Shopping

Batu Belah Batu Bertangkupppppp….

IMG_3833

so purpleeeee! lagi 2,3 bulan sarung ler balik baju nih. semua dah pack pack pack. Aku dah memang siap sedia untuk pindah tapi rumah je lah lom siap lagi. Kita ada timeline, so heharap ikut the dates yang kita dah budget2 ler ni kan. Semua main duit yooooooooo. hikss.

Aritu 2 hari sebelum GST, aku bantai 2 lunch hours untuk shopping kaw kaw. Selain mengejar dek GST, aku nak abiskan semua shopping vouchers Parkson and Isetan. Harus dilangsaikan. kang lagi kena bayar lebih.

ada yang aku beli baju ler, perfumes ler.

IMG_3931

oh make up too. I went to Sephore tapi macam salah amik colour je, the lipstick aku amik macam too dark giler, waktu tried kat situ, lighting kuning tak ler nampak sangatkan gelapnya but bila dah esok2nya baru perasan. So nak pakai boleh tapi kena sikit2 and campur ngan gloss lembut. If not apa kehal ler kan bazir sajor.

Sejak GST keluar, aku belum lagi shopping kain baju maknek sumer tuh kecuali on food lah. Laki aku ada ler beli groceries. Memang GST indirectly memaksa kita untuk berjimat, beli keperluan sahaja. Kehendak yang tak berapa perlu tu tak yah lah nak boli sangat.

I m one of those yang tak suka GST 🙁

 

IMG_4002

A day after Fast Furious 7 keluar, RD mai KLCC (Germany was cuti Easter), so dapatlah dating kejap kat KLCC. Movie FF7 well, ok ler but aku takde ler hardcore nak kata best benau. Cam biasa ler kalau dah jatuh gaung jatuh bangunan meletup2 bagai pun tak mati patah pinggang tulang gak, memang melampau benar rasanya hoi. Ada one time aku boleh nak tertidur. hadoi yaii…cite keter lelaju pun aku leh nak tidur. Siap aku keluar pi toilet lagik, tak kisahpun kalau terlepas. My laki suka ler. Aku antara pompuan yang tak ler suka benar, but so so jer ler. jangan memarah sang2 lelaki pencinta FF 🙂

Untuk haritu cerita batu belah batu bertangkup.

One day at least once in 2-3 weeks aku akan tapau sushi (one flavour) ni semua anak beranak suka. So hari tu aku beli dalam 12pcs. So abang kakak makan, aku suh tinggalkan sikit untuk maknya satu-2 and bapaknya pun satu dua untuk makan breakfast sok nanti. Dah malam lewat pun kan.

Esoknya aku bz, away for like 10 hours from home. Rupanya abang kakak sudah makan kasi licin pagi tu jugak. Tak tinggalkan langsung untuk mak bapaknya. Kiranya 12pcs tuh, kakak makan 2 jer kot, abang makan 10pcs. Wallahwei….

dalam wasap group bapaknya terus copy paste cerita Batu Belah Batu Bertangkup.

Pucat dah si abang. hahahahah tu ler ko. makan tak ingat mak bapak kan, habis semua ko ngapkan. Kengkadang anak2 aku ni kena diingatkan, tak tau le bebudak lain pun sama gak, apa yang kita makan, kena tinggalkan orang belakang. Kalau makpak boleh ingat anak2 untuk depa makan, anak2 agak terlandas je sokmo untuk makan tanpa ingat mak bapak.

Last weekend, kakak ngan selambanya. Mummy bawak kakak pergi tempat Batu Belah Bertangkup tu, kakak nak tengok ler tempat tu, nak tengok camne mak yang nak makan ikan tembakul tu dok dalam tu.

Ding Ding Ding!

🙂

Jawapan dan cerita seterusnya biarlah bergantung di sini.

 

Comment: 8

Mydin Sinar Kota, sooo..unbelievable!

wah, a Dhaka’s entry.

totally lagi forgot to tell canang in this blog.

IMG_9728

sounds macam pergi Dhaka, but technically macam yer jugak.

asal menyangkung boleh, yang terduduk boleh gak ada, bersila segala siap.

IMG_9732

itu satu task, sebulan lebih task aku nak kena pi either Masjid India or Mydin Sinar Kota. Why Mydin sini, coz a fren of mine kerja around here, dia dok riki2kan dulu dalam nih sebelum hari yang aku datang sini ler. but tak pulak sangat dia bilang bahawasanya penuh Bangla Nepal Dhaka dalam nih. Ohmeng…

Terkepit2 aku pogang laki den kat around this area.

IMG_9734

cuma pengalaman best gaklah bila stranded di tempat yang dah berbelas tahun tak datang. Dulu Mydin ni was Metrojaya, kalau selepas tu jadi apa, den tak tau le pulakkan.  It just that to get here, aku rasa dedulu zaman naik bas lagi cepat kot dah sampai. ini dengan mana satu jalan Pudu tu dah lain, siap macam flyover segala, ngan sesatnya, terikut jalan bus stand Klang, CM, jem lagik. about sejam lebih baru sampai Sinar Kota.

but alhamdulillah, melalui celah lorong Kotaraya, terjumpa dengan seorang teman lama. Aku laki bini dalam kereta masa tu, kawan tu ngah berjalan, apa lagik, jejak kasih di lorong Kotaraya. So ada untung hikmah jugaklah walau kesesatan dan kepayahannya nak datang Sinar Kota tu kan.

IMG_9736

di tingkat 3 Mydin, mencari sejadah2 atas urusan something something

IMG_9739

member aku cakap yang tebal toto pun ado.

hampehs member aku tuh, mano ada tebal toto!

IMG_9746

sap sap sap soi, bungkus amik pilih the pieces. akan datang kita pergi cari di Masjid India pulaklah. well sebenarnya mencari yang tempat sujud tu sahaja yang tebal, yang lain tak tebal takper, but tang sujud tu, memang takde ler kat Mydin nih.

i searched online pun takdak, or maybe googling aku tak terer, so please help me to divert me to any online seller yeah. specifically yang sujud depan tu tebal (macam toto whatever pun bolehlah)

IMG_9749

depa punya merah tak menyalah, none of the merah yang aku berkenankan. so no red red.

IMG_9769

so apapun kan, satu pengalaman manis ke masam ke tengik ke bila datang sini. Sesungguhnya memang dah rasa bukan kat negara kita pulak, Udahlah aku ngan selambanya jer berselfie segala, depa cakap kalau around this mall, atau sekitar2 luar2 Mydin tu kena banyak berhati2, ado gak yang main rampas je hp ko. Oh nasib baiklah takde hapa2…

dalam ni segala mala benda ada jual but we didnt explore to all floors pun, tengok dari kejauhan seimbas jer. Ingat laki aku rajin nak pusing merata, datang sini pun dia dah kira baik le sangat ngan pesanan, tolonglah jangan datang lagi area sini, jem hazab ya hamat cik merah oi!!

 

IMG_9794

hasil2 belian juadah bukan hari raya….well ok ok pasnih kita ke masjid India pulak yek.

yang tu pun sama ler, almost 20 years gamaknya tak sampai sana, entahlah…kalau takat Semua House ke Jalan TAR ada ler jugak end last year aku mampir.

IMG_9802

Mission accomplished!

untuk tujuan apa sejadah2 dan telekung tu, tak yah detaily citerlah. yang nak ceritakan bahawa i dah datang ke Mydin Sinar Kota

zaman memuda belia, sini ler tempat aku melepak.

Dok dalam ni si Bangla2 Dhaka ni menengok aku (bukan perasan yek, laki aku pun noticed) macam nak telan! Mungkin depa pelik menjakun hapa pompuan nih, dalam Mydin pun nak amik gambar.

dude, ko yelah hari2 datang Mydin Sinar Kota tu, aku ni ler satu2nya kenangan. pasnih tak tau ler bila lagik nak datangnya…

IMG_9780

but selain daripada rakyat depa yang penuh di sini, papan tanda jualan tu, tak boleh blah lah weii…..napa tak ditulis Jam Tangan Berjenama, or Jam Tangan Branded, ini jam tangan mahal. so yang tak mahal or memurah takde yek kat section tuh.  hiks…

there u go, one of my 365 days di Mydin Sinar Kota, Jalan Silang KL 🙂

Comment: 6

The reds…The Hobbit!

Merundum tak korang kat opis, those yang kerja ler. Merata orang cuti kan. Kita jer kerja. Aku adalah no hal one. I got to do lots of stuff, banyak benda yang macam tak boleh buat waktu ramai orang, dah boleh buat, clear kan tu ini, kemaskan segala. Can work peacefully.

Then lagi satu aku dah 2,3 bulan le gak tak turun makan bawah, pastuh memang tak langsung menyoping. If i were sakit jiwa sikit datang, baru turun. but ada satu bulan tu, sekali 2 jer aku turun. Kes ada barang anak2 dah almost habis yang which masa tunggu Kumon class depa weekly sokmo i did tu, takde or lupa nak beli di Tesco. Jadi terpaksa gak turun.

So macam aku cakap le bila datang biol ngeng sakit jiwa merana aku pun turun ler, kasi hilang stress sket. Dah lamaaaaaa sangat tak beli baju. Tapi kenangkan baju banyak dah masuk dalam kotak for moving, i have a little bit of space (gila ler, sampai sudah le tak habis baju nih), so aku beli le, they have SALE everywhere. Year end kan.

IMG_4874

 

Merah ni design dia cantik, lama betul nampaknya aku tak datang sini sampai baju ni jatuh to SALES item. Ada in black, i nak amik jugak, but sampai entry ni aku buat pun aku masih lagi tak turun2 mall KLCC tuh.  Malas ler nak turun, member aku pun macam dah pasrah tengok aku yang malas nak makan kat bawah tuh. Bila tak makan, takde le point nak membeli belah jalan2 sana sini.

Family aku nak datang this week during lunch break masa tu nanti ko nampak hakak turun ler hakhakhak.

Eh ai ada pergi Jusco Maluri 2 hari last week, coz nak kena beli undergarments anak2 dan bibik. Hah tu keluar terus KLCC kau. Yelah baju dalam / spender anak2 baya2 depa murah di sana. Tak perlu ler berjenama for them, amalan aku belikan yang sedang2 sahaja for anak2 aku, tapi beli banyak ler, so macam 10 helai for all sets. Idok le selai dua. Aku nak pi Jusco tu pun bercinta.

Thanks to 2 orang adik RHB yang tegur akak di Jusco yek 🙂

 

IMG_4881

Baju ni belum berpakai yet, maybe dimangsakan this week. Kalau dia jual in kuning ke hijau mungkin aku takkan beli but for that day aku beli semua in reds.

IMG_4885

i dah pakai ni, mungkin entry yang aku pakai baju nih keluar this week.

IMG_4814

on a different day pulak, weeks ago, i pergi berduaan tengok The Hobbit with Abang, Under Nuffnang/Churp Churp. A premier show, dapat tix 2 ketul jer so bawak Abanglah, some more kakak dok lepak umah nenek ngan her cousins. But 3 days later, Abang pergi lagi tengok dengan bapaknya, kakak and my bro’s family too. Aku tengok sekali tu je lah, bestlah tengok ngan IMAX TGV tuh. kali kedua aku tengok via IMAX, dulu pun tengok Hobbit gak.

IMG_4827

Mummy, tolong amik gambar abang kat sini, nak hantar kat the cousins and frens abang.

Gelaplah bang

takpe mom, janji The Hobbit tu nampak.

Balik kita berduaan malam tu, aku terikut jalan Fed Highway pulak dari Damansara, podahcit btol, udahlah midnite. Tapi moleknya dia tau mana Menara TM, mana bangunan RTM, apa itu gerbang Selangor Darul Ehsan, Fed Highway panjang tuh, dan macam2 lagi, kisah kenapa kereta dok right lane, left or middle lanes, semua aku ajarkan. Facts. Kalau tak asyik ler bercerita pasal dia punya main ice skate je kan (he went again with his sis and the cousins, bawak by my bro a day before).  So as he grows, kena cerita benda2 serius jugaklah. Termasuklah aku kena kisahkan balik kenapa orang yang langgar kereta aku tu dulu.

Boleh tahan penat ler jugak nak bercerita, benda yang kita tak pandang dah tak heran coz ketuaan kita tapi bebudak, it s a new thing for them. Dan ko nak menjawab seribu satu soalan depa, non stop. The kids no matter how old depa pun, tetap akan carik the parents as their wiki/red pages 🙂 .

Apapun, the cuti2 year end buat malas nak update blog sangat, aku tak ke mana so takde alasan tak update cuma i tengok the hits menjunam coz ramai bercuti jadi macam hahaha lagi le malas.  Tapi kalau tak diupdatekan lagi ler makin delay.

My point is, bukan takde benda nak update, jugak bukan malas. but I tengok orang cuti, so I pun saja auto schedule kan ikut alang2 mood. No matter what pun those yang bercuti will still come back and read, i have my own regular readers gak kekdahnya.

Blog ni pun ada mobile theme, masalahnya ramai came back to me tak puas baca via mobile or via hp cecanggih memahal tuh, nak jugak baca dari lappy/pc. Sukati hangpa ler.

Aku sendiri pun tak puas baca dari ipong aku unless nak cepat cari something dari machine tangan tuh.

See you soon, i have bunch of stories.

Comment: 7

Hijrah and Birthday for Melysha….

 

getting kakak her new konon ‘Lofa’s tudung. Tak tau le apa namanya tudung shawl lofa tu but she wants that style. Itu sesuailah ngan mukanya, aku lepaskan anak aku pi ngan cousin dia ngan bibik pi Jalan Tar, coz nak beli banyak lagi tudung but yang macam tak sesuai ngan muka and umur dia yang depa beli.

So kita top up lagik.

Ini kat Seksyen 7, Shah Alam tu.

Rambangnya kat situ, bukan main banyak ler lagi kedai tudung le kedai baju ler shopping segala merata situ heh…best btol ek, aku baru tau ujudnya tempat happening gitu, itupun pasal aku pi visit Princess Victoria Stylo.

IMG_0926

so so, maknya tak pandai hal tudung ni kan, adik kedai ni ler tolong ajarkan. tudung ni ada ala2 yang macam lofa pakai tu lah, bukan yang Lofa jual, tu memang lagi ler tak sesuai  ngan Kakak. Kawan aku pakai, pun tak berapa happy. So anyway, Lofa should come out ngan tudung simple yang dia pakai tu lah, sangatlah simple takde meleret2 takde bergantung2 yang penting dia tutup dada.

Yang pakai tudung tapi nampak dada tu yang akak hemm…hemm…

kat sini beli 2 helai. Pusing2 lagi….pusing kedai sebelah sana sini

.photo

jumpa lagi konon tudung lofa untuk kakak, but aku pulak try oiiii ini punya petak kotak besar ok! memang tak bolehlah kakak pakai, tapi merahnya cantikkkkkk, sebab besar so aku try ler, fail liau!

IMG_1176

so sudahnya kedai ni kita repeat 2 kali, coz amik 4 helai, yang kekedai lain takde yang up to kakak’s standard.

Aku masuk gak Jovian’s nak cari baju le alkisah, but dia kan banyak dress kan, yang aku berkenan sket lagi nak beli online aritu, nasib baik le tak beli coz rupanya yang kekecik size dia pun kalau aku pakai dah boleh macam 1 1/2 orang yang pakai.

Ada gak kita beli telekung lace, baru RM50 per set kat sini. Aku beli 2 sets.  Sebelum tu aku bayar online sampai RM110 perset, dahlah ada hiccups, bila aku dah make noise baru dia citer hal sebenar. Tak honest! Imagine i paid RM330 for 3 pcs of telekung lace, I can close eyes lah, but aku tak suka orang kelentong, benda dah salah, ada hiccups tolonglah honest!  tak baik diam pastu bagi alasan saya meniaga kecilan, abis tu aku punya duit tu kecilan to u so you could do this to buyers?

Some sellers ni tak nak bagitau the hiccups coz hoping tak de le buyer nak perasan or nak bunyi. So takpelah, dah tau ler mana nak carik telekung lace, RM50 jer, 3 layers lagi, siap ada merah cantik sangat.

IMG_0975

Kemudiannya kami dinner kat Wadihana Islamic Steak House, sedapnya depa semua sukaaaaaaaaa!!!

IMG_0977

aku makan olio aglio ni tapi pedass…nangis hakak. so aku hanya makan the seafoods jer, lelain laki aku perabihkan..

 

IMG_0990

abang pun makan steak jugak, Zeeshan makan fries jer. Bibik langsung tak nak makan, dia dah kekenyangan dari makan umah mertua aku. Pastu aku cakap, ko tak makan kan nanti orang tengok cakap Ibu dera ko tak bagi makan.

ke main dia jerit, knowing her kan kalau cakap memang gempita satu Shah Alam pun boleh dengar – Taklah Ibu, aku kenyanggggggggggggggg!

IMG_0988

Ke main kepak tangan ko kak, anak2 aku macam bapaknya memang suka ngan steaks lah, even dalam diet aku dulu pun kalau rasa berat naik, makanlah steak tapi jangan le makan sebesau pinggan kakak tuh, cukup buat suku sudah.  By the way, since today waktu entry ni aku keluarkan is Kakak’s 10th Birthday, we will come back to have our dinner di sini kembali but at outletnya yang near by lagi to our house. Because she lovessssssssssss this restaurant sangat, so let s take her there.

Juga kerna hari ni adalah hari Kakak/Gegirl, to announce, she actually dah fully hijab sejak few weeks ago. Though i told her she can wait till her baligh time but she said kakak tak tau bila nak dapat period, maybe lagi setahun 2 kan, so Kakak nak pakai dululah, Kakak tak nak tunggu sampai period. Because of that, i give her the full support, walaupun maklum tau ibunya masih lagi belum terbuka hati untuk bertudung.

Today, i have made an arrangement with the florist to send her a bouquet. Deliver terus ke tangannya, mesti hati bunga2 and memalu bila nanti dapat bunga. Juga a special cake, also will be sent by the baker deliver terus ke rumah to her hand. Surprise for her. Birthday treat – we just got back from Genting Highlands, for my blogjob but that s can be considered as her birthday getaway gak lah.

May Allah bless you Kakak, jadi anak solehah. Happy 10th Birthday on 9th September.

Comment: 22

Selendang ibu…

IMG_2471

serkup merah pala aku tu sebelum korang buat pakai dalam tudung aku dah mula pakai untuk buat selak rambut daaaa….

IMG_2639

aritu ada borak blog pasal selendang hitam aku yang over 20years umurnya, asyiklah pakai yang tu kan so satu hari early ramadhan pun aku ngan member pergi itu Ampang Park dia ler yang bawak masuk butik nih. Cecantik betul selendangnya but harganya mak datukkkkkkkkkkkkkk!! Macam merah ni, tengok lam gambar plain semata kan, ada le bebijik but bukan nampak clear pun, ni lam RM300, tak ke aku macam melopong hahahahah….

IMG_2667

yang aku pegang ni pun min harga RM300 up to RM500. Selendang je punggggggggggg

IMG_2678

kedai dalam Ampang Park ni, booth tetengah tu aku suka, budak yang layan ni molek sangat budi bahasa pekertinya, so aku beli selai kat sini, kawan aku pun beli selai tudung kat sini, dia bagi gak discount. but kat kedai ni takde lah mahal sangat, just nice je lah pun kawan aku cakap mahal lahhhhhhh kak.

Boh je lah, daripada balik tangan kosong heh. mana lagi akak nak cari selendang.

IMG_2694

Putih ni ada aku amik, takde in red. atas palanya ada le bebijik butir beads yang logik ler nampak cun melecun kan. I m not wearing tudung YET so let s settled with selendang for some of islamic events. Pepelan kayuh lah weih.

IMG_2701

i bought these 2 sets, satu lagi pesen lain for my laki and anak sulong. Hantar gambar kat laki aku, dia cakap mahalnya. Eh pakcik nih dia ingat aku geti nak reriki kang beli yang 10inggit memang le laki aku tak heran kan jugak but banyak bunyik pulak ko. Ini pun dah bape kali cakap tolong jangan tanggalkan dari baju melayu, tiap kali pakai baju melayu dok tanya yanggg butang baju melayu ai mana yangggggggggggggggggg…..

asyiklahhhhhhh soalan yang sama tetiap taun. skang soalan tu berjangkit kat abang pulak.

Mummy, butang baju melayu abang tak cukup satu lagi.

Wahai lelaki, tolonglah jangan dicabut butang baju melayu tu dari baju melayu tu boleh tak???

IMG_2703

aku geram betul tengok samping nih. Amy Sweetdarling tanya kat kaki ko macam ni bape sen? kat Ampang park depa jual seribu ringgit. Kat KLCC yang tetengah bawah tu from 3k to 13k. Masa tengok ngan laki aku aritu hok 13k tu laki aku cakap kalau you belikan yang 13k tu you bungkus pi pulangkan balik.

hahahaha wahai RD, kalau 13k punya samping baik ler i pi masuk Chanel!

IMG_2621

i really like this selendang, RM400. colournya lembut, kalau ada merah mengerlip macam nih, atas tu pun ada beads hah. I didnt buy this, dont think gonna pay for this much, kalau below RM200 for this kind of selendang, i dont mind kot. Pakainya setahun sekali 2 jer heh. Tapi nanti aku nak amik kain kakak kan, aku nak singgah lagi kot ler dia dah bawak colour hitam or merah macam nih, haritu czo merah takde so aku tak nak le bayar RM400 kan, but if betul ler ada merah, aku beli gak kot.

Ada tau mana ada jual online selendang yang penuh cenggini?

online senang ler….beli kat kedai takde masa dah nak berjalan.

Comment: 13