Nasi mandi nasi arab!

 

IMG_7846

nasi arab  nasi arab nasi arab

2, 3 minggu mak aku berzikir ajak gi makan kat sini! so kita pergi jugak bawak depa, my sis and family, ipar duai pun ada sama ikut. 2 kereta jer pergi, nun di Bangi. hahahaha jangan ditanya ler nama restaurant nih, aku sibuk dalam kereta buat kerja sambil mengendong anak, sambil borak ngan mak ajah pak aji, langsung tetiba oh dah sampai.

Bangi tu! jauh ler dari pengkiraan mata kasar mak meyah!

2 meja kita amik, one is yang aku duduk, and belakang tu pulak budak2 kecik ngan my ipar and sis.

IMG_7750

kerja order ke hapa, my sister and mak uruskan. diorang yang expert dah berkali makan kat sini kan…

IMG_7825

abang lebih rela duduk diapit atuk neneknya dari duduk ngan cousins perempuan dia semua tuh, apatah lagi semua pada dia adalah masih kanak2 coz dia kan dah nak masuk teenager. ehceh ko bang. RD makan huh menganga sesajor.

 

IMG_7848

RB sambil makan his food, yang memang dah jadi kebiasaan aku bawak sendiri, mak aku suakan jugak nasi arab atau ngan nama asalnya nasi mandi. sodap ler dia menelan. ngan mak eden memang kalah ler aku, tak leh nak bidas kata tak boleh, dia akan tetap cakap bagi jer bagi jer, budak tu dah besau! korang pun idup je 8 orang mak bagi makan memacam. ahhahaha mak oh mak! sama je ngan RD, dok membagi jer, aku je yang memang pantau habis makanan baby food RB.

IMG_7868

 my Harley Chiffon top is by ThePopLook!

of cos, masih setia bersama TPL, kita dah lama kan joint venture :)

IMG_7865

balik tu bungkus the nasi mandi coz satu portion pinggan makan sorang boleh makan untuk 2,3 orang heh! banyak giler betul portion orang arab heh

IMG_7877

RB dok exploring kulu kilir, so cousins and kakak abang dia jaga dia ler….janji ko jangan kuor dari kedai, as long as di pandangan mata mak apak ko, ko hilang dari mata siap ler mak kau mula menggagau susah hati!

IMG_7892

 tapi nasi bubur dia jugak yang dia kokakkan lagi selera!

untuk kita makan reramai nih dalam RM250, so many things yang depa order, kebab ler, nasi mandi nasi tak mandi nasi tak cukup mandi hahahahah ok kidding!

will come back again for sure but nak ke Bangi lagi tu yang huh! kalo tak kerana nak membawak mak pak haku, memang tidak ler aku nak jejak. Jauhhhhhhhhhhhh….

Comment: 18