Nuffnang

Soft Launching of World Bloggers Summit and Social Media 2011!

 

IMG_2158

sibuk nau ada yang tanya bila Nuffnang twitpic my photo ‘apesal takde kaler merah?’

sebab handbag hakak merahhhhhhhhhhhhhh!

n kenapa kak red looks so official one at the soft launching of World Bloggers and Social Media Summit?

Coz i just finished work liao!

IMG_2145

We do have bloggers from #gplusmy of Nuffnang too, they are super famous ordy, ko pusing kiri nampak depa, pi sana sini nya event pun depa mesti ada :)

The soft launching was held at the Luna Bar,with models, medias, bloggers, VIPS, corporate people, speakers and everybody dalam satu Luna Bar. Finally launched and there were games too, which i tak participate, bagi chance kat orang lain ler masuk. btw, for the #gplusmy bloggers, semua orang boleh participate yer, you kena rajin je lah adap Nuffnang’s blog and twitter to check apa yang korang boleh join. The more active you dalam events, dapatlah slot sama :) .

N again, pls dont ask me bout the #gplusmy, you kena tanya Nuffnang :)

IMG_2179

Amber Chia was there too, she s superhot and camne le dia baru pas beranak boleh kurus gini yek. kurus sekurusnya. yang sebelahnya tu pun kurus gak…perut dah naik tu bang.

IMG_2153

An interview session with TV3, for Redmummy and Beautifulnara. Dah appeared in the Buletin Pagi TV3 on Thurs 27th but i missed the show, as usual between 7 – 8am tu memang waktu aku ngah sibuk bangat bersiap ngan Gegirl, mana ngan nak anto dia ke sekolah lagik. so memang takpek ler nak nengok. kalau lambat sah Gegirl jeling2…she doesnt like to be late at school.

IMG_2178

World Bloggers and Social Media Summit 2011 will be held on 15th and 16th June, RM and Beautifulnara together with Kennysia will be the speakers too as well, among the invited speakers of coslah Tun M, and the speakers are from all over the world. For the Agenda of the program, boleh tengok kat sini yer, from the World Bloggers and Social Media Summit’s website.

IMG_2172

 

but pls pls pls….dont ask me for complimentary seats, i dont have the access for that yeah. Nuffnang is also one of the media partners for the event. Without Nuffnang i wont be sitting and standing there. Interested to register, ada early birds. Follow the World Bloggers and Social Media Summit 2011 ‘s twitter @wbloggersummit and the Facebook as well.

IMG_2131

Three of us will be talking about the Lifestyle Blog – Imagine If There Is No Facebook or Twitter or Travel & Fashion Blogging?

Korang nak sama2 share apa yang korang nak ‘jeritkan’ if you dont have all the FB, Twitter and Travel/Fashion Blog?

Sila….. :)

 

Comment: 26

Ibu Merah di Hari Ibu…

48hours sponsored post…

IMG_0930

Mother’s Day?

Semua orang ada mak kan? Baik yang telah tiada atau pergi meninggalkan kita atau yang masih lagi bersama. Oklah kalau nak kata pasal Mother’s Day nih, orang akan kata hari2 adalah Mother’s Day. Ye betul. But apa salahnya a little bit of special celebration kita buat untuk all mothers out there.

Hari2 ke korang jadi Chef of the house for your Mak? Tidakkan? Hah kalau dah gitu, bukanlah everyday korang buat special day for her ye dok. For me, kalau tak bawak my mom pi makan, kita belikan hadiah. Nak bawak pi makan tu sokmo siksa coz nak matchkan ngan adik beradik lain yg 8 orang tuh. Dok pun belikan hadiah for my both mak and mak mertua. Biasanya kalau tak sempat jumpa, kita dah round up kan hadiah2 yang ada tuh…

IMG_2081

Yang for me pulak… heheheh aku dapat cuti sehari pun dah cukup best dari RD and the RedKids. N they usually take me out for lunch. Cards pun depa buat sendiri, kalau ada masa RD bawak depa pi belikan kad and hadiah pun ikut budget yang berapa bapak depa kasi.

Kalau dapat handbag lagi haku sukerrrrrrr!! But no no lah, yang benarnya asal bagi aku rehat tak yah buat apa2 for just one day, alangkah syoknya. Ini termasuk dengan tak yah bagi aku bebel-bebel and berbunyikkkkkkkkkkkk.

So pusing punya pusing surfing internet, terjumpa the Mom On Facebook?? Ada baik punya cash prizes tuh, RM kan stands for Ringgit Malaysia, sapa yang tak suka duit??

Do follow aku nya arahan terhad nih, kang aku suh korang buat lain, lain pulak kerjanya korang nanti kan:

1.    Amik gambar memolek, paling cun meletup n photos tu mesti dari area Summit Garden, or lobby or any other location di Summit USJ shopping mall! Geti tak buat nih? Amik gambar pun tak geti, heh camner tuh? Senang je kan?

2.    Pastuh kalau malas nak pergi ke Information Counter to get them upload your photos to their FB, korang leh email jer sendiri nanti to : momonfb@summit-usj.com

3.    Apa lagik, perang FB lah pulak, kasi semua battalion contacts ko to vote you by clicking the LIKE on your photo dalam album ‘Mom On Facebook‘ Snapshot Contest folder at The Summit Subang USJ Facebook.

Senang ye dok?
Ada lagik!!

Tengok TnC pulak:

1.    Sumer mak mak boleh participate, tiada hak umur. Mak yang umur 90 taun pun boleh, apatah lagi umur 19 tahun.

2.    Snapshot yang korang submit either gambar solo korang, camwhore sendiri or bersama family members.

3.    Pemenang akan diumumkan via email and prize giving ceremony pula adalah pada 22 May. Wah kelas, sekejapan je lagik nih!

4.    Online voting untuk LIKE the photos of your page di Mom On Facebook pula adalah sehingga 15 May 2011. So apa lagik, kasi balunlahhhhhhh pukul kati!

5.    Online voting will be closed by 12.00am, 15 May 2011.

1ST PRIZE – CASH RM 1,500

2ND PRIZE – CASH RM 1,000

3RD PRIZE – CASH 500

9 CONSOLATION PRIZES WORTH RM 200 CASH VOUCHERS

MOST “LIKE” SNAPSHOT WORTH RM 500 CASH VOUCHERS

Apa lagik, sini linknya untuk LIKE and key in your Mom On Facebook

Katalah kan korang dah menang, korang boleh tak shout kat sini jugak, aku nak gak kepoh pau pau Ringgit Malaysia yang ko menangkan tuh :)

Btw, weekend nih, on 30th April, 3pm onwards di Summit USJ Shopping Mall pun ada final Beat Street Dance Competition, ini menarik nih!

This competition is a one of its kind in Malaysia combining unplugged street musicians with choreographed dance: ada Beatboxer with his breakdancers, ada the sexy belly dancer accompanied by the Iranian Percussion group, tapi yang paling aku sukaaaaaaaaaaaaaa is the Bangra!!

 

Sampai skang pun aku teringin sangat cuba menari Bangra nih!  So jumpa yek Sabtu nih after 3pm :)

image

Back to my Mother’s Day story, so untuk permulaan, semua maks bawaklah the bapaks, or bapaks and anaks bawaklah the maks to The Summit USJ untuk Mothers Day events/activities, sempena dengan Hari Ibu. If kamu jauh nun dari Lembah Klang, jangan gusar, ko bantu je lah mak-mak yang participate dalam Mom On Facebook Contest tuh yek, kot ler rezeki orang hari nih, rezeki kamu tolong vote orang, kamu pun dapat tempias. Kita mana tau masa hadapan bukan?

Nah… aku nak check, apa yang aku leh buat lagi untuk Mother’s Day selain dari shopping and sleeping!

Khidmat pesanan masyarakat The Summit USJ is brought by Redmummy.com

Comment: 22

Exora VIP Session!

48hours sticky sponsored post :)

image

Hari Sabtu yang lepas adalah hari yang bermanafaat dan berinformasi bagi kami suami isteri. Apa taknya kami telah berkesempatan untuk menghadiri sesi satu hari penuh bersama Proton iaitu Sesi Pandu Uji Eksklusif Proton Exora di Fullhouse, Sunway Giza Mall. Sesi ini bukan sahaja untuk pandu uji Exora sahaja, tetapi ianya lebih dari itu dan lebih dari yang saya jangkakan. Dihadiri seramai lebih kurang 20 pasangan, sesi ini memang bermanafaat dan saya dapat belajar banyak benda baru serta tip-tip yang menarik :)

 

image

Dimulakan oleh kata-kata aluan dari representative dari Proton iaitu Raja Nur Zahirah Raja Adam, kami kemudiannya  diberi penerangan dan taklimat oleh Ivan Khong serba sedikit tentang apa yang bakal kami akan buat semasa pandu uji Exora ini. Beliau ialah certified trainer yang selalu organize a car clinic teaching about the basics of car control etc. Looks like Proton memang mengambil berat tentang keselamatan kami semua semasa pandu uji ini dengan membawa orang yang betul-betul pakar tentang kereta untuk sesi pandu uji ini. Actually risau juga la kitorang, wondering cemana la Proton nak handles kami ramai-ramai ni nanti nak drive Exora ni, sebab lepas ni kami ramai-ramai akan memandu Exora dari Sunway Giza ke Desa Park City. Kang confirm ade yang sesat barat hilang entah ke mana, maklum la bukan semuanya datang dari KL, ade yang datang dari Johor, Melaka, Seremban dan tempat-tempat lain. Mak sendiri pun tak reti jalan ke sana gak hiks :)

Tapi sebelum kami pergi membuat pandu uji Exora ini, kami diberi taklimat tentang keselamatan pula oleh Puan Kartini Illias iaitu Pakar Klinikal Psikologi dati UiTM. Beliau menerangkan ciri-ciri keselamatan, serta tip dan teknik perjalanan terutama sekali untuk mereka yang berkeluarga. Apa yang perlu diajar kepada anak-anak kita supaya perjalnanan kita nanti akan selamat tiba ke destinasi seperti contoh memakai tali pinggang keledar of cos la kan, tidak menjenguk ke luar kereta dan sebagainya.

 

IMG_0528

Saya menjadi driver untuk membawa bersama Press dari akhbar-akhbar harian tempatan :)

Selepas itu apa lagi kami seterusnya diberi peluang untuk memandu Exora pergi ke Desa Park City. All these Exora come with Proton navigator system sekali, so no worry sure tak sesat. Sepanjang perjalanan itu juga kami diberi arahan oleh Ivan melalui system walkie-talkie. Beliau mengarahkan arah perjalanan dan juga menyuruh kami supaya menguji Exora ini dengan membelok, membrek, menekan minyak atau accelerate dengan lebih laju. Terus terang saya katakan memandu Exora yang pada mythnya yang orang kata panjang, besar dan susah nak bawak, adalah tidak benar. Sama sahaja seperti memandu kereta-kereta yang lain even dalam keadaan yang sesak dan banyak kereta masa tu. Lagi bangga ade la, sebab kereta kita lagi besar hiks :)

 

IMG_0558

yey semua dah selamat sampai di Desa Park City

 

IMG_0578

Coincidentally saya dapat memandu kereta 1107 ni, ke ade makna lain yang tersirat :) Sapa tahu apakah maknanya number 1107 Exora itu pada RM?

 

IMG_0629

Di sini kami akan membuat pandu uji Exora dengan membuat beberapa ujian seperti emergency brek sambil mengelak, blind folded parking, mengisi muatan dan zig zag driving.

 

IMG_0633

Ok nak start buat emergency brek sambil mengelak halangan

image

Ujian ini adalah untuk membuktikan walaupun dalam kelajuan yang tinggi, sistem brek Exora dapat membuat hentian yang tepat dan jitu even kita memusing stereng untuk mengelak halangan di hadapan semasa membuat emergency brek tersebut. Yup tak terbalik, kerana ianya dilengkapi dengan sistem ABS + EBD so ianya memang stabil.

 

IMG_0617

Ha cuba teka berapa minit saya membuat side parking dengan blind folded begini?

Of cos la my hubby kena bagi arahan cemana nak masuk parking tu.

Ha pusing kanan, balas sket, reverse lagi lagi, depan sket, pulas kasi habis, kiri lagi. Lagiiiiiii. Ha reverse balik… ok done put gear in P. Tarik hand brake!!!

ha kau my hubby jerit….  bape minit korang teka tadi?

Don’t play-play, I did it in 1min 7secs kay. See even blind folded pun leh parking Exora yang panjang ni, inikan pula tak blind folded dak :)

image

Then lepas tu buat zig-zag driving to show that Exora is easily handle untuk pemanduan jalan yang berbengkang-bengkok ataupun bersimpang siur.

IMG_0679

Dan ini pula kami berlumba siapa dapat memuatkan barang-barang ini secepat mungkin. 4 luggages, golf bag plus stroller memang muat masuk ke dalam Exora and still ada extra space lagi. Memang sesuai la kalau untuk balik kampung ataupun nak pergi jalan-jalan bercuti.

Ooo btw, di sini kami semua dikehendaki menjawab beberapa soalan tentang Exora dan hadiah berjumlah RM6 ribu tunai menanti kami nanti.

 

image

Yang gambar tengah tu ialah pemenang pertama kuiz Sesi Pandu Uji Exora ni. Tahniah!

Usai sahaja sesi pandu uji litar Exora tu tadi, kami pulang semula ke Sunway Giza untuk lunch. Selepas lunch dan solat, sesi kami bersambung dengan taklimat dari Dr Alvin Ng Lai Oon iaitu Pakar Klinikal Psikologi dari UKM mengenai Keselesaan. Tahukah anda hubungan kita suami isteri akan bertambah erat jika keselesaan kita amalkan. Bermakna selesa itu penting dalam hubungan kita, ini bermakna pemilihan kereta yang selesa juga penting dalam kehidupan berkeluarga ini. Bila masing-masing selesa so masing-masing happy ye dok :)

Diikuti pula dengan taklimat Gaya dan Keterampilan oleh Datin Sharifah Shawati di mana beliau menekankan bahawa imej dan keterampilan adalah penting untuk kita dan kereta yang kita gunakan juga melambangkan imej dan personaliti kita. So make the wise choice dalam bergaya ya :)

image

Kemudian disambung kembali oleh Ivan menerangkan lebih lanjut ciri-ciri ekonomikal Exora di mana beliau berkongsi tip-tip yang penting tentang cara-cara pemanduan yang lebih berhemah dan jimat.

Dan taklimat terakhir pula dari Perunding Kewangan iaitu Encik Al Jazzura Khan. Beliau berkongsi serba ringkas cara-cara bagaimana seharusnya kita berbelanja. 60% untuk expenses, 20% untuk simpanan hari tua ataupun study dan selebih 20% lagi adalah untuk keinginan kita. Keinginan itu sebagai contoh nak beli Exora ni tapi of cos la kena simpan 20% tu untuk few months so baru la boleh buat down payment ye dok :) Beliau jugan menekankan bahawa dengan membeli MPV seperti Exora, sebenarnya kita telah membuat investment dan bukannya liability. Ade betul juga cakap dia, ye lah cuba kita fikir kalau kita beli Exora masa mula-mula kawin, then bila dah ada anak lima tak payahlah nak sibuk tukar-tukar kereta dok? Imagine kalau kita beli kereta kecik dulu… ha mana nak sumbat anak-anak? Tak ke investment namanya tu?

IMG_0590

Sesi ini kemudiannya ditutup oleh Raja Nur Zahirah sambil menghadiahkan consolidation prize kepada semua peserta iaitu RM200 tunai ditambah pula dengan SPA session untuk setiap pasangan  ialah selepas berpanas terik berpeluh ketiak berjemur di bawah matahari 90 degree kenalah merehatkan dan memanjakan diri pula.

Tapi apa yang lebih penting bagi saya ialah tip-tip dan informasi-informasi yang berguna yang saya perolehi semasa Sesi Pandu Uji Exora ini yang diutamakan. Banyak yang kita boleh praktiskan dalam kehidupan harian kita sekeluarga.  It was really beneficial and enjoyable session. Dan ternyata myths pasal Exora adalah myth semata-mata. The facts are actually the opposite!

Terima kasih Proton. So korang, jangan lepaskan peluang ni, tak teringin ke nak join Sesi Pandu Uji Exora?

Khidmat pesanan masyarakat Proton Exora is brought by Redmummy.com .

Comment: 47

Milk A Deal – Hair Spa!

image

Selama aku buat promo on MAD nih, berapa ramai korang yang rembat the discounted voucher yang depa advertise dalam page depa? ke tak tau buat???

hish kamu nih. meh aku ajar sketlah…

1. memula bukak Milk A Deal’s website

2. Pastuh pilih ler deal yang korang berminat, macam contoh dalam nih aku bereknan benau ngan promo Hair Spa + Cut + Wash + Blow nya nih yang saving for 77%, dari RM147, aku cuma perlu bayar RM33.90 sahaja!! ONLY!

3. Click the BUY button and pilih kat which branch of Chezz Technique yang korang nak amik, aku pilih Amcorp Mall!

image

4. Later nanti keluar pulak page Your Purchase, so uselah credit card details and make the payment for RM33.90

5. Pastuh ko pi jalan2 lagi dalam Milk A Deal, tengok apa yang ko berkenan.

6. Kena keep on checking coz deal depa tu ada durations gak yek.

image

7. After making the payment, ya taradaaaaaaaaaaa, boleh lah print out and pi buat rambut ko tuh, ingat jangan terlajak expiry date pulak.

Senang kan?

Jom jumpa lagi saya dalam the next deals in the Milk A Deal pulak, apa lagik yang aku nak beliiiiiiiiii!

 

Comment: 7

Tupperware Samsung Galaxy Giveaway!

48hours sponsored post :)

IMG_1906

YESYESYES!! Tupperware is backkkkkkkkkkk!! Tupperware is back in RM!!

Selain dari merah, antara product yang paling vass di RM ialah Tupperware, hah ini bukan pertama kali, ini adalah kali ke 3 Tupperware kembali di layar merah. Betapa kuatnya kuasa cinta RM dan Tupperware. Dan betapa berjodohnya Tupperware dan RM.

Let s straight to the pointlah yek.

Nak menang Samsung Galaxy Tab?
Bukan satu tapi 3 bijik Samsung Galaxy Tab untuk setiap seorang!

Nak menang Tupperware hampers?
Bukan juga sorang tetapi mungkin lebih dari 3 orang!!

Hanya menggunakan petikan jari dan mobile korang jer…..

The steps:

Pi Aquaria KLCC
Carik Redmummy ngah dalam underwater Aquaria nih…

IMG_1841

Hah macam dalam gambar nih! Dalam Tupperware tu ada Samsung Galaxy Tab yang setitik air Aquaria tu tak masuk pun dalam airtight Tupperware OT Canister! Betul ler cite aku nih! Hebat tak hebat Tupperware kita?
Bukan tipuware yek!
Ahhaahhaha

Acah jer. No lar. Tak yahlah sampai susah payah gitu sekali.
But fyi, Tupperware is displaying these containers dengan dalamnya ada Samsung Galaxy Tab. Kerja kamu yang sebenarnya mudah sahaja.

IMG_1875

Send SMS to this number 012 783 0790.

Just send your sms tak kira berapa banyak number apa saja sekalipun to that number and bagi butiran details korang. Itu sahaja. You can start sms’ing NOW coz tarikh tutup adalah pada 31 May 2011.

Kak Red, biar benar number tu masuk ke dalam Samsung Galaxy Tab in the tupperware tuh? Kan ada air dalam tuh? Bila masa charging?  Camne nak tau pemenang?

IMG_1889

Momantai, setiap malam pihak Aquaria/Tupperware akan mengeluarkan Samsung Galaxy Tab dari air tight tupperware tuh untuk charging and mengambil number yang telah dismsed oleh korang, untuk sms yang ke 100, 200 dan 300 seterusnya, terpilih sebagai pemenang hamper Tupperware! (in running to win Samsung Galaxy Tab)

Dan mana tahu mungkin mereka akan memilih sehingga beribu numbers sms. Coz tarikh tutup kan lama, ada sebulan lebih dari sekarang!

Tapi kalau korang ke Aquaria, jangan lepaskan peluang melihat the Airtight One Touch yang dipamerkan di dalam Aquarium Aquaria.

Di sini letaknya Samsung Galaxy Tab, direndam di dalam air aquarium bersama Airtight One Touch Tupperware.

image

Korang kalau tak caya korang buat sendiri lah, amik Tupperware korang and rendamkan dalam air baldi korang, masuk idak air dalam tupperware tuh? Masuk tak???????? berani ko kata masuk! Mana ada masuk air, setitik palit pun tidak masuk. Itu ajaibnya Tupperware!

Dan macam saya yang dapat berderet Airtight One Touch Tupperware ni mungkin juga menjadi milik kamu. Eh korang ingat, harganya macam beli tipuware? Yang mahal punya tipuware tu pun tak sebagus dan sehandal Tupperware nih tau. I ve been the user of Tupperware fo soooooooooooooooooooooo many2 years! Memang bertuah badan dapat berjodoh dengan tupperware kembali.

So chances kamu ada, grab it, saya tak layak masuk. Kang bias hahahaha!

Hah nama area tempat depa letak Samsung Galaxy Tab nih is Deepforest of Aquaria.

image

Tupperware yang tidak mudah masuk angin, walau berapa lama pun ko letak keropok or biskut kerap kerup. Tak yah cakap aku propah, sapa2 yang pakai Tupperware memang tau yang brand nih memang takkan menyesal beli punya. Tu pasal dulu walaupun berdikit2 aku menabung beli jugak Tupperware, in fact dulu orang pakai untuk raya letak kuih raya dalam glass bekas yang ke main gah, tapi aku pakai bekas Tupperware jer coz ada yang khas untuk letak kuih raya.

Hah punyalah suka nau ngan Tupperware. Lagipun my big sister is the agent of Tupperware gak tapi takde nya nak dapat harga sedap dari dia pun, tetap beli dengan harga biasa pun takde masalah, kalau dah comfortable ngan Tupperware, memang as I said, berdikit2 dahulu then dapatlah hasilnya.

Selepas pulang dari Aquaria, saya dibekalkan lagi dengan Tupperware One Touch AirTight kaler oren menyala2, not just that, the tapau set too in green. Bukan tu jer, Baby gift bottle set pun dapat jugak. Ni yang aku lagi nak tambahkan anak iskk…bilalah nak mengandung lagi nih weiii!

IMG_1895

Selama 3 bulan inilah AirTight One Touch Tupperware yang didisplaykan di dalam aquarium Aquaria. Selepas 3 bulan keropok2 di dalam Tupperware tu akan dikeluarkan. Ngap ngap still sama rasanya masa dimasukkan di dalam Aquarium tuh dulu. Your task is very simple, nak dapatkan the Samsung Galaxy Tab atau hamper Tupperware hanya perlu SMS sahaja!

image

SMS je lah sambil2 nak tidur tuh, ngah berjalan tu ker, resend jer bape banyak kali pun, takde harga sms mahal pun, ikut telco service of sms yang korang pakai tuh. So siap2 resend jer sms tuh and mana tau, korang bawak pulang Samsung Galaxy Tab and jugak hampers Tupperware yang boleh mencecah ke ratusan dan ribuan ringgit :)

IMG_1882

SMS to 012 783 0790 and Like the FB of Tupperware

Kalau kamu salah seorang yang menang Galaxy Tab, bilang Redmummy yek :)

Comment: 55