RedMummy

Crumpler from Jakarta…

img_6458

the crumpler’s bag from Australia, tapi ni gambo aku kat PASARAYA mall, jakarta. ceritanya aku enggak kisah brand itu mahal enggak murah, asalkan kaler merah, terus aje aku berkenan. but masa aku ngah tetengok nih aku sudah jatuh ati sama bag itu, so bila sirman and pak host cakap bag ni sangat galemer, though  aku tak tau pun brand tu famous amous, aku pun amiklah yang beso. memang kalo depa tak cakap pun aku akan amik jugakkkkk!

kenapa sampai terduduk itu gambo, pasal udah seharian berjalan lah kat jakarta, nak nunggu salesgirl tu amik stock baru baiklah duduk kat lantai tu ha, sangat2 capek gitu sik.

img_6898

inilah bagnya, immediately dipakai. tp aku tak beli satu size, aku beli another size merah gak kecik sket than yang aku pakai tuh. ado lagi tu ha lam kabinet tak berbukak lagi plastiknya, not suitable for office wear, kena pakai for casual jer.

how much ek harga bag nih, sorry lah enggak ingat some more nak pikirkan tukar ringgit msia lak tuh. aku kena bangun dari kerusi and check the receipt kalo nak bgtau the price, tp malasssssssssssssssssssssssss.

lgpun bukan aku nak jual pun bag nih kan, unless korang nak buat ref.

anw, kenapa aku bukak pulak entry bag nih kan, pasalnyaaaaaaaaaaaa……….

si sirman korang tuh ada bag crumpler yang dia nak promotekan for sale kat lam blog merah aku nih. kawan dia mintak tolong jualkan, bukan aku yang jual lah. ada banyak bag tuh. so korang tunggu lah esok entry tu kuor lam blog merah kay, sapa cepat dia dapat, details of the crumpler pun nanti kuor gak esok.

daaaaaaaaaa….

Comment: 28

Tengah tidur ke?…


salam.

alkisah nak cter pasal pengalaman pertama diganggu dgn benda2 misteri ni.benda ni terjadi masa sy blaja kat U di selatan.alkisahnya kitorg konon2nya rajinla nak mulakan projek tahun akhir awal2(projek sarjana muda diorg pggl kt U tu).so,xnakla balik cuti sebulan tu.sy n kwn sy p la berkampung menyewa kat hostel yg dkt dgn fakulti..

kiranya ada 3org la dlm bilik kami sewa tu.kebetulan plak,bilik tu kitorg dpt dkt dgn toilet.betol2 sebelah je.yg lagi takot memalam toilet tu tingkap dia dh rosak.so,tertanggal la lopong mcm tu je.kitorg mmg cuakla kot2 ada org dtg nk buat x senonoh kt ktorg ber3 ni.dlm blok tu ada lagi budak len.bdk len ni diorg praktis gamelan utk konvo.diorg nyer bilik jauhla dr kitorg ie btol2 dkt pintu dpn blok.kitorg palk dkt dgn pintu blkg blok.adala dkt 4-5pintu mbezakan kiorg ni..

cternye bermula gini..mlm tu kitorg xmatikan lampu meja studi..so,terang benderang sketla..tetiba je aku tersedar.terpisat2 mata aku.dlm hati rasa mcm ada je org tgk aku tido je. mata ni tgk dgn sebelah mata je.sbb aku rsa ada org sentuh kaki aku.

bila aku celik2 ayam tu,aku perasanla ada ‘akak’ ni dok tgk muka aku je. lama gak dia tenung. kitorg tido gabung 2 katil single jd rapat2.tp mlm tu plak sorg member tu xtido 1 katil sama2. so, aku igt dia tido bwh. aku pon igt member aku sorg tu la yg dok perati aku. dlm hati,mcm nk tgk je kt bwh.tapi sbb mata mengantuk.mls nk tgk bwh. so,pejam je la tido..

esoknya, aku tya la member aku tu. “A, mlm td ko ada duduk kt tepi katil x?’. A jwb xde. pas aku tido dia pon tido jg tp kt bwh katil la..dh la A tu rambut panjang smpi punggung. ‘akak’ yg dok peratikan aku tu pon rambut pnjang jg.mengurai jek..

pastu lak pakai baju putih…lama plak dia tenung aku…pastu menjeritla kitorg. dlm malam yg sama gak, member aku yg len pon dgr sumthing gak..mcm ada org buka tingkap bilik dr luar.dr depan blok smpi bilik kitorg..dhla bilik kt blok tu ada dkt 10bilik…padahal tingkap kitorg berkunci dr dlm…..

seram btol smpi pastu aku tkot tido xpsg lmpu…yg besnyer kitorg xkena caj byr duit sewa pastu.sbb kitorg dh cte kat pyelia asrama…hehhe..selamat duit kitorg yg mmg dh pokai msa tu..hehheeeee….

– Adah

Oh lupa nak cakap, Misteri Malam bermula sekarang, aku bagi extra day awal sket untuk korang. Surprise ari rabu 🙂

Comment: 13

Jakarta yang unik…

img_5838

Pajak Anda Membangun Jakarta

waktu pertama kali aku nampak billboard nih, Pak Host enggak ada sama kami malam pertama itu di dalam kijang, so aku tanya Pak Sulis, apakemendanya Pajak tuh, explanation nya sungguh memeningkan pala aku, mungkin kerana dia bercakap dalam slang Indon dan meaning cakap dia tu masih jugak tak sampai ke benak aku.

rasanya…EPF.

tol ke?

img_5975

img_6302

img_6305

sebagai pencinta chess, aku berkenan jugak dengan chess board nya, tapi harganya overrrrr mahal. sangat2 mahal rasa macam tak berbaloi dengan kualiti yang aku tengok. lgpun chess gini sesuai utk deco, bukan utk main. aku mana boleh main ngan replika2 gitu, kompem king jadi queen aku buat.

img_6567

entry ni sebenarnya adalah penutup untuk semua cerita jakarta. aku mampu larat letak gambo2 ni je lah, cukuplah kat seminggu aku dok cerita hal jakarta kan. orang ni jual burung gamaknya. perlu diingat yang jakarta adalah antara negara yang kemiskinannya amat ketara. yang kaya melampoooooooooo kaya dan yang miskinnya alahai sian sangat.

Pak Azuan @ Pak Host pernah cerita swaktu dia di dalam taksi, ada kanak2 yang mengetuk cermin keter beso nih mungkin untuk berjualan (perkara biasa di Jkt) tapi kalaupun ko tak nak beli, ko bagi lah 10 ke 20 ribu rupiah, bukan banyak mana pun lam 3,4 inggit duit kita jer. alahai…

ni jangankan ngulur, nak bukak tingkap pun x hingin.

img_5785

mereka yang susah jarang mintak sedekah, tak tau lah aku tak nampak yang jenis2 mintak sedekah nih, yang aku nampak mereka akan usaha buat apa sahaja kerja, kalo gambo atas nih mereka berjualan dari keter ke keter. we did bought something through our tingkap kijang jugak. memang harga yang diletak sesangat mahal, tp kita boleh tawar. kami beli replika Globe. 50 ribu rupiah.

Pak Host dan Pak Sulis yang tolong ‘bicarakan’ dengan penjual.

img_6194

yang ini emm di ITC Kuningan….mereka yang berpayung itu menunggu orang2 yang cam kami ni lah, yang baru pas shopping, tp sebab ujan, nak pergi kat kereta, so mereka akan bagi payung or payungkan kita sampai ke kereta. kalau mereka bagi kita pegang payung, bebudak nih akan ikut belakang kita berhujan. sedih kan? sebak tol bila aku ngigatkan. depa akan buat apa saja yang bisa mendatangkan duit, so up to us lah nak bagi bape bayaran ke tips ke for that.

masa ni kami menunggu Pak Sulis menjemput kami, tu pasal aku wonder gak napa banyak bonar yang pegang payung. tahukah ko, gaji personal driver kat sana ialah RM300 per month. lam sejuta rupiah. gaji maid pulak 500 ribu rupiah per month. no wonder la ada member aku yang dok kat jakarta sampai 2,3 orang maid dia, labour is very cheap kat sana. itupun mereka berjimat sesangat.

img_6582

aku tutuplah entry ni dengan gambo budak kecik nih with her dolly, background Monas, Jakarta. sweet suci je muka dia ngan gambo bapaknya amik.

Insyallah, kami akan datang lagi, semoga rezeki bertambah. amin.

Comment: 17

Pak Host @ Pak Azuan

IMG_5822

ini yah Pak Host nya. aka Pak Azuan.

orangnya masih lagi mencari, udah 3 tahun menetap di jakarta, tapi tak lama lagi akan pulang semula ke kuala lumpur. jiran tetanggaku. semua tempat yang kami pergi, semua adalah hasil idea dan pilihan Pak Host. juga dibantu dek Pak Deny. tapi for actual event, memang kulu kilir Pak Host yang bikin, udahlah diikut sekali, ater tak ikut camne kitorg nak tau kedai mana nak tuju kan. dahlah time is a factor jugak.

dibantunya jugak mengangkut barang2 sama…

dibantunya jugak melihatkan anak-anak aku yang lasak

melayan jer dia

kalo aku cuti2 mahu aku tidur jerrr

ni cuti2 Imlek, dia layan rajin bawak kami kulu kilir

dan dia juga selesa dengan Pak Sulis, harganya Pak Sulis pun tidak mahal, so dia pun sudah cinta sama service kijang pak sulis.


IMG_5935

rumah pak host bukan sahaja cantik, tp pak host sangat pandai mengemas, masak2 goreng pagi bfast jugak Pak Host yang siap sediakan. kami ditawarkan untuk menginap di rumahnya bila dia dapat tahu kami akan ke jakarta. aku suh ko pi carik hotel, ko bagi aku service apartment ko yang mahal gila. alahaii….wpun kompeni ko yang cover, merasa gak lah kita dok apartment mewah mahal nih. USD1800 per month ye.

tak menggigil ke nak membayo? hiiksss

IMG_5994IMG_6028

selain dari itu, Pak Host sangat pandai membeli barang2 yang pompuan suka beli. dialah yang jadi reference aku. sirman biasanya aku tanya dia ok idak, cun tak, sesuai tak…tp dari segi material, Pak Host lebih arif. aku pun bebal tau.

IMG_6097 IMG_6109IMG_6106

dengan sikap budi baik dia pada kanak-kanak, pun menyebabkan bebudak kamcing dengan dia. dah balik pulang pun bebudak tanya Pak Host, mahu dijumpa lagik satu hari nanti. takpelah bang, gegirl, nanti Pak Host pulang kl kita jamu Pak Host lagik yer.

IMG_6119 IMG_6181 IMG_6197 IMG_6173IMG_6228IMG_6168 IMG_6231 IMG_6279 IMG_6356 IMG_6541 IMG_6618IMG_6572

waktu di mana2 mall pun, wpun aku carik barang pompuan, sirman keje nya ngamik gambo n look after the kids, pak host siap telek belek kasut yang molek, baju yang mana patut aku pergi tuju. red ko nak baju keje? ha belah sana elok, blah sini memahal sangat, kang ko bising. tengok gambo kat monas tuh, ke main gegirl sayangnya kat Pak Host kalau orang lelaki pegang tangan dia je dia dah jerit “dont touch me’ ini sampai beriringan seiring sejalan dengan Uncle Azuan.

IMG_6631IMG_6614

IMG_6651 IMG_6652

malam2 terakhir kami bersama Pak Host. group photo di sofa mahalnya yang berharga 2 ghibu lebih ringgit msia, pun dia nak angkut bawak balik! untuk ibunda tercinta. untung keje jakarta gak, tpt orang kan. ada barang murah kat sana, balik kl pun masih lagi murah wpun masuk kapal. ada banyak barang2 yang dia beli akan dibawak balik.

IMG_6665IMG_6666

gambar terakhir pak host @ pak azuan, sewaktu paginya beliau ingin pergi ke kantor sebentar dan kami pula ingin pulang pada hari itu jugak selepas massage. Pak Host adalah sorang tuan rumah yang baik sangat menjaga guests, padanlah hampir setiap minggu, ada ajer guests yang dijemput ke rumahnya. memang dia ni tak kisah ikut jalan ke mana2, janji book dia awal2.

kami jugak adalah guests terakhir yang menginap di rumahnya, selepas ini Pak Host akan berpindah ke Pondok Indah. wah satu taman lah kamu ye ngan Inul Gerudi itu. aku mahu tengok gambar babynya inul ya pak…

entry ni saja saya biarkan lambat kuor coz dia pun tak ada internet connection, he s out of the office selama nih. arini adalah kot dah bolehlah dia mengadap blog hahahhahaha.

itupun sudah kubilang, nanti ramai cewek mahu kenalin ‘oi red, malu aku lah!’

cewek2 di luar sana boleh kenalin, enggak apa2.

ibu2 jugak bisa… 🙂

mementang orangnya ganteng… wuiiii kowang!

Moh gadhogadho?

pengerasnya pada aku ….. teh kocok satu boleh?

ha tak tau lah tu teh kocok hapa…

Comment: 42

Soeharto Airport to KLIA

IMG_6796

so sepanjang ke airport inilah yang boleh kutunjuk, banjir sana sini, tak naik banyak pun still menyesakkan perjalanan. bersyukurkan kita ni dok kat kl, yang jem camne pun, x delah hazab cam jem kat jakarta. pada firasat pendapat saya lah yang dok sana for 4 days.

IMG_6777

Mangga Dua

IMG_6838

ops udah sampai airport…

kami pulang kan alah syahdunya nak berpisah dengan Pak Sulis, sirman settledkan bayaran sewa. kalau utk parking minyak dan toll, korang kena lah bagi dia duit tetiap ari. tp duit sewa boleh bayo on your last final day. up to you. nak bagi advance pun boleh. tp bila korang dah sayang seronok ngan dia kan, duit tu nanti korang siap tetambah lagi nak bagi dia. tips ke, sedekah ke apa2 lahyang korang nak panggil.

kalau kamu pakai Pak Sulis, nanti sampaikan salam saya dari Ibu dan Bapak sama anak2 family Merah ya. dah ramai yang dpt no dia kan.

IMG_6849

kami checked in dulu, rimas nak tolak trolley beberat. kami kan berempat luggage pun tak de terlebih berat. berkurangan lagi ado lah.

IMG_6850

IMG_6863

jalan2 pusing lam airport jer…aku masuk gak lah dia nya kedai perfumes, jual in USD, leh gak convert in rupiah, nak bayo in RM pun boleh

tp saya x membeli di sini

IMG_6871

IMG_6874

di kedai ni ye saya beli, sedikit cenderahati, to be exact RM90! ha kau sbb ni fakta yang perlu dicakap jugak, kenapa aku stresskan, wuii…..kadang2 orang yang membaca dendiam tuh, dia buat kerojer.yang bagi komen aku leh kenal, yang dok senyap x kuor komen tuh, yang aku tak kenal tuh, hah tu jadik hal gak.

IMG_6891

we paid in ringgit msia, wpun ada duit rupiah lagik. but sirman nak pakai duit rupiah tu utk bayo makanan, tau bebudak nanti lapar. kat sini pun kami dah sejam lebih jugak.

IMG_6899

IMG_6906

ha kan sirman bayo jajan bebudak. aku beli itu kacang, tak tau nama kacang apa, sbb kacang tu Pak Host beli buat kami makan, terus aku terpikat.

IMG_6909

IMG_6932

semangat nak balik KL…

punyalah semangat rerupanya landing kat KLIA je dah ada hehehehehe…dah ada apa? ha!

IMG_6970

balik pun dpt tempat yang sama, seats sume depan, this time around gegirl nak dok sblh tingkap. sbb asik bercekau je ngan abangnya, aku kena dok tetengah.

IMG_6978

tapi lepas makan, bebudak tidur, penat sangat tuh….kami landing lam 645pm. makan tu dari stgh jam pertama flight took off. so bila landing memang anak2 aku lapar, kerana itulah aku sebak bila aku mintak pengurangan sket lagi utk aku beli burger anak2 depa tak nak kasi. halahai…! tp pastu sirman cucuklah duit, ater duit belen dah lebur diamiknya, kalo dok camne nak bayo duit teksi lakkan…

IMG_6983

ini ajer gambo yang ada kat klia, gambo ni mmg bebetul sirman baru lepas angkut luggage susun kat trolley. satu aku tolak, satu sirman tolak. aku bukan semata pandang kamera ye, aku sebenornya ngah bercakap ‘ai think ada orang ngah tunggu kita, ada orang ngah watching us lah sirman’

kan betullllllllllllllll!

hehehehehee

anw all, semuanya dah selamat. yang keruh dah jernih kan.

yang aku pun dah selamat pulang dari jakarta, anak2 pun gembira wpun mereka tidak tahu apa yang terjadi di balik tabir makpaknya. takpelah, pada aku jakarta’s trip adalah sangat menggembirakan. sungguh complete. jumpa kawan2, jumpa pak sulis pak supir yang banyak bantu kami. lelebih lagik Pak Host ku yang akan kuor entrynya sebentar lagik.

yang tak syok bila dah pulang, itu ajer.

kerana itulah entry jakarta’s trip aritu lambat aku siapkan.

Bila lagi aku nak ke jakarta….

ada rezeki, insyallah kami sampai.

takde yang berlebih, dok je kat kl dendiam.

agak2 rindu, kita bicara saja slang indon sama fifin.

jakarta itu indah, seindah pondoknya 🙂

Comment: 26