Gegirl

Hadiah terhebat di CNY…

IMG21140

ini bukan penderaan suh anak tidor kat lantai yek. dia yang gatei turunkan bantal and susun kan kat bawah memolek. susun mamats dia n berangan jadi puteri dikelilingi dayang….pastu dia menceceh2, bercerita ngan binatang ternakan dia tuh. n menyanyi lagu tah hape2.skit telinga aku dengo nya heh.

anwwwwwwwww……

di sempena cuti2 raya cina ni kan…

IMG21147

ingat dok aku ada beli colouring set nih kat HK Disneyland kan, semata2 nya aku nakkan bag mewarna nih. boleh letak barang make up aku kekdahnya. setelah berbulan2, budak2 tu dok jeling tengok bila lah mak nya nak kasi kaler set tuh, so akhirnya tiba waktunya gak.

it has 4 slots, penuh ngan kaler warna lah, but gambo nih aku dah kuorkan semua….nak dibagi2 kan kat budak 2 orang tuh.

IMG21149

muka suka suci giler dapat benda baru. specially gegirl lah. dia kan pencinta sangat ngan aktiviti mewarna. aku lebihkan gegirl 4 batang than abang nya coz sek abang bukan boleh pakai sangat kaler2 gini, more to pencils. but adiknya memang lah ratu mewarna.

lepas depa dah dpt, dedua lari masuk bilik memasing.

aku menyambung pembaringan….

sakit lah badan belakang nak dok ngadap pc lelama la nih.

IMG21150

baru aku nak lelap jap tiba2 budak ni masuk balik sesengih. berdiri depan mak nya macam orang nak nyanyi lagu Negaraku….

ok adik,ikut abang…. one two three

MUMMY, THANK YOU SO MUCHHH, WE LOVE YOU!

perkhh! bukan main lagi korang berdiri nak cakap tu rupanya. sebab masa dpt coloring set tuh satu hapa tq pun x ckp. aku pun tak teringat or macam x amik pusing, janji dpt lie down. but i guess abang tau a must to say a tq back. suci gumbira tol muka budak2 ni bila dapat barang.

sian anak2 aku….sebab aku jarang belikan toys, only for special occasion sahaja, bila dapat benda baru yakni set2 mewarna pun, sudah buat cukup depa gumbira. itulah hadiah terhebat di hari raya cina gamaknya.

mak nak sambung lie down balik lah.

sakit lar weih, mlm smlm aku dah tau sakit badan, lagi pi gatai main chess berejam2…

Comment: 19

My usual duties…

IMG21118

kenapa aku masak daging black pepper jadi daging masak kicap?? grrrrrrrrr!!! rasa ada, but wajahnya tak macam daging blackpepper, tu lah kicap terlebih koooo! eh jadi aaa. sirman said dap dappp!

soup bayam + fishball kena credit kat gegirl setinggi darjat yek. wpun dia hanya tolong campak2 je sayur bawang n fishball dalam piuk, tapi dia canang kat semua orang dia yang masak sup bayam tu kay. bagus2! tapi bab goreng ayam ke goreng terubuk ikan masin aku mmg tak bg dia buatlah…kang merecik minyak.

IMG21120

abang is bz doing his revision, bulan 3 ada exam. so sebab cuti la ni seminggu harus mak suh dia belajar hek. ingat nak dok main tengok tv jer. aku tak tau sek lain, tp sek abang mmg seminggu, but sek agama standard, no extension cuti. tu pasal abang ada 2 kelas ganti hari sabtu arituh, nama pun sek cina haruslah depa nak beraya sakan. sama gak ngan kita kan kalo raya fitri, takkan cuti 2,3 hari je ye dok.

IMG21121

belajar abang bertemankan Reddy yang setia baring sebelah study table abang.

IMG21123

dan jugak kemek di atas katil bukan main sedap ko membongkang hek. abang tak leh belajar kalau kucing2nya tak dok mengadap muka dia, ha ngadap le korang!

IMG21119

dan jadual utk seminggu cuti nih dah aku siapkan. tau dok abang belajar ni kan, jam loceng siap dia letak kat depan mata dia. bukan main lagi berkira tol dia. tepat waktu utk rehat ke apa, betul2 dia berenti. hahahaha memang ko tau bang, asal suh belajar jer melompat.

petang ni kami nak pi kedai buku belikan yearly revision book dia. biasanya aku beli kat kedai buku sebelah Maybank BSP. situ dari kindy sampai Uni nya buku pun hado.

IMG21111

for gegirl, aku tak buatkan jadual dia lah, coz dia ni flexy kira my baby kindy lagi kan. this photo masa dia bangun je terus amik laptop maknya dari luar and bawak ke katil main game. sebelah dia tu bapaknya ngah tido lagik!

IMG21110

oh wpun gegirl lefthanded, tapi bab pegang mouse dia boleh pakai tangan kanan. bab makan dia masih lagi kalau pakai sudu tu guna ngan tangan kiri, dah diajar byk kali ngan tangan dia masih gak tak boleh. cuma kalau makan pakai tangan bolehlah pulak dia makan ngan tangan kanan.

so itulah cerita bercuti kami.

tapi paling gua panas, aku tak pat chance tido petang pun, diorg 3 beranak dok mengaco je lam bilik, sirman gak tido sesedap alam.

aaa….petang ni pun cannot sleep lor.

Comment: 24

Walking tak menjadi…

IMG_2541

berangan nih nak pi walking for mom and jogging for kids from the house to the park, bukan jauh pun serious dekat!….bapaknya follow from the bapak wt d car. nampak tu spot jauh giler kitorg tinggalkan bapaknya.

IMG_2542

malangnya baru 100 mtr jalan, dah mengah. naik bukit sket ko. abang nak jogging gak, tp aku ngan gegirl very the diva tak larat dah nak berjalan. so bila bapaknya berenti sebelah, jom jom kita masuk keter daddyyyyyyy!

frust je abang, mak ngan adik tak challenging. eh mak ko boleh ler menda2 merapu tp agak pemalas sungguh nak memeluhkan muka, bedah dah bercapuk gitu yek.

speedy entry for today, gambor kat park melambak, itu wa kawtim lain kay.

It s finally a merah merah merah day today 🙂

Comment: 9

Do not Enter…

IMG21073

NO SHAMEEL

IMG21071

NO MELYSHA

kalo korang tulih NO PARENTS to enter in your room, ada gak tragedi mak merajuk kay. tekojut eden tengok pintu bilik memasing ada signage NO ENTER to the brother and to the sister. dedua tak nak bagi memasing masuk bilik diorg ha kau. tapi tak ke mananya.

kalo dah adik beradik….

IMG21066

sepinggan sama gak makan merasa. 3 hari berturut2 budak2 ni tepon aku suh belikan doughnuts from DD. so 2 harilah aku berulang belikan. masuk hari ke2 tuh aku belikan for buy 9 + 3 !! nak sangat bawak bekal lah katanya, nak buat makan minum di malam hari waktu buat homework lah….

ha makan makan

bukan senang nak suh korang makan banyak!

aku pun suka gak donuts but cukup ngan satu gigit udah. aku nak jugak makan lebih but abang n gegirl dah siap remind…ha mommy, jangan makan banyak, nanti gemuk lagi, kata tengah diet kan!

itu korang tak tau, budak2 ni siap suh aku pi check doctor kot aku mengandung, tapi baby tak kuor2 lagi. huii mulut anak2 sirman!!!

Comment: 21

Gong Xi Fa Chai!!

IMG21070

i forgot what s the meaning of this drawing, but i think it s a very nice drawing by my daughter. Gegirl. From Gegirl with love, to all my chinese readers and frens, may you have a wonderful dong dong cheng 🙂

ngaummmmmmmmmmmmmmmmm!

Gegirl actually wrote the card macam nih

Melysha Loves YMMUM

hahahahahaa!

so aku suh dia betulkan tapi tukar ke Melysha Loves Daddy, ask the dad to bring back the card to office and mesti wajib letak atas meja kerja. siap dia bungkus kad ni molek2 letak lam bag keje bapaknya, to make sure bapaknya x lupa tak tinggal.

cute tol budak2 nih…

so Anw, to all my chinese frens, MERAH MERAH MERAH! drive carefully and enjoy your Merah Day 🙂 . To bangsa 1 Malaysia yang lain, balik kampung or holiday molek2 nah….

Comment: 15