Terbang KL ke Medan…

IMG_5200

taraaaaaaaaaaa! kat luar tu gelap lagi, 6ish am on the way to KLIA. 1 cab hantar my parents n sis family to klia, 1 sunlight van pulak aku amik for the red family + sirman’s mom. kalau biasa pakai limo pun cukup but kali ni ada mak mertua aku yang mlm sebelum tu dah memang tidur at our house makanya kena amik hok besau sket. hah tu pasalnya mak mertua aku kena tidur umah aku malam tuh coz kita nak bergerak sekapal di pagi harinya….

IMG_5202

terkocoh2 betul pagi tu but ai dont really make up pung. muka ngantuk….nak minum pagi pun tak lalu, togok kopi aik cheong jer….

sampai2 klia tak tunggu, beratur panjang gilerrrr, tak banyak kaunter depa bukak and memang banyaklah pulak flights kat klia pagi tuh. aku checked 3 driver KLIA, yang sunlight ni bukan for klia tapi dia caj paling murah RM100, lain sumer ketuk RM165 – RM180. huh terbaiklah abang van sunlight ni nya harga from VA to KLIA.

IMG_5206

dah separuh beratur baru my family 1 lagi sampai. kita buat group check in. well 10 orang kan. dah pi kaunter E beratur ke main lama baru tau kalau 10 orang kena pi kaunter J pulak. huk aloh. aku letakkan semua family aku setempat, depa makan cekodok + air kopi yang memang pagi tu dah dibuat awal2. nak breakfast kat klia memang takde masa wei…

lepas je uruskan semua check in, kita pi amik pulak wheelchair for my both parents. makpak aku kan sakit kaki, jalan pun pakai tongkat. i have prepared for the wheelchair for both airports, taulah klia tu punya besarrrrrrrrrrrr! nak tunggu depa jalan alahai sian satu dahlah lambat, satu lagi mesti makpak aku bunyik penat nya lah.

IMG_5223

but depa pun tekejut bila aku datang ngan staff airport dengan wheelchairs bawak depa terus hantar ke aircraft. sebab staff airport sendiri yang tolak wheelchair depa, ke main laju koooo and diorg banyak dapat pelepasan shortcut lah. kira jalan diorg yang lalu imegrisen ke polis scanning memang laju sangat2. kitorg yg jalan catwalk di belakang memang ketinggalan jauhhhhhh….

by the time kitorg jalan hegeh2 nak ke gate H, makpak aku dah selamat masuk dalam kapal terobang.

IMG_5230

so kitorg yg 8 orang nih jalan kedek2… (wui bang gambo belt ko ke main bersinar pancaran cahayanya)

flight was at 850am…ngam2 jer boarding around the time yang kita dah set timing. huh letih betul, rasa puas sebab otak aku panjang nak dptkan wheelchairs for my parents. betul ko, they are not that well, tapi tak bermakna they cant go holiday. MIL aku pun seronok gak coz lagilah dia kalau anak menantu tak bawak berjalan, lagilah dia dok rumah ajer.

bila aku ajak pi Medan, memang dia ON jer…

IMG_5246

abang, khayr and Nana duduk sederet…sibuk sangat abang nak dok sebelah tingkap kan!

adik aku ni ngah ngandung tuh, nak masuk 6 bulan…

IMG_5249

gegirl pun nak dok tingkap gak, so she sits with her dad and adik ipar aku, nana’s husband. Yus.

depa 2 nih kena amik job isi borang, untuk 10 orang punya hahahahha. sorang amik 5 passports isikan. ye sila sila. aku memang pantang tak suka betul buat2 keje menulis borang bagai nih…

IMG_5253

my MIL sits next to me…

IMG_5256

mak aku pun dok sebelah aku di tepi, abah aku dok sebelah tepi sana pulak, coz orang yang wheelchair memang tak boleh dibenarkan duduk dalam. kena duduk bahagian aisle coz kalau nak evacuate, senanglah crew nak assist.

IMG_5257

flight was 40min. memang ngantuk tapi tak boleh nak tidur coz flight kejap bonar kan. baca paper je lah and borak2 with my 2 moms.

kenapa MAS not Air Asia, coz emm…

memana pun ok jer, tapi waktu beli tix, MAS nya promo lagi cheaper than the Air Asia.

IMG_5258

sampai Medan, 2 crew of airports Medan dah stand by untuk 2 wheelchairs for my parents too…sib baiklah keputusan aku untuk pergi ke Medan 2 minggu terakhir tu ada tanda2 signal mintak aku pergi. coz patutnya aku batalkan, coz aku tengok abah aku memang tak sihat. tapi dia merajuk pulak kalau tak pergi so aku terus je apply cuti. yelah dia jarang bercuti ke mana2 melainkan depa tetiap tahun pi Mekah.

sebabnya aku last min aritu nak batalkan trip ni bila tengok kesihatan abah aku yang macam tak berapa molek, masa raya hari tu pun dok baring jer. but ni dah sihat sikit and he insists to go gak…ok kita pergiii…

IMG_5259

bagusnya depa memang tak bagi kita tolakkan kerusi roda nih, memang staff je yang buat. ok takper….dah selamat for my parents..baru kita yang lain naik transit bas ke lapangannya…

IMG_5261

yah gini gomannya bas tuh. dah bape trip pun diorg anto, tapi sebab those yang naik wheelchair kena kuor last, so tu yang aku satu family pun kuor lambat….idak le jauh mana pun, kalau korang biasa dengan airport langkawi, ha lagi pendek kecik je but sini service tak suh jalan kaki. naik je lah bas nih…

IMG_5265

2 beradik and cousin depa. oh si khayr ni memang manjang je aku sakat. best betul bergaduh ngan dia!

IMG_5272

ler gambo turun bas pun ada…bolehlah….

eh ai travel pakai slipar jer hehehehe. ok ler kan pakai selipar dari pakai kasut 5 inci, langsung tak sesuai dengan majlis bervacation!

IMG_5274

most of this trip nih, semua aku incharge, aku and sirman laki bini. yang lain tau sume jalan jer. pasal check in hotel, supir, jalan2, trip, tix, isi borang pun sume kami laki bini yang buat. knowing me yang sangat organized hahahaha tak yah citelah itinerary pun memasing dah siap dapat copy. currency converter pun nana ke main suka coz diorg ni memang datang menonong ikut apa yang aku sediakan jer….

kuor je dari airport medan, supir kita dah tunggu.

supir medan ni aku mintak Pak Sulis driver jakarta aku uruskan. agent aku punya supir charge mahal, tapi yang pak sulis ni pun tak murah gak. ni antara contact yang dia sediakan.

tapi aku tak berkenan siot service driver and van yang kita mintak nih. very the bad service, so i wont recommend you. even pak sulis aku tu pun rasa kesal recommend kan service van di Medan nih.

IMG_5591

van yang muat untuk 7 adults + 3 kids. mampatttt! dia pakai KIA Pregio tapi kat Medan dipanggil Kia  T T something apa tah  ….punya hangin aku bila agent tu tak nyempat2 nak duit. blom masuk keter lagi. aku bayar fo 3 days terus which was almost 2 juta rupiah for the car and the driver tapi tak masuk minyak. tapi masuk2 van kotor! aircond kureng. oh yaiiii! pening sakit hati betul. hari tu jugak aku komplen kat agent yang dah sebat duit aku tuh. dahlah tu resit tak dibagi, and duit balance pun dia cakap nak pulangkan pun sampai kita balik pun haghamm! memang tak banyak tapi still!

everything for medan trip nih ok cuma the driver yang agak sangap kadang2 and the service of the van dari agent nih buat aku sentap. Pak Sulis campur tangan, memang dia sound agent nih aku tak tau apa yang dia dah membagi tapi yang pastinya bagiannya tak cukup kick. kita redha je lah.

family aku tak komplen, coz depa tak fussy, tapi aku fussy cos aku dah cakap apa requirement aku and for that aku memang bising bangat. anw bengang gak aku ngan orang2 yg keje kat airport Medan (porter) tu kan depa suka nau paksa2 kita tolakkan n amikkan trolley yang kita bawak. dah 2 org tu tolakkan, yet kita boleh buat, so aku bagi tips 10k rupiah sorang, tapi ngan muka taiknya cakap eh 20ribu! dari orang ikhlas terus jadi macam, sapa suh ko tolakkan aku nya trolley, korang yang sibuk2 sangat kan. tapi aku bagi lah jugak.

so anw, landing jer sampai sana was at 850am gak waktu Medan (950am waktu Malaysia), tapi tak terus check in…kita carik langsir duluuuuuuuuuuuuu…..

**gambar dalam entry nih semua pakai canon kecik except yang last photo guna Canon DSLR Sirman.

Comment: 29

RM was in Medan, Indonesia :)

image

so sapa rasa boleh claim hadiah from RM? sorrylah those yang takde twitter, aku shout sharing soalan contest nih pun via twitter gak. tapi hehehehehhe…banyak gila yang jawab aku pi spore lah, jakarta lah. ada sorang tu siap jawab aku pi London wohaiiiiiiiiii…..pi london 3 hari mana cukup. honestly sampai satu jam aku tanya tu pun takde sapa yang betul menjawab.

hiks….

takper…lain kali kita contest lagi.

IMG_5824

surpriseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!! dari Medan..eh Medan hapanya. dah sampai balik kl landed safely dah pun heehehehee…. 🙂

i was on 3 days getaway, lepak Medan lor. panjangggggggggg citernya. tapi hehehehee….kan aku janji last week nak bagi surprises of entries kan, ha gini le gomannya. banyak gambar banyak citer. coz we went to Medan. Why Medan? everybody knows aku gilakan Jakarta. lagi suka dok Jakarta dari Bandung. tapi again why Medan…?

gambar atas nih waktu nak check in, pegang laptop yang aku on kan supaya berry aku bernyawa batterynya, charging from lappy. dah nazak worr..die die kang plak battery tuh. mmglah vacation tapi kojo jalan gak!

cut the story short, aku bawak my parents yang specially my Abah teringin sangat nak pi Medan. alang2 gitu, aku bawak sekali my mom lah kan, takkan abah aku sorang jer. pastuh aku bawak sekali mak mertua aku. and aku angkut sekali my sister + her husband and kid. and of cos lah the Red Family too.

Total up 10 orang dalam trip ke Medan kali nih. It s a very short vacation, as long as my parents happy….ikut aku nak pi Jakarta jer, but bila kenang2 sian Abah aku, dia dah sebut nak sangat pi Medan, apalah sangat ngan cuti and ringgit yang ada, takpe kita bawak ke Medan. Sib baik bukan London ke Paris ke hahahaha….

IMG_5888

Bila aku terbang?

hiksss…

last friday morning, alah waktu aku tweet pagi buta ‘saw zahid and edlin AF’

itu sume di KLIA lor. pagi kol 5 dah bangun koo, blom kol 7 pagi dah sampai KLIA. ….aku tengok je twitter. nak update idak nak update idak. oh aku memang pantanggggggggg betul kalau citer pasal holiday trip aku di RM sebelum aku selamat sampai pulang, coz ada stalker kang yang dok tunggu aku kat teret teret tuttttt! uhuk terbatuk2! lesson learnt 🙂

but actually kan, aku update tau twitter aku atas apa saja kejadian yang berlaku di Medan. macam contoh tweets aku ‘cek bomb?‘ hah tu pasal masuk mall or masuk je hotel, depa check our van kot2 ada bomb. pastuh aku tweet ‘lamanyaaaa kira’ coz depa dok kira makanan yang kitorg makan kat Garuda Restaurant. pastuh kuor lagi tweet ‘malam ni makan nasi goreng’ hah memang pun ngah makan kat Es Teler. sedap giler ko nasi goreng dia.

IMG_6554

so so…nanti aku cite panjanggggggggggg al kebana, kerna itulah korang tak nampak aku kat mana2 event for the last 3 days. terpaksa turned down sume offer, semua event, invite tak dpt nak hadhir. as usual, Nuffnang jer yang tau mana hala tujuku hehehehehe. Trip Medan nih dah confirmed sejak July lagi. sejak aku balik dari Europe sejak tu lah abah aku dah sebut2.

so sebagai seorang anak yang nampak rock ganas kapak dan apa sajalah korang nak kata, when comes to my parents, aku lah anak terbaik depa hahahahaha! terus aku macam tak leh tidur, tak senang hati and terus aja aku book Medan trip, 10 air tix, 5 star hotel in Medan and everything kita cover lah.

tapi trip kali nih hehehe…Nothing for me, takde pun aku soping barang2 aku macam nak rak.

but i got 3 sets of langsir baruuuuuuuu for my house hahahahhaha siap tempah and beli merah merah youuu lagik! Puas hati yey!! baju kain ela for raya pun ai tell u….2,3 kali raya cukup tuh!

Comment: 29

Mak mertua eden…

IMG02939-20100930-2210

my mother in law is staying with us that nite….

tu sirman kat belakang yang ngah sibuk ngan lens baru dia yang tak sudah2 tapi gambar aku tak diamik asik le gambo RCW :p

IMG02941-20100930-2224

dan mak mertuaku yang  mengerumuni sambil dikerumini oleh si triplets yang tak tau malu betul. orang datang pun korang nak melompat sana sini! sib baik mak mertua aku pun suka kucing!

jarang kay mak mertua aku nak dok lepak umah kondo aku nih….banyak gila alasan kalau suh dok tidur umah VA. umah korang tu atas langit, takde halaman hahahhaha. macam2 lah alasan. dulu pun dok umah lama kat Bayu pun ada ler sekali 2 jer tidur, pun dah tak betah. yelah umah ai tinggi ke puncak…ngehh!

so sebab mak mertua aku ado kat umah aku ni hah

al mari lah al kita al beriadah keluarga yek 🙂

Comment: 22

Mana nak carik bidai mandi?

IMG02711-20100913-1918

apa punya cap ayam bidai mandi ni la weii! tu yang nyampah beli murah2 memang ada yang elok. dapat yang malang jenis cepat tercarik koyak! bengang tol aku larrrrrrr! rasanya tak sampai seminggu kot bidai ni. pastuh  quality dia macam cap ayam sangat, bila triplets masuk tengok diorg baik punya main tarik2. lagiiiiiiiii menambah uzur koyak yang maha dasyat!

huh! fifin pun naik hantu dia pun terus koyakkan cabut jer. kakak merah, belilah yang ada quality sikit kak oi!

aku nak beli ler nih, tapi tak jumpa2 lagi kat mana. Isetan tu pun aku tak naik sampai tingkat 4 pung. dok leka sampai tingkat budak2 jer, tingkat kain baju aku jer plak tuh.

yang problemo nya skang nih bukan tang besi bidai tuh, ni tang kainnya tuh. aku nak carik yang quality keras berat and mmg power gila lah! tapi tak jumpaaaaaaaaa. tak jumpa ke tak carik ehhehehehe

eh ada jual online tak? gila pemalas nak carik hahahahah

kalo ada lagi senang. tp tak nak kualiti cap taugeh kay, nak yang betul2 mantap ada daya mutu keunggulan.  ko bagi aku link yang jual cap ayam, siaplah, pas sekali pakai koyak, harus aku al mengamuk!

pastuh nak kaler merah yek

heheheehhe

bilik air aku takde pun kaler merah tau 🙁

Comment: 20

You asked for cat’s entry :)

IMG02922-20100930-0837

very quick one…waktu aku ngah bersiap2…sekor2 akan datang menggesel. tengoklah pagi tu sapa punya turn kuor cage, either triplets + Reddy or Mozel sahaja. That s Ams yang menyendeng, sebelum tu si Paris dok naik rimas aku dibuatnya apa le yang ko nak. rupanya ngadu telinga kebas….semua pagi2 kena korek telinga pagi2, Fifin memang rajin menibai telinga depa kasi kemas. itu kira baik fifin yang korek, kalau aku korek, lagi dalam macam doctor pet tu ajar. tak rosak nya telinga depa, coz doctor dah prescribed cara yang betul mengorek telinga kucing.

Pagi2 dah bagi diorg exercise lari satu rumah, dok balik dalam cage, turn Mozel lah pulak kuor. Reddy memang sentiasa 24jam di luar skang nih, dia kan queen of the cat in our house. Reddy is the most diva queen lah, muka sombong toya pun macam tu gak lah dr kecik sampai dah jadi mak-mak….!

image

tq to Tuah, one of my readers. dia nak sangat aku tunjuk bukti kita boleh meng’kasi’ kucing dan anjing supaya tidak terbiar merata-rata… oh aku blom spray lagi si Mozel. nan ado masanya heh….skang ni musim raya je kan, so takpek sangatlah nak pi bawak pet shop. tapi rasa macam nak suh vet datang rumah jer pi cucukkan vacci budak2 nih…aku ada satu je big carrier, bayangkan nak bawak 5 ekor pi vet huhhhhhhhhhhhhh!

vet tu takde lah jauhhhhhhhhhhhhhhhh, tapi membawak 5 ekor at 1 time, dahlah kita bukannya boleh kuor tetiap hari, klinik tu bukan bukak memalam, so agak masalah. weekend pulak dia bukak sampai jam bape je waktu petang, yet petanglah waktu yang kita nak berkejaran ke vet gak. eh al kisahnya aku ni bila dah beranak 5 ekor kucing hah memang harap2 lah sangat kalo vet tu datang umah jer buat vacci.

standard je lah, bagi ubat cacing, ubat vacci depa…tapi tak tau lah bape yang kono. ater dari mengendong bawak 5 ekor in one time…… baiklah ko datang umah aku jer.

Comment: 19