Feb 24 2012 Friday, 9:00 am
Kita tidak tahu…
Maaf lambat buat entry perginya Arwah Faris, tapi it was live update di FB Fanpage saya and di twitter.
Ramai yang telah maklum perginya ke rahmatullah Adik Faris Nur Daniel, anakanda Sham @ Abah and Zuraine, saya cuma sempat edit entry asal derma kilat tuh di hujung entry tapi if you follow my twitter, sewaktu di rumah arwah/surau memang ada saya shoutkan. Cuma tidak ada gambar untuk dikongsi sewaktu melawatnya di hospital mahupun di rumah semalam, tak tertekan tangan nih nak amik gambar.
Saya dijemput RD semalam petang jugak untuk ke rumah parents Arwah Adik Faris, bersama2 di rumah melihat si kecil dimandikan, dikapankan dan dibawa ke surau untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.
Untuk teman2 di blog nih, fanpage dan di twitter yang telah menderma, dan tidak putus2 berdoa, terima kasih mewakili Sham dan Zuraine (yang sedang mengandung 2 bulan juga), hari ini hari orang, kita tak tahu hari kita. Kita paham bila ada yang meragui kesasihan cerita Arwah Adik Faris, tapi clearly aku cakap depa 2 nih our frens, kalau setakat orang yang aku tak kenal, mungkin aku pun tak berani nak shout. in fact seminggu lepas sebelum Arwah meninggal, aku and RD pergi sendiri melawat Arwah di SJMC.
Apapun, Adik Faris telah pergi selamanya. AlFatihah.
Dipetik dari teman2 FB:
1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malamm.. mengantuk.. etc… That might be the last night that he/she does that.
2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu, kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.
3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang… That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.
4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.
5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang… That might be the last food that he/she eats.
Sejujurnya, setiap masa hargailah anak2 kita……Kita tak tau bila kita atau dia yang akan “pergi” dulu.
Kucup buat Abang, Gegirl and RedBaby.
RM Recent Comments