Posts by :

Sedihnya Mozel disepuk Reddy…

IMG_0245

IMG_0257

IMG_0262

aku sian kat Mozel. sejak Slash berpergian, dia dok terpaku sorang, main pun ngan bola pingpong jer, or main ngan aku and anak2 lah. dia teringin nak berkawan ngan anak-anak Reddy…lagipun Mozel ni pun masih kanak2 riang ria jugak. Tapi si Reddy tu garang nau, tak bagi Mozel dekat langsung dengan anak-anak2nya. kalau anak2 Reddy dok lam cage, menung lah si Mozel ngadap budak2 kecik tuh.

Kalau diorg kuor cage, so galaklah dia ajak budak2 tu main kejar bola pingpong, Reddy pulak takkan lepas mata dia dari pandangan anak-anaknya. masa main2 tu adalah terlanggar sket, teraba sket, terpegang badan anak2 dia sikit, wuiii dia punya mendesir marah. Dah berapa kali Mozel kena lepuk ngan Reddy.

so lama-lama dia pun jadi jauh hati, tiap kali budak2 tu main bertiga, manjang je maknya si Reddy ada, dari jauh dia tengok jelah budak2 tuh. nak main sama tak boleh, mak korang garang nau. tapi dalam garang punya garang pun Mozel try try jugak kot2 boleh dia main kejar2, pun kena papppppp!

mencicit2 si Mozel lari satu rumah. so dia sampai naik phobia.

IMG_0240

dah berapa hari aku tengok dia dok menyorok bawah meja makan coz sedih  ke takut ke nak tunjuk muka, dia dah jadi ngeri ngan Reddy tuh. Kot ye pun ko Reddy janganlah garang bonar, dulu sebelum beranak ok je ko terima Mozel tuh, ni dah habis pantang bukan main lagi ko seligi si Mozel tuh. He s not that bad lar, terimalah Mozel tu macam anak angkat ko ke, adik angkat ko ker…udahlah dia sebatang kara.

Eh sedihlah aku tengok Reddy buat Mozel, dia memang lah mak yang possessive, yelah aku pun Mak, paham sangat but takde sekali pun Mozel nak aniaya anak2 Reddy, sungguh! sumpah! memang dia nak buat kawan jer….adiknya Slash dah takde so ngan anak-anak Reddy lah dia menumpang kasih.

Paling kuat dia berjalan bila Reddy duk dalam cage ngan anak-anaknya, terendap2 dia ngintai…makan tak kenyang budak nih dibuat dek Reddy. aku pernah gak nampak Reddy melepuk Mozel, mencicit budak tu lari menyorok kat dapur. Ko ni Reddy….kasi can le anak2 ko tu main ngan Mozel.

So time aku ada kat rumah memang aku belai2 diorang nih, gamaknya masa aku takde tu Reddy dah sound2 lah dia, amboi ko berlagak yek bila Mummy ada kat rumah, siap ko nanti kalo ko dekat lagi ngan anak-anak aku! Tapi anak2 Reddy pun suka main ngan Mozel, ater maknya asik nak mengawal anak jer gamaknya kot….

Comment: 24

SUDAH HABIS!Car Stickers for RM’s readers….FOC!

Percuma give away car stickers untuk the first 40 yang submit the form bawah nih yek. Tiada sebarang bayaran mahupun caj pengeposan, semuanya ditanggung oleh pihak kami di RM sendiri. Proses printing pun pihak kami jugak yang bear the cost. Kalau nak print car stickers or apa2 boleh buzz Puan Ayus at 0192234064 macam yang aku printed out nih. Rekaan juga dihasilkan oleh pihak Puan Ayus. terima kasih ye Puan.

Tiada sebab khusus cuma sekadar jutaan terima kasih pada yang selama ni menyokong RM, so kita keluarkan the 2nd batch of car sticker, dulu punya stickers kita mintak korang bayar coz separuh dari payment tu kita sedekahkan kepada Rumah Nur Salam, project itu telah success. Kali ni nya design car sticker memang sengaja carik yang simple giler and ini memang merah menyala.

Make sure korang fill up the right email add, number fon and alamat yang lengkap yer. Sebenarnya project nih dah 9 bulan kita initiate tapi amik masa sket pulak nak announce dalam nih. Thanks for your support, it s all yours!

TAK SAMPAI SETENGAH JAM DAH HABIS! AKU TERPAKSA ADD JADI 50PCS, OK HABIS HABISS! NO MOREEE!!! SORRY YE SAPA YANG TAK DAPAT…NANTILAH AKU PRINT THE 3RD BATCH, BILA TU TAK TAU YET…

Comment: 38

Bersama Mak Merah – Medan dan Bali!

Puan Red

saya nak pergi Medan pada bulan October tahun ini dan juga ke Bali pada awal bulan December tahun ini juga. Flight tikets pun saya sudah beli, cuma belum dapat hotel dan apartment. mohon kalau Puan dapat bantu saya melalui RM.

Untuk penginapan di Medan, saya mahukan cadangan untuk hotel apartment, sekurang-kurangnya 3 bilik dalam satu apartment, 4 atau 5 star pun boleh.

Untuk penginapan di Bali, saya suka di Kuta untuk 4 atau 5 star hotel juga, tetapi satu bilik hotel sudah mencukupi.Harap sudilah kiranya readers Puan di RM boleh memberikan pelbagai cadangan.

Sekiranya ada supir atau pemandu untuk jenis kenderaan seperti Carnival untuk sekurang-kurangnya 9 orang di Medan, pun saya hargai terima kasih. Kalau ada site, boleh diberikan juga, dan harga yang ditawarkan.

Salam dari Selatan

Puan Som

Comment: 13

Hadiah pun yer, beli sendiri pun ye!..

IMG01296-20100723-1453

so sweet of Ms Choco….i gave her something on her birthday, she gave me the Bodyshop set…

IMG01297-20100723-1457

the shower gel jer aku bawak balik, the lotion aku letak kat tempat yang paling senang my frens datang kat my place and pakai sesama….kira sapa datang berdiri depan aku memang kena menadah muka depan lotion tuh so nak tak nak aku akan pastikan orang tu pakai lotion wangi Body Shop tuh gak. Coz i got that, I gave away 2 of my VS lotions to my fren hehehehe….bila dia pakai abih the boys yang nearer to her rasa macam nak dekat2 wangi je kann…

N bcoz I have it as a gift, I went down to Bodyshop to buy more shower gel sebab dewberry nya flavour ni memang dari dulu kecintaanku….eh dulu white musk, tapi ni pun cinta jugak. sume cinter lerrrrr!

IMG01370-20100726-1342

ngah harga promo RM19.90!

aik, Bodyshop pun ko nak suh aku belikan ker?Bagi details segala apa yang korang nak, but not via comments button nih yek, nak apa2 suh aku jadi PS kena email via Contact Red 🙂

Comment: 16

Cuci The Musical 2..

IMG01373-20100726-2014

kali ni ai jadi kak purple plak yek…..pergi tengok Cuci The Musical 2 di Istana Budaya…show malam tuh adalah atas tajaan Astro, so invite aku pun dapat dr Astro lah jugak. TQ Aza!!! aku pusing sana sini dok carik orang yang tak pernah lagi aku bawak to IB, tingggg! ujung2 teringatkan pengantin baru MyBajoo sponsor, Fiza and husband. kahwinnya depa saya tak dapat tayang muka.

ramai giler muka2 terkenal waktu first nite show depa nih.

IMG01374-20100726-2029

Passed 830pm masih lagi belum ada tanda2 nak start, biasanya punctual 830mlm dah start. aisay, kol 9lebih ko baru start. so bayangkanlah kol berapa habis ngan ada 15min break gak. Coz Astro yang taja so time break makan minum jugak disediakan. tapi aku tak makan pung, dah konyang!

Ulasan on Cuci The Musical 2 nih emm…sebab aku dah tengok first season dulu so takde lah suspense or rasa apa pun coz aku dah tau jalan cerita, ada dialognya masih serupa. baju and set untuk Vanidah Imran pun sama konsep merahnya jugak. Cuma beza dulu ada Adibah Noor, skang ada Jacklyn Victor (she s not baddddd!!). dulu ada AC Mizal, pas ko dah gaduh ngan Hans, diorg gantikan dengan Nabil pulak. wahh happening!

i saw Irma Hasmie pun datang nonton malam tuh…kawan2 ku, bonsai korang pun ado menyorok depan toilet muahahahha!

Waktu break, Yasmin Yusuf datang borak ngan me and Fiza asking our comments, satu benda yang aku nak tanya sangat dari dulu

Vanidah Imran tu memang minat merah ke or set dalam cerita perlu merah?

Zahim yang mahukan set untuk Vanidah warna merah, tu pasal unsur merah sentiasa ada dalam character Vee.

Eh korang tau Vee pakai Chanel limited edition kaler blueish gitu, aku nampak dalam one of Budiey’s entry.

IMG01382-20100727-0036

oh jacket merah yang Vee tu pakai, sama ngan taun lepas punya gak, seluarnya tu pung! macam baju2 merah yg lain gak tapi ada tukar sket pesennya…aku memang notice gila tang merah2 weih! ada kerusi pejabat dia yang kaler merah tu cantiklah! suka gila aku tengok! overall, memang ketawa gelak bangat lah…so sapa2 yang belum nonton Cuci The Musical at all, bolehlah mai ramai2 tengok, but kalau dah pergi tengok yang the first, nak tengok untuk kali ke 2 pun, harus gak boleh tengok coz this time ada Nabil ada Jaclyn Victor.

Siapakah yang menjadi bapa kepada Vee dalam nih yek? Berkarisma sungguh lah ko uncle!

Rehman Rashid

Writer, journalist and author of A Malaysian Journey, a book described as “a modern Malaysian classic”, Rehman last appeared onstage as the Captain in the Selangor Philharmonic Society’s acclaimed 1999 production f The Sound of Music, followed by Saidah Rastam’s Songs of Love and War with Adibah Noor, Yasmin Yusuff and Chacko Vadketh.

Reached home almost 1am, terlajak2 lama giler untuk first nite punya show nih, rasanya utk the next show  takde lah sampai lama gila gini, dulu aku pergi tak bawak sirman, bawak  kawan (skang kawan aku tu ngah memboyot!) so kali ni aku pujuk2 gak Sirman ikut sama….punyalah dia gelak tak ingat!

Eh satu lagi kan korang kalo dok nonton lam IB ni, kepala tu dok dendiamlah sket, ni aku suspect mamat nih baru first time masuk, dia ingat IB tu tempat nak merendek ke macam ko tengok wayang? dahlah dok depan pala aku, bila dia bergerak, aku pun kena gerak sama coz dia memang totally block view aku, pastuh dok borak2 ngan makwenya ke main landing2 pala kat bahu. bengang nauzubilah toksah cakaplah aku dibuatnya. after break, kita tukar tempat, aku ngan Fiza dok ujung, the boys dok tetengah sekali hamik depan the boys pulak dia buat drama kepala landing ngekeh2.

Tak tahannya bila dia gerakkan pala dia depan belakang kiri kanan and senget2 90darjah kat makwenya tuh, aku pun kena gerak pala, so orang belakang aku pun kena jugak sama. takke tak molek tuh. eii badigol ko. ada lagi best budak pompuan dok sebelah sirman tu ngah buat aksi menggoda giler kat pakwe sebelahnya, singkap2 peha nya, dok ke main mak datukk, ngan bunyi ngengadanya hahahaha…halahai banyaklah pulak TEATER yang kitorg terjebak malam tadi kena tengok.

so back to Cuci The Musical 2, congratulations! moh ramai2 tengok….Yasmin Yusuf dok mintak aku announce ni banyak kali  hahahahhaha, moh moh moh jom korang tengok!

Comment: 23