Posts by :

First Vlog via iPhone5

pasnih kita try capture via the landscape pulak. Mengada2 style adalah disengajakan, tidak untuk mengguris Cik Mengada jika benar ada watak sedemikian

Merry Christmas, Happy New Year and happy long holiday for korang2, RM tidak bercuti, so you better come back to this page 🙂

Comment: 10

A bit of rojaks…

IMG_7704

Bertabahlah ye bila nak sudahnya habis cerita Bandung nih, dah nak masuk tahun baru plak tuh. So sambungannya gini ler abang susun2 soft toys angry birds bagi adiknya meleka, this was our 3rd day, hari penutup untuk menyopping, habis semua factory outlets situ kitorg masuk. Bunyik factory outlets tu tak leh caya lah, kena cakap kedai biasa jer. ada yang tip top ada yang ala2, ada yang aku masuk baru setapak dua then kuor balik…..siap kitorg buat uturn lagik.

NMS_5058

camera ni ada yang lebarnya size lain kan. aku pun tak tau le apa yang abang buat kat camera jadi size gini, kalau camera satu lagi sizenya ok gak. hah ini si adik yang berjaya gak melepaskan diri menyelinap nak bebas merangkak. tapi kan dia kalau dah satu hari gini macam nih, bila malam dapat katil dia punya berbaring pusing2 badan, puas!

ko kalau jumpa buaian baby, gamaknya sure lagi ko menjerit tak geti nak tidur situ. member kita ni tidur atas katil jer, tak cam abang kakaknya yang merasa gak berbuaian.

DSC_5060

Rajin kakak kulu kilir jaga si adik…baik di luar mahupun di rumah.

IMG_7712

selubung le sumerr masa jalan dalam hujan renyai2, asalnya boleh tahan melebat

DSC_5069

dimodelkan anak, masih mencari cardigan yang secocok untuk digantikan dengan the nursing cover

DSC_5131

anak2 mak yang dulu kuor kemain putih melepak bila dah sekolah, huk aloh kaler memasing! anw dalam bus nih kakak ada gang, ngan opismates RD but tu lah, akak tak leh menayang gambar2 depa dalam blog nih. abang sampai kena usik disakat dek kakak2 jelitawan itu. sampaikan dari duduk belakang closer to them lari ke depan dia hahahaha! sian, takde gang lelaki kan…dok dengo iPod jer dia bila dalam bus

DSC_5151

Zeeshannnnnnnnnnnnnnnnn!!

ala tomei-tomei <<———- fav words kakak and daddynya

sket hari lagi ko nak umur setahun

aku and kakak asyik ler nyanyikan skang kat dia lagu Happy Birthday, menggeleng2 pala dia badan menari bila dengo mak kakaknya menyanyi

DSC_5188

oh i got the cardigan already!

ini gambar dah dari hujung ke pangkal belakang ke depan habis darrr

20121201_150739

one of the days di Bandung, ada kita pergi Strawberry Farm, but aku tak turun. dok dalam bus jer coz RB was sleeping, so aku baringkan dia kat kerusi bus, kena la jaga dia lagipun panas. some more sekejap je kat sini, so aku stayed in the bus with RB jer, depa bertiga turun, petik2 strawberries, percuma petik 7 ketul.

20121201_150822

Suka ler depa dapat petik…

dapat jugak minum strawberry juice yang syedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

20121202_180752

tu pasal the next day nya kita minum kat hari penutup shopping tu order gak air strawberry, teh botol dan abang ko tak sesudah ngan fresh orange! sini air mark up, tapi tu lah nak mark up cabut le or cover ler sket price tag kat botol tuh. kat menu harga lain, tapi bila nak bayar dia mark up kaw kaw, so aku ada gak bising napa tak ikut harga kat menu katanya tak leh tukar. yoyo lah ko kan, mementang kita ni tourists hangpa main ketukkkkkkkkk jer ler!

C360_2012-12-01-15-32-16

Masyallah gebunya pompuan nih!

Itu apps Camera 360 dari RD’s SD nih, abang petik strawberry kembar ko! dia khaskan untuk ibunya makan, berdoa moga siibu dapat melahirkan adik kembar untuknya. hahahaha! ko ni bang, RB tu pun ko malas nak jaga, asyik buli suh kakak jer yang tengok adik ko, ni berangan nak lagi adik kembar kan.

Tapi aku makan ler jugak!

Terima kasih Abang coz mengingati jugak ibumu yang dok dalam bus ngan membawakan strawberry kembar. Terharu makkkkkkk!

Comment: 15

Kakak the editor…

  Gambar2 dalam nih, waktu dalam flight, pastuh Kakak main edit2 dari S3 bapaknya, aku ajar sekali 2 jer terus dia edit kemain lagik….

20121203_183333

menjulur kaki si adik yang mentidoq

20121203_18333820121203_18334220121203_18335120121203_183357

20121203_18340120121203_18340520121203_183453

tengah kakak amik gambar mak, tup2 bapaknya perasan button baju mak yang baru pas bfeed si kecil tak bertutup ahaks!

20121203_183457

since tangan sebelah kanan aku berpangku, maka bapaknya ler yang memberi bantuan menutupkan

20121203_183459

 

20121203_18350220121203_18350320121203_183505

20121203_18350620121203_18350820121203_183559

abang ko dapat iPAD diam seribu yekkk

C360_2012-12-03-18-38-38

kakak edit sendiri sume nih

takde merah theme ler, jadi oren2 je segala

C360_2012-12-03-18-39-05C360_2012-12-03-18-40-08C360_2012-12-03-18-42-23C360_2012-12-03-18-43-13

ni bukan dalam flight, ni kat boarding area…melonjong budak baju biru ni yer

C360_2012-12-03-18-44-35

dalam bus…RB skang pun dah pandai bila ada camera dia pandang and kalau mood ok dia senyum bila kita nak snap

C360_2012-12-03-19-02-44

 

sketch theme, kakaknya edit gak…

dah tu jer ler

busy hazab ler…hari-hari buzy!

Comment: 11

Pasar Baru Rumah Mode I Muda

IMG_7450alright

come back to Bandung story, i tau i dah buat tunggang langgang cerita. but dulikkkkkkkkkkk! this entry pulak on the arrival day, first day pulak tuh. Hari tak cukup mandi, coz mandi at 2.30am to airport pastuh sampai late petangnya baru check in, baru dapat mandi. Jadi selepas sampai Bandung, langsung terus ke Pasar Baru.

Takde cut cut, terus Pasar Baru tuh….

hangpa google le camne romannya muka Pasar Baru tuh. Very theeeeeeeeeeeeeeeeee manusia mampat padat. Dulu aku pergi berdua je ngan RD, skang pergi bawak 3 beranak. Our bus berenti kat Pasar Baru and bagi about 2 1/2 hours to shop here. Frankly speaking tak cukup nak shopping masa singkat gitu ngan ko ada berderet askar.

**currency converter tu buat sendiri je dong, semua orang pun bisa buat

 

IMG_7462

aku tak risaukan askar 2 orang beso tuh, tu memang momantai, yang askar kecik tu yang aku risaukan. kena ikut mood dia jugak. Sebab kami dah ada pengalaman dengan Pasar Baru, tau carik kedai yang besar and gah sket, supaya anak2 boleh duduk rehat. Ini je le satu kedai yang aku pergi and spent bout 2 hours gak kat sini. 30min bazir untuk tengok sana sini tengok jenguk, jalan bersempit, huhhhhhhh

Pergi Indo kalau tak beli kain ela pompuan dan kain ela baju melayu lelaki, rugiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!

Lagi best kalau dapat beli tempah terus the kain langsir. heh aku buat tu tau, setiap kali pi Indo, itulah yang aku tempah. Ingat few years ago aku pi Jakarta, aku tempah kain langsir, pastu aku pi Medan, aku tempah untuk 3 kali tahun 3 kali raya punya curtains.

I bawak measurement jer, pilih2 kain kat kedai, and dalam 2-3 hari dah siap, terus depa datang hotel hantarkan. Siap! cantik pulak tu yang penting harga lebih murah dari kat Malaysia nih.

IMG_7471

Baby is doing good, sedang memujuk bapak menurunkannya dari carrier. Dia agak geram abang kakaknya dapat berjimba lari sana sini dalam kedai nih, makanya dia pun nak ler samaaaaaa, dok berlengas sangat dok dalam tuh. Jeleslah tuh ko kan

IMG_7476

penyudahnya kitaorang sapu duduk sini and dihidanngkan air teh botols untuk Red Family. Sampai satu stage aku dok situ ngan RB and staff kedai ni bawak je kain yang aku tetunjuk. Main tunjukkkkkkkkkkkkkkk jer. Laki aku main angguk geleng angguk geleng.

Aku punya mata ke main berpinar tengok kain2 sini, ada yang lace, cotton, but cottons kat Medan lagi cun lah.

hah best carrier nih boleh jadi kerusi RB gak, bukak je pedal tuh and taraaaaa. hebat hebat!

IMG_7474

Caftan nih, caftan bawah, caftan atas merah semua aku tak amik. Asal sarung je lobos besau. dia punya XS size pun besau, eh aku bukannyalah pun kecik sangatttttttttt, dulu ye lah, pun lobos gak. Dia dok cakap cantik cocok sama Ibu, banyak cekadak ko, tak honest betul, cakap je lah besar, napa le nak puji2 sedangkan memang tak cocok ngan aku pung!

IMG_7468

Nampak je tak besau tapi eh macam pakai baju size masa pregnant jer. Murah memang ler murah than KL but what for beli kalau dah godang, nak jual memang tidak le kan… but ai tell you the beads kan, ohmy! penuh sejahtera.

IMG_7479

air-air hidangan untuk abang kakak. mak bapaknya minum cuit2 jer, dah hujung2 semua air tu aku yang habiskan, aku penat, banyak nau bercakap, bargain sana sini. pastu membebel. pastu tengok adiknya hilang dari mata aku, aku dah terjerit, padahal budak tu rileks je kat abang kakaknya. pastu aku tak nampak bayang kakak abang pun aku dah menjerit. pastu laki aku ilang pun aku dah terjerit. heh korang niii!

IMG_7480

dah bape round, tu yang abang pancit kejar adiknya. masih dalam kedai yang sama. kitorg tak lari mana pun, dok melekat kat kedai ni jer…

IMG_7483

hahahaha celah2 kain tu si kecik buat lawatan riadah. malangnya kakak ko akan sentiasa membontoti ko ye dik

IMG_7487

at one time, sampai tuan kedai ni tolong panaskan bubur RB and kita suap makan dia kat sini jugak. Sambil aku usaha mencari menambah kain-kain ela.

aku dapat 3 pasang kain ela untuk dibuat baju melayu lelaki, so boleh for 3 rayas or as long as 3 warna untuk 3 events. 10 meters untuk all 3 of the boys, each kain.

berpasang2 kain ela untuk me and kakak. Mak pak aku pun dapat! Yang paling vass, aku pilih 2 lai kain lace, and kain chiffon and inner and ada tailor hakak-hakak Indo situ buatkan, leh siap dalam 2 hari, designs sumer dia tunjuk gambar,  ala2 katanya Tok Ti punya fashion ler, Kris Dayanti’s design ler, ada yang patung pakai gak, so aku suh tiru situ.

Malam terakhir kami kat Bandung, tailor hakak-hakak datang bilik hotel ai hantar 2 pasang tuh. I can wear it for my events + weddings. Yippiiiiiiiii!! Ikut harga belian and tempahan memang murah dari di Bandung ni dari di KL, but for baju melayu lelaki, aku tak tempah kat sini, balik KL boleh buat coz di Bandung lagi mahal a bit for baju melayu lelakinya diorang sume terer. Baik baju melayu teluk belanga, johor, sumer depa terer buat. Serumpun mar….

2 bags besau, siap on time just about 15min sebelum bus dijanjikan sampai. kelam kabut anak beranak sume turun carik escalators korang tau le kan Pasar Baru tu pun camner. Habis tak leh nak aku shopping lain. Penyudahnya sejam kemudian baru bus sampai, ohmang! dengan sesaknya menunggu kat lobby Pasar Baru tu lagi, pun baby aku selamba je tidurrrrrrrrrrrrrr, capek ye dik.

IMG_7492

After lunch, the next destination was the Rumah Mode. No photos during the shopping trip. Kami berpecah 2, the boys satu gang, aku and kakak satu gang. Semua kain baju depa. Amik kain baju macam ha amik je amik amik le kakak, mom tak kisah. Aku amik uruskan baju RB and kakak. RD and Abang uruskan kain baju depa memasing, wpun begitu RB kita main passing in between.

Cerita rumah Rumah Mode, rujuk cerita kami di Bandung few years ago. Search button on the top right corner of RM. Among all factory outlets di Bandung, Rumah Mode is the best and top list to visit. Factory outlets lain tak pergi tak visit pun tak pe gaklah.

IMG_7496

Dan di hotel, late petang, dengan kami anak beranak yang ngantuk, letih capek, menunggu bilik yang tak juga bersiapan. Family room but dah sampai penyudahnay my blood naik boiling gaklah, Semua orang dah checked in, baik yang single mahupun yang berfamily, except kami yang berbaby. Family room tak siap!

dah terang2 ada baby kat situ, punyalah hotel ni memang bikin panas betullah. I did some dramas a bit, laki aku biarkan jer coz dia pun dah berlengas tunggu bilik tak sesiap, anak2 dah muncung2, RB nak golek2 katil. so on.

I wont recommend you staying in this hotel. The towels bau hapak! kami mintak tukar baru pun, depa hantar the hapaks one too. Bilik air pun berkuap.  Tahap hygiene untuk bilik hotel adalah kurang enak. But what you expectlah kan, ni bukan personal trip. so redha je lah….

Oh internet ada, but so so, luckily bawak laptop coz bertimbun kerja Nuffnang nak jam2 tu gak.

IMG_7508

Depan bilik hotel cukup, ready for dinner, or maybe we just got back from dinner. Malam tu semua bantai tidur lena, yelah travelling here and there dari pagi jam 3.30 pagi dah kuor dari rumah, sampai Bandung jalan sana sini shopping itu ini, mau tak mengantuk.

Some of them patah semula ke Pasar Baru on the 3rd day but kami amik keputusan untuk terus ke factory outlets lain coz laki aku agak dah pening pala bila masuk lagi dalam Pasar Baru tu, sesakkkkkkkkkkkkkkkk dengan manusia, penjualnya lagik.

Jangan expect cerita Bandung habis di sini, walaupun isinya terlompat-lompat. Ai nak habiskan jugak 🙂

Comment: 17

The journey of iPhone5…

IMG_0285

beri laluan

beri perhatian

sila beri kekangan

ehwahhhh

months of waiting, to be exact, 5 bulan lebih! Mendapat sudahnya the iPhone5 my birthday present dari sang suami yang hensem, kacak, nampak muda, gagah di (&%&* lelebih lagi ada Nu Prep ahaks! hebat mulia, huh….segala maknek package the best tip top le laki aku ada. cuba ler kalau tak dapat lagi ipong nih, apa jadi gamaknya ahhahahaha!

yang atas tu the additional accessories I beli kat Machines KLCC, the usb cable for office use, for car usage and also the screen protector. wajib ada, anak ramai ni hui tangan berpass2 jer ipong aku. tu pun si RB dapat sekali tangkap bawak masuk mulut dia. laju je ko kan pantang nampak barang baru.

jangan beli 3rd party punya cables ye adik2 manja comel sumer, coz ada member akak sudah tak boleh nak charging bila back to original charger, kes dia pakai 3rd party charger. so kesian. kena hantar service, dahlah baru je dapat bape hari iPhone5 tuh.

After 4 hari aku pi beli maknek atas tu sumer, siap skip gym ler. udahlah senin hari aku berjoget2 kat gym centre tuh, terpaksa ponteng dek nakkan ada cable2 tu kalau tidak 2 hari aku kena bawak charger + plug ke opis ok. So not me ler, kalau boleh sume tempat aku nak ada cable nih.

 

Photo by redmummydotcom

so this is my beautiful iPhone5, white and 64g

dahlah 64g! muahahah geram punya pasal amik yg 64g lagipun harganya bukan berbeza sampai 3,4 ratus pun, under Celcom data package. takde pakai cable, walaupun aku ni Celcom Blogger, takde pakai lubang mana2, laki aku pi beratur terus kat Blue Cube Sunway Pyramid.

itupun sekejap sangat RD beratur, dah habis Malaysia kalah ngan Thailand, dah dia tolong tidurkan RB sama, about 11.30pm dia kuor umah, and sampai sana terus pap beratur kejap and dang, siap balik. sampai umah…aku dah membuta.

dia kejut…ipong ada nih

aaaaaa

aku amik kotak ipong, peluk and terus sambung tidur balik

…bangun pagi dah takde, RD dah amik balik ipong tu coz tengok aku tidur ngan tuh, mahu jahanam le pulak kot jatuh terhempas ahahhahaa.

jadi, habis dah ler zikir nak mendapatkan hadiah birthday, sket je lagi nak ke anniversary, nasib RD baik ler dia sampai bulan ni jugak. aku dah memuncung 18 depa, was mumbling ler lately ni, sedih bangat. hiks.. so unfair. someone got very late birthday present yet the husband dapat advanced birthday present awal giler. ok, double point of pahala for si isteri. hiks.

image

The stylus pen and the Prada casing cover dah be prepared and bought for months, menyambut ketibaan sang iPhone5, bercintaanlah korang bertiga.

harga yer…64g RM2638 with the 1 year data plan of RM98 per month package. I chose white colour cos ada review kata kalau putih tak nampak scratch sangat but for black easy to detect. konon. basically either white or black, i dont give a damn, coz cover casing tetap merah. alangkan S3 RD yang merah tu pun dah asal merah tapi aku carik lagi casing merah.

Thanks my laki.

So far after using S3 and iPhone some more i m an iPAD user too, i love iPhone more than S3. Sorry RD, iPhone5 enggak cocok sama S3 loh.

Comment: 21