A story about Little Gegirl….

IMG_5933

Gegirl akan meninggalkan zaman pre-schoolnya tak lama jer lagik. bulan depan concert, means berakhirlah jugak zaman riang ria di kindy. she s going to Year 1, same school with her brother too…. Sirman went to her kindy to collect her report card….

IMG_5932

n dalam file sekolah dia, banyak giler kertas2 lukisan yang dia pernah hasilkan….bukan melukis but mewarna yang dia buat yek. kalau tak silap pendengaran aku lah kan, she s going to be on stage again, for 3 years in a row, mastering in drawing too. Memang colouring dia sapu bersihlah weiii! tetiga tahun dia sebat.

IMG_5928

So, dia insists nak amik gambar with her collection. wahh mak ko ada bags collection, ko pung ado gak yek! walaupun collection lukisan mewarna….

oh aku memang invest banyak jugak untuk colouring set dia. macam2 jenis dia ada coz Gegirl memang dari kecik dah tunjuk minat in drawing and colouring. cuma lukisan board kayu papan je takdak lagik. ada aku nampak dulu jual kat London, canggih gila, but tak sanggup nak bawak balik bila kenang2, mana ler nak disumbat dalam luggage yang dah mampat…

IMG_5927

ado lagi? hah…bolehlah mak ko tayang lam RM

IMG_5924

Gegirl pun ramai fans kat sini kan….boleh boleh. ramai readers mak ko sayang ko gegirl, siap ado yang booking ko nak buat menantu pung ado!

IMG_5908

ini cert kena frame kan!  IMG_5899

ini jugak kena frame kan! abangnya ada frame takkan adiknya takde pulak. aku bukannya anak banyak pun.

IMG_5898

tapi gambar ni palinggggggggg kita suka! Gegirl jadi pegawai bomba!

Few months ago, kindynya ada buat trip ke Balai Bomba, berkira2 betul bapaknya nak bagi dia ikut ke idak. Pandai betullllll Gegirl memujuk, nak sangat dia pergi, so wahh…sonok betul dia bila pergi, macam2 cerita dia kongsi. Yang uniknya Bomba memang ada boot and uniform khas untuk budak2 kecik gak. tengok lawa kan? comel je size depa….

Yang pakai topi putih tu Cikgu Gegirl, yg lelaki melayu is Abang bomba…budak berlima tuh skulmates Gegirl lah…Korang kenal kan Gegirl yang mana? melampo tak kenal! 2nd from the left tuh…

comei kan comeinyaaaaaaaaaaa!!

Oklah….itu ajer citer anak2….la nih aku ngah sibuk tengok Gegirl practice for her concert. Menari waka waka eh, naik poning pala aku tengok dia menari, berpusing2 badan dibuatnya!

Comment: 31

My 5 assets…

IMG_5510

gebu nor?

tak gebu….tak gebu bila diorang mandi. fyi, kucing2 aku sume mandi once a week, hari jumaat. wahhhahahhaha….korek2 telinga pun pagi jumaat gak. kira sume mandi lulur spa bagai hari jumaat lah… bila mandi sume jadi kucing paling kering dan kontang. bulu je ke main gobu….

berbulan2 gak lah aku ada bagi diorg additional menu. sian ko asik makan Iams jer…tak cemerlang reddy nak makan. Reddy tu lagi dah makin jemu coz dah bape taun ko asik Iams, so aku beli makanan bertin2 yang macam ko nampak kat pala Reddy tuh.

Setiap hari hanya pada waktu tenghari sahaja kita bagi makanan dalam tin tuh and campur together kacau2 ulam sekali ngan Iams yang kering. for Mozel and Reddy sorang satu mangkuk, tak boleh share. pala dedua besau.

For triplets pulak satu mangkuk besau dikacau2 yg sama gak, depa makan dalam cage…

IMG_5533

selesai makan, lelima kompem tidur lena 2,3 jam! kenyang sangat2…..

sebab tu lah waktunya triplets akan duduk dalam cage, bagi diorg tidur kaw kaw, budak2 lagi kan….bila dah petang baru diorr kuor berjimba pusing satu rumah…

IMG_5525

Mozel pun akan terus tidur, dia ni tidur pelik sket, dari kecik sampai dah tua ni pun tidur dok mengangkang je kaki belakang tuh. Mozel ni jantan and dia masih lagi musim nak mengawan but takde betina so entah dia mengawan lam mimpi kot hahahahah….

dia rapat ngan aku, ke mana aku pergi dia mesti ngekor. kadang2 dia ngah tidur pun dia nak dok bawah kaki aku kalau aku ngah kerja depan PC…

asal dia tidur tu dia nampak bayang muka aku pun dah cukup heaven lah to him.

IMG_5537

Tapi Reddy pulak lain sikit. dia suka tidur carik tempat aircond. kalau aircond tak berpasang, dia akan masuk bilik Gegirl or Abang and tidur bergelaplah dia dalam bilik tu sesekor….masa aku carik dia yang ngah bongkang, Mozel pun ngekor sekali…

tumpang tidur sama sebelah Reddy, tapi tak leh lama, bukan dia leh ngap pun si Reddy tu so kejapan nanti Mozel akan kuor and carik balik mana muka mak merah…and kat situ dia sambung tidur.

kira kat rumah aku pas diorg lunch, itulah waktu terbaik diorg tidur lenaaaaaaaaaa huh. syok or.

IMG_5955

di malam lain, oh reddy tidur sebelah daddy! ehehehhe….

nikmat bela kucing ni korang tak paham, hanya aku and abang je yang paham haahhaha. Gegirl biasa2 jer, Sirman lagiiiiiiii tak kuasa!  Pencinta kucing je yang paham….

Comment: 58

Abang is 9 Years Old!

Ini bukan entry PB. ini entry istimewa untuk anak sulong ku, putera merah, abang sayang korang. eh eh abang sayang bunyik lain pulak. namanya Shameel. dipanggil abang supaya si adik tak ikut sama panggil nama, nampak kurang ajar. so we panggil Abang.

Hari ni tarikh Abang dilahirkan, to be exact at 5.16am, tu pasal entry ni keluar di waktu tersebut. wah the best of having auto schedule.

Sejarah kelahiran abang….

eh nak citer lagi ke, dah 5 tahun lebih blogging, cite yang sama jer lah. nak nak? ok sket je lah.

IMG_8273

Abang was born via c-section. as u can see aku dulu macam penguin. Sirman was based in spore, and on the day of his due date, belum jugak ada tanda nak beranak. laki aku ni kang kalo balik spore, kang buatnya aku terberanak, sure he s gonna miss the moment.

So we decide to go for induce terus. petang tu admitted, lepak2, menahan sakit wuii. Prof Zainul tidur di sebelah bilik aku coz nak monitor, i should be delivering abang latest by Subuh. dalam kol 3,4 pagi, Prof tengok takde tanda gak untuk aku lahir secara normal. Takde bukaan langsung ko! yet his heartbeat dah lemah, so we had to go for c-section.

His weight masa keluar was 3.62kg. it considers besau gaklah at that point of time, memandangkan asalnya aku pun kecik molek bonar jenis badan kan. huh kerna ko bang 30kg berat badan mak ko naik waktu ngandungkan ko…

IMG_8277

Membesarkan abang, dari awal pantang, agak payah. budak ni bangun malam koooooo! selang sejam pulak tuh.  udahlah bapaknya kat spore, aku sorang2 malam2 ngan abang ok. mak aku datang umah jaga pantang aku waktu siang jer. kadang2 adalah adik2 aku datang temankan. itupun bukannya diorg leh bangun malam sama. meroyan betul aku. so tu pasal stiap kali weekend bila sirman balik frm spore, aku mmg tidur mati lah, mengqadaaa. susu tetek hah dah siap2 pump, boleh pi amik panaskan jer. heheheh punyalah nak dapatkan energy tidur semula.

So make the story short, today abang is 9 years old. banyak sedih banyak gembira membesarkan abang. tapi tetap dia anak aku, nakal anak lelaki macam tu lah. ada sekali tu yang aku tak pernah ceritakan dalam blog, dia balik rumah sendiri dari sekolah ke rumah atuknya. this was happened last year! panjang ceritanya hahahah….tapi dia dah serik pun. teruk kena perambat ngan bapaknya.

Anak lelaki jugak pun kena pukul, memang antara 2 anak2, abang yang lagi hebat kenakalannya. yang pompuan lain nakalnya. but semua tu berbatas2lah….cepat je kita bertindak.

Hobby abang bukan ke arah yang seperti ibu bapaknya. Dia tak berapa suka nak ngadap pc, allergic dok ngan score a kot hikss. pastuh dia minat outdoor sangat2. main badminton tu a must. he can speak and understand mandarin, belum fluent tapi kalau dia conceng mandarin, terpegun jap makpak dibuatnya.

A very loving brother, wpun setiap waktu ada je kejenya menyakat adiknya. Pencinta binatang sangat2…segala jenis binatang kalau boleh dia nak ternak kat lam rumah. ada harapan gak dia bukak pet shop or mini zoo weih!

IMG_5772

Their photo while celebrating RD’s birthday. birthday abang nanti kita celebrate yek bang…mak ko nih back to back ler pulak event nak pi mengcover.

So tahun nih, dia nak mintak hadiah2 apa pun takper….no hal.

Tapi yang pasti, hujung tahun nih jugak, kita nak sunatkan dia!

muahahahha……ko kena sunat banggg! dulu nak sunat awal2 masa baby, tapi sirman tak bagi, katanya nanti Abang takde pengalaman dan ingatan memori bersunat. so tunggu dia besau sket nih baru kita sunatkan. jadi nanti dia ingatlah sampai tua anak cucu apa kejadian bersunatnya nanti.

Abang, we love you. Silap salah abang, luka sakit abang, tiada jahat seorang anak di mata ibunya. Itu sudah pasti, kita lentur dengan kasih sayang, kita dah beri jalan, semoga Abang menjadi anak yang tidak melupai jasa mak bapaknya, andai ada umur panjang, jagalah mak pak ko, jaga adik ko bang, coz bukan ajer ko anak sulung, tetapi ko anak lelaki.

Anak lelaki besar tanggungjawabnya bang….

Comment: 54

Posing berpanas sikit

IMG_5704

aku rasa aku lebih senang hati untuk letak gambar solo dari beramai-ramai. kang lagi ramai stalkersssssssssssssss yang ngendap weii! kesianlah kat diorang, yang tak pasal2 pun nanti ngah makan kenduri kawin pun ‘eh eh you kawan Redmummy kan’

soalan2 yang kawan2 aku dapat, alahai kesian tau. menyampah diorang nak menjawabkan…

keter apa aku pakai, kasut apa, kenapa aku suka beli handbags, betul ke earnings RM tu dari blog jer puluh ribu, bencilah ok kawan2 aku nak menjawab.

depan korang memanglah diorg sesengih jer…tapi lam hati bikin panas jer. nak makan lauk pengantin pun siksa! diorg kawan ngan aku tapi diorg tak suka bila orang sibuk korek2 lah…

IMG_5709

so blog aku, gambar aku jealah aku letak…

IMG_5712

walaupun depan aku ke main ramai…tapi masing2 paham tugas ai sebagai blogger, ko amik ler gambo ko sorang2 kak red, kitorg lagi rela dari mendapat tempias gelemer blog ko tuh.

IMG_5714

balik bunga merah….daun hijau

IMG_5716

ni kalau Sirman ada, mau best kita buat photoshoot nih…tapi apakan daya, suami tarak, so pakai camera kecik jer lah. apa barang aku nak bawak camera bagak dia..

IMG_5720

aaa panas tau masa nih…tapi selambaaaaaaaaa

IMG_5721

muka satu badan dah sunburn…

IMG_5724

di bawah pokok kelapakkkkkkkk

IMG_5725

kalau gugur buah kelapa atas pala…terbaiklah pitam!

IMG_5727

macam padang golf! golek2 ngan anak2 aku pun sodap nih…bersih betul padang hijaunya!

IMG_5731

masa ni memang tak pakai PB, tapi  baju hitam putih belang memang ada PB

IMG_5734

ok muka yang dah terbakar kehangatan

IMG_5735

nasib baiklah aku ingat nak bawak topi and kipas battery tuh. kasut scholl travel merah pun banyak membantu, tapi pakai slipar pun selamba je boleh patutnya!

so dahlah itu gambar2 and sedikit potpetan dari laporan RM untuk entry hari ini.

hari ni korang buat apa?

ehehheehe….

hari ni esok lusa tulat langkat aku sangattttttttttttttttttttttttttttttt super bihzih!

Comment: 23

Nak Rayban!!!

IMG03150-20101020-1329

hitam2 gitu

IMG03153-20101020-1330

ala2 light brown…

IMG03157-20101020-1331

kalau ikat rambut camne lak gomannya kan…

kooooooooo! aku dok tengok CSI harituh kejap, eii dah bape minggu tak dpt tengok pepuaslah. maklumlah menang Astro kat Midvalley dulu belom pasang2 lagik kat umah hahaha, biasalah management issue umah aku ni banyak songeh! so takleh nak record2 CSI wpun astro to repeat banyak kali pun tetap gak aku missed. banyak hal banyak event ler weii….

so so kan, ada satu episode tuh, lawa ler pulak siot dia pakai Rayban’s, dah aku terkenang2. memang tekad balik dari trip nak pi carik satu. tapi yang jual kat klcc nih, versi unisex and very the godang besau. tak suit tol ngan muka aku tau….mungkinkah kerana rambut kembang maggi mee hailam aku nih?

hemm ni yang aku nak cantas je rambut ni kang.

lagipun korang memang menyampah bonar ngan rambut mee goreng aku kan?

Ini rayban tak leh kirim kat Paris lah sebab nak kena try bebtul. so kena jugaklah pi cuba lagi kat outlet lain pulak.

Comment: 27