Posts by :

Rombongan Mak Merah ke Kilang Yakult!

48hours sponsored post

IMG_5967

 

Bunyi macam rombongan budak sekolah pulak hiks. But it was an educational and fun tour actually 🙂

Yup recently aku pergi melawat kilang Yakult kat Seremban tuh. Personally aku memang menyokong langkah Yakult yang mengamalkan open door policy untuk sesapa sahaja untuk datang melawat kilang pemprosesannya, melihat dengan mata sendiri cara Yakult dibuat.

IMG_5968

Betul! Sesapa sajer boleh datang buat tour dan melihat sendiri bagaimana Yakult diproses, bermula dari bagaimana mula-mula ia dibuat, diadun, dipackagingkan dan seterusnya untuk dipasarkan. Dengan menggunakan teknologi terkini, cara proses yang teratur dan tersusun, kemas, bersih dan menepati standard yang ditetapkan serta quality controlnya memang menambahkan lagi rasa keyakinan terhadap minuman Yakult ni. Tidak was-was lagi! Other food & beverage factories sepatutnya ikut contoh Yakult ni.

Disamping tu, kita juga dapat belajar tentang good and bad bakteria dan kesannya ke atas tubuh kita. Info yang bagus terutamanya untuk budak-budak sekolah, juga untuk kita semua. Dan sudah semestinya dapat merasa dan membawa pulang the delicious, freshly-made Yakult!

IMG_5969

Kilang Yakult yang terletak di Seremban ni hanya mempunyai lebih kurang 40 orang pekerja sahaja. Ini kerana most of the prosesses are done by the machines. Btw, lupa nak cakap, kalau korang berminat nak melawat kilang Yakult ni, bolehlah isi form dia. Dan hari lawatan pula ialah setiap Isnin hingga Jumaat (waktu pejabat) dan pada Sabtu tertentu sahaja setiap bulan. Open to public and free of charge!

The machines dalam kilang Yakult ni 100% dibawakan dari Japan, so kita pun tau Japan punya technology canggih, dan bestnya kilang sebesar ni, tak menggunakan banyak labour, tu yang tenang and calm je kerja kat Yakult factory nih.

IMG_5971

Yakult adalah perintis dunia dalam bidang probiotik dan sudah bermula dari tahun 1935 lagi. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat even baby seusia setahun lebih pun boleh minum sampailah orang tua. Ini kerana Yakult adalah probiotik yang berkualiti tinggi dalam bentuk minuman susu kultur dan mempunyai antara kepekatan tertinggi probiotik berbanding minuman susu kultur dan produk probiotik lain di pasaran.

Ia mengandungi bakteria probiotik “Lactobacillus casei Shirota” (yang lebih dikenali sebagai “Shirota strain”) yang baik untuk sistem usus badan kita even hospitals recommended Yakult dijadikan minuman for pre dan post operation.

IMG_5878

Dan sudah semestinya ditanggung dan diiktiraf Halal 🙂

Rahsia satu lagi, kalau ko akan kena operation atau baru operation ke, ha minumlah Yakult, disarankan sangat jugak by the doctors sebab proses pemulihan akan lebih cepat. Cuba tanya kak google, tengok sejarah Yakult yang membantu kita untuk pulih dari major operation. Yakult akan bantu kuatkan pertahanan badan untuk elakkan jangkitan. Sebab bila kita operation, pertahanan badan akan jadi lemah, dan senang kena jangkitan. Jangkitan ni bila dah kena, ia akan ganggu the healing process. Should try kan?

IMG_6006

Kakak memanglah suka dengan Yakult ni tapi recommended 2 botol sehari sahaja tapi kalo nak minum lebih pun takper Cuma untuk proses pengususan diterima 2 botol sehari sahaja yer. Minum lelebih memang tak de mujarab dan mudaratnya pun.  Sentiasa juga simpan Yakult dalam peti ais (refrigerated ) so that we can fully enjoy the taste and health benefits. Dan, fyi Yakult hanya baik untuk diminum dalam masa 45 hari sahaja dari tarikh ia dikilangkan.

Kalau dah habis tarikh expired tu ko minum gak, takde le pulak ko pengsan ke hapa tapi tak eloklah, dia punya khasiat tu takde dah. So please make sure u minum within the 45 days, ada tarikh expired tu depa letak kat each botols and packaging.

IMG_5876

YakultYakultLepas ni Mak Merah ingat nak lawat kilang kat Jepun pulaklah…

And ever wonder why Yakult bottle is so small? Well, Yakult bukanlah untuk menghilangkan dahaga ataupun mengenyangkan perut, tetapi botol sekecil itu actually mengandungi lebih dari 30 bilion live Yakult bacteria yang lebih dari cukup untuk memastikan kita sihat setiap masa 🙂

A very small tiny things to help with digestion in your stomach and helping your healthy life, bukankah lebih molek diminum ramai?

Khidmat pesanan masyarakat Yakult is brought by Redmummy.com

Comment: 10

Silap hisap…

IMG_7235

sedih kan tengok dia, demam panas masa nih. Dok berkepit je ngan aku, kalau aku takde, dia berkepit ngan bapaknya. probably demam berjangkit dari bapaknya. demam panas sangat. punyalah susah nak tinggalkan dia pagi gi kerja. marah betul dia bila letak kain tuam kat pala, makan minum pun tak selera. yang dia nak only melekat breastfeed jer. tak pun air suam, tekak dia merah.

IMG_7251

lunch hour aku rushed back gak balik, bawak dia pi klinik. Tak boleh ler nak tunggu petang ke, tak seronok betul dia ngan badan ngah demam, berdukung melekat jer. Kalau pi klinik ni biasanya dia ler juara bintang bergasak berjalan, tapi ni demam, melembik je masa nih. sian ko dik….doktor masukkan ubat bontot, dah 38 degree, tu pun sebelum tu lagi panas.

Balik dari klinik baru dia ada selera nak makan minum. Pastu tidurrr…

IMG_7265

Balik je kerja aku terus amik dia bawak kuor pi pasar malam, berjanji ngan RD jumpa kat sana terus. saja nak bagi dia exposure luar so dia active sket. Ada jualan toys dalam pasar malam tuh, dia dah kebah sket, so beria dok memilih…

IMG_7269

nak tu nak ni, tunjuk tu tunjuk ni tapi kalau dah dia amik mintak toy yang satu tu sampai berkali2 meaning dia nak toy tu je lah hahahahah, kelakar btol muka dia punya suka excited tengok toys ke main banyak. but pastuh dah dapat toys, mintak dokong balik. dia tak nak jalan. orang demam lagi kan

 

IMG_7282

 

malam pun pas makan sket jer. dia reratah ayam goreng ngan mee soup. sambung tidur balik. berkepit kiri kanan ngan makpaknya. Anak2 yang breastfeeding kalau dah lebih setahun setengah surely memang payah nak putus breastfeed, aku pun bukannya banyak lagi stock but pengubat dia memang susu badan je lah. melekat melekap je.

RB is already 20months.  as of now, alhamdulillah dah beransur kebah but masih lagi on antibioticlah, kena habiskan 5 hari.

Malam yang dia baru naik demam panas tuh, kelakarnya kan ….

dia pi hisap tetek bapaknya hahahhaha

salah parking daaa

ingatkan maknya, budak tu mamai, dok carik mak

terhisap bapaknya kahkahkah

sempat dia sedor on carik balik maknya

Comment: 20

Hallo Hallo OU!

IMG_7172

kalau 100 kali snaps mau 100 kali mak ko collage kan! habis tuh, sesambil bfeed Rb, ni le aku buatkan. multi tasking. senang tak yah nak upload bebanyak gambars, siap di tangan jer, tfered.

IMG_7173

gambar bapak korang tak penting, gambar kita berempat yang paling afdal

IMG_7080

mak and kakak lenggang kangkung je, urusan beberat bagi kat bapak and abangnya jer and skang kakak dah makin suka diambil gambarnya. abang lagi ler, sejak tahun nih memang dia tadah muka je bila nak snap…baguish. kekecik dulu nampak camera ke main lari muka kan, skang senang keje aku

IMG_7085

dah alang2 pergi OU tu, carikkanlah basikal RB. bukan dia heran pun but skang stage dia untuk naik basikal roda tiga. belajar pedal pulak. gitu yeah…ikut stage by stage.

dia dah melepasi basikal pakai kaki tu jer so skang upgrade tinggi sketlah kan. but dalam nih takde yang size dia. ada pun for umur 3,4 taun tak logik le kan kalau nak beli.

so moh. beli tempat lain.

ada kat IG gambar si RB dok main lori datang sorang budak nak amik lorinya tuh dah jadi perebutan lori. aku biarkan jer. lagi direbutkan tapi pastu mak budak tu amik anaknya lah coz dia pun tau anak aku memang ngah main lori bagak tu. tang aku, lantak koranglah nak rebut hahahahaha, aku tengok jer. development being a baby.

camne dia dealing with stranger, camne dia punya kedekut. camne dia punya rakus taksub sama lori kehkehkhehhh

pi lah tengok gambau tu kat instagram ai.

IMG_7107

untung beli stroller memahal nih, merata dunia pergi pun kuat je structure pastuh hah aka TROLLEY!

dah memang memberat betul menolak stroller tuh.

 IMG_7171

 sonok skang abang dah suka amik gambar

ni kitorg posing pasal tunggu apak akak and adiknya lambat benau nak kuor dari AEON tuh, wpun tak beli beskal tapi sempat aku selit pelampung baru lah, lori ler, keter si Zeeshan tu

 

IMG_7120

hah bola pun beli gak pastu depa pi bantai main bola tengah2 orang ramai

IMG_7124

 last kopek kita beli basikal tu kat Toy’s Ur Us

RM199.90

ada 3 tayar. boleh pedal. beratnya ya hampun. parking bukan dekat plak tuh, so dah bila tuan besar dok situ, kena ler gegilir membawak basikal dia

IMG_7174

ice cream break

 IMG_7175

pusing carik dinner, semua full. masalahnya yang kosong pun malay restaurants but abang dok tekak omputih nakkan steak saja, pun takde gak tempat yang nak dituju yang kosong, so kita settled je ngan Burger King. gambar atas tuh abang dok ajar maknya makan Sushi pakai chopstick. eh aku memang le terer makan sushi, tapi aku tak terer pakai chopstick, sampai anak yang ajar mak kau.

pun mak kau failed gak.

gamaknya sampai Zeeshan ko dah pandai makan pakai chopstick pun mak kau tak pepandai gak. apa ke benak betul mak kau heh ngan chopstick tuh.

Ni bukan soal benak yang oi, ni soalnya awak tak sesungguh nak belajar makan pakai chopstick

ok malas pikir, tak yah buat gaduh pung hikss

IMG_7176

dah makan kat Burger King, tak kenyang. kuat makan anak bujang aku nih. dia ajak singgah makan mee kari. Baru duduk je ada pulak awek jambu around his age dok sebelah dia plak. Ko tak tengok bapak tu punya misai datuk k tu bang.

amboi bang, concentrate makan nampak, mementang ada awek jambu sebelah kooooooooo

laki aku selamba je, hah bang, makwe sebelah ko

abang buat muka serious tapi ke main senyum simpul pastuuuuuuuuuuuuuuuuu!

IMG_7151

RD pastuh naik balik fever dia. Sian dia. He was down with fever since Thursday subuh, 2 hari MC. pastu Sabtu dah ok kebah wpun masih macam nampak weak. Tup2 Sat nite naik balik fevernya. Sun noon terus pi klinik balik, and dah tuh kalau Monday tak sihat gak, haruslah pi hospital amik blood test. but dah macam ok, pun malas nak pi hospital.  Malam tu dah fully recovered.

Baju merah aku nih laki aku belikan dari Poland. Bersungguh dia remind aku tanya dah pakai blom dah pakai blom. ye ler orang pakai le nih. Kekdahnya bini awak punya baju merah plain one dah memang bertokan so pakai baju baru pun nampak sama je jugak ngan baju2 lama kan….

IMG_7153

Korang kalau pasnih tepon aku ke, tepon rumah aku ke tepon RD ke, kalau ada orang senyap je tak berjawab, or kalau korang tengok banyak benau misscalled dari aku laki bini ke, hah ada le sebabnya dari budak kecik nih. soft toy tepon tu pun boleh jadi bahan hallo hallo dia.

Keek hallo hallo kelam kabut nak jawab tepon, pantang tepon bunyik, menggelupur dia kejar jawabkan

Aug 30, 2013 | Halo one by redmummydotcom on Keek.com

Aug 30, 2013 | Halo 2 by redmummydotcom on Keek.com

Aug 30, 2013 | Halooo 3 by redmummydotcom on Keek.com

Comment: 7

Intrend September 2013

lepas dah make up make up cecantik dalam entry nih

kena posing2 tegak senget senyum cam nak terpaksa kahkahkah….

 

IMG_3236

sampai terkepit2 skirt akak dik ko kepitkan

pakai binder clip

kehkehkeh…rahsia photoshoot, sume photographers nya kerja pun tau nih

 

IMG_3245

nampak benaulah dah penat nak senyum

IMG_3282

editing. aku tak tengok pun apa yang depa edit coz abis sesengih, aku terus tukar baju and chow. balik tak nyenyempat coz nak sangat qada tidur. but make up tebal, apa barang nak nampak tak cukup tidur kan. lesu lembik gemalai tolak tepi, kerja siap, pecut balik.

photo

pastuh ini hasilnya!

top to toe kain baju aku. kasut by Cipela Couture lah of cos cuma gambar kecik kanan tu, baju dari Intrend, eloklah pun baju hijau tu tak kuor, coz tak berapa test mak merah sangat hahahahaa….aku bawak baju je sekapal, tapi pakai sepasang je pung

photo

kesayanganlah sangat heh….

nak baca lelebih pi le carik sendiri hard copynya boleh boleh dok?

photo

Intrend September – cover depan Emma Maembong

photoshoot macam ni aku suka. simple. senang kerja. be on time for the call time, datang tadah muka, bawak baju, tukar and snap snap snap. habis siap, terus chow. interview to be done before or after the photoshoot.  Photoshoot yang paling aku lemas sket bila kena ada bawak batallion pastuh sambil senyum kena jeling hujung mata tengok anak, ngah nak posing, terjerit2 tengok anak2, kahkahkah! baru nak menonggek dah kena lari pi kejar anak, hah tu masa photoshoot ngan Zeeshan takde abang kakaknya, apaknya pun takde. adoi! dengan mak ko 5,6 inchi kasut tinggi lagik. hiks…

sambungan cite handbag baru semalam

#akubukantaknakbelihandbagbarubuteurotengahmenggilanaik!

Comment: 10

Melaka A2

 

DSC_6739

Masa ni jelah posing rambut lempas pastuh dah kepanasan tak tahan. yelah melaka tu paneh gak. kitorg kalau balik sana dok carik port kipas or kalau homestay umah kena ada airconds. kalau pi umah orang pun, carik yg ada kipas but kalau takde pun redha sajalah yek.

Bersambung kita cite melaka, the final one. pastu takde dah cite raya. penutup akhir kalam. kahkahkah.

DSC_6786

Rumah sedara mara melaka tu memang dah expected kitorg from KL datang every raya kedua dan ketiga. so pasal memakan jangan risau, depa dah siap buat buffet lagi. tu yg bestnya pakcik makcik melaka!  aku makan lambat…orang lai dah abis makan aku baru nak capai nasi.

DSC_6790

Adik buli kakak

IMG_4755

Ko patut tengok muka Zeeshan buka mulut muncung maknya. itu Zeeshan ngah buat blow blow nasi, dia dah biasa kalau nasi panas dia akan blow dulu so kenkonon aku tiupkanlah tuh, sambil tangan baca doa makan. Dia tau dah berdoa tapi dia punya tadah tangan doa tu memang ke main laju betul aminnya.

IMG_4766

He s so hungryyyyyyyyyyyyyy! badan dia takde le tembam bam bam tapi dia sangat banyak makan nasi. satu  hari 4,5 kali makan nasi. breakfast pun nasi. dapat pulak lauk kampung, sayur ke sup2 ke, hah memang tu yang dia adap duduk depan kita mintak disuap.

IMG_4781

Ini drama kat rumah lagi sedara lain, mata kakak masuk habuk, bila dah ada kemalangan kecil camni baru ler dia geti duduk carik mak. kalau tak, bayangnya pun tak nampak dok berkepit ngan cousins jer…

IMG_4796

emm perigi

Budak2 zaman sekarang tak kenal kot. zaman aku dulu pernah la merasa mandi perigi kat rumah kampung arwah atuk nenek dulu, masa umur bebudak dululah. Dengan bilik airnya punya banyak lubang sana sini, nak mand pun terkemut2 laju takut kena ngendap. kahkahkah

IMG_4805

RB sukahati dia lah kan makan kuih raya orang

Masalahnya dia tak suka kuih raya yang lelembut nih, dia nak yang kekeras macam kerepek2 tu hah. keruk kerak mulut ngunyah. tapi aku nyampah dia makan tu, kadang2 buat tersedaknya. ikut apak dia, ha makan jer makan jerrrrrr

IMG_4819

Tapi umah arwah abang abah aku ni best! tu dia musim rambutan. apa lagiiiiiiiiiiiiii, epi la kena panjat. orang kampung dah tak larat nak makan, memang syukur le ada orang kl datang kalau nak amik rambutan ni heh. galah tak jumpa, so epi la kan kena panjat. takkan aku plak.

Dulu umur kekecik rumah alam shah bolehlah aku panjang, skang ni berdiri atas kerusi makan pun dah terketar2 takut.

IMG_4835

Adik yang tanya apa brand baju abang ni yek…

ha ni brand Celio, akak beli kat Milan dik.

IMG_4848

Payah btol nak bergambar ngan si bujang. banyak btul cerewetnya

Aku pakai selipar sapa tah tuh, kasut aku dah berjalan dipakai dek anak buah gamaknya masa nih

IMG_4850

Dan kuorlah sedas dua leteren mak pada si anak

Kahkahkah…bertabahlah ye bang

Sayang anak mummy

IMG_4854

eiii RB dapat basikal

Tapi rupanya dia tak nak naik punggg

IMG_4856

Dia nak main roda basikal tu! siap terbalikkan basikal tu lagik hahahaha

Ada satu tayar kereta basikal dia kat umah tu pun dah tercabut tayarnya, dia dok mekanikkan

IMG_4878

Bukit tu meninggi

Posing tunggu rambutan gugur

IMG_4890

Nampak sangatlah banyak benau camerasnya

IMG_4902

Kakak, and adik2 akulah

IMG_4904

Aku memang special case sket

IMG_4915

Kereta aku pun tinggal ni jer, dedua tu tidur. kita singgah the hospital tengok one of my uncles. semua naik, aku ngan yg belakang 2 orang tu je tak naik coz depa mentidoqqqqqqqqqqqqqqq. Baru aku tau besau betullah hai hospital melaka tuh, dahlah laki aku parked Zon A, location pesakit kat mana2 tah, sampai laki aku tepon suh bawak kereta amik dia ke zon yg jauh tuh. my adik beradik lain pulak dah lama selesai parked sana gak. takpohhhh heh

IMG_4937

Rumah pokcik lagi, tolong suapkan his dinner

IMG_4949

Pastu memasing bersorak ngan bola. ngan mak akupun sama ikut rentak. ni bola yang si Barcelona VS Malaysia tuh

Memang gamat le kan…

DSC_6901

Family photo, kuasam adik ipar aku buat tanduk!

DSC_6906

Dan sume orang kena halau biar ai sorang je bley jadi model jap

DSC_6907

iyah iyah

DSC_6910

heh menyampah lerrr

IMG_4959

wuiii fly fly

IMG_4961

Lihatlah bulan bintang

 

IMG_4971

Sampai homestay, kan split 2 rumah kan. so umah satu lagi takde food, tapi depa malas nak datang umah yg aku and the gang lain duduk. mak aku goreng cekodoklah, berlawan2 aku ngan mak makan hahahaha, hantar gambar ni kat umah yang satu lagi, makan hati depa. abang yang dok sana siap merayu suh aku antokan, mengadaaaa, nak makan sume datanglah rumah nih

Hehehehe sedap worrr

IMG_4968

Pak encik sakit badan tapi nak jugak makan cekodok cicah sardines, dah ke mana pinggan aku tak sempat nak melawakan sardines tuh, kira banyak pahala gaklah bini awak nak served hantar cekodok ngan sardines untuk pak encik makan dari atas katil.

Siap hidang aik cheong lagikkkkkkk…

IMG_4981

Apa le yang abang aku tu buat korek2 belakang tuh, godek handphone lah tuh.

So anak2 dara tidur setempat….sepupus sume nih

IMG_4988

Kena crop cos mak ajah tak pakai tudung, pagi2 tolong mak buat cempedak goreng, muka tak mandi lagi hahahaha, hantar gambar ni kat group family aku, yang kat rumah sana meloncat siap cecepat datang homestay sini nak melantak! ada gak nasi goreng hemm nyamnyammmmmmmmmmmm

Pastu kita check out

Tupun dah tengahari gak

Anak kapal ramai kan, tu pasal lambat je nak bersiap. bilik air yang senonoh pun 1 jer plak. so berebut2 di situ.

IMG_5025

The final day, aku pakai jubah oren nih. pun mak aku pi order sap sap bila sarung ada shaping pulak. mak mertua aku pun tak nak, takut ngan colour menyala oren nih. oh ai pakai jer. ok per…sepelaung orang dah nampak ko hahahaha….lgpun ni last day, aku pun pi joined satu rumah jer, pastuh gerak balik KL

 

IMG_5027

Package anak2 lelaki dan suami ialah berbaju merah stripes.

Zeeshan mentidoqqq, penat seii

IMG_5043

Oh team adik bongsu aku ni memang baru sampai tengah malamnya, tu yang sibuk muka dia jer kat final day nih pung

IMG_5058

Aku dah kat rumah terakhir nak balik kl memang tak bernafsu la nak make up berhias. nak balik umah sangat pung

 

DSC_6960

Salam mak kiss kiss, kami 3 beranak jalan balik dulu. depa beraya maya lagi. tengah malam tu baru balik hokey! aku kan tinggalkan abang kakak too kat depa

DSC_6983

Potpetpotpet

Korang kalau nak jubah ni pun boleh akak masukkan dalam package baju bundle akak nak jual tu yek

email red@redmummy.com

DSC_6991

Cucu2 mak

Tak cukup pun 30 orang

Cucu mak aku je 30 orang

Cicit ada 2 orang

haaaa kau

DSC_7021

Abah yang garangnya ya hampun dulu hahahah ngan anak2 ler, tapi ngan cucu dialah gang!

IMG_5098

Odw back home dari highway Melaka to KL, RB tidur tapi bila dia bangun dan mula bosan, aku pasangkanlah kejap youtube baby songs for him

Leka ler kejap, tapi tau le signal kat highway ni pun kengkadang sesemput gak

Habis dah lah citer raya. malam tu jugak bapaknya fly to Poland. macam taun lelepas gaklah raya, taun depan kita repeat lagi balik raya kedua, carik lagi homestay. Korang kalau kat Melaka ada homestay yang at least 4 biliks, boleh muat min 20 orang serentak tolong roger akak, at least 2,3 biliks tu ada aircondlah, bilik air ada 2, 3, ni namanya rumah besau kan. so akak nak prebook. mesti ada kitchenlah kita nak masak, ada tuan rumah tak bagi masakkan?

Insyallah ada rezeki panjang umur kita pulang ke Melaka lagi. memang meriah, dapatlah merasa pulang beraya di kampung. Kalau takde Melaka tu, habis dahlah raya aku satu hari KL Kapar jer.

Eh ai need new handbagslah. #tetibapenutuprindubagbaru

Comment: 10