Jul 8 2015 Wednesday, 10:00 am
Misi Bunga berjaya! WH FLoral!!
Hari Ahad, memang penuh lah jadual. Nak mengejar Syawal. Selepas jer Zuhur, terus aku laki bini keluar, memula kedai kat rumah ni. Beli 2 barang, kena pasang kat Red House by this week too. Alhamdulillah dah pasang pun bendanya. Kan ada belakang tu ada Samsung’s robot vacuum cleaner. Hah tu pun aku berajat nak beli gak, one day, not now ler. Skang ada maid, tak yah ler nak beli.
Destinasi seterusnya di WH Floral Trading yang korang dok promote suh akak pergi tuh. Yeah aku dah sampai. Thanks korang bagi idea and tips untuk bukan mak bunga nih. Seriously I am not a bunga person, tu yang tak tau langsung tetempat macam nih.
Terpegun masuk dalam nih, rasa masam nak beli 10 benda, but perlu diingat, duit bukan dicetak dengan air liur.
bowl ni nak bowl tu nak, eh lawa2 ler semuanya!
sini pun rakus mata, tengok je lah. paling kecik cinonit letak candle tu pun dah kat RM50, tu paling kecik.
yang on the right side tu ada aku amik, dapat harga diskaun 30% coz display unit, takde stock. Yang aku nak tu ler takde stock pulakkan
kalau korang kaki bunga, memang patut ler repeat datang sini banyak kali
apahal takde merah hah. merah yang ada pun macam pinkish ke purple.
suka aku tengok benda bulat glitters ni, yang kecik dah takde stock pulak
hah tengoklah sepuas hati, mesti ada yang tak tau gak WH Floral kan, so ni akak kongsi sama
merahhhhhhhhh!
betullah kata korang, bunga plastik tipu dia memang nampak macam real jugak bila tengok dari jauh. Kena rasa pegang baru tau ooo tipu rupanya
kami berkenan yang ni hah
bersungguh gaya mak encik bercerita kat lakinya yang macam cepatlah cerita bunga bini oiiii
buat hiasan, mau tak mau
ini bapak besar punya bunga. Harga RM800 tapi ada 50% off
pasu tu jer dah 200 kalau beli asing. gubah2 beli bunga lagik. aku memang tak geti gegubah ni hahahaaa
ini laki aku gubah kat situ gak, pakai vase yang kononnya aku berkenan. tapi tak kena. kena pakai yang putih vase tu jugak baru IN
Kami sudahi dengan 3 jenis barang sahaja. Yang berplastik bakul nih bukan kami punya, ada orang lain punya, dengaunya mak andam, dia nak buat andaman ler kan. Baguslah kalau tangan jenis pandai ngubah2 nih, takat deco rumah ke hapa aku geti ler, takat olah2 ayat aku terer gak, buat pantun pun aku terer gak tapi tang deco2 bunga memang bukan jalinan aku lah.
So all, thanks for the idea yang bantu akak dalam entry misi bunga nih. Korang boleh refer kat situ jugak coz ramai readers bagi tips on tetempat dalam Klang Valley untuk cari bunga. Aku pun refer kat situ.
Mission accomplished. Alhamdulillah. Mai lah rumah kiter…dah ada bunga. wakakakakkaa.
Aii
Jul 08, 2015 @ 11:15:34
Kann….dia punya bunga mmg hidup kak red oii….
berpinor mata nengoknya. Nak2 tu bunga orkid kaler putih…kalo
ler letak dlm umah kak red yg bnyak warna merah tu…
perghhh lagi naik seri.
kolin zainal
Jul 08, 2015 @ 14:19:45
lawanya selection kat sini…
bunga nampak real lah…
Intan dayani
Jul 08, 2015 @ 15:23:20
eh berkenannya dengan rangka pokok tu
Intan dayani recently posted..Persiapan raya untuk Akiko
Lyn Yusoff
Jul 08, 2015 @ 16:36:39
cantik bunga merah tuh..
nnti tunggu ku dtg rumah mu yer kak… hehehhe
Lyn Yusoff recently posted..Wordless Wednesday #197
ShaSalleh
Jul 09, 2015 @ 06:09:38
nampak berseri rumah bila ada bunga-bungaan 🙂
ShaSalleh recently posted..Iftar di Restoran Hotmas Sungai Petani
shah
Jul 09, 2015 @ 13:16:27
wah… bisnes macam gini pun buat duit kan
shah recently posted..Tips Berjimat Sebelum Raya
Lynda
Jul 09, 2015 @ 14:01:11
cantik-cantik
Lynda recently posted..GIVEAWAY RAYA BY Bella
KLCC - Ave K - Istana Budaya - KLCC... - Pencinta Merah Red Lover Red Diva
Jul 14, 2015 @ 10:00:38
[…] yang pergi WH Floral tu ingat, pastuh balik rumah angkut askar. Sempat ler aku laki bini bertukar baju. Gila tak tukar, […]
Natrah
Nov 05, 2018 @ 13:06:25
Sy nak tny, mcm mane dengan harga di kedai bunga ni ek? Mahal ke murah?