CepatKurus PB NorshidahKamarudin
 

Nak Raya, param pun dah tak meletup!

IMG02343-20100905-1605

waaa budak comei yang berangan nak pi potong rambut tapi 2 saloon kita pergi, dedua full house! banyaklah tempat kita pergi Ahad lepas…happening jer. oklah lain tempat tu tak yah citer, kita citer masa kat param tasik permaisuri. param yang tetiap tahun aku pi  memanjang…

IMG02345-20100905-1626

ada drama lah pulak kat sini bila Sirman dah bagi signal nak masuk kanan, si motor bakang Sirman break, tapi diorg melaju gamaknya, dah kawan dia kat belakang tak sempat break and jatuh. so Sirman parked lah lagipun kita nak pi param gakkan, so Sirman pi jenguklah tengok budak2 tu. tapi yang kelakarnya diorg suh Sirman tolong hantar diorg. katanya motor rosak. dah  nak hantar camner…diorg bukan orang BSP or BTR, budak2 Shah Alam. nak suh motor tu bawak masuk naik keter kah…

takde mende pun, tapi bukan nak bersangka buruk, but macam nak ‘mengetuk’ jer gayanya…

IMG02348-20100905-1634 IMG02349-20100905-1636

memandangkan sume orang pun dah sibuk nak beraya, aku pun nak beraya jugakkan, so aku hanya akan citer apa yang aku nampak kat param BSP yek…jarang aku buat citer param kan, i mean apa yang kita totally beli. but Sunday hari tuh coz malas nak masak, carik tempat nak berbuka pun takde yang best macam di Bangi nun, so semua buka puasa hari Ahad adalah totally dari param sahaja.

IMG02353-20100905-1649

kuih seri muka, donuts and kuih kaswi memang favourite abang! setiap kali bukak puasa, kuih 3 bijik tu yang dia tanya. masa kat Bangi buka puasa tuh gagau lah carik mana nak jumpa, bising betul budak tu lah.

IMG02354-20100905-1650

hah donuts ni yang abang suke sangat. btw, ada satu gerai tuh aku tak biasa, tp aku trylah tanya, 3 seringgit ke kak? dia jawab 5, 2 ringgit. oh kalau 3? 3 = RM1.20. sigh…. so kita beli kat gerai yang dah biasa kita beli gak, singgit 3. aku beli 3 inggit biasa kalau kuih2 nih, memang budak2 boleh habiskan…

IMG02356-20100905-1653

Gegirl kena puji cantik dek uncle jual cute cuppies ni terus dia mintak beli, 10inggit. pun Gegirl habiskan jugak… puas hati betul kalau anak2 aku mintak makan, and habis boliau. kalau tak habis tu yang aku angin jerr….

IMG02357-20100905-1656

cendol terakhir untuk ramadhan nih coz kakak yang jual ni dah abih meniaga. dia pun nak beraya….siap dia suh datang pasar malam hari ahad, belakang jusco maluri, tempat dia sokmo meniaga. cendol wajib ada tetiap hari gak for Abang…

IMG02360-20100905-1850

mai tengok apa yang kita beli yek…asam pedas terubuk untuk gegirl sharing ngan maknya..

IMG02363-20100905-1853

ayam masak kurma untuk abang

IMG02364-20100905-1853

daging salai masak lomak for Sirman

IMG02366-20100905-1854

kuih muih bebudak, actually semua untuk abang, 2 donuts adik dia bedal…akak aku cakap si abang makan very the kuih orang tua hahahahah

IMG02367-20100905-1854

ikan kembung bakar yang kureng! for me n Sirman

IMG02369-20100905-1854

20 cucuk satay ayam and 5 cucuk satay daging yang syedapppppppp!

IMG02372-20100905-1858

pecal Sirman, aku tak geti makan benda2 gini

IMG02373-20100905-1858

siput sedut Gegirl and mak nya…

IMG02374-20100905-1859

nasi impit + timun lawan makan ngan satay

IMG02377-20100905-1901

milo panas for all of us, Sirman yang bikin…

IMG02379-20100905-1916

air tembikai merah beli kat param and air oren aku buat untuk Gegirl…she s fussy sket tang air, asal beli air je tak sedap, so dia lagi suka air oren mak nya buat

IMG02380-20100905-1919

alhamdulillah…semua licin!

itulah antara visit terakhir kami di param. hari tidak memasak namanya..actually aku ngah malas gila tau  nak buat entry sebab nak raya, tp mengenangkan aku pun blom bercuti sampai jumaat baru cuti, pastuh selasa dah mula kerja, so oklah aku buatlah jugak. lagipun aku tengok ramai jer beratus2 orang online kat RM lagik.

korang bila nak balik raya niiiiiiii, aku nak balik mananya, aku raya sini je macam biasa. petang raya pun den kojo gakk….oh tak sedih pung, tetiap taun gitu :)

Categories : Fasting

Advertise here!
With more than 170K unique visits per month!!!

Bingkisan Salam Syawal dari GBM…

image

maaflah kerna gambar RM yang tergemuk dan terketidakpakaian tradisional itu. ni raya tahun lepas kita melantak kat rumah Ayuthesun, aku pulak masa tu baru habis event, so tu pasal tak dan dan nak tukar baju.

anw, on behalf of GBM yang bagai kaki tangan kanan kiriku, yang jatuh bangun saya mereka dukungi, yang melihat saya tersasar dan melayani kemarahan kesentapan saya pada sesuatu, merekalah juga telinga di RM dan mulut di RM. they look so quiet but they did lotssssssssssssssssssssss of work!

my LC present to them cant buy the friendship, they are so dedicated dan sangatlah ko campak je apa kerja pun, tip top class depa bagik.

pun dari kami berenam, RM and GBM from left, Dila, Rose, Yanok, Sid and Ayuthesun melakarkan Salam Syawal dan mohon maaf yang tidak terhingga buat kalian yang membaca RM di sepanjang saya menulis atau apa sahaja bentuk perkara yang melibatkan harga diri, maruah mahupun kata-kata.

GBM is the best! Selamat hari rayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Categories : Bingkisan Salam Syawal, GBM, Raya

My raya raya hair!

IMG02396-20100906-1840

i got fed up with my straight hair…hari2 nak kena iron. kalo tak iron kembang setaman. wpun korang suka ngan rambut nampak muda belia ku itu, tapi aku empunya badan enggak suka. enggak enteng di pala ku….banyak buang masa aku pagi2 nak pi kerja!

IMG02397-20100906-1901

oh dah ada bekalan buka puasa….suamiku hantarkan, abih keje aku terus zass pi buat rambut, and dia singgah jap tapaukan air tembikai, sebungkus nasi ayam dan 2 keping donut. sambil2 tu aku menonton dvd Die Hard, dah penah tengok but tetap gak nak kill the time supaya enggak bosan…

IMG02399-20100906-1944

last touch up to do the treatment, total sumer RM198

IMG02403-20100906-2019

datang budak kecik kemudian, untuk dipotong sket rambut belakangnya and fringe pun kerat sket…

IMG02406-20100906-2022

she mintak potong sampai bahu, but mana bolehhhhhhhhhhh!

IMG02407-20100906-2022

yey udah siap, Gegirl punya rambut RM8 potongnya…waa comei sudah!

IMG02415-20100907-1427

rambut terakhir serving for the passport :)

hah dah tau dah agak mesti korang bising suh tunjuk rambut RM kan kan kan? lek ler dude….tak kuor hari ni tak semestinya tak kuor esok lusa tulat langkat lompat :)

bersabar itu lebih pekerti budinya

muahahahhahaha!

raya weih rayaaaa…..

Categories : Hairdo, Saloon

Bapaknya garang nau…!

IMG02409-20100907-0916

budak yang poi tuition kelas ganti…dihantarin dek ibunya lah. bapaknya gelap2 gulita dah kuor umah….skang ni kan cuti sekolah kan, so elok gak tuition center buat kelas ganti 2 hari. takde lah dia melepak je kat umah tuh. tapi kan diorg ada project buat kuih raya kay. saje helper aku tunggu abang cuti sekolah baru boleh buat kuih raya sesama….

btw…ai nak citer nih. sedih kay, anak aku kena marah ngan bapaknya…

IMG02383-20100906-0903

apa le yang bapak ko nak riuh suh cepat cepat nau tuh. it s sunday, we just wanna go out for something which is not urgent. abang dah hensem2 pakai socks nih ngan nak pakai kasut tu lah, usaha dia nak belajar lagi ikat tali kasut. pastuh aku baru nak kuor bilik dengor bapaknya tempik abang suh bukak kasutnya, dianya hangin datang ler tu, yang tak leh sesabar tengok anaknya pakai tali kasut lambat nau.

sian tau….abang sedih jer, dia bukak kasut simpan socks pastuh dia terus kuor pi kat lift. bergenang air mata dia. aku memang bebel2kanlah kat Sirman but behind abang lah, pastu aku pujuk peluk dia. sedih je dia.

orang tu niat nak belajar pakai tali kasut jer, tu pasal dia nak jugak pakai kasut tuh, kalau tak sampai bila dia tak pandai kan…. so pagi yang aku pi anto dia tuition tuh..

mummy abang nak pakai kasut yang ada tali boleh?

boleh je bang, abang dah pandai ikat tali tak?

abang nak cuba lah ni hari2…

to bapaknya…janganlah cepat hangin2, bulan2 puasa nih. tak bulan puasa pun cuba cool down a bit. isk isk isk…

syian abang…

image

memanglah korang tengok aku ni macam ibu yang paling garang, comparing laki aku dia nampak ceria suka gelak2 jer, tp kalau dia bertempek meletup tu yang tetiga pun kecut. but aku tak suka lah kalau laki aku marah2 anak gitu, there s a reason budak2 tu nak pakai kasut tuh Sirman weih!

Categories : Abang, Sirman, Smart Reader

Red + Black for the business…

IMG_4741

was doing some business in Nuffnang office…

IMG02317-20100903-1353

so kalau malas berbaju traditional, boleh diganti ngan small caftan + big palazo. colour boleh mix and match. seluar palazo merah tu aku ada black, brown, and purple. price is RM189 in Isetan KLCC, kat Robinsons pun ada. Caftan tu pun aku beli 2 lai kot, no red colour at all…so aku mix and match with palazo yang ada…

IMG_4739

posing for the official photographer, since it s puasa raya mood already, aku pakai konsep gini lah, kebetulan malam tu pun ada buka puasa of my division di MO. it looks macam palazo tu panjang, but dia memang molek lelabuh camtuh coz kita pun pakai ngan high heels. kalau pun ko pakai ngan wedges rendah pun tak per, still kain tu takde nya nak sapu lantai….i love wearing palazo!

the caftan tu harganya aiyak RM140 kot, the kerongsang aka rantai 3 serangkai tuh pulak RM190 for 2 pairs. satu lagi kaler gold aku dah pakai penah kuor RM gakkan during the buka puasa Tayangan Unggul.

Caftan tu boleh gak pakai ngan pario yek…i have one pario tapi nak menyarungnya hahahaha silap2 boleh terlucut, so kena ikat bebetul sket.

Categories : Nuffnang, Prada, The Red

Salam Syawal to RM readers and viewers!

excuse me excuse me

i nak bagi ucapan ni

n entry ni sticky post sampaiiiiiiiiii tak tau baper Syawal yek.. tapi scroll downlah macam tak biasa pulak kalau nak tengok latest entries.

image

saya Redmummy bersama ahli keluarga merah kami, Sirman aka reddaddy, Abang dan Gegirl ingin sama2 memohon maaf atas keterlanjuran:

1. dari segi penulisan kami suami isteri. eh ko ingat aku sorang je tulis lam nih, laki den pun contribute sama jugak.

2. gambar2 yang tidak melengkapkan selera tekak korang, apa nak buat…silap pasti ada.

3. sewaktu dalam event kita tidak bertegur sapa or beramah-tamah maklum ler mata ku bukan leh speku nampak sume dan kenal orang. tapi sumpah dik, kalau ko tegur aku, tipulah kalo ai tak layan. ai copcopmolot lagi yeop. takde perkataan sombonglah kalo ko jumpa aku…

4. maaf lah tiada Red’s open house gak tahun nih, rumah kecik yeop. rumah beso dah sewakan kat orang hiks…kalo ada pun hanya untuk family and close frens sahaja. but kalo u all buat open house, mehlah jemput ai yek yek.

5. kot rasa show show entry amat memualkan korang, pun nak mintak maaf jugak, namapun blog kan, kalo tak show2 apa barang, baik tak yah ada blog. aku dah mula show sejak dari entry pertama aku berblog tahun 2005 lagik. itulah namanya bloggers dokk

6. maaf jugak kerna saya tak leh nak coop pi blog korang, or melawat blog u all, but kalo ada ping back to my wordpress memang aku datang visit quietly, sesenyap je lah baca.

7. Readers RM bertambah2….ada yang kekal, sejak 5 tahun dulu, ada yang pergi tak kembali cewahhh yelah mual kot ngan merah2 nih, tapi alhamdulillah setiap tahun sentiasa ada peningkatan, so having red caviar memang a must to me. ehcewah!

8. To my clients baik via Nuffnang mahupun directly come to us, terima kasih atas sokongan dan trust korang kat RM, berbaloiiiiiiii dok lam RM nih yang…jual spender pun laku :) .

9. maaf jugak kerna banyak comments melayang dalam RM tak dapat kukejar nak menjawab sesatu, tp yang di Contact Red or General Questions memang soalanmu bersambut :) . but setiap comments mu sume aku baca tau and penuh tawadhuk ni mengingat!

10. yang menyampah ngan ai, meluat dan benci ngan ai tuh, oh apakan daya… kusajikan email ni buat kamu. Semoga cahaya keinsafan datang lah yek :)

Assalamualaikum Kak Red

How r you doing,dah prepare Raya?

Sebenarnya sudah lama saya tak masuk ke blog ini,tujuan saya menulis ni semata-mata utk membuat suatu pengakuan dan tujuan pengakuan ini semata-mata krn mengharapkan keredhaan Allah. Beberapa minggu yg lepas saya pernah memberitahu seorg rakan ttg blog ini dan betapa saya sebenarnya kurang gemar dgn paparan2 penulis blog.Rakan saya itu tidak pernah membaca RM dan tak kenal pun RM. Tetapi setelah berfikir semula,saya merasakan bahawa perbuatan saya itu salah di sisi Islam kerana ia boleh jatuh dlm perbuatan ‘mengumpat’ dan tentulah Allah tidak redha dgn perbuatan mengumpat tersebut.Justeru,saya ingin meminta maaf kpd Kak Red kerana telah membuka aib Kak Red kpd rakan saya,saya pasti pada mastu itu saya kalah kepada iblis lantas mendengar pujukan iblis spy berkata yg tidak elok ttg seorg Muslim yg lain. Saya sedar skrg yg perbuatan itu tidak disukai Allah danNabi dan berharap Kak Red maafkan saya.Saya doakan jugaKak Red sentiasa dirahmati Allah dlm hidup ini dan selepas mati, InsyaAllah

yg bersalah dan memohon kemaafan
XX

**

i m sorry to the sender for publishing this email, but saya dah memang hide identity si pengirim. apapun, saya maafkan dan inilah antara email yang bisa buat ku sebak, apatah lagi menjelang Aidilfitri….

image

Salam Syawal to all my lovely readers, maaf zahir dan batin.

- Redmummy, reddaddy, Abang, Gegirl, Reddy, Mozel and Triplets

Categories : Bingkisan Salam Syawal

Say cheeseeeeeee!

IMG02392-20100906-1329

eh bang, tak yah tengok ai bley tak bang? tak senang aku nak amik gambar bang weih!

IMG02393-20100906-1329

ok say cheeseeeeeeeee!

siap sudah gambar passport….

lupa nak pakai baju merah!

Passport aku dah nak yawatamat 5 tahun, so kena le renew, kang nak terbang ke mana2 ke, nak lalu Hadnyai ke, Singapore ke, senang sket passport dah ada kat tangan kan…

kan kan :)

Categories : Passport
 

Switch to our mobile site