Posts by :

Kelas Kemuncup…

IMG_5145

wohooooo! anak bujang aku very the hebat! kalau part2 nak menyusahkan mak ko, handal ko yek….

mummy, kaki abang gatal!!!

pi main kat ne? ya rabbi! ni kemuncupppppp! bukak, bak sini seluor tu

kemuncup tu apa mummy?

kemuncup ni ha…menda2 yang melekat kat seluar abang nih kemuncup lah namanya

IMG_5151

biasa dok umah atas langit kan, bila dapat tanah umah neneknya (hometown sirman) panjanglah langkahnya. kat sebelah umah MIL aku tuh ada tanah kosong hak gomen kot, so ada lah rumput2 panjang kemuncup gini lah yang tak bertebas. dah aku cakap tak yah main kat situ, tapi ko degil kan bang, sib baik adiknya tak ikut kalo dak ngan adik2 nya kain skirt pun sama aku kena cabut.

hengat senang…banyak giler.

IMG_5161

but semacho2 abang, nakalnya pun, malam2nya tidur memang carik ketiak mak nya lah. kalau dapat mak nya tengok tv sama, lagilah dia melekat. masa ni kitorg leka layan Mission Impossible, hensem tol Tom Cruise tuh hahahahha..

abang hensemnya Tom tuh

alah hensem lagi Daddy abang

ok lah, dari dia jawab, hensem lagi abang memang ko over aa bang!

IMG_5148IMG_5147

suor kiri kanan, dalam suor tu pun ada. seluar kain jenis gini memang senanglah kemuncup nak menebeng, kalo jeans tu takdak lah melekat sangat. abang oh abang….makin beso makin panjang langkah ko explore. i m not complaining but abang memang suka buat benda2 yang lagi ko tak dibagi lagi dia bikin. bila dah buat dia dah rasa dah explored, bila dah kena bahananya baru dia oooooo ok now i know. ha camtulah.

tau semalu? itu first time Abang ngan Adiknya kenal semalu, ke main hebat diorg main ngan semalu. giler jakun sungguh.

ni aku plan satu ari nak ngajar main Teng Teng pakai lantai umah jer, lelompat, tengoklah kejakunannya lagi nanti yek. tak pun paling busuk2 pun dia cakap boring giler game ni.

oh pasal kemuncup tuh, selepas setengah jam baru licin aku selamatkan seluarnya…takkan tak cabut, nak terus campak lam washing machine hish tak senonoh pangai gitu. nak suh abang cabut? oh dia dah lari jejauh main beskal plak pas tukar seluar.

Comment: 15

Swarovski necklace from Reebonz…

IMG_5080

blue box, not red

IMG_5076

special Swarovski necklace for Redmummy

IMG_5065

untie the ribbon, only from Reebonz

Thanks Reebonz for trusting Redmummy.com and having a very good business relationship wt RM. The readers memang sonok bangat dengan kamu Reebonz. (check my entry on Reebonz here)

You see, in RM bukan sahaja client dari Malaysia sahaja, dari Singapore, UK and merata ceruk dunia pun boleh do your proposal business wt us.

Their upcoming events/sale semakin hangat…Michael Kors, Aldo, Guess and Fendi untuk minggu ini sahaja. Minggu depan kita tengok apa lagi events yang Reebonz akan promote. Check out their site, remember to use this link for easy access wt Reebonz. dok kat Reebonz memang best, kita leka sungguh dengan handbags yang depa jualkan…kalau pun tak membeli, viewing sahaja dah menyeronokkan hati. kalau tidak pun kita akan saving to get any of it.

Kalau ada antara you all dah beli, leh tak email2 ai, nak gak kepohcik apa korang beli hek hihihiiiiiii…hiks! i bet moli, kak ann, azleen, just to name a few pun nak tau gak apa yang korang dah sopingkan hek hek hek…

Comment: 8

Another violin class…

IMG_5097

aku dah tak anto gegirl pi violin anymore lah, unless kalo sirman ada hal baru aku pi nganto. so tu pasal gambar violin gegirl tarak. korang kan demand, nak gambo gegirl violin lah, abang nya badminton lor, reddies kemek lah, siap email suh kuorkan entries depa. so for this violin session, sirman kupaksa gak suh amik gambar, for the readers.

IMG_5095

gegirl’s violin class bukan ajer hok practical but also teori on the music tu sendiri. anw dah 2 weeks violin class gegirl cuti dek kerna CNY, baru recently je mula balik. cikgunya cuti raya cina ke main lama balik kampung kooo! tak tau lah napa ke sebab my promotion ke hapa gak, but kelas music kat satu2nya di BSP nih ke main ramai pulak students. dah back to back pulak studentsnya ngan cikgu nih. sampaikan kelas ganti for gegirl kena dibuat on Sunday plak.

mana gambo gegirl  ngah main violin, sirman?

ahhahaha, pas dah snap2 gambo ni ai pi jalan2 kedai bawah, bila dah abih baru ai naik balik tengok dah sudah kelasnya.

tak leh harap tol bapak ko nih aku suh amik gambo dia main violin.

So to those yang kempunan nak tengok gambar Gegirl berviolin or utube dia main tuh, mintak mahap lah yor, bapaknya kedaung koo! nanti kita try lg next week yek.

Comment: 5

6 months trial pack of Score A…

IMG_5099

nak ngajar anak, tv tu kena tutup, tengok mata abang hala ke tv tuh!

pas aku tutup….

IMG_5100

baru geti dok diam2 mata ke lappy. he s now doing his revision via the trial pack of Score A. at least for 6 months.  sumpah, aku dapat proposal pasal Score A ni banyak giler, but mainly nak suh aku buat MLM, i know bout Score A ni so well but aku tak implement dulu.

Masa heboh Score A kuor paper, aku simpan keratan tu sampai skang, aku contact that party, yang dalam paper tuh, orang Score A lah, dia jwb sms aku ‘sila beri alamat untuk tindakan kami selanjutnya’

sampai sudah harammmmmmmmm! selanjutnya hapa kalau pastu aku sms lagi diam membisu. mementang aku tak cakap aku Redmummy, layanan cam jadah je ko bagi ek. yelah masa tu kuor paper gedegang bermuka2 surat, so ramai lah orang carik diorg kan.

n yang proposed aku pulak tak sudah2 dok nak goyak citer pasal MLM Score A nih.

IMG_5102

but then bila ada orang yang nak membalas budi Redmummy.com coz masalah2 sipolan hampir dapat diselesaikan through BMM di RM, so aku amik offer cik manis tu. itupun berminggu dia menunggu aku nya highlight and greenlight, tak masuk lagi dok buat appointment yang bertunda. bukan nak jumpa depan mata, jumpa via YM je pung.

alkisah lately dah lama aku x online YM, kalo on pun menyala gitu je lah, but physical badan aku tak dok depan pc pun. aku dok kat lappy. kalo YM kuor, sah anak2 aku nampak kekelip tu diorg padam. sungguh. paling koman gegirl nampak YM terus main audibles.

IMG_5101

n skang abang buat revision soalan2 dari Score A lah. memang ada mandarin gak. but that doesnt mean we ask abang to quit from his mandarin tuition. oh abang nya tuition hanya bermula pada March coz aku nak dia adopt dulu ngan kesibukan sekolah n nak tengok time management camner. kurikulum lagi bagai kan, lgpun bulan feb banyak nau langkau cuti so kita mula tuition dia kat Smart Reader balik on March.

Thanks to Sweetdarling for the 6 months trial pack of Score A. expire je nanti kalo assessment abang looks great, aku sendiri akan beli package Score A nih tanpa from any upliners. rimas lah dengan MLM bagai nih. sampai satu email tu ke main paksa suh aku jumpa gak utk explain pasal Score A siap guna ‘demi anak2, you kena gak amik masuk Score A nih, sambil anak pandai boleh makpak buat duit’ eii apa nih! tak suker ler. tak tau ke aku tak suka MLM sume nih…

so ke Score A lah kita dulu yek. btw, korang yang buat Score A tolong sampaikan kat management Score A tuh, mana ke kami akan hubungi puan untuk tindakan selanjutnya. dah makan berbulan2 aku tunggu nih!

Comment: 24

Bila yang lama add di FB…

ni ada isu semasa, very light lah, tak yah lah masuk BMM, kita borak2 santai je kat sini. a fren of mine ni memang suka kawan sana sini, ngan kawan lama, ngan musuh yang nak kembali menjadi kawan. bla bla bla lah. but satu hari tu, adalah pulak ex bf dia add dia dalam FB.

so dia serba salah lah

nak diapprove jadi fren FB, kang apa pulak kata suaminya

boleh ke suami dia tak kisah je kalau dapat tau nampak ada ex bf dalam list of frens dia. kalo dia x approve kang, memang nampak lah dia x nak looking the past. but berkawan je lah kan. ntah2 takkan bertegur sapa langsung kot, sekadar add jer. dedua pun dah beranak pinak, dia siap tengok lg gambo mamat tuh nya bini n mamat tu sendiri, lawa lagi dia lah tau jaga badan ahhahaa, sempat lg tuh. so there s nothing to be worried lar, cuma tang suami di luar2 sana, korang sentap ke kalau ex bf bini korang add depa lam list.

serupa gak situasi yang mana ex gf laki korang add laki korang dalam fb depa. maghah dak? terluka ke or terasa cabaran ke or what?

i was playing chess at nite when a fren asking for my advise. hemm…..nanti aku tanya sirman ek, dia bagi idak ex bf aku add aku. tapi sementara menunggu munasabah2 yang akan sirman mencecehkan, kita dengo korang nya fakta dulu yek.

anw for my case, i know my ex bfs and sirman’s ex gfs ada baca RM, diam2 follow our families stories, diam2 korek sume cite Red Family, dok sorok diam2. takper…dok je diam2 yek, tak yahlah in touch ke ngan saya ke ngan sirman ke. ai x suka you la u. so far those yang add saya dalam personal RM nya FB, hanya real frens sahaja aku added, selebihnya aku send korang to my fanpage. real frens means real yek, if u r my readers pls harap sangat add yourself in my fanpage, not sending notification to my personal one, itu mmg so far 100 orang je kawan reality aku yang ada which means from my schoolmate dulu, ITM, kerja, kawan2 secemolot, family, bloggers tertentu yang can be trusted. itu sahaja.

so your call…bolehkah yang lama datang add add you all lam FB ek?

Comment: 23