Jun 2 2016 Thursday, 8:00 am
Dapur gas rosak??
Korang ingat tak (readers lama sure ingat) yang kisah my dapur gas kat rumah lama rosak and RD rushed pergi beli malam tu gak when the shop was about to tarik tutup pintu jer….very the dramatic betul. dia ler jugak yang pasangkan segala bagai.
So our hob and hood di Red House, considered baru ler, not even a year. So past few months dah mula rosak one by one. Ada 3 hobs, memula yang kanan, pastu yang kiri dah mula tak menyala. Imagine aku kena masak dengan yang tengah api kecik tu. Yang kiri tu masih bernyawa lagilah if over the weekend kan (RD pasangkan donno how bagai).
So paling buat aku dah naik darah bila yelah this week kan kakak ada class full day so i need to prepare bekal yang lebih sikit lah (bear in mind all of my kids tak pernah beli kat kantin sekolah, chinese school mar…).
Bayangnkan the api kiri kanan tak leh nak jalan gak and kena pakai api kecik. Next week is already ramadhan and i need to pong pang masak for the sahur buka puasa, mana boleh dengan api kecik ni heh, adalah tidak wajar.
Dan aku kalau dah hangin aku bebel2 kat laki aku ler. wassap dia yang ngah keje, suh dia pi beli baru by esok gak, gantikan.
But pastu malam tu aku mcm terpikir takkan le belum setahun dah nak ganti baru, banyak le cantikkan. So aku google here and there (yang aku dok suruh laki aku siasat berbulan dulu tak dibuatnya), rupanya ada service gas dapur.
Jadi aku tanya member aku, tanya adik aku, dapat le 2,3 contacts, malam tu gak aku tepon depa booking suh datang esok pagi nya gak.
hah kau! Aku suruh laki aku contact, dia jawab ‘ok esok i callkan’
hallooooooooooooo, nak aku hangin lagi ker, esok nak call bila orang tu nak datang, so aku take over ler lagi molek, lagi cepat, i cannot tahan already, malam tu gak aku dapat orang, esoknya orang tu datang.
habis dia bukaknya!
memang le sebelum ni laki aku dah godam dalamnya tapi tak le sedeep macam nih, so bila dah tau punca bagai, kena tukar maknek bagai, barulah tau why segala. Kan air and minyak yang kita masak tu yang tumpah2 kat dalam hob tuh, masuk ke dalam bagai, so dalamnya jadi berkarat (ye walaupun blom setahun). Itu puncanya.
Tapi selama setahun masak ni pun, aku masak weekend jer (weekdays jarang sangat) coz mak aku yang masak, 2,3 weeks ni je yang mak aku tak masak dah coz mak aku tak sihat kan, so aku le yang masaknya.
Lepas 2 jam dia godek godam bagai segala, barulah sihat walafiat my dapur gas.
Nasib baik ler aku sedar diri akal panjang untuk panggil service man ni instead of beli baru
lagipun laki aku malas nak dengar tazkirah bininya bebel pasal dapur gas dia jawab je ler, ok ai ll buy a new one tomorrow
dari ko poi beli dapur gas baru yang lom setahun usianya baik le aku makan duit ko tu heh
dan baik pulih sudah the dapur gas. engkau kalau tak sihat lagi aku dah planned dah nak amik yang brand lain yang jenis lagi cun melecun hah ko jangan nak buat hal lagik yek. Raya nak dekat nih, aku nak buat rendang ketupat segala kang.
paling penting for masak2 bukak puasa tu ler, aku jenis pantas cepat, mana boleh tunggu sesatu lauk masak, mesti nak sekali rap 3 dapur nak pakai. ai is cannot ler seselow niiii
dan 5 minit lepas dapur gas tu baik pulih, abang goreng keropok. Dan hasilnya, too closed ngan dapur gas, habis mak kau punya mangkuk fav. Walaupun mangkuk ni biasa2 jer but usianya dah over 15 years kot, dan kita surely ada yang mangkuk fav kita kan, hah ni salah satunya. abang ooo abang, api kuat benau ko buat bang oiiii
Service dapur gas tu was RM200, 2 jam, termasuk spare part yang dia tukar ganti segala, If lah kan aku tau ada service gini dari 6 bulan lepas aku dah panggil, eiiii, encik suami pun sama, bini dah berzikir berbulan2 pun dia buat pokak yooo…
kalau lebih 5 taun ke engkau jahanam aku tak kisah gak beli baru kan, ini baru sangat heh.
Oh apapun, hari ini, 2 June, genap setahun kami berpindah dah menetap di Red House. Today was the day. Happy Anniversary Red House 🙂 .
PLEASE STOP CALLING/WHATSAPP ME FOR THE DAPUR GAS REPAIRMAN’S DETAILS, KINDLY GOOGLE YOURSELF. I WONT BE ENTERTAINING ANYMORE CALLS/MESSAGES ON THIS. THANK YOU.
Iju
Jun 02, 2016 @ 09:48:20
Assalam kak red,
Nak contact no utk service dapur. Kat rumah pun dapur problem gak.
TQ
RedMummy
Jun 02, 2016 @ 10:19:53
boleh boleh
wassap akak 019 320 6264 nanti akak bagi
akubiomed
Jun 02, 2016 @ 13:02:00
Dahulu guna dapur gas yang biasa selalu bersih kepingan serdak didalam saluran dapur gas. Sekarang ini guna dapur gas infrared belum pernah service lagi. Selain cepat masak dan jimat gas.
akubiomed recently posted..Jom beramai-ramai ke LEGO CITY ADVENTURES di Queensbay Mall Penang
Suriaamanda
Jun 06, 2016 @ 13:31:35
same case with my dapur kat rumah seremban….geram je…
Suriaamanda recently posted..Menu Pre Ramadhan
musadun
Jun 06, 2016 @ 14:48:19
Patutlah dapur gas ade je problem..terima kasih utk info nya ye…lepas ni nak masak air tak perlu nak lebih…hihihi
musadun recently posted..Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Johor 2016
Lyn Yusoff
Jun 09, 2016 @ 12:02:10
nasib baik terpikir nak service… klu tak, melayang duit beli baru..
Lyn Yusoff recently posted..Majlis Aqiqah
Anne
Jun 18, 2016 @ 12:35:07
Hehe mcm i lah kak red. Washing machine drain je keluar air mcm mana nak basuh. Husband nk beli baru je senang.. Nasib sel otak i berfungsi google kot2 ada org servis mesin basuh. Rupanya ada benda stuck je kt mesin tu. Instead of melayang ratus2 beli baru cume bayar rm80 je untuk servis mesin tu.
Adri
Aug 22, 2016 @ 08:42:56
Salam kak..just read yr blogpost..having the same prob. mohon nk whatsapp akak ye utk minta nmber service hob tu. Thanx a bunch
Erni
Sep 14, 2016 @ 08:56:11
As Salam Kak Red,
Saya tengah mengalami masalah yang sama sekarang. Boleh tak akak share contact no utk service dapur ni? Tq.
Wan
Dec 26, 2016 @ 22:16:16
Hi nak tny ada contact number repair man tu tak?tolong share . Thanks
RAMZI BIN YUNUS
Apr 13, 2018 @ 12:12:33
lampu dan penyedut asap atau bay tak berfungsi
RAMZI BIN YUNUS
Apr 13, 2018 @ 12:13:15
bay
RAMZI BIN YUNUS
Apr 13, 2018 @ 12:13:36
bau
David
Apr 16, 2018 @ 21:13:13
Hello Sir good evening, do you repair pensonic glass built in hob
How much it will cost?
Sometime can on & some time just the sound only but cannot on. I already change new battery but still the same
Regards,
David..
013-2587650
raj
Jun 26, 2019 @ 18:48:21
apabila pusing switch api ada spaking, api pun blh hidup hold few minit, lepas tangan sahaja, api terus mati, apa masalahnya? brand electrolux
Aishah
Sep 07, 2020 @ 18:34:21
Dapor gas api merah periuk akan hitam