Feb
14
2014
Friday, 10:00 am
Aku dan RB masih lagi di la la land, di alam mimpi 🙂 sementara tu RD, Abang dan Kakak dah siap ready to explore Legoland Theme Park! Untungnya duduk di Hotel Legoland, sempatlah diorang balik mandi, rehat, solat dan bersiap bagai lepas berendam kat Legoland Water Park pagi tadi.
Walaupun ini kali kedua kami datang ke Legoland Theme Park ni, the excitement, keseronokan dan keterujaannya masih terasa macam the first time ever! Terutamanya bagi budak berdua tu, meluap-luap tak sabar nak melenjan all the rides and enjoy the attractions!
Tambahan pula terdapat daya tarikan yang baru di MINILAND dia iaitu LEGO® Star Wars. Dapat tengok Death Star™ Model complete with the soundtrack music dia! Cool giler!
Dan lagi satu the new attraction di Legoland ini ialah 4D Movie. Dapatlah kitorang merasa the adventure of the Legends of Chima dalam 4D Movie kali ini. Pengalaman yang sangat menarik untuk depa bertiga. Aku tak kesempatan nak try 🙁
Since kitorang datang ni time cuti CNY, kat belakang diorang tu binaan Lego berbentuk kuda sempena dengan tahun Kuda untuk tahun ini 🙂
Untuk pada yang tak tau, Legoland Theme Park ni ada mempunyai 7 themes areas of attraction yang sesuai untuk semua jenis umur tak kira tua atau muda. Antaranya ialah The Beginning, LEGO® Technic, LEGO Kingdoms, Imagination, LEGO City, Land of Adventure dan MINILAND. Memang menjadi inspirasi dan idaman kanak-kanak untuk datang ke sini. Dari pusat eksperimen LEGO hingga ke rollercoasters, Legoland ini merupakan perjalanan hari yang panjang bersesuaian untuk semua keluarga.
Akhirnya Kakak berjaya mengatasi minimum ketinggian untuk rides kat sini 🙂
Here we go for The Dragon rollercoster ride yey!
The Dragon dalam suasana Middle Ages
Ini pula ialah Lego Mindstorms di mana kita bina binaan Lego dan try it out.
Ha ni pulak pandangan dari udara 🙂
Here it is the Observation Tower where we can see the whole area of Legoland!
Surau of cos ada 🙂
Habis depa bertiga pusing keliling, almost covers all the rides. Kalau aku ikut ni sure panjit aku ngekor depa keliling Legoland ni. Bukan kecik anak tempat ni weiii…
Depa citer main Police dan Bomba ni letih sebab kena pump untuk gerakkan truck tu, pastu berlumba dengan yang lain. Peluh-peluh diorang mengepam nak kasi pecut laju truck tu hahahaha.
Aha finally here we come 🙂
Zeeshan bangun jer, terus mandi bersiap and turun ke sini. Dia pun dah segar dapat nap kejap tadi, so bersemangat lah dia.
Apa lagi dia pun cargas la panjat sana sini 🙂
Help daddy Zeeshan! Beria ok dia tolong tarik tangan daddy dia hehehhe
ha nak ke mana pulak tu?
Setiap attractions dia akan singgah and explore!
Yang ni nasib baik dia tak panjat masuk dalam pagar tu…
Jalan punya jalan kita sampai ke MINILAND dia. Untuk yang belum pernah datang sini, kat MINILAND ni lah terdapat binaan-binaan Lego untuk a few famous landscapes ataupun buildings seperti KLCC, KLIA, Putrajaya, Taj Mahal, Great Wall of China, Angkor Wat dan bermacam-macam lagi.
Kalaulah aku dapat masuk ni, sure best.
Cantikkan all the Lego constructions tu. Some of it actually bergerak, macam kapal, train, flyer atas tu.
Jap mummy lapar, beli nugget and pizza. Kang Abang dan Kakak sure lapar gak tu. Ooo budak berdua tu dah hilang, lupa mak bapak dah. Lagipun dah besar diorang tu, dah boleh pi jalan main sendiri dalam ni.
Aha akhirnya aku naik gak salah satu ride dia – Technic Twister. Kecut pecut weiiiii. Nampak budak belakang tu, menjerit-jerit dia hahahaha
Little Einstein 🙂
Ha kan btul cakap aku, jumpa budak berdua ni, dua-dua dah lapar. Tu la kalau dah main memang tak ingat nak makan!
Macam aku cakap, bertuah kitorang sebab time ni Legoland operates till 9 malam. So korang cek kat website dia, what’s their operation hour kalau nak datang. Biasa 10am to 6pm. But certain time bukak sampai kul 9 malam. So plan your visit 🙂
Lagipun ni time CNY, ada macam-macam show, lion dance la, dancing la, gendang cina la. Bestttttt
Dan untuk penutup malam tu, magical firework berdentum-dentam. Actually firework ni 3D tau. So kalau tengok pakai glass 3D tu, we can actually see the fireworks in Lego bricks shape. Cool giler 🙂
Ok time to go back. Last snap before back to hotel.
Their faces tell how happy they are 🙂 Tak terkata gembiranya diorang. Such a wonderful and awesome days in Legoland! Good quality family time some more. Kids happy, we of cos happy too. Insyallah we will be coming back that’s for sure. See you again Legoland 🙂
Comment:
8
Category: [
Ads, Legoland Hotel, Legoland Theme Park ]
RM Recent Comments