Posts by :

Guest writer – Ujie

ANDA KECUT PERUT DENGAN EKONOMI MALAYSIA SEKARANG?

Nota : Artikel ini ditulis sebagai panduan bagi pelabur-pelabur Unit Amanah yang kecut perut dengan keadaan ekonomi Malaysia sekarang. Saya tidak menulis bagi mewakili mana-mana Syarikat Unit Amanah (walaupun saya merupakan perunding Unit Amanah CIMB) tetapi artikel ini adalah semata-mata berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang sedikit dalam bidang ini.

Ketidaktentuan pasaran saham (market uncertainty) merupakan perkara yang tidak boleh dielak atau dikawal oleh kita. Tiada siapa boleh menjangka ekonomi negara akan mengalami kejatuhan akibat kemelesetan ekonomi global walaupun sudah menjadi satu trend yang mana setiap 10 tahun akan berlaku pusingan (cycle) tersebut.

Jika kita masih ingat pada tahun 1998, bagaimana ekonomi yang sangat stabil sebelum itu, terjejas teruk akibat Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997. Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL/KLCI) menjunam sehingga 261.33 mata pada Ogos 1998.  Walau bagaimanapun, dengan rancangan pemulihan ekonomi mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad, dapat memulihkan ekonomi negara dengan agak pantas walaupun negara serantau yang lain masih terkial-kial mencari formula bagi memulihkan ekonomi negara masing-masing.

Dengan kestabilan ekonomi dan kepercayaan pelabur-pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia, KLCI mencecah sehingga 1,524.69 mata pada 14 Januari 2008, menyaksikan peningkatan sebanyak 1263.36 mata atau lebih 480%.

Oleh itu, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan trend penurunan KLCI (yang bertindak sebagai petunjuk keadaan ekonomi) sekarang ini, adalah diharapkan agar pelabur-pelabur Unit Amanah supaya kekal melabur dan mengambil peluang untuk membeli dana-dana Unit Amanah pada harga murah/rendah. Ini adalah kerana, statistik menunjukkan bahawa pasaran saham akan kembali pulih dan menjadi lebih kuat setiap kali berlakunya kemelesetan atau market adjustment (pembetulan pasaran saham). Sebagai contoh, selepas berakhirnya Perang Teluk pada 1993 (rujuk rajah), ekonomi global/Malaysia akan menunjukan peningkatan yang ketara. Begitu juga apabila ekonomi sudah sampai ke kemuncak, pasaran saham akan melakukan proses pembetulan atau adjustment dan menyebabkan ekonomi akan menunjukkan trend penurunan. Begitulah pusingan turun naik ini akan berlaku berulang-ulang. (Rujuk rajah)

cashtocrash

Bagaimana Senario Ini Boleh Berlaku?

Apabila pasaran saham meningkat (rujuk rajah), pelabur-pelabur akan mula teruja dan gembira dan akan membiarkan pelaburan mereka dengan harapan akan mendapat keuntungan yang lebih tinggi dan berlipat kali ganda (Tamak). Walau bagaimanapun, di satu pihak yang lain, pelabur-pelabur yang takut akan cuba untuk mengurangkan kerugian (“cut loss”) apabila mereka melihat keadaan pasaran saham tidak begitu memberangsangkan. Akibatnya, ramai pelabur yang tersilap langkah “Membeli ketika harga tinggi, dan menjual pada harga rendah”.(Buy high sell low)

Untuk menjadi pelabur yang “evergreen”, pelabur hendaklah mempunyai strategi pelaburan yang betul (Ringgit Cost Averaging) dan sikap atau attitude yang waras.

Jadilah pelabur jangka masa panjang (long term investor). Seperti yang dikatakan oleh Greg Whimp (CEO Singapore-based Professional Investment Advisory) “Time in” the market, not “Timing” it. (Majalah Smart Investor, Mac 2003).

Apa yang dimaksudkan oleh beliau ialah pelabur yang bijak tidak akan memilih masa untuk melabur kerana setiap masa adalah masa yang sesuai untuk melabur (Everytime is the best time to invest). Apa yang penting, kekal melabur/menyimpan tidak kira ekonomi naik atau turun kerana volatiliti pasaran saham akan memberikan peluang untuk mendapat keuntungan dalam jangkamasa panjang (3-5 tahun) sekiranya anda kekal dalam pasaran. (stay invested in the market).

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat rundingan kewangan percuma, anda dialu-alukan menghubungi saya melalui email di ujie[at]ujie.com.

**tajuk adalah pilihan penulis, wpun nampak serious, takpelah kita pelbagaikan jemputan dan penulisan 🙂

Comment: 9

Bersama Mak Merah

Salam Kak,

Wah meriah potluck klu blh join kan seronok tapi apa kan daya saya tak free ari tuh.Saya nak minta tlg ye kak……..mcm ni friend saya telah di berhentikan kerja ekoran kilang dia dah tutup so skg dia nak jadi pengasuh kanak2 tak kira lah umur brp pun.Harga boelh tanya tuan nya sendiri.Sesiapa yg beminat blh call dia.

Oh.dia tinggal di Seksyen 15 Balai Bomba Shah Alam umah quarters..Sama dgn Azura(Kak Red-kenal tak?) so sesiapa yg berminat call dia yg kerja shift pun boleh anto ye.Call no ni 0123647370 @ 0148292023 nama dia Yan.

Terima Kasih kak

Ikhlas
Ruby

Comment: 4

Cukur Jambul & Aqiqah…

img06212

petang semalam saya bersendirian bertangga di saloon kegemaran saya…memprojek rambut lagik, ehehheheheheh rambut aku dah nak kena taram….malas nak citer..

kemudian aku teringat…amende yang aku ada ari nih..

aisay, baru teringat last week aku ada dpt invite via email and sms from her

tapi bila aku cakap sirman

boleh dia ‘ya allah, ada kad for you lah, lupa nak bagi’

koooo!! dia pi simpan surat aku, sket nya lama dah sampai kat umah mak aku..

sirman ni kannnnnnnnnn! aku yang manage blog nih ke dia nya keje yang manage seii…aterr menda ni related to blog gak.

img06226

cantikkan kad invite Majlis Cukur Jambul & Aqiqah biru gemalan ni….ada jugak hadith Nabi lam kad nih:

Barang siapa yang dikuniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. (Hadis riwayat Abu Daud)

Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan). (Hadis riwayat Al-Bukhari)

by the time ai finished my hair do, dah 830 malam, majlis berakhir lewat petang, ko pikir camne aku nak datang, wpun aku dah siap berseluar and extra baju dah bawak sesiap lam keter. ai sent an apology sms, aku akan pastikan adik bongsu aku menjejaki rumahnya pada bulan hadapan nanti.

Mohon maaf sekali lagi Gina, tak dapat hadhir….

img06220

budak ni cukur jambul dan aqiqah buatnya dah lama bonar, aku tumpang masa majlis abang aku kawin, so sekali arung gitu lah kan…masa buat tuh abang baru emm..2 bulan lebih kot…dan saya masin gempal gemilang gedempol hehehehehee

img06216

budak ni plak aqiqahnya dibuat di Mekah, makpak aku uruskan masa depa kat sana…

u all kalo x nak buat aqiqah kat sini, boleh jugak digalakkan buat kat mekah…baru arinih aku cite kan yer, padahal buatnya dah lama. at first tak nak cakap tapi nawaitu kita bukan nak menunjuk tp nak share the info yang korang boleh jugak kirim kat orang2 yang pi umrah tuh buatkan. kalau depa rajin lah. you can ask my parents to do for you gak, cuti sekolah bulan 5 nanti makpak aku nak pi lagi.

anak no 3 takde, ai ada 2 anak jer lor.

img06224

awal2 nya budak2 dah diberitau that we wanna visit baby Aunty Gina, tapi bincang nya bincang kami terpaksa batalkan (riso lah pulak aku nak pi pagar umah orang selepas jam 9 malam, dahlah satu ari suntuk orang tu buat kenduri kendara). To Muhammad Rayyan Irfan dan sepupu berbeza 10 harinya Adam Danial – semoga cepat besar, jangan sokmo bangun malam, tidur straight 8 jam ehheheheh sian mak2 korang nak tidur x lena siangnya nak berkerojer. Semoga majlis selamat ye Gina.

Well anw, saya sudah ada 3,4 tulisan dari Guest Writers untuk aktivititi dan slot tulisan kamu pembaca blog merah. yang lelain kamu masih lagi boleh menghantar, for next week nya entry, ini tajuk-tajuknya yer.

1. Kisah dan pengalaman hitamku…(ku tu koranglah, or kawan2 or sapa2 saja yang korang nak citekan)

2. Bila rakanku menjadi anak durhaka…

3. Kenapa aku membenci kaler merah…

Lagi seminggu 2 aku akan bagi tajuk lain…tapi kalau x nak ikut tajuk yang aku bagik, nak buat entry ikut sukatik korang pun no hal, x yah guna bahasa baku, aku nak baca informal writings baru sedap, ada gambar ke x dak gambar pun sukatik korang…takde masalah panjang pendek entry tuh, agak2 lah so that maksudnya tulisan tu sampai ke benak other readers. got it? Send it to red@redmummy.com

Selamat ‘menggoreng’!

Comment: 13

Ragam the 3…

img06197

Baru abih semayang isya’….

Sirman tuh masa aku ngah massage kat Farisa (entry hangat yang menyebabkan aku terpaka ban gila the sAURA Bangsat ituh), dia ada datang nyibuk tengok sama…pastu dia kebosanan n melepak jer kat Q Bistro. dia punyalah datang cepat coz ingatkan nak pi rescue aku ngan si SB massage centre tuh ehehehhehe…anw kami x dating panjang pun abih dinner terus amik kids coz aku baru berurut badan ngah berbau aromaterapi je gitu kan.

img06201

sian gegirl semayang pakai tudung putih labuh neneknya jer…aku doklah nak carik tp x jumpa2 gak telekung semayang bebudak. aritu ada orang email cakap nak bagi telekung tp dah lama sangat kat 2 bulan senyap jer, so nanti ckp bulan nih aku pi beli. lagipun tpt yang aku nak pi beli tuh, memang glamer ngan telekung bebudak jugak. orang katalah, aku pun tak sure.

img06196

selingan sabtu, aku tengok banyak unit2 kedai baru yang nak naik, lom bukak officially yet, punyalah banyak iklan bertampal. siannya nak kena satu hal kemaskan cabut balik menda2 tuh yer…kalo aku le kan, ditampalnya begini, tangan dan ilmu dahlah x skill nak cabut…terpaksalah upah orang gamaknya.

masa potluck arituh, sirman gatal pi tampal name tag nama SIRMAN dia kat stering keter aku. almost 2 weeks ok baru dia dapat cabut abihsan, coz kertas2 tu cam dah melekat mati je kat setering keter aku kan. berbulu tol aku. kot ye ko nak menampal pi lah tampal kat bag ko ke kan hahahahhaha, sakit mata aku dan sakit gak telinga dia kena penahan leteren mak merah.

Salam Ahad 🙂

Comment: 22

Guest Writer – Alamfana

Palestin Bumi Berdarah

Assalamualaikum..

Terlebih dahulu saya mintak maap kt kak red sbb akak ade bgtau yg akak x sanggup nk bace bout Palestin ni…sbb sayu sgt tgk dieorg…Tp, di sebabkan akak suggest tajuk ni kt saye..Jadi, saya terima…Mungkin topik ini membosankan bg sesetengah org…Tp, x salah kalau luangkan barang seminit dua utk membaca….

Pertamanya, tajuk pengalaman hitamku menjadi pilihan bknlah secara terus merujuk kpd penulis…Tetapi, kepada pengalaman hitam yg d hadapi oleh sahabat dan saudara2 kita di sana….Kerana apa kita prihatin? kerana kita di bwh agama yg sama & kiblat yg satu….

PALESTIN BUMI BERDARAH…

Di dada akhbar terpampang berita..
Bertafakur sejenak wahai anak cucu Adam..
Palestin kembali bermandi darah..
Ratusan nyawa melayang..
Ribuan jiwa dibelenggu kesakitan…

Kita di sini..cukup makannya, cukup minumnya..
Kita bersiap azam menyambut Maal Hijrah..
Sedangkan mereka di sana?
Sampai bila harus begini…
Adakah hingga kiamat tiada aman di bumi Palestin?

Anak kecil meronta derita..Menggapai pertolongan..
Di seksa, di pukul, di tembak, di bunuh..
Kepala di sini, badan di seberang jalan..
Tidak mengerti ku apakah dosa si kecil…
Diperlakukan sebegini rupa…
Ayahhh..Ibuu…Tolonglah daku…raung si anak…

Kaum hawa yang lemah sifatnya, tidak lagi diendahkan..
Dibiarkan mati terseksa…Mati kebuluran…
Meragut nyawa berendam airmata..
Ratapan dan rintihan hanya pada Yang Esa…

Golongan Adam jadi harapan nusa..
Juga hancur musnah tulang dan daging…
Melayang seperti debu di bawa angin…
Bergelimpangan jasad kaku beku..

Banggakah puak Yahudi?
Kekejaman jadi kebanggaan, kezaliman jadi keagungan…
Hitam nilai perikemanusiaan…
Hancur norma kemasyarakatan…

Palestin bermandi darah…
Bertilamkan dentuman..
Ngeri di bayangkan…
Luluh hati, sayu jiwa andai di fikirkan..

Itulah hakikat…
Penderitaan saudara kita…
Terseksakah mereka? Mungkin ya di dunia yang fana ini…
Tetapi, bahagia di syurga sudah pasti…

Laungan Gaza berkumandang di seluruh negara bahkan seantero dunia…
Mengutuk zionis..Israel laknatullah..
Para imam sebak mengimamkan solat hajat..
Sendu makmum mengaminkan doa…
Berderai airmata piluku..

Buat jiwa yang sengsara di bumi berdarah…
Ku panjatkan doa selalu mengiringi kebangkitanmu..
Moga Tuhan sentiasa melindungi kalian….
Amin..

Alamfana

**Ai decided to remove the photos, x sanggup ai nak letak gambo2 Palestine Bumi Berdarah di sini… 🙁


Comment: 13