Jan 24 2014 Friday, 4:30 pm
Pengeluaran Tunai Tanpa Kad Daripada Maybank!
48hours sponsored post
Ada satu hari tu aku terpaksa turun ke mall bawah dari opis aku tu sebabkan nak beli something for my boss, quiet urgent so aku dengan tergesa-gesa terus turun. Dah jumpa barang yang nak beli tu aku pun dengan confident nak pi bayar kat kaunter.
Astaga! Aku terlupa bawak purse rupanya. Tepuk dahi aku. Macamana nak bayar pulak ni! Malu malu. Tu lah gopoh sangat nak cepat turun tadi, terlupa semua benda. Cuma ada handphone jer bawak. Nak naik balik amik purse, alahai malasnya sebab nanti nak turun balik.
Ding! Tiba-tiba aku teringat yang sekarang ni Maybank ada servis terbaru iaitu Pengeluaran Tanpa Kad ataupun Cardless Withdrawal. Seriouly, no ATM card needed to withdraw cash. Teruslah aku call RD suh “hantar” aku cash.
Sekejapan jer dapat SMS “Withdrawal Code” teruslah aku pi amik cash kat Maybank ATM yang berlambak kat KLCC tu. Pheww really save my day! Actually tak payah suruh RD hantar pun takper, dari phone aku sendiri pun boleh access Maybank2u dan hantar duit ke diri sendiri. Tapi sajer nak ketuk laki apa salahnya hiks 🙂
RD cakap senang jer nak buat Pengeluaran Tanpa Kad ataupun Cardless Withdrawal ni. Login kat Maybank2u, click kat Transfers. There korang akan nampak menu baru iaitu Cardless Withdrawal macam gambar atas tu.
Pastu isi all the details iaitu nama penerima dan jumlah wang yang nak dihantar dan yang paling penting no handphone penerima itu sendiri. Buat masa ini amaun yang boleh dihantar ialah RM100, RM200 dan RM300. Aku rasa cukuplah untuk guna masa kecemasan macam aku lupa purse tu.
Macam biasa, security measure kena ada, so kenalah request for TAC number. Masukkan TAC number pastu click Confirm dan sekejapan penerima tu tadi akan dapat SMS “Withdrawal Code”.
Pastu apa lagi, tak reti-reti cari Maybank ATM yang ada lebih 400 mesin ATM kat seluruh Malaysia ni. Boleh dikatakan Maybank ATM kat celah mana pun ada, betul tak?
Sampai kat ATM machine tu, just tekan button “Enter” dan pilih “Cardless Withdrawal”. Key in “Transaction ID” dan “Withdrawal Code” yang diterima dari SMS tadi. Jangan lupa amik cash yang keluar tu dan jangan lupa cakap terima kasih kat pengirim wang tadi tu. Terima kasih RD 🙂
Inovasi baru Maybank ni memang sangat-sangat terbaiklah! Memudahkan kita sebagai pengguna Maybank dalam urusan penghantaran dan penerimaan tunai. Lagi satu yang bagusnya, penerima tak semestinya pelanggan Maybank, yang takde akaun Maybank pun boleh terima wang yang kita hantar tu. Cool kan 🙂 Tapi pengirim kenalah jadi pelanggan Maybank kalau tidak camna nak login ke Maybank2u duh!
Hebatkan servis terbaru dari Maybank ni. Tapi yang lagi hebat, fees RM1 yang bakal dikenakan untuk melakukan transaksi ini akan dikecualikan sehingga 28 February ni. Dan disamping itu juga ada contest kepada sesapa yang mengunapakai servis Pengeluaran Tanpa Kad ataupun Cardless Withdrawal ini dan berpeluang memenangi RM500 tunai. 3 orang pemenang akan dipilih setiap hari sehingga 5 Februari ini. So apa lagi, cer korang cuba try test, kot-kot ada rezeki menang RM500! Kalau tak tau nak hantar duit kat sapa, meh hantar kat Kak Red hiks 🙂
Kalau masih tak paham, bolehlah tengok video bawah ni. Ataupun layari laman web Maybank2u dan Facebook Maybank Malaysia.
Untuk korang yang belum activate Maybank2u lagi, bolehlah tengok video bawah ni cara-cara nak activatekan. So activate now to enjoy this awesome feature!
So sekarang tak perlu risau lagi kalau kita terlupa bawak cash, Pengeluaran Tanpa Kad ataupun Cardless Withdrawal sudah ada. Tapi jangan lupa bawak handphone pulak. Tu memang tak dapek nak nolong haih!
Khidmat pesanan masyarakat Maybank is brought by Redmummy.com
RM Recent Comments