ASUS

End of Thamrin. To Novotel Hotel.

 

IMG_5280

sejuk je bukak blog merah tengok2 kak red dah berselubung gini kan.

tak kisahlah kalau ngan telekung merah gak pun. This telekung meant for Kakak. khas for travelling ada bunjut2. dia ada selai, kaler pink, maid aku pun ada kaler kelabu. tapi bila dok bawah kipas, abis naik ke atas. so hok nih memang tak naik le, tapi asal boleh bunjut, jimat space specially kalau travel ler kan, nak sumbat lam hbang pun senang jer

IMG_5274

contoh warna jingga

IMG_5283

putih ni mahal sket ler. i think dalam 2,3 ratus. Mahalnya cos sulam lacenya tu ler, latest design katanya

aku tak amik nih, i tried a few coz hantar kat member aku yang dok nakkan live update untuk telekung

IMG_5284

hok bunjut2 gini ler. ada online KL jual, in fact mmg aku beli online KL ler but tu lah dia punya kain tu ringan sangat ler.

IMG_5287

yang merah tadi tu ada gang ngan warna putih. Sucinya muka aku ngan dalam telekung nih, tunggu kalau bertudung lagi suci halus mulus giler. Hiks…

so this one untuk me and gf

lelain ada dalam 10, sedekah jariah untuk teman taulan dan ipar

IMG_5290

see the latest design. i quite like yang ada lace2 ni gak.

IMG_5295

macam yang nih, berkenan gak. harga close to RM300

IMG_5297

checking the currency converter for sure

IMG_5298

merah menyala. aku lemah betul tengah any baju yang memerah ni heh. Kalau tak amik pun, aku kalau orang amik lagi le suka tengok.

IMG_5304

kalau suh aku pakai ni pun aku ok jer, for event/weddings not an issue. ai ok jer

IMG_5307

macam Thailand Silk, and yes harganya mahal. Untuk shopping di Thamrin City kalau harga lelebih tu memang aku tak amik ler. rasa ruginya lahai sangat

IMG_5309

design jenis kekembang kalau nak sorok perut buncit kau tuh, molek ler sarung gini

IMG_5311

oh my, lawanya. In love but too bad tak sesuai ngan petite2 lady cam ai nih. Kena orang yang kurus tinggi (plum tinggi pun takper).

IMG_5312

kalau one pair, Allah Muhammad kiri kanan about RM200. Mahal ke murah? katanya yang gold gold plated tu takkan turun warna jadi hitam. Katanya ler. Murah ke mahal kak oi 200 nih?

IMG_5318

Jubah2 buat mak ajah, mak mertuaku and my maid too. It comes ngan tudung besau siap, tudung yang macam telekung tuh. 2 pcs bukan macam 1 pc yeah. Murah2 rasanya. Tu yang aku borong boleh tahan gak lah for them.

IMG_5321

hah macam telekung tudung ni ler. So mak aku suka ler. Sejuk hati mak abah tengok anaknya pakai gini hah. Alhamdulillah. ada ler tu, satu hari nanti.

IMG_5322

siap buat iklan Pante P&G lagik dalam nih

IMG_5335

setelah capek yang sangat meronda Thamrin City, last food masuk lam perut aku was actually pagi kol 8 di KLIA yer. Dalam flight aku tak makan (sandwich yang dapat aku bagi Pak Sulis).  Dah jam 530 baru terasa kelaparannya.

Berenti untuk late lunch cums early dinner gak. Makan dalam Thamrin tu gak, mee goreng seafood. Pak Sulis makan bakso.

IMG_5338

teh botol wajib ada, air manis yang terpaksa aku pasrah minum gak coz exceptional case kat Jakarta kan.

IMG_5341

dan tarahhhhhh. bersanggul terus rambut dek kesedapannya lahai mee goreng seafood Indonesia nih

IMG_5342

betul bang kak oi. Mee goreng seafood dalam Thamrin City ni memang sedapnya. Korang pergi le makan sini if ada dalam Thamrin. Kedainya sebelah dengan Es Teler, berderet2 ngan situ ler. Pak Sulis yang recommended makan dalam nih. Alhamdulillah, lupa kejap diet carbo. Abaikan jap diet2 tu coz aku belum lagi start ‘treatment’ so takpe boleh belasah luh.

IMG_5348

usai makan sambung balik the shopping (takde jamak coz ai sedang ‘bercuti’). Ada pulak nampak kedai sejadah nih, yang cari dulu kat Mydin Sinar Kota punyalah tak tebal. Kat Jakarta ni teballlllllllllllllllllllllllllllll!! Dan paling penting harganya lebih rendah dari harga di KL, dahlah tebal hoi

IMG_5355

terjelepuk hah.

Kat kedai ni aku hampir kena tipu. ada le aku amik few helais kan, so dia kekira. Tapi aku rasa kenapa macam banyak benar mahalnya, aku suh Pak Sulis siasatkan, dan aku sendiri kira semula. Kompem! Asalnya dia kata betul ibu betul aku tak kira salah. Jadi jangan percaya ngan calculation depa kay, nasib baik ler aku ni wpun bengap maths, but tang duit aku tak bodoh sangatlah.

IMG_5380

ini macam caftan tapi bukan tau. Boleh pakai ngan inner (dijual asing) atau dengan seluar hitam or kain hitam atau apa saja ler asal sopan sikit le bila pakai dalam tuh. I tak pernah ada design macam nih, so memang patut ler aku sebat sehelai.

IMG_5387

cecantik jugak kedai nih, tapi setiap toko ni ada cawangannya gak, tu pasal kain macam ni merata gak aku nampak kat kedai2 sebelum tuh.

IMG_5391

ada in grey nih, mata rambang nak pilih warna apa

IMG_5392

in gold hitam ni jugak.

yang aku amik, aku tak yah tunjuklah sini. in fact apapun aku beli takde gambarnya di sini hehehhee

IMG_5369

Just after azan maghrib, kita kena settled balik dah lah. coz aku pun dah penat. Ambil tinggalan sejadah yang titip kat kedai sebelum tuh, Ini pun barang2 yang Pak Sulis pegang tuh, kira 2nd round, sebelum tu dah hantar ke supirnya.

IMG_5398

Thamrin City di malam hari

IMG_5403

we stayed at Novotel. Dari Thamrin to Pullman (had to go there first coz of something) lam 45min jugaklah dengan macet. baru ke Novotel. Cantik sedap biliknya. Cuma kena in out in out dari Novotel ke Pullman the venue of the event ler.

IMG_5406

berlawan lagi batuk tapi ada kurang coz aku bantai segala jenis ubat hisap yang aku borong kat kedai depan Thamrin ngan Pak Sulis.

IMG_5415

toilet pun cantik, kemas bersih. Sedap mandi. pasang heater mandi rasa tak nak keluar bathroom

IMG_5418

Malam tu siapkan sumbat semua dalam luggage. Datang aku macam bawak satu luggage je padahal dalam luggage tu ada beranak lagi satu luggage. Tak nak ler jadi macam last year, bawak satu luggage besar pun pastuh terpaksa hand cary and jadikan macam bag the shopping bags bebanyak.

Tapi kemudian dok pikir camne ke nak sumbat sejadah2 nih. Kalau letak lam luggage memang ler muat tapi makan space. kalau hand carry pulak kang, walaupun ringan, boleh tahan panjang ko tuh.

Nanti kemudian pikir. Lena malamnya pun after 3pagi. Aku terjebak tengok cerita tahun 70s! sesambil main online chess pulak tuh. Selain mendapat gangguan via whatsapp by hamba Allah. Hem….malas nak citer.  Thanks Thamrin City. Ada rezeki jumpa lagi next year.

Comment: 6

The Thamrin City, Jakarta

IMG_5168

 nampak sahihlah sangat yang ngamikkan gambar ni tinggi benau kan.

Flight was at 10ish something, dari rumah by 7am dah challibot, RD ler hantarkan.  RD could have joined me but we decided to just the wife je lah pergi settlekan urusan kerja di Jakarta. Sent and all taken care by ASUS. Hebatlah ASUS,  2 years in a row. Insyallah taun depan ke Jakarta lagi…kot :)

IMG_5173

Dalam flight aku punya batuk kong kong kong. Bape hari dah aku batuk, asal malam tidur dia kong kong. asal kalau wkend tidur petang pun dia kong kong. Satu ubat je jalan leh buat baik batuk tapi tu ler ubat tu memang tak sampai 30min kena tidur terus. Dia punya drowsy gila punya power. So aku kalau tak darurat memang takkan amik ubat tu. Menggangu perjalanan harian.

Jadi dalam flight, sorang stewardess tu sangatlah baik menjaga aku. She sampai bagi aku ubat batuk hisap, pastuh tak cukup tuh dia bagi air suam ngan lemonade. Orang sebelah pun tolong bagi gak gegula hisap untuk kerongkong. Selagi daya ler.

IMG_5202

Cak tetiba Pak Sulis ada.

Sedang ASUS team semua naik the 2 busses, aku bawak diri sendiri dengan Pak Sulis. since i tak lunch, aku makan caca marba tak payah properly pun, jadi memang dah berjanji ngan Pak Sulis to fetch me kat airport Soekarno untuk senang aku kulu kilir.

Kalau last year Pak Sulis came only on my final day, tapi taun nih, landing je dia dah tunggu.

IMG_5205

Tujuan hala pertama ialah ke Tanah Abang. Tapi coz kita tak punya banyak masa, tukar laluan ke Thamrin City, pun depan Tanah Abang gak.

IMG_5209

apa lagik, some photos for your eyes pleasure

IMG_5212

biru pink

IMG_5214

biru and hijau and campuran pink

IMG_5216

merah menyala tu lawaaaaaa

IMG_5221

banyak yang aku tak amik pun, just reronda tengok2 pusing dulu

IMG_5224

frankly speaking, ini pertama kali aku sampai Thamrin City. Aku dah slashed ITC Kuningan bila kenangkan the kedai fav yang aku gilakan tu dah takde meniaga di situ. Tapi kalau terjebak ke ITC pun aku tak kisah, cuma kalau dah lain arah, so tak yah pergi pun tak per.

IMG_5233

section sini cantik2 warnanya lahai

IMG_5236

some of them nih aku saja amik gambar untuk the gangs

IMG_5241

ooo batik btul tuh…

IMG_5245

in lawa lawa! sungguh nih

IMG_5246

but aku tak amik ler. dia free size ler. besau gelebeh bila aku sarung. orang yang rangka besar or tinggi kurus pakai ni lawa ler. pependek tak yah ler

IMG_5268

alahai lawa betullah jatuh ati betul aku ngan baju traditional Indo for budak kecik nih

tapi size for Zeeshan takdek. yang ada tu besau bonar, hok ni kecik. Sepasang ngan seluar and ada jugak kopiah

IMG_5267

yang ni hah muat untuk Zeeshan pakai, bolehlah biru pun biru, ada tema merah sesikit.

IMG_5270

batik merah, mahal benauuuuuuuuuuuuu hok nih!

IMG_5249

full of batik lelaki

IMG_5254

by the help of my currency converter

10 kali datang Indonesia pun masih lagi tak hapal, kena refer to this always

IMG_5260

memandangkan duit rupiah ni banyak benau kosong2 belakangnya. Urusan membayar aku serahkan bebulat kat Pak Sulis. Contoh katanya 500ribu rupiah, so aku bagi le berhelai2 tak kuasa le aku nak kira. Nanti Pak Sulis sort out kan and settlekan bagai. Ada balance ke hapa nanti Pak Sulis pegangkanlah.

Beliau jugaklah yang tolong bawakkan segala barang and jadi guide untuk kulu kilir dalam kiri kanan. Macam trip yang sebelum2 ini jugak,lah. Aku kekira kan, ada dalam 8 tahun kot aku kenal Pak Sulis, setiap kali datang sini, mahupun yang dulu Medan, Bandung or even Bali pun Pak Sulis carikkan supirnya. Kasi settled semua ler. Those yang dok riuh nakkan number Pak Sulis nih, alohai, aku kena jadi PA dia ler camnih. Letih melayan request. Dia ni pun sebulan aku booking dia, tapi apapun, kalau last min request pun Pak Sulis tetap dahulukan aku, alhamdulillah.

Oh kat sini aku beli baju batik for some of few men in my life. Ada untuk brothers, abah, suami, anak2. Selai 25hinggit.  Lain sume nanti show2 insyallah.

Comment: 5

Awesome ASUS ZenFone 5!

 

Ingat lagi Kak Red ke Jakarta few months back? Ala untuk Pelancaran ASUS ZenFone untuk pasaran Asia Tenggara tu.

IMG_1067

Jangan jeles, it’s now in my hand :) The ASUS ZenFone 5! Definately RED in color. So striking RED. Suka sangat warna merah dia!

 

IMG_1071

Skrinnya yang bersaiz 5-inci, ASUS ZenFone 5 merupakan telefon pintar mempunyai cip pemprosesan Intel Atom Z2560 yang berkelajuan 1.6GHz dan memori sebanyak 2GB RAM. Memanglah sangat laju, you can really feel the different. Switching between apps sangatlah smooth and no lagging at all!

ASUS-SS2

Displaynya yang sememangnya splendid and stunning, ASUS ZenFone 5 juga dilengkapi dengan high resolution 1280 x 800 HD IPS display, sporting a pixel density of 294ppi untuk visual appearance yang lebih impressive dan ASUS TruVivid technology with improved clarity, lighter and beautiful vivid color!

IMG_1074

Macam yang aku ceritakan in previous post, ASUS ZenFone 5 ini turut dilengkapi dengan 8MP rear-camera dan 2MP selfie camera :) of cos dengan adanya sokongan PixelMaster - teknologi kamera yang membolehkan penangkapan gambar ataupun video tanpa masalah dalam apa juga keadaan pencahayaan.

asus-preset-mode

Camera presets modes yang tersedia dalam ZenFone 5 ni

Jpeg

Contoh gambar indoor dengan low-light mode

ko ni dik mak suh posing ko jeling yek!

Jpeg

Ini pula contoh gambar outdoor

 

IMG_1076

Slick and slim enough for you?

Berdimensi 148.2 x 72.8 x 5.6 – 10.3mm, sememangnya sedap tangan mengenggam samada untuk call, gaming, bersocial media atau untuk apa sahaja kegunaan :)

ASUS-SS1

Lagi satu yang bestnya, ZenFone 5 features two SIM card slots! So membolehkan kita menggunakan satu phone sahaja untuk kegunaan personal ataupun kerja. Juga mempunyai advanced antenna sekaligus boleh mendapatkan fantastic performance walaupun dalam areas yang signalnya lemah seperti dalam metro ataupun tunnel. Ditune untuk mengurang power consumption bila searching for a signal, sekaligus menambahkan lagi standby time phone ini!

IMG_1079

Dan aku rasa semua dah maklum tentang ketahanan lama bateri ASUS ni :) Semestinya bateri ZenFone 5 ni tahan untuk kegunaan seharian. Rahsianya dengan low-power Intel® Atom™ processor dan juga power-efficient antenna design, ASUS ZenFone 5 menawarkan prestasi terbaik yang dilengkapi long battery life! Long battery life – yes itulah yang kita semua idam-idamkan bila menggunakan smartphone ni! Betul tak?

 

RM-ASUS

 

Boleh didapati dalam pelbagai warna iaitu Cherry Red, Pearl White, Charcoal Black, Champagne Gold. Tapi warna-warna lain akan coming soon :) dan harganya pula hanya RM 599! You’ll get an awesome ASUS ZenFone 5 with superb performance and excellent features! Memang worth it! Memanglah berbaloi-baloi!

Untuk info lebih lanjut bole layari ASUS ZenFone 5 dan juga ASUS Malaysia FB page. Takpun meh layan youtube bawah ni untuk ketahui lebih lanjut tentang kehebatan ASUS ZenFone 5!

 

Tapi kalau korang lebih fancy to tablet bolehlah rembat ASUS Fonepad 7

ASUS are pleased to announce the new promotion price for ASUS Fonepad 7 8GB version! ASUS Fonepad 7 is a 7-inch Android device with full 3G telephony functionality. Fonepad 7 also comes in 4 colours, and is powered by Intel(r) Atom(tm) Z2520 Processor (1.2GHz) with Intel(r) Hyper-Threading Technology. Hanya RM429 harga promosi!

ASUS Fonepad 7 (FE170) - New Price

 

Comment: 13

Shopping in Jakarta!

Masih lagi penceritaan pasal Jakarta.

Shopping day.

Tak banyak masa, so aku skipped dari ikut the trip by ASUS. i have made my own arrangement, lagipun depa keluar agak lambat. Aku jalan sendiri, so i can make my own plan.

My super best supir di Jakarta. Yang bertahun2 dalam khidmat masyarakat RM, ramai korang dah aku promote to use Pak Sulis :) .

IMG_1609

Pagi lagi Pak Sulis dah sampai hotel amik aku. Yang kelakarnya coz dah lama tak jumpa, ada satu Garuda van ni datang berenti depan aku. Aku pun kompiden ler nak naik nih.

Pak Sulis? Kenapa bapak nampak tua sekali?

Driver tu senyum jer

Eh Pak Sulis ke ni?

tapi dia pakai baju garuda, van garuda

aku terus tahan bellboy dari naikkan luggage.

Kamu Pak Sulis

Iyah.

ler biar benar, napa muka lain.

Tak lama kemudian my original Pak Sulis sampai parking belakang Garuda van.

astaga. driver garuda ni pun, main iye iye jer bila aku tanya.

Yang aku pun dah tau rasa macam muka lain, lagi macam kompiden. kahkahkah

 

IMG_1613

Sebab aku engaged own driver coz aku nak ke Tanah Abang. Dalam trip ASUS takde location nih, so takpelah, aku buat own arrangement.  For me, personally – Tanah Abang is a must place to visit, for hantu kronik shopaholic cam aku nih.

IMG_1614

kaftan bukan main main banyak, kat KL harga meletup mahal. Kat Tanah Abang, 40inggit boleh dapat, ngan segala bijik kerawang bagai.

IMG_1623

mak lawanyaaaaaaaaaaaaaaa

IMG_1626

lawa beliaaaaaaa

siap ngan ada inner jugak tapi kalau tak bertudung nampak tak cantik plak innernya tang turtle neck gitu

IMG_1629

 The green caftan, aku beli for my best buddy.

IMG_1611

Lawa? tak lawa?

Gila ko kata tak lawaaaaaaaaaa

IMG_1634

Jubah for mak mertuaku

Mak, nanti kami balik hantar yer mak hahahaha mak baca lah blog ni dulu tengok jubah mak nih

IMG_1635

baju batik lelaki for abah, tapi sayang abah tak muat pulak. and suamiku. so adik aku le mendapat. ada pasangan batik untuk pompuan gak tapi aku tak berkenan blouse style nya tuh

 

IMG_1642

ini package mahal punya tudung ngan jubah. lupa dah bape harganya but sampai Pak Sulis pun cakap waduh lomayan ya harganya

hah, photographer for my shopping trip, was by Pak Sulis. Hebatlah dia!

IMG_1645

kebaya Indonesia yang cantik2 genit sekali….

i cannot go with black ke putih anymore, dah ada pun stock lama. Melaka, and Indo pun dedua aku ada.

so i must go colour lain, tapi kedai ni tak best, tak boleh nak acu terai. nyampahs. nak bargain pun tak leh.

IMG_1646

cocok sekali!

IMG_1647

korang agaklah kat KL berapa kebaya2 gini. Sini between RM50 to RM70 jer selai

IMG_1650

asal merah je ko nak amik

asal merah je ko nak capai

udah2 le kak red oiii

IMG_1657

di kedai telekung, aku bertafakur coz aku dah kehabisan duit

hahahaha

tragis betul

dapat le beli telekong untuk a few pcs jer. Terpaksa pinjam duit Pak Sulis. Asalnya duit tu aku bayar dia for his service, patutnya around this much jer, coz aku tak pakai dia lama pun. Tapi kerna aku sayangkan Pak Sulis, selain ole2 dari KL and Sogo Pullman yang aku bawak, aku memang niat nak bagi tips, buat anak2 dia jugak. So memang aku bayar dia banyak la for his service, orang baik cam dia, kita bagi banyak pun kita takkan berkira. Percayalah. He s very nice man.

Mana lagi dia tolong angkat bawak segala shopping bags aku.

So pinjam dulu duit Pak Sulis lam 200ribu rupiah.

Kemudian di ITC Kuningan aku cucuk lagi duit and paid him back. Siap aku bagi lebih lagi coz dia belanja aku emping :)

IMG_1676

sambungan tengok2 dalam Tanah Abang

huh jubah dah siap2 segala ko

lawanya

IMG_1678

The black merah jubah tu, aku beli for Mak Ajah. ada  in red too. Tapi kalau dah from top to toe mak aku pakai merah, ya hampunnnnnnnnnnnnnn. toksei ler… hitam sudah.

IMG_1690

 

hah ini merahnya. besar on me…contoh je nak tunjuk kat korang

IMG_1682

mengcomparekan jubah2 mak mak ku, gold and silver

IMG_1697

this red one, i think aku amik kot, not sure hahahaha benda dah sebulan kan

IMG_1715

usai habis di Tanah Abang, kita rehat makan, for Pak Sulis ler. aku bukan makan pun. aku makan emping ngan air kosong jer.

IMG_1710

ini pun aku amik kot, cant remember. ada satu lagi in purple gak, for my beloved sister. Ipar duai x de beli coz luggage tak muat. Korang tak tau aku balik camne, siap bungkus2 lagi soping bags to become 1 small luggage.

IMG_1724

Selesai kat Tanah Abang, sambung 40min lagi macet (traffic jam) untuk ke ITC Kuningan. Aku pi sini pasal nak cari satu kedai budak if you remember lah kan, rupanya dah takde le kedai tuh. Tapi sib baik ada jugak barang kain baju yg tak ada di Tanah Abang pun ada di ITC. So tak sesia la merentas kejauhan.

IMG_1727

Skirt tu, kalau ko penyanyi superstar, memang terbaik amik. I wanted to take gak, leh pakai event tapi coz aku ketinggian yang supertinggi le sangat, kang kalau pakai nak kena berlipat2 skirt tuh. oh tak yah lah….

Pun katanya Pak Sulis, harganya lumayan jugak itu.

IMG_1735Skirt merah ni tragedi betullah

Aku dah kompem amik

boleh bila balik KL tengok takde dalam bags!

IMG_1740

I took the green

by the way kena sarung try kat situ jugak pasalnya ada orang dalam fitting room and i m in a rush

IMG_1744

This black aku tak nak

kedai tu pi tukarkan red to black.

Tah apa tujuannya

Dah clearly cakap merah ngan hijau

merah merah merah

IMG_1750

hah merah and hijau!

eii panas hati. tak dapat merah. depan tu ada ribbon, yang hitam hijau mana ada ribbon.

IMG_1763

macam ni, try baju kat sini jugak

IMG_1766

i bought the one yang aku sarung kat badan, dah pakai pun. ada dalam my instagram

 

IMG_1793

kat kedai ni pulak

dah nak amik 3 lai baju, tapi dia nak pi amiklah 5min segala

aku pulak nak pi toilet sesangat, so aku cakap nanti kita datang balik. bila pi toilet, jauhnyaaaaaaaaaaaaaaaa….and i decided to cancel my shopping line. Habislah, tak yah. Dah 2.00 petang. nak kena rushed to airport. Jam kat Jakarta ko kena bagi 1 – 2 jam.

Lagipun toilet jauh, nak patah balik memang buang masa. Cukuplah ngan apa yang aku soppingkan, ni kompem luggage tak muat gak.

IMG_1801

Selfie with Pak Sulis

IMG_1820

Sempat aku salin lagi baju!

Kat bonet kereta aku ngan Pak Sulis betulkan balik luggage aku, sib baik ada dia, dia dok henyak2 kain baju hahahaha, pastu satu lagi bag plastic aku balut 3, and sampai airport, porter pi sealed kan. The jam, gila punya jammmmmmmmm, sampai aku tidur, dah bangun tidur ok, pun tak sampai2 lagi.

IMG_1823

Selamat sampai ngam2 kat airport Jakarta waktu the ASUS contingent pun ngah sibuk nak masuk. Depa pun sama lambat dek jam macet tuh heh. Kek lapis Jakarta pun ada sama, Nara dah sesiap tolong amikkan, our tourist guide by ASUS dah siap2 amik order for us, so tinggal tunggu bawak balik jer.

Aku beli 2 kotak.

IMG_1828

Quick shopping at Jakarta Airport

Dalam flight aku sambung tengok the Silent Witness, hangpa dah tengok belum? best betul cerita tu, Lepas laki aku flew, aku repeat tengok balik kat rumah kehkehkeh….but nak2 landing, aku tidur

IMG_1851

Somthing from the Jakarta Airport, sekotak je laki aku punya, lain aku punya. I love all these sets coz tak besar tak miniature, dia yang travel pack punya size. Bestoo!

IMG_1919

Nisa and Tekong at the back, Nara dah melepas laju, dia takde check in luggage. Looking into this photo yang laki aku snapkan, rupanya sebelah aku tu si Kaer AF.  Kalau rapat sikit dah macam kita couple kan Kaer? hahahaha….laki depan mata tuh LOL

IMG_1844

Cik abang jemput di KLIA, zasss balik umah unpack and esoknya kerja. Letihnya toksah cakap ler….tu hah nampak shopping bag yang aku dah sealedkan jadi mini bag hahahaha, dalam tu kain baju soping.

Plan for us to come back to Jakarta again, insyallah this year. Nak kirim?

hehehehe….

Dari korang nak kirim akak, baiklah hangpa pi sendiri. My buddies ramai je yang pi Jakarta tu day trip, pi morning fight, balik nite fllight. I m gonna do the same too kot, tapi laki aku jegillah, dia yang kena angkut angkat soping bags kang. hahahahha…love yang love…love is for you to be my ironman!

The rest of my soping stuff, kita tunjuk as and when kita pakai lah kan. Mostly for raya ler, aku mana buat kain2 baju kurung nih, jalan selamat pakai je maknek yang dari Jakarta tuh.

Comment: 42

Kain kerawang hitam emas Indonesia….

after the event, afternoon session, i was thinking lerr nak pergi jauh sikit. But bila timbang kati, kita kena kira harga ‘jem/macet’ of jakarta, rasanya tak payah ler nak pergi keluar dari Pullman. Baik jalan2 shopping di Sogo or dalam malls tu pun banyak macam2 ada kedai.

Pusing satu mall, tak jumpa hapa, sama je dengan KLCC or Pavillion KL. Sama mahal, dan some stuff lebih mahal dari di KL. No point.

Mencari massage pun, agak gagal. Jadi dalam Sogo Jakarta ni ada saloon.

 

IMG_1493

Pi wash dry rambut je lah, habis cerita!

Just to kill off time, kita akan keluar petangnya for dinner dan dah alang2 takkan nak dok bilik hotel membuta je pulakkan. Wanted to meet my Indo frens yang lain, pun tak berani, coz it s like 30 to 45min one way dengan jem, pergi balik dah bape jam,

So habis buat rambut, macam terlintas nak cari barang anak2, for eg toys Zeeshan. I need to buy something for my kids. If takde apa2 for self, takper, but for kids mesti ada.

 

IMG_1558

Balik hotel dengan 3 shopping bags. Sakit bahu keh…Nasib baik ler sebelah je dengan hotel, kira dalam 10 langkah je pintu Sogo ngan pintu Pullman Hotel aku duduk tuh, kalah MO ngan KLCC.

IMG_1598

Dinner was then at the Harum Manis Restaurant, 3 meja penuh with our teams.  Tapi aku rasa, kepingingan untuk makan nasi padang lagi membuak, cuma kerna aku dah stop makan carbs so no point jugak teringin makan nasi padang tuh. Apa pekdahnya, dah tentu nasi tak boleh nak wallop. So fine, for me now the least to do ialah cari food.

IMG_1602

The top yang dalam gambar adalah bagaikan memakai nursing cover hahahha! i bought kat dalam Sogo, presenting you jap gi some of the clothes yang molek2 rupawan betul baju Indonesia.

IMG_1607

Kids stuff, for Abang 2 magician boxes, kakak 2 painting and buku diary pink, the rest are for the little boy. He ialah the latest edition yang bak kata laki aku ‘dah agak dah mesti barang Zeeshan paling banyak’ . Habis tu, toys bersepah ke main banyak ada jual, lagipun alang2 dah datang Indo, i should have bought something for them.

Turun dari kids section, dalam Sogo Jakarta tu, ada kain baju ladies. Masa passed by sebelum tuh, mata tak looking around pun, but di escalator aku nampak ada baju Indonesia.

Cantiknya kooooooooooooooo!!

IMG_1541

 Bukan yang top merah ni, ini biasa jer. aku tak amik pun. Kain hitam tu, cantik! ini ada belahan dalam, kalau berhijab boleh pakai yang kerawangnya di depan tapi macam A shape. Eii nak nak! Kain ni le punca aku terus lagi duduk dalam Sogo Jakarta.

 

IMG_1545

Yang biru ni pun aku tak amik, dah biasa sangat ngan kain baju gini, hok merah atas ngan biru ni sama designnya.

IMG_1548

Ini pun aku tak amik, sama dengan yang top ‘nursing cover’ tuh, hah ini pun batik2 Indonesia. Aku macam rimasnya halahai banyak betul selendang batik dia tuh.

 

IMG_1513

Yang ni aku amik, coz selendang batik covernya di atas sahaja.

Takde warna lain dah, habis boliau. Ini pun last one yang ada my size.

IMG_1520

Ini ler pakaian Indonesia yang menambat hatiku sangat. Saja aku biarkan kain tu aku pakai untuk semua tops. I think i beli kot merah nih….

 

IMG_1528

Ini pun cantik jugak tapi again, besar sebenarnya. Berkepit2 dok nak nampak kecik, takde small size.

IMG_1533

I took this purple too….cantikkan?

Jadi kalau beli kain baju kat Indonesia, biarlah yang tak pernah ko nampak jualan di KL. quality kainnya sangat tebal, bukan jenis chiffon or cotton. Macam suit jacket kerja kita.

IMG_1534

ni kes malas nak buttonkan semua, coz nak try boleh ke idak sesuai ngan badan. Not sure aku amik ni ke tidak, semua kain baju dah simpan, nak kena bukak tengok balik waktu buat entry nih, oh ai is not rajin one.

IMG_1523

Lepas tu aku dah tak kuasa nak button semua tops yang aku try, banyak tu yang nak dibuttonkan. This black one cantik dalam gambar, but the size is actually besar. The smaller size dah takdak.  Kalau aku insist jugak amik nih, walaupun korang dok kata cantik but aku kena hantar tailor, banyak kerja lah pulak heh….takyah ler.

Once again, pergilah ke Sogo kat sebelah Pullman Jakarta Central Park, and carik kat ladies department near by the escalator, jumpalah korang this selection. Cantik2 kain baju nya. Tunjuk kat Nisakay and Nara, makan hati depa. Nara nak belikan for Lin but dah takde masa, kita balik malam tu dah lewat and mall dah tutup, kemudiannya pulak esoknya dah keluar pagi.

Kain kerawang hitam gold tu, ye aku amik. Nanti diposingkan lagik :)

Comment: 11