Posts by :

Redmummy won the LG 32” FULL HD LCD TV

IMG_7315

IMG_7475

IMG_7107

Redmummy won the LG 32” FULL HD LCD TV for the The Most Wicked Devil aka Best Dressed Devil!!!

For me, that s one of the best Mother’s Day Gift 🙂

Details to blog and come out later…

Comment: 68

Kampung Daun, Bandung n Back to Jakarta

IMG_5823-w400-h267


Pak Memet, tadi dibilang lumayan dekat kok sudah satu jam lebih enggak sampai Kampung Daunnya?

Macet ibu, biasanya 15min udah sampai

wuiii…napa le kita kena makan kat tempat jauh gini Pak Memet

iyah ibu di sini tempat makannya nyaman, sejukkkkkkkkkk sekali. orang malaysia harus makan di sini jika mampir ke Bandung.

kalau aku tau sikitnya 1 jam lebih nak pi naik bukit makan kat Kampung Daun nih, kompemmmmmmmmmmmm aku rela makan kat darat tu je pak memet oiii. dia dok sagat cakap harus makan kat sini, highly recommended gitu. memanglah best tptnya but to go up the hill and spent like 1 hour plus lam kijang, lapar jadi kenyang angin plakkk.

next time nak makan kat Kampung Daun korang pastikan korang overnite kat Bandung, kalau ari2 tu gak nak balik Jakarta, baik korang pi makan kat bawah2 tu jer, natrabu pun sodap.

IMG_5759-w400-h267

udahlah sejam lebih naik bukit ke Kampung Daun, ni nama restaurant Kampung Daun nih yer…so nak pi tempat makan dia pun kena gak menapak naik bukit…n sebab kami pun sampai time dinner, yang gazebo rendah2 sume dah taken out. ke puncak mahligai lah kami gamaknya

IMG_5767-w400-h267

posing2 dulu kat kedai cenderamata dia yer. aku suspect barang2 yang dia jual tuh bukan made in indon, rasa gaya macam dari japang kot. or china mali. n harganya perkhhhhhhhhhhhh, keychain kecik2 alam tuh pun dah nak dekat 100 ribu rupiah. btw tempat nih  sejuk kay, aku turun kijang boleh patah balik amik cardigan, sebab sojukkkkkkkk!

n the place is so famous lah, betullah tu kalo dah ramai kata mai bandung tak makan kat kpg daun, tak complete.alah sume nya ckp gitu.

ko datang kl pun x pi klcc, jalan tar, bukit bintang, x complete gak project melawat KL ko kan kan kan?

IMG_5773-w400-h267

sebab jauh nak berjalan naik atas bukit, setiap tpt kitorg rehat kaki amik gambo. aku cakap terus terang, aku dah lembik la masa nih. tu pasal aku tak nak pi bandung pada awal2nya, sbb aku tau aku mesti kedaung. ai dont like to be in the car lelama lah. aku rimas. pi penang yang bape jam tu pun aku bosan.

orang cam aku tak leh dok lelama lam keter, aku cepat muak. at least skang aku dah ok, dulu masa itm, kena telan ubat lalok, coz nanti mual2 lam bas. mabuk bas semedang.

IMG_5796-w400-h267

so ni tempat meja2 kami duduk. bersepah2 meja ngan share orang lain gak. ada gazebo yang private sket, tp sume dah full house. kira meja2 ktior gnih belakang ada orang lain gak sama lah. tak menggangu pun kitorg. meja aku tuh leh dok lam 6 orang, tp kitorg 2 jer yang meroyan kat situ.

IMG_5791-w400-h267

nengok kat bawah tu air terjun dia. cuba ko try pi kencing kat toilet dia, air terjun gamaknya depa pakai, sejukkkkkkk meretu! air terjun tu aku rasa cam nak terjun je coz badan aku dah berlengas yer. ni masa kitorg makan, aku dok bayangkan anak2 aku, ada gak yang kalo tak diorg, toys diorg sure jatuh ke bawah nya lah. coz seating arrangement dia memang senangggggggg je ko nak jatuh kalo x jaga memolek.

IMG_5805-w400-h267

aaa makanan dah sampai. kami amik sup buntut, kangkung masak belacan, n ikan barongan buat bakar. sodapppppppppp! licin lencunn. ai asked for teh o jasmine kot, panas2. eii lagik sodap. sirman mintak  jenis kopi, cappucino gamaknya

IMG_9098

kalo aku tolak sirman tu, jatuh menjunam dia kat bawah tuh…tp sblm apa2 aku selamatkan dulu duit rupiah yang dalam baju dia dulu 🙂 hehehehehehe…oh ai said that to him, bukan lawak jenaka lam blog jer yer.

IMG_9104

sudah licinnnnnnnnnnnnnnnn! wa manyak lapau maaaaa. jumlah yang dibayar, murah lah, not bad. ada lam RM60 gitu kot. cuba ko tanya sirman,aku ni macam biasa ler lupa ingatan. pdhal receiptnya aku simpan. malas lah nak korek seiii

for tempat makan cenggini,kalo korang baru pas kawin,dok atas nih perkhhh….terus tidur baring atas meja makan tu kay. tp sebab dah lama kawin sket, kuasa lah nak tidur baring, rasa nak balik umah carik katil gak adoler yuk.

IMG_5779-w400-h267

IMG_9118

IMG_9113

ha dahlah itu jer cite kampung daun. atas2 tuh ada hutan beliang, mai memalam x nampak hapa. kalo korang pi waktu siang, nampak le ungka beruk kot. Pak Memet citer kan…dia lepak2 ngan gang2 supir lah. katanya ada sorang  supir ni bawak korean boss dia dari jakarta. abih keje petang jumaat tu nak dinner kat Kampung Daun nih.

wuii…ko buta2 datang jejauh dari jakarta semata2 nak makan kat kampung daun, Bandung pastuh patah balik to Jakarta.

hebat hebat….

idok le teman

kalo aku, kalo boleh disua makanan tu atas katil, disuap, lagi aku rela wahahahhaha, mampus kena sepuk ngan sirman.

IMG_5829-w400-h267

so kami ingin pulang ke Jakarta semula, ada satu kedai betul2 aku msuk dia nya lampu menyala, baru aku nak capai selai baju,lampu dia dah padam. hampeh.

shop closing ko!

so aku tak dpt apa2 dah

wpun budget utk soping di Bandung masih lagik ada allocation kan.

IMG_5826-w400-h267

IMG_5825-w400-h267

kemudiannya kami terus menuju pulang ke jakarta. sepanjang perjalanan aku tidur mati. serius tak sedor diri. padahal ingatkan nak singgah memana rnr coz nak mengencing, tp dah tidur mati, Pak Memet laju je leer bawak kitorg balik.

tu yang sampai2 je umah Pak Host dah tengah malam…tp gigih gak kuor untuk dptkan internet connection spt dalam entry nih, berblogging dari kemang.

Pada saya, Bandung bukan pilihanku. Jakarta tetap di hati. kalau nak suh kuor duit sendiri bayo flight pi Bandung, tak mau lah.  Kak Az – aku enggak mau ke Bandung kalau aku perlu bayar flight and everything. so kita pi jakarta je lah kak!

aku lagi suka di Jakarta yang tenang wpun macetnya agak membunuh but still, ai have my own fav shops di jakarta. lagi satu, apa sahaja yang di bandung ada jugak di jual di Jakarta, sama la the other way round.

Cuma Bandung adalah more like tempat pelancongan, orang Malaysia memang bersepah2 soping di Bandung, sonok bangat yer soping gitu. janji aku dah merasa ke Bandung, walaupun sekejap seharian sahaja, tak explore semua tempat, tetappppppppppp gak Jakarta pilihan di hati.

Molek sangatlah MAS anto aku ke Jakarta. kalo dia campak aku ke Bandung, pikir banyak kali gak gua. oh itu MAS nya competitor kena amik anto aku lah ke Bandung since MAS doesnt fly to Bandung directly 🙂

Comment: 13

Heritage, Bandung

IMG_5746-w400-h267

halooo, kami di Heritage. dek banyak buang masa kat pasar Baru, plan yang patut leh pi 4,5 kedai jadik 3 kedai jer. Pasar Baru, Rumah Mode and Heritage ni jelah. nothing for me here, jilo yilek pocik. but adalah something for sirman againnnnnnnnnn. perkh laki aku lebih2 tol kan…

bapak, backpack nya harus disimpan di tempat simpanan enggak bisa bawak ke dalam

aaa? emmm aku pandang sirman, sirman pandang aku

security tu macam paham jer ‘enggak apa2 ibu, boleh dibawa backpacknya’

aku bukan enggak mau bagi backpak pak, tp dalam b/pack nya suami ku itu macam2 document penting ada.

aku paham ibu, enggak apa, kamu boleh bawa masuk.

makasih ya kerna memahami.

gilo ko nak letak b/pack tuh kat tpt bag dia, wpun dia jaga…eiii banyak doc penting woo lam tuh.

IMG_5755-w400-h267

tetiba kuor dah malam hahahahaha tu lah aku cakap 530 dia dah nak gelap. udahlah penat ya rabbi. kat sini soping boring aa…barang2nya tak segah best macam Rumah Mode. aku paling menyampah kalau nak beli barang, kena pi bawak receipt bayo kat kaunter ngan barang2 yang tak payah bawak receipt and patah balik pi ngamik barang tuh bila dah bayo.

eiii

buang karan tol

yang baju pompuannya sume size2 beso, yang kecik2 nan ado dah abih yilek. yang baju laki pada kawan akak aku pun nan ado. baju2 tu sudahnya kami carik kat jakarta pun ikut pirasat kitorg XXXL ada but no tulisan tetimbul. mengada heh.

pas pilih2 yang biasa2 jer, aku cabut kuor. lepak luor. biarkan sirman melayani urusan pembayaran. sket nya ramai rakyat msia lam tuh..

bapak kalau belanja lebih 500 ribu, bapak boleh dapat paperbag Heritage ini

sekali ada sorang akak msian ni nyampuk, alah tak yah lah dik, balik naik flight bukan ko leh bawak balik pun paperbag tuh, akak pun x amik.

pandai akak! aku dah agak sirman takkan belanja lebih semata2 nak amik paperbag heritage tuh.

IMG_5749-w400-h267

aku dok melanguk kat luor pun, si Pak memet dok borak pulak ngan gang2 supir, aku lambai2 dia tak pasan. gelap benor le aku kan…so sbb aku dok diri kat situ, of cos lah penjual2 tu mengaco aku

ibu belanja ibu, 300 ribu ini, kalau ambil 10 aku beri 250 ribu

100 ribu aku ambil

ya waduh 200 ribu ya ibu?

50 ribu lah gitu

ya ibuuuuu, masa gitu, tadinya kata 100 ribu. kok jadi 50 ribu

lagi ko tak nak turunkan harga, lagi aku turunkan ikut harga aku

ya ibu, 100 ribu, jualan ya

heheheheee….aku biasa buat gitu. korang leh lah try.

kalo dia letak 200 ribu, pass nya mbe 150ribu jer, aku akan mintak 100ribu gak. kalo dia turunkan 140 ribu je, lagi aku turnkan to 70 ribu, silap2 aku bagi 50 ribu. ha korang bley lah amalkan 🙂

so far taktik aku menjadik. ye saya sangat handal membargain!

tapi ada jugak tak berjaya, macam contoh kat kedai kain ela Pasar Baru tuh. dia letak contohnya lah yer 40ribu semeter, aku tepek 20 ribu. passnya 37ribu. 10 juta kali dia cakap 37 ribu gak. so aku tau ni susah nak ‘makan’ nih, aku naikkanlah sikit, 30 ribu. kalo dia degil kebana gak, hah tak yah nak bukak kain lain, ko tinggalkan jer ler kedai tuh.

kedai ke 4 tu yang aku dapat harga yang aku nak. baru puas hati. just imagine, 3 kedai harga 37ribu, material yang sama ngan kedai ke 4 at 30 ribu. murah enggak?

yang penting hati jitu kental waktu menawar harus ada. but ada jugak masa2 nya aku malas nak bargain, due to keletihan yang tahap gaban. tu kompem aaa ok, yelah bayo jer ler. mmg tu maknanya takde napsu nak buang air liur.

Comment: 7

Car Sticker is posting out!

the RM’s car stickers sudah ada di tangan saya

it s totally sad to see bila nama yang tak bayar lagi not bad gak on q. wpun dah dianto 2 kalik reminder.

we promised you to give us 2 weeks, and kami mencapai target, tp payment? huk aloh. 10 inggit pun siksa nak dpt, so by monday, if no payment is made by the booking party, aku bagik kat those yang masih lagi berminat tp terlepas tarikh order arituh. jangan nak bising2 mekak kata saya dah order kak tp saya lupa nak bayau. no such thing. budak2 gbm penat anto reminder kat korang.

Next program:

1. Contest for those yang ada car stickers sahaja.

2. Password only to be given out pada yang ada car stickers aja.

I want to see the sincerity gak, kalo aku cakap sapa order car stickers nanti leh dpt password, sure berlumba2 yang nak order kan, sanggup tuh. so sebab tu lah aku cakap sapa yang ada car stickers jer, ai mean it shows u support RM. lagik satu, we are not gonna have any event, potluck pun tarak taun nih. RM’s car sticker adalah antara satu2nya product tunggal RM for this year. insyallah.

ai decided to pull off back the potluck, coz ai want it to be exclusive. kalao tetiap taun kena buat, mana syok dah.

Aku sambung entry ni ari Isnin nanti. Chow!

Comment: 21

Rumah Mode, Bandung

pak memet, napa banyak macet nih

di sini jalannya kecil2 ibu, orangnya padat

lama lagik sik?

lumayan ibu, tapi macet nih, jadi lumayan jauhnya

lumayan semedang, nak tidur aa gini…this was after the pasar baru’s trip. yang buat aku ngan sirman naik hangin jerr pi carik barang kakak aku tuh. ada le barang aku, ada ke? hemm….mana ada!

IMG_5727-w410

di malaysia, si Manohara nih kalau version kita macam takde masalah je dia ngan suaminya kerabat kelantan tu kan. tp kat jakarta n bandung alohaiiiiii…lam tv pun sama. mak nya siap buat PC cakap anak dia dianiaya lah, disiat2, didera sebagainya. and mostly semua tabloids letak Manohara ni sebagai cerita utama kat main page.

aku pun tak tau apa jadik, mana satu betul mana satu salah.

version indonesia of course lah depa menerima cerita katanya si Manohara ni memang ngah dalam siksaan. tp versi Msia lain pulakkan.

IMG_5634-w410

ha ada satu gambau aku ngah tidur. padahal sepanjang idup macet kat jakarta bandung tuh, aku memang tidur semedang. tak bley tahan la seii diorgnya jem. kertu punkoq aku dok lelama weiiii!

orang kata dari Pasar Baru ke Rumah Mode idaklah jauh bonar, tp dek kerana jem jem yang hazab nih, perjalanan 15min akan jadi 1-2 jam. gilo tol. kalo ada meeting, boleh buat 2 meeting jer lah perday. jangan berangan nak buat back to back meeting to all places.

IMG_5644-w410

kitak sudah sampai Rumah Mode. tiap kali sampai ke destination, tiap kali tu lah aku dikejutkan sirman. sirman tu mata burung hantu, kalo burung hantu siang tidur malam jaga, ha dia terbalik, malam tidur siang berjaga. sepanjang aku kawin ngan dia, kekerapan aku tidur compared ngan dia adalah lam 90 skala gitu. hiksss

IMG_9070

IMG_5647-w410

kami makan kat Rumah Mode gak. depan tu ada banyak stylo gerais, ala2 classic sket lah tpt makan tu yer…nak carik nasiiiii jugak. but taste nya kureng lah. sodap lg nasi padang nasi natrabu jakarta tuh. ni sebab commercial gamaknya so harganya ala2 not bad kederek kay.

sila anda lihat pinggan orang diet

ngan pinggan orang kurus tinggi yang tak diet

dahlah kurus tinggi, makan selambak, tak gak gemuk2. laki aku bela hantu raya gamaknya.

IMG_5654-w410

aku order air bandung mas bukan abc

ini es bandung buk

oh saya mintak air bandung bukan es bandung

kita enggak ada air bandung buk

korang – air bandung tidak ada dijual di Bandung ye mahupun jakarta atau segala jenis corok indonesia. air bandung pink melekat kat malaysia kita nih, hanya ada di malaysia sahaja. sapa le kat msia gatai pi letak nama air bandung, buat malu aku je mintak air bandung di bandung!

IMG_5657-w410

kesimpulannya aku hirup sesikit je es bandung tuh, dia ada letak apa tah tapi rasa payau kelat tak sodap. so not my selera. num Aqua gak sodap. sirman makan licin lencun…

lapar ke sodap?

masa ni aku ngah amik mood nafsu nak menyoping

sbb baru bangun tidur lg kan…pala agak weng weng boliau

IMG_9086

cantik dok toilet kat Rumah Mode nih…classic seiii!

IMG_5679-w410

bila hantu soping aku dah mari, so semakin laju lah aku nak merendek masuk Rumah Mode yang kemain dijaja2 dek seluruh rakyat malaysia suh pi, kira kalau sampai bandung tak pi rumah mode, tak sah lah.

jarak jauh giler sirman ngan si penggila shopping tuh..orang lagi nak cepat, lagi dia suh pose tetengah jalan!

IMG_5686-w410

pat ler sirman masuk, x udah2 amik gambau

kang u gak nak pakai gambar nih lam blog

so masuk jer wuiiiiiiiiiiiii! aku buat satu lawatan dulu, tengok2 jenguk2. pastu decided pi male’s section dulu. ke laki aku memang dah dok melekat kat situ tak geti2 nak pi jenguk female’s section.

IMG_5694-w410

gambo dalam Rumah Mode, ni satu je lah yang ada…security dia bersepah la weii. korang tau tak aku dok bertapa kat male section tu sampai x leh  x mampu nak jalan dah. aku sauk baju2 lelaki and dok tetepi. purata abihkan masa kat male section ni lagi tinggi dari dok kat tpt pompuan. apatah lagi kids dept.

sirman tu lah, aku try baju ke suor tak yah masuk fitting room pakai cermin luar tu jer, dia tu selai2 nak try lam fittin groom. eii, specially suor lah kan. apa dah…

tu yang lama kat tpt dia than tpt aku.

so done with him, tiba turn aku pulak. hehehhehheeh….

pastu for kids. kids nya tak banyaklah aku amik coz aku dah budget nak amik yang kedai baju kanak2 yang kat ITC Kuningan.

IMG_9088

IMG_5710-w410

oh sudah, bape jam tah kat sini…tetiba dah melepek.

senyumlah sket, muka sememeh jer, nak tepek kat blog you ni kang

penatlah, kang senyum lagi nampak plastik. biarlah muka sememeh, memang saya tengah sememeh kepepeh pung ler..

lega…kuor je dari Rumah Mode, kami akan pergi ke emm…

ko pergi Toko 3 tau, situ ada baju yang tulisannya timbul2 tuh harganya gini2, mesti amik size XXXL, ni kawan Anya punya laki nak.

cekadak la ko. kat Rumah Mode nih, satu hapa XXXL takdak. gergasi hapa laki kawannya. agak2 lah kan kalo nak suh orang pun, dah tau size ko susah nak dpt, lagi nak nyusahkan aku. bukan laki ko punya lak tuh, kawan laki ko!

eiiii! aku komplen2 pun, aku pi gak mencarik yer. satu bandung kedai aku carik utk tshirt laki kawannya, tak gak dpt. Toko 3 plak Pak Memet tak tau, tepon Pak Sulis, satu hal lagi Pak Memet nak carik jalan wpun Pak Sulis dah ajar Pak Memet.

this is like very the menyusahkan. masa udahlah terhad.

Pak Memet, lupakan je Toko 3 tu, barang2 saya lagi penting. kita ke Heritage sahaja…

Comment: 12