 entry.
well anw, my point is, aku sangat2 sedang busyyyyyyyyyyyyyy!
aku serba salah je kalau korang refresh tapi tak dak gak entry baru. ada pun 2,3 ketul per day je skang kan…tapi 1 good thing, aku sangat kicking dalam FB and Twitter. that s consider as live entry lah yek. sana lagi tak rasmi, sini rasmi sket coz ni macam journal. tapi betullah korang2 lam twitter tu memang follow aku and dok diam2 kan, sangat2 diorg check on apa aku buat but nak berlawan cakap balas takdak nya lah. adalah a few itupun tengok topik apa aku sangkutkan. kalo takat2 cakap ‘aku nak kencing lah’ ‘aku nak pi make up’ ha tu mmg takdak sapa nak bercakap samalah.
so dengan cakap lain, saya mohon maaflah awal2, zahir batin ucap selamat sebab lately memang entries kurang. lgpun tu pun salah satu reso aku gak, nak mengurangkan entries dan membanyakkan masa ngan laki dan anak2. mesti kang malam ni ada orang nak ngendeng2 ngan aku nya lah, coz mlm smlm dia dah balik lambat kan, bini dah tidur baru sampai umah. alkisah saya terpaksa buat berpada2….
entries banyak betul tapi nak aku type sesado tu yang lemb sket lah. sila bersabar and oh pls, if you get my email, can u please be so nice to reply it. ok kalau pas seminggu tak nak reply aku assume ko tak berminat yek. adalah orang2 nih nak tu nak nih bagai but u knowwwwwwwwwwwwwww.
mlm ni nak kena confront sket ngan gegirl, budak tu asal kena marah sket cebek. eh blom kena marah pun dah cebek apatah lagi kalo dah kena marah, lagi meraung. ingat dulu dia pi potong rambut sepupunya ngan rambut dia, ha pagi tadi aku terdengo dia cakap rude sket. bapaknya tegur light2 sangat. so aku dah tepon dia dari tpt keje tp leh dengo suara dia nak celebeng.
bersepah2 pulak contents entry nih, bantai je lah.
till then…dari tulisan separuh hati Redmummy.
Comment:
11
Category: [
RedMummy ]
RM Recent Comments