Kulit cantik, perut kempis :)

Sticky Sponsored Post for 48hours, please scroll down for new entries 🙂

image

After years not doing any treatment to my face, I got this special task, a facial treatment yey. Something I m so looking forward. Aku datang dengan muka kosong, adalah sikit light make up tapi memang takde intention pun nak basuh muka kaw2, coz memang reason to visit Cres is for them to do a facial treatment to me.

The salon looks so stylo, extravaganza classic,  located in the top floor of The Gardens. Served with chinese tea in a small cup, the staff are so kind to wait for me and slot the nite just for me, They even shut down the  shop a bit later then usual, just to make sure takde treatment yang tergesa-gesa when they treat me.

image

I have the Oasis Glow Treatment, in which during the session, they use and apply:

1. Cleansing milk to remove my make up
2. Seaweed Gel Cleansing to double cleanse
3. Soothing and Hydrating Toner to soothing and contain 14 types of plant extract
4. Bio Renewal Mask a pineapple enzyme to remove dead cell and the blackhead
5. Scalp massage
6. Cold steamer face with cotton contain special desincrustiation to soften skin and easy to extract
7. Oasis gel to keep skin hydrating, soothing
8. Shoulder massage and face massage using the aroma oil
9. Super hydrating mask and they leave it on my face for 20min to keep skin hydrating
10. Soothing and hydrating mist
11. Oasis Gel
12. Sunblock 30

IMG_1903

If you notice, banyak betul hydrating and soothing issue dalam treatment yang aku dapat, that s bcoz skin kulit aku sangat dry. Mau taknya dok dalam aircond je berbelas jam sehari, camne lah muka tak dry. But my blackhead tak banyak, boleh je dia cabut tanpa masalah pun tapi bila dia tengok muka Sirman, haiyooooooyooo, I really need to make an appointment for him. Blackhead Sirman boleh buat timbang kati ke main banyak.

So to the guys reading this entry, Cres is not only for women but also for men. Gelak je specialist tuh tengok muka Sirman yang penuh ngan blackhead hahahhhaha.

IMG_1849

Waktu ditinggalkan sendirian dalam bilik nih, dengan bau aromaterapinya with its nice song playing, for 20min aku tertidur lena. Betul2 baik punya tidur. Orang yang betul2 letih, kalau masuk bilik ni memang boleh tidur berjam2 wor…best gila aku rasa masa tuh. Nikmat tidur yang sudah lama kurang aku nikmati. Sket je lagi Sirman nak membontoti ku dibilik ni to check apa ke bininya nak tidur sampai esok ke gamaknya, ke main sedap lagi lena…

IMG_1961

That nite, I went back home, huh, tak bukak blog, tak bukak pc, terus kong! Carik katil dulu…menyambung the facial treatment nya mood di rumah sendiri. I know at least for once a month pun kita patutnya buat facial tapi tulah, alasan ku yang basi, busy and takdak masa tu yang tak boleh pakai. But once dapat buat pheweeee!

The facial treatment in Cres for 1st trial starts from the lowest of RM88, you can have the special package too, to get smoother face like me 🙂

smooth tak muka ai? Mak anak 2 tu yek huhuuuu….

IMG_4568

The next day, I visit the Cres again, to continue my next treatment, a body treatment. Argh! Tang body ni yang sogan sket, I dont have the figure already, specially after having 2 kids.

IMG_4537

Just register at the counter, their specialist will bring you to your room, boleh je simpan handbag dalam locker and tenangkan fikiran, tak yah nak pikir masalah apa2, just let them treat you like a princess. kononnya gitulah kan.

IMG_4545

The first treatment is called Electrolypolysis, untuk buang fat. So macam wayar atas tuh, dia pasang kat seluruh badan kita, and aku tidur jer bila dia buat nih. Let them do the work, tapi masa gegaran tu datang, terkejut gak ko dibuatnya but only for a while, later jap tuh dah immune and tak terasa pun gigitan semut manjanya tu yek

IMG_4551

The E-plus

It takes 30min to do this treatment, so overall, dari lengan, perut and peha memang kita dipenuhi wayar biru yang attach to the machine, tak sakit pun, gegaran tuh nak buang lemak dalam badan kita. Of course lah by doing 1 treatment memanglah kita nya lemak takkan pecah 100%, you need to do it frequently, so tu pasal ada special package for those yang makan ke main banyak specially during the Syawal month. Bulan puasa badan cantik je kan, tapi naik raya, ha bagai dipam2, habis tu rendang ketupat sumer nak ditelan….

IMG_4560

Pressure Drainage Therapy

Next, my 2 legs were wrapped with 2 plastics, kemudian dimasukkan benda silver nih, apa ke nama scientific ni yek, then attach dengan machine untuk buang air yang berlemak2 berkumpul di kaki specially kat peha kita. Wah treatment nih memang first class tak pernah lagi aku try kat mana2, tak sangka betul merasa gak diberi peluang. At this hour, aku dah memang sambung tidur and betul2 rehat lah sesaja.

Like I said earlier, in Cres you dont have to do a single thing, just be prepared to be treated like Datin Yang Berhormat, memang syok tol the feeling tuh. You got the feeling, you gonna gain your ideal weight again. Macam ni lah senang cakap, ko pi tempat yang ko rasa ko judge mahal giler, tapi bila ko tengok pakejnya sangat reasonable and VALUE for money!

IMG_4539

Love the bath tub, tak berpeluang untuk mencuba kerna saya perlu ke tugasan selanjutnya. Maybe next time…

IMG_4563

I love the make up room, wish to have this biggggggggggggg CRES in my room, thanks Cres for having RM in your trendy and stylo salon. Sesuai dengan tema CRES – Confidence, Relaxation, Elegance and Sophistication. The outlets of Cres for your quick reference:

USJ Taipan

46 Jalan USJ 10/1B
Taipan Business Triangle
UEP Subang Jaya
47620 Selangor
t : 603 5636 5313
Operation hour :
Mon-Sun 10am – 8pm
The Gardens

Lot FF-225, 4th Floor
The Gardens, Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur
t : 603 2287 6369
Operation hour :
Mon-Sun 10am – 8pm
Metro Prima Kepong
Lot No 14 & 14-1
Ground Floor & 1st Floor
Vista Magna Jalan Prima
Metro Prima Kepong
52100 Kuala Lumpur
t : 603 6250 7868
Operation hour :
Mon-Sun 10am – 8pm
Jusco Bandaraya Melaka

AEON Bandaraya Shopping Centre
Lot F06, No 2 Jalan Lagenda
Taman 1-Lagenda
75400 Melaka
t : 606 292 1951
Operation hour :
Mon-Sun 10am – 8pm
Bukit Tinggi, Klang

No 18 Lorong Batu Nilam 4B
Bandar Bukit Tinggi
41200 Klang
t : 603 3324 0828
Operation hour :
Mon-Sun 10am – 8pm
Jusco Seremban 2

Lot F06, Jusco Seremban 2 Shopping Centre
112, Persiaran S2 B1, Seremban 2
70300 Seremban
t : 606 6015 828
Operation hour :
Mon-Sun 10am – 8pm
Jusco Cheras Selatan

AEON Cheras Selatan Shopping Centre
Lot No F31 1st Floor
Lebuh Tun Hussein Onn
43200 Balakong
t : 603 9076 3369
Operation hour :
Mon-Sun 10am – 8pm
Jusco Tebrau City

AEON Tebrau City
F26 1st Floor
Jalan Desa Tebrau
Taman Desa Tebrau
81100 Johor Bahru
t : 607 357 7012
Operation hour :
Mon-Sun 10am – 8pm

AND THE BEST NEWS IS… YOU Redmummy’s readers will get GUARANTEED free wellness program if your girls and boys respond to MY POST on CRES facebook fanpage wall.

Sedikit Terms & Condition apply:

1. Korang mestilah berumur 21 tahun ke atas
2. Semestinya hangpa ni a new customer to Cres lah
3. Buat appointment dulu yek, jangan datang main serbu jer, and it has to be on weekdays.
4. Hanya the first 30 yang commented on the post dalam masa 2 minggu diterima.

IMG_4536

Memandangkan selepas Aidilfitri adalah waktu yang sangat sesuai badan kita mengembang, membuncit dan juga mengumpulkan fat, time for you to visit the nearest outlet and to try the free mini wellness program for limited pax. Boleh call and buat appointment and mention your ‘fat’ problem, tak yah risau, free trial program it means FREE.

CRES is giving out FREE mini wellness program to first timer macam korang nih, from now till 31st October 2010, log on to creswellness microsite . So kalau you all terlepas peluang for the first 30 commentators dalam MY POST on FB Cres wall, tak mengapa, boleh terus proceed di microsite Cres and dapatkan the appointment yek!

Nak slim nak sihat nak nampak cun meletop2 macam aku?
Choose Cres 🙂

Khidmat pesanan masyarakat Cres is brought by Redmummy.com

Comment: 32

terKapar-Kapar di malam 1 Syawal…

IMG_3411

raya kalo takdak bunga api memang tak kelas lah. mana tah pakcik2 depa dapat, bunga api jer lah, rumah mertua aku lot tepi, so memang sedaplah ada padang besau depa buat main kat luor tuh…tapi kena ada orang besau monitor, tak pernah diorg main sendirian.  masing2 dah kumandikan tukar uniform pakai je tshirt and dress yang tak berlengan, sah masing2 berpeluh2 kaw2.

IMG_3395

ni the latest edition in my Kapar’s family…baru 3 bulan lagi usianya. anak pada adik lelaki Sirman. the next day depa balik Kedah, seminggu terus raya kat sana…aku nak buat makan2 for family aku pun kena ppone coz nak tunggu diorg balik to town…

IMG_3468

Sirman malas nak pakai kain pelikat yang aku dah siap2 bawak, sarung balik suor baju melayu, tshirt Sarawak tu kalau aku tak bungkuskan takde nya dia nak pakai. bayangkan aku pi Sarawak on January kan, ha ni baru dia geti nak pakai…memilih ko yek.  itu Sirman’s bro yang no 8.

IMG_3484

sambil2 tuh kita melayan tetamu, adik beradik mak mertua aku datang lah malam tuh…

IMG_3513

berlawan2 gelak malam tuh…ei, senak perut bila borak reramai gini…

IMG_3415

bertudung kelabu tu mak pada mak sirman, yakni Nenek Sirman lah. she s actually a chinese tau, tapi diamik jadi anak angkat pada keluarga Melayu. so boleh tak nak cakap kalau kenapa muka anak pompuan aku macam cina sebab generation Sirman?

takkan sebab aku marahkan sorang amoi masa ngandungkan Gegirl dulu, muka anak aku macam iras cina plakkan? hahahaha…ada ko, aku bengang giler ngan sorang amoi nih!

IMG_3519

betul2 semua sedara mara Sirman balik, datang lagi tetamu in pink theme bermajmuk kaler…!

IMG_3521

hah dari twitter jer Sirman bagi direction, malam tu gak depa sampai…umah diorang dedekat jer gitu kan..

IMG_3532

Thanks Armo aka JEJAI, Mas and anak2 datang beraya di rumah mertua saya di Kapar…wpun aku terpaksa tutup2 muka coz pucat giler kan penat koo nya muka. kitorg borakkkkkk jer more on giving tips and sharing on how to become a great good blogger kot. Citer raya bukan riuh nau pun….

Dekat kol 4 pagi (rujuk last photo) baru depa balik muahahahhaa…

dok lerr…jam tu dah kojol aku cakap kan, manjang jer gitu waktunya.

The next destination is to Melaka! huh bila nak habis episode raya nih?

Comment: 21

BerKapar dalam Syawal…

IMG_3062

lompat ke Kapar yek…ni bukan rumah mertua aku, ni rumah emm…ha rumah arwah Atuk sirman. sebelum tuh kita dah pi beraya 2 rumah makciknya jugak. aku dah jegil2 baru sirman nak kuorkan kamera. dia  memang tau usung ke main tapi malas nak snap.

so banyak gambar sepanjang raya, diambil oleh anak2 buah aku and anak2 buah sirman, budak2 muda dapat pegang camera DSLR, memang rajin snap gambar…

IMG_3081

adik2 bujang sirman dan anak kakak ipar ku…

IMG_3107

aku kalo rumah orang, kalo diorg hidang nasi impit memang aku makan lah, ketupat palas yang versi kl melaka pun aku makan, tapi kalo versi utara2 ke memang aku toksei nak telan…satu lagi kawin ngan orang kapar, dari dulu till now aku tak leh lagi nak makan daging masak kicap kering diorg.  kalo versi basah tu no hal lagi, or ayam masak kicap ke ok lagik…the one next to me is my mom in law belakang tu biras aku pembaca setia RM.

alah semua family ipar duai aku baca RM lah…

IMG_3119

agak2 bosan, kita pose laki bini kat rumah orang…

IMG_3127

oh ni baru sampai rumah umah mertua aku….testing camera je nih coz adik2 Sirman sumer nak bergambo ngan family memasing…

IMG_3251

jam antik tu memang dah kojol, ko amik ler gambar baik siang ke malam, tetap pukul 3:55 hikss…

IMG_3262

abang dah kebasahan lencun berpeluh main ngan sepupu sepapat, sampingnya tertinggal kat rumah mak aku so pinjam samping kezennya di sini…

IMG_3275

bermaafan di Kapar pun di mulakan, Sirman ada 9 beradik, dia pun anak no 4 sama ngan aku gak. panas panas tau anak2 no 4 nih hahahahha

IMG_3279

tapi yang ada untuk sessi bermaafan tak complete semua orang ada. kakak no 2 tak dak beraya di rumah mertua, abang Sirman yang no 3 pun takdak, beraya di Amsterdam. beraya katanya. family sana tak dapat balik ko…sian beraya kat bumi Allah yang jauh dari Malaysia.

IMG_3284

aku ajar diorang bermaafan dialog ke main panjang, but hujung2 yang tinggal budak 2 orang tu sebut

Selamat Hari Raya, Gegirl minta maaf…

aku nya version adalah lam 4 harakat hiksss

IMG_3283

abang pun samo gak versi panjang mak nya dialog dia tak sanggup nak hapal sudah…ikut janji ada maaf2 tuh dah kira ngam lah tuh!

IMG_3286

tapi sebab dah lewat petang, sapa2 yang berbaju melayu sumer dah tak koser nak menyarung, pakai tshirt sudah…this is adik Sirman yang no 6. 9 beradik, top 2 jer perempuan, 7 yang lain sumer lelaki.

IMG_3293

anak buah aka cucu sulong dari family kapar, already 20 years old…lawa panjang body diaaaaa, tinggiiii ya rabbi si Elin nih

IMG_3304

aaa kutip duit raya, that s Sirman’s bro yang no 8

IMG_3312

abang ipar sulong Sirman dan isterinya akak ipar aku lah…raya ke2 diorg cabut balik perak. kompem raya tahun depan first day raya diorg takdak kat Kapar, mesti di Perak turnnya pulak…

IMG_3294

aku rasa macam orang tua betullah bila buat lipat rambut gini! panas koooooo!

IMG_3342

ada 5 orang cucu jer yang bergambo sama, 8 cucu lagi tidak dapat bersama in the session. 6 anak juga yang ada, 3 orang anak mak mertua aku tiada di sisi masa nih. Pas abih bergambo sume bukak baju mandi segala bagai, and dok dapur. setelah siangnya beraya kat rumah makcik pakcik Sirman, like previous years jugak, di malam hari raya pertama, yang kita visit siang tuh akan datang pada malam harinya…

Moh nanti ai show2 yek..

coz malam tu sume dah tak menyarung baju raya, sume pakai baju dok rumah sajor!

Comment: 17

RM’s side of Syawal…

IMG_2741

huh kuor2 gambo si Epi and 2 budak merah…beso la Dayana handbag Sasha ko tuh! sarattttttttt giler kebaya dia woii. ngan accessories lagi maknya pakaikan…memang over.  konsep raya kat belah mak aku ikut kaler korang ler nak pakai apa…family kakak aku pakai pink, alang aku pakai yellow, ayin plak pakai merah + putih, nana berhijauan, the 2 single boys Epi macam pakai baju melayu indon and Adik si bongsu pakai baju melayu putih yang supposedly pakai masa nikah tapi tak jadik! hahahahaha…

mak ngan jubah, abah aku pakai baju melayu putih.

IMG_2756

next to me is my adik  si Ayin dok melantak rendang ketupat…

IMG_2804

banyak nau lah gambar, kita lompat terus ke acara bermaafan lagipun nak kejar masa, adik aku si Ayin tu nak pi kerja…

IMG_2807

ikut pangkat memasing lah…cuma waktu ni abang aku Along blom sampai lagik…

IMG_2815

abah aku dah uzur, bulan puasa baru ni dia dapat puasa berapa hari jer…

IMG_2823

mak bonda ku yang menangis pilu setiap kali sessi bermaafan…mak ajah aku baru 2 hari balik dari umrah waktu raya pertama syawal nih…so korang boleh nampak ke main banyak bertong2 air zam zam dalam sesetengah gambar nih.

IMG_2842

pening pala abah…kita balik Melaka pun abah tak dapat nak ikut, walau hajatnya nak ikut sangat, Adik bongsu aku yang tak ikut jagakan dia di rumah…

aku dipaksa meletak banyak gambar si Epi coz dia perasan dia femes lam RM!

IMG_2860

Nana yang sedang mengandung 5 bulan…hah tu belakang Sirman ke main banyak lagi air zam zam.

IMG_2862

my 2 brothers yang masih single…eh nak cakap kerusi kayu kat rumah mak aku tuh, aku rasa usianya dah 40 tahun lah weii! mbe moreeeeeeeeeeeeeeeee!! setia betul makpak aku tak nak lantingkan, tukar washing machine dah banyak kali, tapi tetap gak mak aku tak nak let go. ada sofa yang beli kemudian pun dah jahanam tapi yang kayu ni jugak dia nak kekalkan. aku nak lantingkan sofa merah aku kat rumah mak aku lah…

IMG_2893

bersusun anak2 buah Epi nak tuntut duit raya…

IMG_2933

suddenly Sirman ajak kira balik duit raya sebab Along aku sampaiiiiiiiii hahahahaha. tak pernah2 dia balik rumah mak aku di pagi raya pertama, biasanya bila adik2 nya dah ada kat rumah mertua baru dia sampai. baguslah tuh, sms yang aku hantar a week before melekat kat hati nya! hahahhahaha…harus adiknya zass kan.

IMG_3015

pertama kali dalam sejarah setelah bertahun-tahun lamanya dapat jugak dikumpulkan 8 beradik in 1 time. betul ko, susah nak gather kan sekali rap coz Along aku memang hanya akan pulang selepas petang raya or raya ke 2 sahaja…meh aku buat tour sket..

along on the left paling belakang dah 45 tahun usianya, anak dia ada 12 orang, cucu  nak masuk 2 orang sudah. hah tu lah aku dah jadi nenek sedara.

pastuh my both parents. Abah is already 69 years old, mak ajah sudah 65 tahun.

kemudian Anya next to mom, akak aku sudah 43 tahun, anak 5 (sorang meninggal) kerna leukimia.

Yellow baju melayu abang aku Alang, umurnya 37 tahun, dulu masa kekecik eii aku tak boleh dekat dengan dia, asyik nak bergaduh jer, gaduh bukan ngan mulut tuh ngan tangan2 worr…anak Alang 2 orang perempuan.

Pastuh no 4 si gelemer merah yang hot vass muahhahahaha. usianya 35 tahun 🙂

No 5 si Ayin yang gelap2 itu, dari kecik sampai ke tua nih kitorg memang sokmo cakap dia tu anak angkat sebab kaler kulit dia dari kecik2 lain sket dari kitorg ber7 hahhahaha, dia pun dah biasa. He has one daughter, Dayana.

Nana si bongsu perempuan yang berbaju hijau, anak sorang tapi skang ngah mengandung. She s the one with heart problem.

Berkopiah baju melayu indon kain pelikat is Epi yang single and Adik si bongsu pakai baju melayu putih nikah tapi tak gak menikah2…sudahnya pakai pagi raya.

IMG_3042

anak-anak dan menantu…

IMG_3040

menantu sahaja…wpun 6 orang dah kawin tapi ada 7 menantu coz yang paling kiri dan kanan adalah isteri-isteri Along ai. 2 bini kay, bukan baru skang, dah memang dari duluuuuuu lagi bermadu 2 orang tuh and depa baik to each other jugak…

IMG_3052

cucu-cucu dan sorang cicit mak ajah and pak aji. cicit kedua bakal lahir tak lama lagik jugak…ini tak cukup nih, ada lagi 5 orang kot cucu makpak aku takde in the picture…

IMG_3056

kitorg speed up gila amik gambar2 nih, coz brother aku nak pi kerja satu hal, pastuh aku pun nak memecut pi rumah mertua jugak…

IMG_3047

tetiap tahun plan nak amik gambar kat luar, coz rumah kecik susah  nak gather kan semua sekali, but tu lah abah aku tak sihat…pas je habis bergambar, abah aku lari masuk bilik berbaring…nak bawak dia jalan2 beraya pun dah memang dia takde mood. sian abah. korang tolong ye sama doakan kesihatan orang tua saya, orang tua kita….

IMG_3048

kurang asam betullah, gambo muka aku langsung tak nampak, ni lah padahnya letak lelaki2 kat depan, abih muka orang belakang jadi mangsa! ni sume main timer snap jer, nak menyusun molek2 amik gambar pun tak boleh.

settled di BTR, kita beralih ke Kapar pulak…

Comment: 27

Merah Gold for the 1st Syawal…

IMG_2559

dah bolehlah publish gambar di hari raya baru ini yek…banyak episode ko, dah aku cakap awal2 gambar beribu, itupun tak semua boleh letak. yang penting2 terterpaling penting gambo RM, lain sumer tak penting hahahhaha! konsep kali ini ialah merah wajib to RM and the rest tu carca marba…almost. tapi dapat diselamatkan dengan kaler baju yang ala2 iras.

IMG_2538

Sirman masih lagi memakai baju raya tahun lepas, Abang nya baju melayu sampai 2 pasang aku beli, kaler merah satu lagi tak berpakai yet, tahun depan kompem tak boleh nak pakai tuh. coz aku ingatkan nak pakai semua merah, coz Sirman ada sepasang baju melayu merah dari kawin dulu, kat 10 tahun ko…tapi malangnya PINGGANG SELUAR BAJU MELAYU DIA DAH MENGECUT bukan pinggang badan perut dia yang menaik! ciss!

IMG_2512

Baju melayu abang nih for this gold ala2 yellow pun bila dah sarung pun ada kesingkatan sket, takpe lah ko bang, janji ado. baju kurung modern Gegirl aku sebat kat Ampang Park, RM90. paling senang nak carik, she has another set same as her mom tapi boleh aku lupa nak pakai…baju tu pun patut pakai awal tahun nih tapi tak jadi, semua anak menantu pak aji and mak ajah aku patut pakai yang sama, yang aku borong bermeter2 waktu di Jakarta tahun lepas but kerna perkahwinan adik aku dibatalkan, so takde lah kita nak menyarung.

i should wear it for raya ziarah nantilah…

IMG_2711

my red baju kurung is very simple, harganya mahal giler. tapi kain dia chiffon yang sedapppppppppppp mak datuk padanlah mahal. sumpah sedap pakai kain kurung nih. beads dia simple je kat dada leher, lebih 300 ko harga dia, but remember aku dah carik merata kain baju aku, ready made susah betul nak dapat size. lagipun this was our last day of shopping kain baju raya, so pejam2 mata je lah aku suh Sirman bayorkan.

dalam hidup aku, kalau first day raya, aku memang suka pakai baju kurung, not kebaya not caftan not kebaya nyonya ke hapa…sebab tangan nak bersingsing and banyak rumah nak dijenguk. lagipun sedap sket berjalan ngan baju kurung, makan dah tentu santak so takde lah nak mengecut2 tahan napas bila dah kembung nau perut tuh. hehehehehe…

IMG_2568

ni gambar sume2 nih pakai timer+tripod, maid aku mano ado nak ditolong amikkan. tak pernah pun maid aku beraya dengan aku, wa bagi dia cuti 3 hari wor..dia pun nak beraya jugak. a day b4 raya lagi dia dah cuti…n Red Family memang setiap kali syawal, beraya di VA sendiri.

Lepas VA, baru ke rumah mak ajah aku, pastuh baru balik Kapar rumah mertua aku pulak. hah ni aku pecah lobang, Sirman tu orang Kapar, Selangor. kira last bermastautin untuk family dia is in Kaparlah walaupun sebelum tuh depa ada dibesarkan di Perak, Pahang bagai.

IMG_2579

Setiap tahun jugak kitaorg beraya macam nih, pernahlah sekali kitorg pagi raya dulu kat rumah mak mertua aku, tapi macam tak logik coz dah tengahari nanti kena balik rumah mak aku. kalau pagi raya kat umah mak aku, senang citer. satu rumah jer. then pastuh balik rumah mertua, banyakkkkkkkkkkk rumah nak kena pergi dalam 1 day.

Since then kita buat resmi, pagi raya di VA, pastuh ke rumah mak ajah aku,  tghari pastu pecut ke Kapar, spent kat sana sampaiiiiiiiiiiiii midnite. lama sketlah kat sana kan. Tapi malam tu kena balik ke VA semula coz the next day kita akan berconvoy ramai2 ke Melaka…

mak pak aku orang Melaka dar….tapi aku orang KL boleh?

yelah…dari kitorg 8 beradik lahir sampai dah tua kebana nih, mana pernah duduk Melaka pung. membesar, sekolah, apa2 pun kat KL jer…tapi makpak aku memanglah orang Melaka, masa abah aku muda belia dia dah merantau ke KL, kahwin ngan mak aku pun dia bawak mak aku dok KL…

kuor 8 orang anak…itupun ada 2 meninggal dek miscarriage gitu.

IMG_2594

Tahun nih aku gave up, tak nak buat rendang. sebab a day before aku kerja, waaa tak sangguplah penat buat rendang. takde assistant payah lah. tahun lepas sampai pas subuh baru siap buat rendang kooo! itupun dapat bantuan dari adik ipar aku coz dia pun me’rendang’ kat rumah aku. hah tahun ni since makcik rendang aku dah sihat, so dia amik balik tempahan aku. not only for me, untuk kelig aku pun dia buat sama.

Kelig aku tuh pun dah memang ikut sama menempah from makcik yang sama gak.

Dahlah pagi Syawal subuh tu hujan ke main lebattttttttttt, so pakcik tak dapat nak hantarkan, ngan tak mandi aku gegar Sirman mintak tolong amikkan. Aku tempah nasi impit, rendang ayam and rendang daging, dan jugak kuah kacang. aku tak in sangat ngan kuah kacang, tapi tekak sirman tu suka nau.

tahun depan kalo rajin aku buat sendiri lah, eii malas tollah nak buat rendang nih. renyah.

IMG_2604

Siap kat rumah, the boys pi sembahyang raya…aku kat rumah lagi ngan Gegirl tak leh nak ikut. budak kecik tuh aku zikir kat telinga dia payah nau nak bangun, bila the boys balik baru dia melompat mandi. Lepas aku dah uruskan semua packing kain baju segala, kita bergambar dulu. menjadi resmi jugak pagi raya bergambar sama lah kan…

kemudian baru bermaafan…

tak menahan dalam mohon maaf Sirman sempat libas ‘jangan lupa kalau beli handbags, bagitau ai kay, no buying behind my back anymore’

hiksss…terkono eden 🙂

IMG_2652

Lepas dah bersalam-salaman, ada ler budak 2 orang ni gaduhkan apa tah…

cepat je abang zass adiknya ‘tadi dah mintak maaf ngan abang kan, ha tak baik tau!’

wah abang, modal ko!

IMG_2666

Gegirl skang dah pandaiiiiii sangat bergaya, tapi mood dia pagi tu blom mari. mata dahlah sepet, sembab lagi mukanya…she kan manja…kalau ada yang sentap tuh, muncung je lah muka. tapi abangnya best, pandaiiiiiii marah adik, pandaiiiiii pujuk adik jugak.

abang dah immune sangat kemanjaan adiknya…

alahai sian ko Sirman pakai baju melayu tahun lepas. tapi tak membazir pun aku rasa buat baju melayu Sirman tetiap tahun coz agak2 pinggang dah tak ramping, baju melayu dia aku gave away to my brothers or his brothers. diorang yang badan slim2 macam Sirman memang boleh pakai.

cuma baju melayu nikah dan sanding aku tak boleh bagi lah, itu harta kenangan untuk abang pakai di hari perkahwinannya. eh eh boleh? muahahahahahaa….

IMG_2688

masa ni tepon umah aku dah berdering2, selagi kitorg tak sampai bawah (umah mak ajah) selagi tu lahhhhhhh diorang ngaco. setiap kali kitorg lambat sampai pun, alasannya aku bagi ‘biasalah, train aku lambat lah pagi2 raya nih‘ . Gambar ni macam banyak pulakkan, eh harus tunjuklah…kasi simpan peram pun bukan boleh pakai lagi dah. utk koleksi sendiri banyakkkkkkkkkkkkk…RM ni kan aku punya.

IMG_2695

Sirman punya camera ni main set timer bukan 1 snap, sekali untuk 10 snaps, so macam2 le action kitaorg buat. dari yang maintain cantik, sampai terlompat2 version pun ado. abang paling menyampah gambar2 yang kena maintain hensem, dia paling suka buat muka and bebalik berpeace2…hishh koser aku.

IMG_2703

ha kan dah cakap 10kali snaps bila camera tu zasss….kitorg pose baik punya. btw, sebab Abang dah membesar, samping dia dah tak de yang getah2 cangkuk anymore. dah macam orang tua punya samping. boleh aku ngan helper aku carik mana ke samping yang aku beli kat Ampang Park perginya. so ni kita beli baru silver kaler kat BSP jer…murah RM20, pakai bukan selalu. yang mahal beli kat Ampang Park tuh dah raya ke2  baru aku jumpaaaa!

IMG_2723

sib baik Gegirl cepat censoredkan. Waktu gambar2 berdua ngan Sirman, ada hati lah pulak pakcik tuh nak amik gambo kiss2, hahahahha laju je anak2 aku kaco depan camera, tak bagi gambar tu menjadi! shame2 ler!

IMG_2707

Yey sudah raya….tahun depan aku janji to buat baju melayu depa properly. baju aku and Gegirl pun tak yah buat, akan sekali lagi menggagau untuk mencari cam nak rak di merata tempat…hahahahhah! coilah, tak serik2 lagi tuh, dah tau badan cinonit susah nak dapat size, tak nak jugak pi menempah. hantar baju melayu the boys je lah, aku ada 3 pasang set kain ela the boys untuk 3 kali raya tak berbuat lagi ko…aku beli 5 kaler tuh masa kat Jakarta dulu…

watamat gambo2 untuk di pagi Syawal. Next ada berbatch2 lagi gambar di rumah mak ajah aku dan rumah mertua aku plus sedara mara sana. Pastuh tambahhhhhhhh lagi gambar kat Melaka, 2 hari spent kat sana kay…

eii seriau tengok draft entries, nak posting gambar nya senang, nak menaip buat cerita tu lotih acik! Inipun sebab ramai dah riuh tanya mana ke entry Syawal ko kak red, letih refresh yek? ha korang penat refresh, aku nih penat nak story moryyy!

penatlah katanya….

Comment: 20