Posts by :

Jelajah Midvalley….

IMG_0882

betul2 kitaorang nih berselipar je sumer. empat2 ok! selipar akulah yang paling cabuk,the one yang aku beli kat KL putus, pastuh beli yg sama kat Jakarta pesen yang sama pun putus pastuh depa belikan kat Phuket, pesen yang sama jugak! ha tu hidup lagik.  Sesudah checked out kat Midvalley hotel, makanya jalan2 dalam Midvalley gak. but tu lah, tak sempat nak pi Gardens, tu next visit punya cerita bila kita dok hotel yek…

wpun Midvalley ni sekangkang ko jer dengan umah ai, tapi nak datang kalau tak kerana betul2 ada hal memang tidak ler.

IMG_0884

RB kalau dah nak minum mana kira tempat, sib baik aku dah siap pumped! malas nak bukak nursing cover waktu dok ngah2 shopping nih, budak SA situ bagikan kerusi untuk aku susukan RB, boleh je tak yah kuorkan RB fromt he mobywrap anw kita jalan2 belanja anak2 beli jam lah, jam murah2 jerr….

pastu beli belt depa, jeans yang kakak pakai tu boleh tercabut apa tah getah yang leh adjust dalamnya tuh, aku ikat pakai tali yang ada je dari hotel ke bawah tuh kay. tu yang sebat belt, pastuh beli belt abang, budak tu punya ganas, tak sampai seminggu dah patah jarum belt nya. amende ler ko bang oiii!

IMG_0888

Ko kenapa kakak????

suka dapat cardigan baru.

mahal betullll ler sangat cardigan budak2 dah sama ngan harga baju makpaknya.

IMG_0902

btw, bila nak pakai mobywrap ni ada berebut2 sket nak bawak, aku nak bawak, RD pun nak bawak gak. tapi alasan aku lagi kuat….

eh ai bawak, ai nak cover buncit!!

ha korang, jadilah insan yang bijak seperti aku yang nanti orang jumpa eii kurusnya, padahal….ditutup dengan mobywrap 🙂

kat Crocs, selipar gegirl ya hampunn mahalnya, ok lah kenangkan selipar anak aku pun tapaknya dah haus. Abangnya pulak takde kaler ‘jantan’ so redah ke Bata sudah. Dia punya size kaki, dah kalah kaki aku. taun lepas bolehlah jugak pakai sesama size 6, skang dia dah besau than me.

anw shopping ni specially for both kids, adiknya pun tak dapat apa, coz dah banyak nau aku shoppingkan dia, asal pi Mothercare je rembat selai 2 baju Kalau selai dah 129…dah berapa kalo berlai2? ayooo!

IMG_0910

Kakak dapat jam oren, hari tu kasut badminton dia pun kaler oren, selipar crocs dia pun kaler oren gak!

ko suka oren ke Gegirl?

suka, tapi merah lagiiiiiiiiii Gegirl suka.

masalahnya kasut, jam selipar tu sume takdak merah!

alright then kita balik coz aku dah time up, masa untuk pumping and tak kuasa nak pi mana2 nursing room buat keje ngepam. Satu citer masa malam kitorg check in tu kan kita datang ngan 2 keter, yelah memasing dari opis memasing. So aku laki bini memang masuk parking kat dalam Cititel Hotel tuh. Bila kita nak keluar malamnya coz nak amik anak2, kita bawak dedua keter gak keluar so nanti satu keter leh park je kat rumah and in 1 car je patah balik datang hotel kan….

then kita mintak endorse parking card.

sedihnya dia kata satu bilik hotel hanya untuk satu keter jer. takde budi bicara langsung kay. Bayau le satu keter lagi with RM20!  Hish, baik le satu lagi keter tu parking kat Midvalley jer, dah tentulah tak merugi.

Anw, ni kira ke 4 aku lepak di Cititel, pastinya akan kembali lagi menginap….

Apa lagi hotel + mall yang macam nih, selain Mandarin Oriental + KLCC? ada lagik? Takmo ler Seri Pacific + The Mall, tak berapa IN plak mallnya. Apa lagik yek? Memang nak spending kat hotel nanti masa cuti sekolah sok sok….

Comment: 31

Daddy mobywrap!

IMG00306-20120414-1119IMG00309-20120414-1138IMG00311-20120414-1138IMG00312-20120414-1138

IMG00315-20120414-1209IMG00318-20120414-1210

IMG00314-20120414-1139

korang hari ni special memang cerita pasal RB je kay.

hok nih kami pi jumpa skin specialist, coz RB’s skin ada merah2 sian dia, skang dah ok baik je kulitnya hensem putih melepak. kalo kena balik susu tetek ha naik balik ruam pipinya hiks…. takpe takpe, dah ok dah pun.

anw, pasal mobywrap ni kan, best betul pakainya. Ni first time RD pakai di luar kendong anaknya, senang je pakai nih, buat sendiri pun boleh. Masa baru2 beli je RD tolong aku pakaikan, but pastuh bila dah kerap pakai, aku pun sarung taruk sendiri je, letak kuorkan baby pun aku buat sendiri.

Harga kalo tak silap RM144 kat mom’s care. aku suka ni  pasal lembut betul kainnya, and anak boleh tidur menetek jugak dalam tu, and dakapan kita pun rapat ngan dia. some more dia boleh dengar degup jantung kita and hangat badan kita, biar dia sayang lebih maknya dari bapaknya ngehh 🙂

Dedulu masa abang and Gegirl aku pakai yang biasa2 jer, yang kena berikat2 bagai ada tali tuh heh tak sedap giler. pastuh asyik kena support pegang belakang badan anak wpun ada covernya. sakit bahu gila ok pakai tuh. pakai sekali 2 terus lanting2 and dokong lagi cepat.

tell u, bapaknya pakai gini, kendong anak gini…fuh, jangankan pompuan, lelaki pun terteleng2 menengok! Yelah tak sumer bapak2 mahu pakai gini kan, cuma yang kelakornya masa RD pi ngamik ubat anak kat lobby bawah PC nih, aku pegang RB, dia tak cabutnya kain mobywrap tuh, dah orang tengok semacam apa ke fashion le mamat ni, ada tshirt pastu kain bersilang2 gitu…..dah tu kan RB takde dalam kendongan so kain kat bahu kiri kanan asyik jatuh jer, pakcik ni leh … ‘hish jatuh je tali bra ai!’ siot hokey!!

it comes in red but kena tarik dari obersi, kat KL dengonya merah dah abis langsung. kalau u all tau jumpa mobywrap ada jual kat kl kaler merah, kasi bilang kay 🙂

My recommendation for this mobywrap: A MUST TO GET!

Comment: 28

The RB…

 

IMG_0844

nak gigit dia? haaaa gigit le gambar nih jer

IMG_0848

eii budak montel nih

keje abang kakak ko menarik je pipi ko tuh

IMG_0849

hok nih kita tak sempat nak potong kuku dia yet, sedap je dia mencakar!

IMG_0847

RedBaby!!!

IMG_0852

Yey, kita nak emm…

kita dah mandiiiiiiiiii!

IMG_0861

daddy kita suka amik gambar kita…

IMG_0840

malu ler tuh…

IMG_0843

ewah ewah kepang kepang joget

IMG_0839

huaa ngantuknya!

apa yek citer si kecik nih. Cerita pasal RB at least once a week bolehlah kot publish kan, tak leh lah takde at all, dia tak cam abang and kakaknya. dia ni product the latest edition of RM. wajib ditayang2 lelebih coz abang kakaknya dah tak heran ngan dunia blog maknya, lagipun depa kan dah besau, asal snap gambar jer, terjerit2 haku dibuatnya.

satu lagi sebab RM the blog was born after the first kids, not like RB yang lahir waktu kamu semua mendoakan supaya RM mengandung. Kan gitu…

IMG_0837

peekaboo!

oh by the way, mak kita nak buat kenduri aqiqah kita, alah kecil-kecilan jer. Kalau pasal aqiqah punya kenduri ni nanti makcik pakcik contact makpak kita untuk buaian berendoi whatever ler mak kita pun dah lupa sket….mak kita malas nak check back emails lama yang makcik pakcik hantar masa mak kita tengah pregnantkan kita. Dia suh zass email baru kat Contact Mak Kita .

Mekasih coz geramkan kemontokan kita. Mak kita pun sama gak naik montoknya. Eh tak ke?

Jom tengok utube RB membebel bertemankan bapaknya kerna ibunya pulang lewat…gamaknya bebel mana ler mak aku lambat bebenau balik minggu ni heh…

Comment: 18

Selamat 100 hari…

 

IMG_0792

hish

dok buat 1 entry per day jer, sudahnya entry aku akan jadi pending and melimpahruah kalau banyak hal and events. Blom dikira sponsored posts yet. Namun begitu, tak ngaper, the more the merrier. Ingat lagi ai dulu entry tiap kali 2 jam ok! Ko boleh ke challenge, dedulu sangat ler taksub nak update, yg peliknya banyaklah pulak ideanya heh.

Skang, idea banyak pun kena tapis, tak boleh nak disharing2 kan sangat lam RM.

Tapi ni boleh share….share harga bilik hotel! hiks…

hari tu kan, alah masa eve of cuti agong tu ler, 2,3 minggu laki aku dah suh pi book hotel. Ingatkan book MO jer, tapi last minute ada movie with Nuffnang kat GSC, so aku tukarkan hotel tu ke Cititel MV.

Payah gila nak check in, macam nak lari dari rumah jer…..

IMG_0767

Yelah ko, anak2 tak ikut, tak leh tau. Rahsiaaaaaaaaaaaaaaa! So pas kerja, hari yang sama dengan show Anuar Zain tu le, sakan lagik makpak ko kan, ke main bapak ko pi check in kan dulu. aku datang lambat sket. Bilik besau, aku amik deluxe coz dalam hati ada pasang angan2 just in case nak kidnap anak2 kat rumah tuh.

Memang betul pun ko…

midnite tuh pas movie Nuffnang, cam lipas kudung kitorg balik amik angkut budak2.

oh btw, niat memang nak balik pun coz nak amik RB, dia kan i punya melekat magnet, memang harus manjang ada memalam.

So satu king size bed and 1 lagi extra bed, dalam gambar ni takdak extra bednya, lom dihantar masuk yet.

IMG_0768

The bathroom pun besar…aku tak dapat bayangkan kalau kita amik depa lepas kita dah tidur semalam kat sini, mau marah bebenor si Abang and Kakaknya kot…

IMG_0770

ada jugak kerusi rehat…

ha kat sini jugak laki aku upload the utube of A/Zain. Laju not bad gak internet sini. Bagus2! saya suka wpun sepatah kibod urup tu aku tak pakai pung.

IMG_0797

Before catching up our movie, dedua malas nak turun bawah kan…so kita kongsi2 nasi goreng + teh tarik yang totalnya almost RM50. merasalah ko kan, sekali sekala boleh ler, baiklah dine in. but coz of special nite, takper ler. pejam mata.

IMG_0798

Dan siap selesai movie Battleship, laki aku ke main ek bertukar2 baju ko!

IMG_0799

nah hahahaha! untungle kan corridor hotel tu ada banyak nau cermin so asyiklah maknya ajak anak2 snap. Ni angkut anak2 tengah malam tu jugak bawak ke hotel, few hours sebelum amik depa aku suh depa siap2 kemas baju selai sudah, sanggup tuh sume berjaga, except yang kecik tu le kan, tu memang package nak amik malam buta bawak lari ke hotel….

IMG_0807

dan aku macam biasa, bersama RB menjadi mangsa keadaan, kitorg 2 port kat extra bed ok. bukan the king size tuh. itu bapak sama abang and kakak yang menibai. sob sob….gitulah kan pangkat kita, ni kes aku takut anak2 yang 2 besau tuh pi melasak tidur terlenyek pulak adik baby korang.

malas nak mintak b/cot, semalam je pun. so tidurler aku melena ngan RB, Gegirl pun tidur sama melepek penat, Abang and bapaknya jer dok tak sesudah mengesurfing and nonton tv.

Tapi esoknya aku jugak yang bangun awal pagi, standard le kan ‘bag tangan’ berkepit ngan ai.

IMG_0822

dik bangun dik, ko tidur je dik yek, dah jam 12 thari dik!!

kiranya RB boleh berlawan cakap: abang, orang dah bangun dari subuh le bang, tidur balik, bangun balik. ko je yang bangun lambat bang!

IMG_0824

dan bukan ajer kita kena tidur kat extra bed, kita jugak tak turun breakfast. depa jer bertiga turun pastu laki aku tapaukan bfast for mak merah. heheheh…lagi best. depa balik je breakfast aku sambung balik tidur! kol 1 bangun balik untuk breakfast, ha ko, padahal waktu lunch tuh.

Bangun pun sebab nak check out, dapat late check out till 2pm jer.

IMG_0825

ooo syoknya RB tidur kan…aku tidur kat extra bed waktu malamnya jer, siang2 tu aku angkut RB tidur kat katil besau tuh huh sedapnyaaaaaaaaaaaa.

IMG_0826

 

Pemandangan dari window bilik hotel kami….

alah pusing2 balik sekangkang je dari rumah.

IMG_0875

Ye begitulah 1 malam kami di Cititel Midvalley. 1 nite stay for Deluxe Room at RM395.4 with 2 breakfasts (extra bed is RM75 + 1 breakfast). Cuti sekolah nanti nak melepek tidur sini jugaklah. Almaklum le kan, nak pi berjalan obersi memang idok le kan….so tidur lam hotel Kolumpo je lah.

ye gitulah, for this one, untuk 100 hari selepas beranak ibunya. hahahahah!

dah, jangan tanya lelebih 🙂

Comment: 47

SimplySiti Pure, Precious and Memoire!

IMG_7102

macam real je kan, tapi gambar je tuh…

IMG_7103

ko dah ada?

ai dah ada!

IMG_7125

Kalo tak kerana dia berjalan datang saying hi tq to our table, takdelah aku nak bergambar ngan suami celebrity diva kita nih….

tak kenal dia? hish ko kalo tak kenal, jangan baca RM lah!

IMG_7132

sinaran lembayung ungu

gituuuu!

IMG_7127

juga kemudian dipayungi gadis-gadis yang bak anak dara, Kak Ina and Lily.

wah lagi gitu!

IMG_7138

mulut aku ngah mengunyah kerepek pun ko nak tembak gak…

IMG_7141

sapa si biru tu?

dulu yang kuor news katanya dia ni skandal baru Apek Fahmi

ooooooooo

IMG_0930

kojo dia menembak je lah, kojo aku kena explain ini siapa, itu siapa…

IMG_7146

tapi puteri cantik manis adik akak sorang ni, ha RD memang kenal sangat!

IMG_7147

Dato’ Siti jalan dengan gaya

memang pun bila ko dah jadi the star, ko jalan kat red carpetpun ada styleeeeeeeeeee!

IMG_7148

couldnt catch the clutch!

IMG_7159

Tak tau salah sapa yang make up kan coz Tok Ti skang dah pandai je make up sendiri, kalo kata Nurul make up pun, kadang2 dia jugak yang make up gak…

IMG_7172

Yes wanita2 di luar sana, kalau tak nak hilang gincu bibir tuh, ha tonyohlah garpu dalam mulut atas lidah terus, jangan langusng kena pada bibir mulus kita….

aku pun buat gini gak 🙂

IMG_7174

Tahukah anda, saya adalah peminat bertahun2 Siti Nurhaliza, sedari dia berumur 16tahun lagik.  Dedulu dia kalau datang Kolumpo nak menyanyi kan, dia dok kat Wisma Belia, skang….dia ingat idak lagi Wisma Belia tu tak kot….

IMG_7185

Oh ini adalah malam perasmian memperkenalkan the 3 wangian EDP SimplySiti, Pure, Precious and Memoire. 3 orang jejaka terkenal Malaya dan seorang puteri jelita menjadi model iklan TVC SimplySiti. Sah korang pun dah tengok iklan tuh. Tapi for tonite, SM Khalis tidak dapat hadhir sama, berada di Puket.

Makanya kita ada Hunny Madu sebagai MC.

Dato’ Siti Nurhaliza of cos lah ada kan….

Khairul Fahmi Che Mat @ Apek Penjaga Gol Kebangsaan

Adam Yahya Pengarah Ibex Group

Leuniey Natasha yang dikatakan dulu skandal Apek, tapi tidak benar.

IMG_7191

letaklah 10 wanita cantik mana pun, biar dikata segala bagai, i just love seeing Siti. Ingat tak korang ai dapat interview dia untuk slot vlog dulu? aaaa love her so much!Cuma mungkin ada kecil hati sikit, Siti menumpukan pada teman2 media suratkhabar dan majalah, yang ditarik ke pentas untuk menyanyi menari sama pun, dari group situ jugak. Sedangkan kami dari blogging group tak berapa dipandangnya. Konon kecik hati ler…

Siti, lupa ko kat akak ni yek…sob sob.

IMG_7197

Ko tengok gaya Tok Ti berdiri pegang perfumes dia, pun ada style uuuuu!

 

IMG_7257

Apek yang menjadi kegilaan ramai skang nih…ehceh. Sekali lagi kembali solo uuuuu! Yang sebelahnya Adam Yahya sedang mengenali seseorang jawabnya takde chance lah korang gak.

IMG_7280

Leuniey Natasha anggun cantik! tengok dedekat memang lawa jelita budak nih tapi dalam TVC tak berapa kena pulak aku rasa lah….mungkin mata ai spedo masa tengok iklan tuh.

IMG_7293

Hi Redmummy, i m your fan too!

Oh my god. jom ikut akak balik nak?

IMG_7318

Dress saya ni antara berhelai2 yang dibeli direct dari UK, via Diva Darling. kerja orang dalam pantang, main click2 jer order, dah 3 bulan setengah baru dapat merasa pakai. Sleeveless sebenarnya, tapi since i was from work, sarung with black cardigan, tapi tak nampak macam 2 pc kan hehehehe…dah combinationnya kebetulan pun black and orange.

IMG_7223

IMG_7218

IMG_7277

SimplySiti adalah jenama yang mendapat pengiktirafan HALAL daripada Jakim. Untuk Pure, precious and Memoire, setiap satu berharaga RM69.90. Not badlah tak mahal sangat, wangi weih! LIKE the SimplySiti’s FB kemudian kepoh-kepohkan coz ada yang menunggu korang nanti di situ.

Dress lawa kan? Aku plak yang riso kalo terpercik kuah kat bajunya tuh.  Anw, i tak dapat stay lelama, coz janji start dari waktu asal, lari 1 jam lebih gak and i have to go home for my usual pumping time, sorry ler Kak Rozi orang baru pas beranak nih memang max i boleh dok luar 4 jam jer, 3 jam paling afdal.

Bila tengok Siti sekarang, compare ngan dedulu…halahai, berbeda sungguh kalian di masa sekarang dan di masa lampau ko dik.

Ok korang, suka Pure, Precious atau Memoire?

Comment: 34