Posts by :

Best moment in Amsterdam…

IMG_3354

ngabih2kan gambar yang ada yek, for the last final entry from our europe trip, this is for Amsterdam. you click Europe Trip’s label kuor tetiga negara nya stories, but if you specific with Amsterdam, Paris, London kuor pasal tuh sahaja….lots of you dapat banyak info from our travelling tips. alamak pasal VAT yek, oo ok ok, nanti yek pasal tuh. baru teringat pasal tuh kena masukkan jugak…

IMG_9791

depan nih je lah aku dapat beli baju yang nampak nice leh pakai untuk kerja or jalan2, so in total aku beli baju ha 2 nilah jugak, tshirts and jackets tak masuk coz itu memang dipakai jam2 tu gak kat sana…bilo ler kotak dari London aku nih nak sampai, jangan berkulat sudah kain baju lam tuh!

baju2 kat sini tak cun lar, macam terseksaaaaa giler, pelik gak coz ko ngah summer sejuk2 nih bila masanya nak pakai, terbukak terdedah segala. biras aku cakap banyak kain baju tuh dari last season, tu yang depa jual masa summer nih.

IMG_3360

mana nak lepak tunggu depa?

kat depan Madame Tussaud!

IMG_3375

dah petang2 kita nakĀ  hujung2 tuh kita dok tunggu kat depan nih, lama giler…coz aku janji ngan member lama aku jumpa kat sini…but tak sangkalah pulak dia datang lambat giler. ingatkan dia punya lambat sket tuh sekejapppppp, rupanya satu setengah jam muahahhaha, nangis kitorg kat situ sebab tempat tu open sangat and windy nauzubillah.

IMG_9823

another street performer yang buat show kat tetengah dataran tuh jugak…

IMG_9854

actually kalau kita tau kawan aku datang lambat, kitorg lari dok dalam coffee house, leh pekena kopi and dapatkan pelindung, sebab sejuk sangat ko. sebabkan berdiri dan dok menunggu kat sini lama benarlah yang buat aku ngan Sirman demam sket malam dan esok harinya, bersambung sampai ke KL pulak tuh…

balik bukan je bawak ole2 but bawak penyakit šŸ™

oh ye ingat tak aku ada amik vacci H1N1 yang dalam advertorial aku tuh kan, ha sangat2 just nice, coz kita amik few weeks sebelum kita terbang jugak. memang sesuai bangattttttt. tu yang member aku berbulu jer hahahah ‘ko dah pekena vacci, aku dah!’ berlagak jer padahal kalau tak dapat advertorial tuh, mau gua hegeh2 pi klinik amik injection gak.

IMG_9861

sah sirman tak larat nak pi dedekat nak ngamik gambar orang yang perform kat dataran nih, dari jauh je dia main shoot shoot!

IMG_9870

so nak jadi citer, pas satu jam lebih tak menahan sejuk, kita lari kat dalam Klavarstraat, depan tuh jer. mall dah nak tutup, majority dah tutup pun, dah 6ish pm. sebabnya nak berlindung dari angin sejuk yang kaw2 sampai ke tulang2 dalam badan.

IMG_9876

lenguh berdiri, menyangkung….

IMG_9877

pastu terduduk….orang lalu aku buat bodoh jer, malas dah nak jenjalan cozĀ  kedai dah banyak tutup lagipun barang banyak, heret beret bawak wuii tak koser, kang nak patah balik kat sini coz member aku memang berjanji jumpa kat sini nanti…

IMG_9882

pastuh sirman jerit cakap depan tu sket ada cahaya matahari yang leh dapat direct kat badan muahahaha, mmglah terang benderang tp dapat cahaya panas tu yang syukurnya hai. so bertuahlah kita anak Malaysia nih yang cuasa panas sepanjang masa. kalo kat kl, lari2 masuk aircond sesaja, mana tahan nak kena panas. sanggup tak nak makan kat luar KLCC coz tak kuasa nak berpeluh bila makan kat luar, but kat sini, dengo je sirman cakap ada cahaya matahari yang kuat memancar, berlarian carik port ganti2 jaga barang.

IMG_9886

sekali bila turn aku, pas Sirman, dapat sikit je sunlight tuh. berdiri kat tetengah orang tak heran, diorg mmg from that country, but macam aku mmg dahlah kecik, so bila kena sejuk nih perkhhhhhh, meresap sungguh. betul ko malam tu balik umah BIL aku terus kong2, dia bagi aku ubat batuk, terus tidur mati tak hengat. itupun pas siap packing luggage and rasanya aku dapat buat satu entry je kot malam tuh utk RM..

IMG_9890

ahah! finally kawan aku ngan laki and anaknya pun sampai. aku dah kawan lamaaaaaaaa ngan dia nih, sejak kitorg sesama blom kahwin lagik, bila dia dengo aku nak datang Amsterdam, wajib turun jumpa. tot nak jumpa kat umah dia, tapi from Ams to umah dia pun sejam lebih. no wonder gaklah dia lambat, ternaik snail train. Lama giler tak jumpa kawan aku nih, last jumpa masa dia baru pas beranak or was it sebelum dia beranak si kecik comel tuh…

kami makan lari masuk kedai halal, belongs to Turkish kot. tapi diorg tak serve air panas, so masing2 minum coke, lagi menambah kong2 tekak aku, wpun takde ais. makan abih sepinggan ko, laparrr!

IMG_9894

ko sejuk Red

gila tak sejuk, melampaulah summer hapa gini!

eh ni tak sejuk ok, aku lagi suka weather nih dr winter.

bilo nak balik Malaysia

bila laki aku dapat balik, aku baliklah!

perkh, laki ko kalo balik Malaysia and kalau kerja kat tutttttttttt, matiklah aku kena panggil ko Datin plak pasnih! macamana aku kenal dia dulu sesama kita anak dara, cam nih lah jugak dia, badan slim giler!

IMG_9902

oh this boy so cuteeeee! anak dia ni punyalah susah nak umpan, sib baik aku ada bawak belikan dia ole2, and he loves to see Gegirl in RM, sebab aku ada anak dara cute, tu yang dapat kiss2 mahal dari si kenit nih…aaa suh dia cakap melayu weih, tapi best dengo member aku citer, kalau kat rumah jenjiran, depa cakap Dutch, anak dia speaking jer, so bayangkan budak2 baya gini cakap sorang dutch sorang english, tapi memasing boleh paham hehehehe….

eh dah bolehlah ko menambah anak lagi babe!

kawan aku nih penah datang melawat aku beranakkan abang dulu, he brought the blue teddy bear, sampai skang bear biru tu jadi pojaan Gegirl pulak…

Thanks Mona for the hospitality and dinner treat from you, hubby and the cutey little boy, will see you again bila aku datang turun Amsterdam lagi lah, kiralah ko bape taun tak tau hahahahhaa

IMG_3382

Kami balik ke station together2, naik tramĀ  and pastuh we split, depa balik naik train to Rotterdam and aku and Sirman naik tram pulang ke Lelylaan. sampai2 kena sound ngan BIL ‘manghaik satu ari kuor ingatkan dah tak nak balik, ha shopping lagik, abihlah mana korang nak campak barang2, muat ke luggage2 tuh…’

seronoklah our trip, memang puas hati, 2 weeks rasa sekejap coz melompat2 dari sana ke sini sinun. pasnih aku dah tau nak plan camne, 2 malam kat Paris dah cukup, 4 or 5 nites at leastĀ  has to be in London, kat Amsterdam tak kisah, bape hari pun tarak hal, coz our family is there… to my BIL’s family, Abang J, Kak Ija, Haikal and Azza – wait for Red Family to be there ok!

So the next entries will be bout the VAT (i pass it over to Sirman to do the entry, he is still drafting it) and the random photos yang aku boleh ek ek sket, but not to show the details. haisay….

puas hati tak? so ada apa2 lagi info yang korang nak? boleh je drop us an email, kalau kat comments tu nanti senang2 aku reply yek…

Comment: 9

The famous Klaverstraat in Amsterdam!

IMG_3298

the 2 brothers in the kitchen, sirman tu poyo jer mana der dia geti buat keje dapur, abangnya memang tererlah, dahĀ  jadi perantau lagilah hebat terhebat. anak2 buah kitorg dok tidur lagi, so kitorg 2 orang nak lenjan Amsterdam….no sight seeing, but shoppingggggggggggggggg!

pagi tu breakfast roti canai versi segera, tapi aku tarik pinggan, makan nasi campur ikan goreng yang punya lah sedap, sejuk2 nih breakfast nasi heavy lagi syok, biras aku tu makan tak penah diet tapi badan sekeping, perut BIL aku je makin naik sket demi bukit šŸ˜›

IMG_3305

beli tickets lah kalau dah nak berjalan merata. we are going to use the tram service. btw weather in amsterdam at this time memang ngah mencanak naik sejuk + hujan…sangat2, so among 3 countries yang kami pergi, ini memang antara punca kami kedemaman kong2 bila baliknya…

sbb ada tragedi dok menahan angin sejuk gak kat hujung2 our day kat sini.

IMG_3304

suka betul dia ngan Albert Heijn nih, kedai ni memang gemer gila kat Amsterdam, aku dulu pun datang sini beli benda nak masak lam nih gak…

IMG_9664

memula pakai jacket merah…jacket nih mmg aku tak bawak langsung ke Paris and London, tinggalkan kat Ams jer, tuĀ  yang hegeh2 beli jacket lain masa kat Paris. padan mukor! eh orang2 lah cakap beria summer tak sejuk segala. ha kooo! oh saya kali ni tukar style, pakai nippon cap pasal aku datang awal2 pun ams ada hujan. wpun tak lebat, ada renyai, so baiklah pakai cap. lagipun mls aku nak ngikat rambut. tapi satu hal bila ikat rambut abih telinga kena desir angin sejukkkk!

yes weather sejuk ni memang aku prob sket lah…

IMG_3308

sirman pun tukar jacket, ujung2 jalan nanti…

IMG_9671

dipaksanya aku pose ngan topi holland nih coz nak mms gambar kat anak daranya. Sirman suka betul topi2 gini, untuk anak-anaknya lah…and aku pun dah lantingkan jacket merah, ganti ngan oak colour ni. sedap giler pakai! leh gak pakai kat kl if got event ke or nak jalan2 ke but for indoor lah, kalau gatai nak pakai bawah matahari memang melampo lah kan. tak geti2 msia ni panas.

IMG_9679

rambang mata tengok kasut….harga depa standard, very reasonable…aku memang budget nak beli kasut sesajor. kain baju kat Ams very the kureng lah..dapatlah aku beli gak but alahai, macam dah takdeeeeeee choice lain.

IMG_9680

first pair of the shoes aku beli kat kedai nih… kedai nih ada citer yang best gak, sampai sirman tak puas hati hahahah wait aaa wait…

IMG_9696

tiap kali sirman masuk kedai yang aku tak berkenan nak masuk, aku tunggu je kat seberang shop. oh ini adalah the famous Klaverstraat kat Ams, kalau datang Ams mesti masuk jalan nih, tourists ramai, orang Dutch pun ramai jugak.

IMG_3322

n dari opposite shop, aku dapat snap gambo Sirman ngan nama2 kedai sekali…

IMG_3324

dan kami kembali bersatuu…muahahah amik gambar sendiri jer, malas nak suh orang amikkan.

IMG_9703

jalan merata tak ingat kiri kanan…jalannya panjang, mmg keter motor tak lalu, basikal pun sket je yang lalu sini. ada pun keter lalu, keter dari syarikat pembersihan rasanya…

IMG_9706

aku tak masuk pun kedai Nike nih, but harus berdiri coz pakcik tu suruh. ai ikut jer apa dia cakap, kita cakap melayu kat sini main jerit2 je coz sorang ujung sana sorang ujung sini hahahaha…selambaaa! bukan orang paham pung.

IMG_9718

there…dah abih ke hujung jalan. patah balik….

IMG_9719

tapi bila kitorg u turn, kuor masuk kedai, pastu tup2 terkuor balik kat ujung jalan nih hahahaha! apadah, kena buat lagi satu uturn. coz yang belah2 sana punya shops aku dah malas mar nak pergi…

IMG_9728

kasut kasut! mak gila kasut youuuuuu!

IMG_9732

makan sket kat McD dalam tuh, coz hujan renyai…Sirman takde penutup pala…so amik black coffee buat pemanas badan…ok nampak tak bag Cafe Moda yang aku pegang tuh! bag tu best marrrrrrrrrr, dapat dari aku beli kasut kat kedainya.

IMG_9735

aku nak beli 2 pasang, tapi satu pair lagi takde size, so dapat sepasang je lah. pastuh aku q bayo, dia tak bagi plastik or paperbag tp dia bagi bag tuh, siap boleh sling or bahukan je. mak tekejut kay. perkh beli kasut murah pun dapat bag nih. pastu sepanjang jalan2 tuh Sirman pelik napa aku leh dpt bag tuh, coz nampak mahal gila quality bag tuh comparing ngan kasut yang aku beli.

so kitorg pun berdiri balik kat opposite shop tuh, tengok orang lain dapat tak bag yang macam aku dapat tuh. no yilek nadaaaa. sume dapat plastik bags jer. ado yang beli 2,3 pasang pun dpt plastik bag. whahahahha, rezeki aku lah napa abang cashier tu baik nau bagi aku bag nih.

mbe sebab aku tourist kot, paling tak bley blah mbe dia tertarik padaku kot wahahah podahcit!

Sirman siap suh aku pi beli lagi sepasang kotlah dapat lagi bag tuh. malas acik nak masuk balik.

IMG_3332

this is the bag, lawa lawaaaaaa, BIL aku pun pun tak puas hati kitorg dpt bag nih, dia dah pikir nanti nak pergi gak shoes shop nih. hari pertama abang bawak bag nih pi sekolah agamanya hahahahah…good purchase in Amsterdam. elok gak lah coz masa ni Sirman tak bawak langsung bag pack dia, coz aku bawak sling bag.

IMG_3336

this shop memang tak leh menahanlah, dulu2 aku datang kedai ni gak aku masuk beli accessories set, kali ni datang, kedai ni gak aku tuju! i bought the earings set banyak dari kedai nih and 2 pairs of shoes pun dari kedai nih jugak. murah2 mar…

IMG_3345

macam berdiri sama dikendong wah gitu, padahal atas escalator, wa kena naik 2 tangga ke atas nak samakan amik gambar ngan mamat nih…

IMG_3346

kalau idak, gambar akan jadik gini, sebab sorang panjang sorang kerendahan bonar yek…ni pun amik gambar menegak, bukan melintang patah bujur…

IMG_9746

dan bermulalah sejarah kecapitan kakiku….nunggu sirman membayo. he bought his red jacket dalam nih, jacket lain nak dibalingkan, and masa nak tukar2 jacket, decoy wallet dia terjatuh ko, wah pakcik tu main sepak2 jer, macam malas je nak angkat. hampeh ko, mementang decoy kan.

wallet tuh aku beli few years ago tuh masa birthday dia. skang dia tak pandang dah, he got the Guccissima leather black, from London, to replace the decoy’s one.

IMG_9755

belakang aku tuh tempat famous for street performers buat macam2 show.Ā  Dam square kot nama dia. tak laratlah aku nak menengok, dok dari kejauhan jer, tapi kalau berdiri celah2 orang tuh takde lah rasa sejuk sangat. sejukkkkkkkkkkk lah weii, eii tak tahan aku sejuk kat Ams nih.

IMG_9774

lepas dah tengok show tuh, wajib kalau ko bagi tips lah kat depa, siap sorang tu ‘i appreciate dollar note, no coins please’ keekekekek, bayo bayo…. kita tengok sambil berjalan coz nak pergi carik kedai lain pulak. banyak gambar lah, yang gitu2 je lah aku tunjuk yek…

IMG00436-20100618-2113

this photo aku anto kat anak2 aku, coz masa gayut ngan Gegirl, dia menyentappp! adalah merajuknya, so nak amik hati, mmg beli toys depa kat sini, yang murah2 jer. wpun murah, even 1-3 euro kedai nih siap balutkan ngan nice wrapping paper. classic lah sungguh. benda2 tu lah yang anak2 aku terjah attack dulu masa kitorg selongkar luggage.

IMG00437-20100618-2127

satu kerja aku bila masuk tempat lelaki, aku carik kerusi. kalau tarak kerusi, wa usaha dok mana2 lah. so lam kedai nih ada satu red jacket untuk sirman nak sangat (very hard to get the red jacket with reasonable price, kat KL lagi menggila mahal). so dah cun2 dalam kedai nih ada, it comes in blue too. so for sirman’s size, takde abih yilek. frust lah. but i dont mind lah for him to get the blue coz dia dah nak sangat jacket nih kan.

then dia perasan patung lam kedai nih pakai jaket merah utk size yang dia nak. so we asked for it. i tell u kat msia pun kalau kita nak beli yang patung tu pakai, SA main cabut je, sah diorg nak let go, dah orang nak beli. tapi kat kedai nih, dia tak nak cabut coz katanya jacket tuh kena ada satu syarikat luar lain datang and bukakkan jacket tu dari patung tuh.

mak! ko ingat aku bodoh hapa!

come on lah, aku boleh berdiri kat depan patung tuh, dok pikir apa mechanicsm dia yang payah nau sampai nak bukak kena ada special service dari donno who depa yang kena bukakkan. coz aku belek telek, just unzip the jacket, keluarkan dari 2 tangan patung tu, then sell to us. abih citer.

jangankan aku, Sirman pun bengang, dari dia nak jacket tuh langsung putus tekaknya!

n it s so worth it coz he got satu lagi jacket yang lagi branded than this shop, and cheaper price jugak! memang tiap satu kejadian ada penyebab dan musababnya.

IMG_9757

while Sirman busy buat keje2 ngamik gambar, being me yang sangat2 sukakan organize benda2, aku tak suka bawak banyak2 barang, so selagi daya kita sumbat satukan. mana2 kotak yang tak guna tuh just get rid of it. kebetulan pulak orang sebelah ai tu pun menyusun sama barang2nya…

IMG_9759

laki aku mmg takkan buat keje2 gini, dia tau campak kat aku jer, coz yang penyusun segala barang kat umah pun aku gak…

IMG_9764

ha belakang tuh madame Tussaud versi Amsterdam yeah, memang kitorg tak nak masuk pun. rasanya dulu pun aku datang aku tak masuk sini…

IMG_9769

ngah2 aku sibuk susun barang, Sirman jerit dari jauh…koo! ingat tak aku citer masa kat Paris kitorg tolong couple makcik pakcik dari Kedah yang berjalan berdua holiday merata. anaknya ngah belajar kat emm Scotland kot. boleh rezeki kita jumpa pulak kat Amsterdam….

tulah kadang2 kat Malaysia tak jumpa, macam Datin Norjuma ngan lakinya tuh, tapi kat London aku jumpa dia. makcik pakcik ni pulak, kita jumpa kat Paris pastu tak sangka terjumpa borak sakan lagi kat Amsterdam. syok kan, wpun diorg dah tua, merata jalan berdua jer. diorg senang, tak de nak shopping sangat, memang sight seeing, itupun makcik siap kenyit2 mata bisik2 ‘tak shopping pun, makcik beli 3 gak handbags, nak bagi menantuuuuu’ wah kelas makcik!

IMG_3352

the next stop is still around the same area but we are going to meet our beloved fren! pastuh watamat, abih cite Europe trip ai…

the man is happy with his new red jacket! finally dapat gak 1. even after conversion, pun masih lagi murah dari harga2 jacket kat Malaysia. tapi bila aku dah balik nih rasa nyesal je tak beli jacket brown aku tu ngan black and white colour (it doesnt has red) sebab memang comfy sesangattt! sedap gila pakai. tak tau lah bila nak pakai lagik, Fifin dah simpan lam bag baju yang khas for our travelling, nanti nak travel lagik kita pakai.

wei korang jangan risau, aku tak buat dah surprise2 yang berjalan merata tuh coz takde plan pun nak ke manaaaaaaaaaa, betul2. pas2 nih dah nak ramadhan, pastu raya, ha bila nyaa…

tarak marrr…kena dok diam2 kat kl, keje keje keje!

Insyallah akan pergi datang lagi to Amsterdam, mesti pergi sebelum BIL aku balik kl semula….cuma sedih2 sket lah bila aku buat entry nih, anak2 dok tengok gambar and bilang ‘nanti kalau mummy daddy pergi lagi, abang n adik nak ikut yek’ ok kali ni kalau pergi lagik, aku janji bawak anak2 pulak, 13jam pun 13jam lah, tahanlah korang dalam flight!

Comment: 11

The Booklet & Pentingnya YM dalam jarak jauh…

IMG00421-20100618-0237

3 buku azimat ciptaan aku and Sirman. asalnya file tu besar and tebal…pastu kita sort out and amik yang penting sahaja. booklet yang paling ringan dah tentu Amsterdam and jarang dipakai coz dah expert kat situ (not the first time there), booklet Paris and London memang paling banyak diusung sana sini…

Dalam booklet tuh ada details on our flight, Passport, Enrich, itinerary, accommodation, list of handbags in Ringgit, Euro and Pounds, Things To do and Tips, dan misc sket…peta BV pun siap ada dalam booklet London tuh.Ā  Ahah, budget pun ada jugak, berapa cash kita bawak, berapa kita sumbat lam cc, berapa yang kita spending pun ada. Alhamdulillah we didnt over budget but below dari budget yang kita dah targetkan.

Ramai yang nak pinjam nih, aku dulu pun buat sendiri yang, hahahah ater 6 bulan kan, i can guide you through RM lah, ini buku memang sangat berazimat, member aku sampai cakap ‘mak datuk siap ada booklet tuh, u are very organized lady’ . camne tak organize kak oi, 6, 7 bulan punya kerja kan.

Eh insurance pun ada jugak yek, kita amik travel insurance dari agent aku sendiri gak from Nafnaf means Naf memang antara yang awal tau gak kita nak terbang. Naf, ko nak ole2 ko tak?? kita amik insurance per trip, mula2 ingat nak amik one year, tapi macamlah setahun nih travel, so kita let go amik yang per trip jer. masa tu aku risau ngan asap gunung berapi punya isu kat UK nun, betul2 lagi 3-4weeks sebelum kita terbang…sib baik perjalanan kami tidak ada masalah dan dipermudahkan.

IMG00358-20100616-1411

sebelum terbang juga kita pasang semula webcam kat rumah supaya anak2 senang nak YM ngan makbapaknya. anak2 aku tau hari tu kami di mana, pukul berapa, ngah buat apa bagai, semua jadual aku dah susun so that takde lah jap2 diorang tepon hp makpaknya. kita webcam and cakap pun over the YM jugak, jimat. cuma ada sekali jer, Abang tepon aku waktu Malaysia was midnite. dia dah nak masuk tidur but macam datang rindunya pada makpak nya, masa tu lah dia tepon. nak on webcam lambat pulak, he just wanna say he miss us.

sedih sayu sangat masa tuh….

tapi yang benornya, cuti 2 minggu ni pun buat anak2 horey2 gak, yelah diorang tak yah dengo mak nya membebel, adik aku and fifin citer, diorang dah tau apa dialog makpaknya akan cakap, specially mak nya ni ha kalau tepon/webcam or bila balik rumah nanti…ko jangan main, bersambung2 ayat si 2 beradik tu buat ikut ajuk pangai cakap maknya nih. anak oh anakku….

ha nak ajar pakai YM pun satu hal gak, malam yang aku nak fly tuh, lagi 2 jam sbelum tu baru ajar diaorang, specially to Abanglah coz dia yang big boy, bapaknya lupa nak buat kelas YM versi webcam utk diorang. sib baik budak2 zaman skang cepat je teknologi depa memaham…

aku tak pakai Skype coz anak2 lebih arif dengan YM, diorang suka main icon2 dalam YM tuh…wui YM aku tu dah lama tak berpasang, pasang pun dok invisible semedang. ni sejak balik lagilah tak berusik pun YM tuh… šŸ™‚

twitterkan ada šŸ™‚

Comment: 9

The weekdays story…

IMG00526-20100625-1311

friday lunch hour, we were so free, abih merata kedai kitorg masuk pas makan kat food court 4th floor. sonokkk! diorg lah yang sibuk nak beli sana sini, tapi aku yang terjebak, i bought my cleansing lotion of Clinique, oklah itu keperluan. aku tengah control my financial back, maklumlah dah bape banyak abih kat vacation yang panjang and duit mengalir bagaikan air mederas lajuu….

this week i m carrying the Miu Miu Vitello Lux, my 2nd purchase in Paris (aku beli 2 miu miu but satu lagi Red CofferĀ  kat London). my first purchase of hbag kat Paris gak, aku rasa itulah hbag paling mahal aku beli seumur hidup aku, plan to carry it next week, or week after or during event. i donno lar….

IMG00510-20100624-2008

gambar nih aku dah tweet but oklah bolehlah letak, sambil2 buat tfer gambar aku ngan Gegirl buat ejaan, ni wkdays nya tabiat kami lah…pastu abang yang baru pas Isya’ joined us to do his homework and followed by Sirman. pastuh empat2 bersempit kat sofa merah, sume nak berkepit2. Gegirl ni pantang dia dengo bunyik flash laju je dia sengih tayang gigi putihnya…wpun dia ngah sibuk tapi mata telinga cepat menangkap nak pose…

IMG00523-20100624-2037

ada mintak gambar ibu yang ngah lam pantang, ha ni Reddy, dia sokmo kuor dari cage, nak amik angin jer…tapi kejap jer, pas 5min dia dok teleku gini, dia masuk balik kandang utk menetekkan anak2nya. tetek ke main banyak tapi anak 3 dok berebut gak susu tetek. aku ni hari2 pagi petang malam dok depan cage kasi tonyoh2 mulut anak2nya kat nipple dia. halahai…Reddy tu tau membaring jer, anak2nya masuk idak kat susu teteknya dia mana nak geti betulkan.

anak2 nya masih bukak mata sipi2 jerr, ngah meniarap lagi, lom merangkak, lom kuat kakinya. mmg dok mengiau je bila berebut nakkan susu. aku ngah kompius nama depa nih yang mana satu coz 2 ekor tu bih kurang je bulu badannya, so tunggu diorg dah kedek2 jalan baru kita pilih sapa dapat nama Amsterdam, Paris and London (itu nama diorg lor, anak2 bagi nama tuh coz Reddy kan beranak waktu aku ngah bercuti).

ada sekor si hitam yang melekat tuh ke main ganas, aku peratikan kalau dia minum susu abih 2 ekor lagi dia pijak2 langgar asalkan tekak dia dapat susu maknya Reddy. perkh….ko ke main.

IMG00520-20100624-2035

waktu ngah belajar berempat, Slash and Mozel pun sibuk membuta kat sini. macam takdak tempat lain, eh si Mozel tu manja melampau2 betul ngan aku sejak aku balik nih.Ā  dia punya manja sampai tidur sama ngan gua ok, kadang2 kalau bila aku dah nak tidur diorg tak nak gak tidur, aku letak je diorg lam cage, sbbnya aku leh dengo depa bergaduh berkejaran kat hall ngah2 malam buta. ewah korang, bergusti memalam buta.Ā  tapi tu lah, tempat orang ngah belajar sibuk buat kerja, diaorg pun sibuklah datang sama buat taik mata…

that s all, our Saturday story šŸ™‚

Comment: 10

Malam bertiga, dating bertiga…

IMG00533-20100625-1821

after work yday, i rushed back home and fetch the kids, sib baiklah tak hujan. kalau tidak wuii..jem ke mana, wayang ke mana. promised the kids to watch the Karate Kid. i got help from my bro to buy the tickets for us, kat GSC Midvalley. dekat sikit aku nak balik. kalau amik pi patah balik ke KLCC, jem tun razak tu bukan leh caya nau. sampai2 diorg dah siap, terus callo pi MValley.

memang hajat nak tengok Toy Story 3 but thing is Karate Kid dah nak abih show nya. so aku kena cepat bawak depa before abih kat cinema. depa nak sangat tengok sejak kitorg belum fly lagik harituh, then since aku nya plan on Fri nite tak jadi, so apa lagik, gagaulah dapatkan tickets.

nak dptkan tickets pun berpass2 ko tickets tuh. abang aku anto kat umah mak aku, mak aku pass kat abah aku, abah aku pass kat fifin hahahaha. aternya dapat confirmation pun on malam kamis kan. so fri aku dah pi keje camne nak amik tiket tuh, sure tak dan….

IMG00538-20100625-1824

dok depan tu ada turn memasing, kalau waktu pergi Gegirl dok depan, waktu balik, Abang pulak dok depan. Sirman couldnt join us, pakcik tuh ada dinner meeting.not a prob lah aku nak bawak budak2 nih kulu kilir, dari diorg dalam perut pun aku dah ke sana sini ngan diorg. i m an independent wife/mother lor. i still remember paling jauh aku bawak diorg pi Beijing bertiga ajer, ngan Gegirl yang masih baby, abang yang masih hingusan sangat. just 3 of us ye flew there, coz masa tu Sirman seconded jap kat sana…tak termasuk ngan benda harian di rumah.

n tengok Karate Kid pun terus diorang teringat waktu depa kat Beijing. Gegirl macam ingat2 lupa, but Abang terus menjerit, eh mummy ni tempat loker loker tu lah mummy yang kita pergi dulu tuh.

ok loker loker nih adalah words yang digunakan oleh orang cina beijing yang kat mall lah. diorang kalau tengok tourists, diorang panggil gini…loker loker. maksudnya ‘look look’ depa suh masuk tengok tengok barang jualan depa. hahahaa sampai skang asal Beijing jer diorg sebut loker loker.

IMG00535-20100625-1823

bukan ajer kena bawak budak 2 orang tuh, si kenit baby alive tu pun aku kena angkutkan sama….tapi masuk wayang, car seat baby dia tinggalkan, just dia kendong jer. ha baby alive ni aku dah tekad nak belikan masa kat London, tapi mahalnyaaaaaaaaaaaaa!! after conversion jadik RM300, dahlah kotaknya besau, bukak kotak pun makan space gak. so forget it lah, tak nak aku beli.

told her yang baby nya besau nau, so nantilah tunggu ko dah besar ko dah takde mood nak main baby alive tuh kay…

IMG00539-20100625-1837

kita cuma amik 2 seats jer, biasa amik 3 or 4 seats tapi satu seat Gegirl mesti kosong dia tak pakai pun coz she will seat on my lap. tak pun kat peha Sirman. so amik 2 seats, abang dok sorang, Gegirl aku pangkukan. diorg nak makan macam2 coz waktu dinner so ngan popcorn hotdot jajan nuggets segala macam, total 34inggit! mendalah korang makan, sib baik sume makanan habis dalam wayang. sambil makan sambil nonton. tapi ada slot yang aku terlepas coz aku kena pi lari masuk toilet, sejuk nau sampai nak membeseh…

citer tu baguslah, terus jadi pengajaran kat anak2, terutamanya abang yang kalau balik barang2 suka main letak sesepah jer. towel pun lupa nak sidai, ha balik je dari nengok wayang dia terus simpan jacket merah dia memolek. oh shawl merah tu abang pegangkan coz maknya takut kesejukan dalam wayang…memang sejuk pun, tu yang aku lari pi ladies.

IMG00540-20100625-2132

abih wayang tak singgah mana, terus cabut balik. kita nak beat bapaknya dari sampai rumah dulu. suka giler diorang tengok citer tuh, aku pun suka… next aku nak pi tengok 2 movies back to back, but that s with Sirman lah sebab banyaklah pulak cite best2 and pelakon yang aku minat weii…

aku rasa Toy Story 3 budak2 nanti pi ngan bapaknya, without me, coz macam malam ni nya show gak, kitorg pi bertiga, so nanti bapaknya pulak bawak budak2 nih jer. leh aku rehat santai2 kat umah ke, bongkang ke….bongkang ke…dan membongkang heheheh…

have a good weekend yek korang, i m quite busy gak minggu nih for lots of personal matters, anw aku hold dulu entry Europe trip coz nak sambung tuh nanti2lah, take a break. yang benornya gambar tak tfer lagi to my draft, so man man lah yek, penat orrr, benak pala aku. tapi sket je lagik tuh nak abih, cite amsterdam pastu balik KL.

Catch up later šŸ™‚

Comment: 14