Shopping

Chakri to Ampang Park…

IMG_0565

aku ngah gila speed up entry nih. coz aku kalau boleh tak nak ler cite awal ramadhan or midst ramadhan masih lagi dalam cerita hari raya nya pulakkan. so agak2 yang aku rasa malas nak type hahahaha kita lupakan terus.

IMG_0584

That weekend, kita berbuka di Chakri Pavillion pulak. Abang bila dengo je Chakri muka mentoya jer, dia kan western sikit kalau boleh buffet tu kena ada western, or laksa ke wajib ada. Ngada heh ko bang, pi dok Palestine sikit, mak bekhen ko kang

IMG_4079

Hari tu kalau buka di luar tak bawak iPAD laki aku kena give up bagi iphone dia or mine, so kali ni laki aku tak nak dah main kejar2 satu hotel, restaurant so dia bawak ipad. biar senang le kejenya kan. Macam Zeeshan ni stage cam dia mana boleh nak dok diam tengok kira orang jer, dia akan berlarian punya lah. Nak mendiamkan tu lah gunanya ada ipad.

but dia bukanlah main game. bukak youtube, and pasang any of the vehicles vid. Either trians ke bus ke, asal sume kenderaan tu hah memang dia adap ler sangat.

IMG_4083

Food aku tuh, nampak je penuh sepinggan tapi berkongsi ngan depa semua.

IMG_4094

tak bawak shooter lerrr

IMG_0590

selesai makan terus lelaju callo

nak berjalan ke apa tuh, hah Ampang Park

IMG_0595

berjalan dengan Abang, konsep pegang tangan mak dengan tak ikhlasnya masih lagi ada tuh. Aku selalu cakap abang kalau tak nak jalan dengan mami, kalau tak nak pegang tangan mami, nanti mami dah takde, abang nanti meroyan2 menyesal tau.

yelah mami, abang tak cakap pun abang tak nak pegang tangan mami

memangla ko tak cakapppppppp tapi ko pegang macam tak nak pegang jerrrrrrrrrrrrr!!

bapak ko dah lah sibuk kejar adik ko tuh. hah mak ko sentap kang

IMG_0601

menganiaya mak nampaknya ko  bang

walaupun mak ko berada di tangga tertinggi di belakang ko, tapi masih….

IMG_0602

tau ler lonjong, agak2 le mak ko kat belakang sikit

IMG_0613

sebelum kita redah ampang park ni mari kita umpan Zeeshan yek…

IMG_0616

ini kali kedua aku datang Ampang Park dalam bulan ramadhan nih….

caftan yang aku pegang tu memang cantiknyaaaaaaaaaaaaa but kena pakai long dress inner dalamnya. aku kalau pakai tu nak buat sesantai kat rumah ke, rumah mertua je ker

IMG_0628

we bought tudung kakak lagi kat kedai nih

IMG_0646

kak ko nak biru ke merah?

IMG_0651

escort kulu kilir ikut adik

IMG_0673

ni maknya rasa nak terobang jer coz payah betul nak mencari warna yang sesuai dengan size kakak ni lah…stress aku. pastu aku selamba jer agreed to purchase satu baju kurung kakak ni kan, suh bapaknya bayar.

aku dengo RM29

rupanya RM290 kakakakakaka

geleng pala bapaknya. baju kakak sorang je 3 helai, sib baik satu helai tu yang RM290 buatnya each 3 helai harga gitu, memang lar….

IMG_0728

situ jugak kita beli songkok abang and adik. laki aku tak yah, pakai lama punya…

IMG_0733

jubah abang too. baju melayu tak yah beli, dah tempah tapi tu lah, takde khabar lagi nih, betul ke dah siap heh baju melayu anak beranak nih…

aku dah cakap kalau takde gak siap baju melayu the boys, kita akan buat colourful theme tahun nih. No one tone theme dah…

IMG_0735

try je lah songkok tu dik, itupun ko nak meraung napaaaaaaaaaaaa

sekejap je kita nak try size tuh, hish ko nih

IMG_0737

this jubah, take size 54

IMG_0746

ini ada, aku beli selai kat sini, esok2nya aku belikan pulak kat Matrade yang carnival besaran of Venderu Festival tuh…cheaper sket, leh dapat 2 helai lagik, quality sama jugak

IMG_0751

balik malam tu apaknya heret kitorg pi QB, depa le makan beria, adiknya pun hah minum air sejuk, panas jiwa raga aku tengok memang malamnya kong2 dia batuk. aku allergic betul tengok bebudak kecik baya Zeeshan ni minum air sejuk lah, sama le masa zaman abang kakak dulu.

So yang shopping kat Ampang Park tuh, totally for them, laki aku punya pun selai jer kain pelekat. Lain sumer for abang kakak adik. Maknya zero zero. Untuk aku hah takde kan tapi lepastu kat Venderu Festival tuh, sampai 12 helai aku borong! Camne ler rumah tak penuh ngan kain baju, baju taun lepas pun ada lagi ngan tag tak berpakai.

Citer lain, kisah kawan aku yang punyalah looking forward nak buka puasa ngan kawan dia, dia buat la booking segala bagai, udahlah dia yang bayar but boleh kawan sorang lagi tu screwed things up, takde le rasa bersalah kawan pada kawan aku tuh, Dia punya bengang, terus balik tinggalkan buffet area walaupun belum waktu berbuka lagi coz kecewa dengan manusia kawan tu lah. At least dia balik secara sopan walaupun dia ada hak untuk baling sodek senduk ke periuk macam si Peugeot putih tu kan. On the way kawan dia message i ll pay for my portion. omg terus kawan aku rasa macam nak langgar jer mamat tu tapi idok le kan, what a mata duitan je dia rasa kawan dia tuh, pentingkan duit bukan pentingkan yang buka puasa kawan dia dah screwed up tuh. Wpun dia yang bayarkan tapi dia tak riuh on the kerugian, but kawan tu boleh sibukkan hal duit. yet the friendship tu dah berkucar-kacir.

ada sambungan, nanti aku panaskan dalam nih. hahahahahha, citer ni best.

Comment: 6

Tiffany CIPELA for Jalan TAR…

korang memang kuat ingatan. Those my loyal readers je lah, readers yang bebaru mana nak tau sangat kot. So kesinambungan dari kisah akak ke Midvalley mencari lace bagai, dan itu was like few weeks sangat kan, so kita sambung jejak ke Jalan Tar pulak. Aku nak cari kain lace je lah sangattttttttt pun kan. Katanya.

jangan le percaya, satu benda aku tu memang akan cecah ribuan je nanti. Yelah kain lace mahal 🙁

IMG_0904

hari Sabtu adalah hari anak2 bersekolah gantian so usai amik kakak jer dari sekolah, pujuk2 si kecil supaya lena tidur petang barulah kami keluar.  Tak boleh bawak anak2, nak speedy punya shopping heh. Lagipun Jalan TAR ni dah lama aku tak ukur jalan and need to go to one more place gak selepas settled di Jalan TAR.

 

IMG_0803

amacam gedebum tak?

IMG_0831

yang merah ni?

soalnya bukan lacenya tapi liningnya kahkahkah….

ada ke patut dia bawak aku kat lace yang punyalah terjojol bijik mata nak membayo. So dia bawak aku kat lace yang sesedang sahaja, walaupun biasa pada depa tapi pun lagi mahal but lagi cantik le of cos dari yang aku tengok dulu tuh. Lining pun boleh tahan.

Bungkus bermeters2 termasuk untuk my niece. Nasib baik tak bawak bibik, kalau tidak mau dia pun nak samaaaaaaaaaa gamaknya.

IMG_0932

Settled beli lace, melintas jalan pulak ke yang tempat jejual tudung tuh. Mencari tudung2 untuk anak dara, my niece also for my maid. Dan jugak for mak2 bonda jugak. Ini namanya tudung bawal hek, aku pun bukan le tau sangat, murah ko….5 inggit, aku beli lam 12pcs kot, untuk depa pepilih ler. but coz Bik ada buat hal, aku tak de ler bagi lagi, tunggu tempoh waktu bertenang sikit, biar nanti2 kemudian baru bagi. Knowing me, mestilah aku akan belikan for her….

IMG_0982

Kasi promote sikit kedai abang nih. Abang yang melayan kami kat sini bukan main baik lagi meriah mulut dia, sampai aku mengekek2 gelak dek keletahnya. So laki aku pun cakap, ok kita up sikit kedai dia. Sesapa pergi sini, korang petiklah nama akak tunjuk sekali gambar nih.

I bought the tudung Mak ajah dalam kedai nih.

IMG_0985

Mak nak pergi lagi umrah bulan puasa ni, so either buat pi umrah ke, harian ke bebila, mak aku ok jer ngan apa anaknya ni bagi.

IMG_0999

Penat berjalan sudah, kita singgah di Restoran Insaf tapi laki aku frust, roti bakar takdak, roti canai pun takdak. so kita makan mee goreng kongsi bertiga. Sesambil jalan dah makan keropok tu pasal memasing a bit full. Bagi laki aku rehat sikit coz dia yang mengusung barang dan jugak membayo tetudung segala.

IMG_1017

Aku main masuk jer kedai yang tak kisah pun apa jenama brand pun, dari luar nampak telekung wewarna but bila balik rumah too small for kakak, so 2 helai telekung tu kulantingkan pada my another niece, rezeki dia. Gonna get Kakak for tempat lain lah, online pun boleh. If you happen to know please buzz me. Kadang2 aku takut le nak beli online kat Instagram if tak kenal sangat, coz aku tengok ramai yang kena kelentong, duit dah bayar, barang tak mendapat.

IMG_1040

Laki dah seret balik, tapi mata mak encik pantang betul tengok kekedai yang ada, hujung ke pangkal aku masuk. Gambar hanya sedikit but seronoklah shopping di sini.

IMG_1046

Ada kedai brooch, tak tau lah qualitynya camne but borong jugak. For the same people jugak….sampai RD pun kena pilih jugak, dont care one.

IMG_1009

RD memang suka tengok langit. LOL. Speaking of this dress, very ler colourblock betul. Ini kali kedua aku menyarungnya dan lepas nih dress ni akan kupakai buat di rumah sahaja lah coz dah boring. Pertama kalinya pakai masa aku baru lepas pantang Zeeshan 44 hari, my first appearance di public for Nuffnang’s event jugak.

I love my new shoes. Supposed to wear it for my kerja but i just dont care. Walking selamba jer kat Jalan Tar nun dengan my new Cipela – ALIS. VERY COMFY! Wedges je pun, bukannya high heels yang tajam, so of coslah tak sakit kaki, it s only a wedges. Sekarang Cipela dah masuk Isetan KLCC. For Isetan members ada promotion price, 20% off, harganya untuk wedges nih ialah RM340 tidak lagi termasuk discounts yer.

IMG_1238

IMG_1220

It comes in black and orange too

Black dress is known as HiDY Black Dress Embroidered Tunic RM198, those wearing hijab can wear with your long pants and skirts.

Tidak ada warna merah yet, but takper. Tunggu next few months, ada surprise by Cipela and HiDY for anything in RED and i must join the theme!  Or you could get the collections at HiDY Store, address: No 46 Lorong Dataran Wangsa, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur

hidy@cipelashoes.com 012 395 6839 Cipela’s FB and Cipela’s website  and HiDY Store.

Comment: 7

Colourful and pre-raya’s shopping

IMG_8282

before i menceceh2….i nak wish Linda selamat melahirkan anak keduanya, semoga senang dalam pantangmu jua, Baby dan ibunya juga sejahtera.Met her during the birhtday party of Diva Darling’s daughter.

IMG_8037

awal2 kisah mr husband punya berlagak yang akan dukung Zeeshan kalau budak tu letih segala kan, tapi kita da ‘satu’ le barang sangat yang mak ko shopping kan, so usai daya, bapaknya give up. Pergi jugak amik stroller di kereta, naik le turun bagai. so sementara bapaknya pergi ngamik, takkan semua nak mengekor, so aku menyopping le dalam kedai nih. Mata aku memang suka betul dengan colour gengarang nih.

IMG_8044

i took this colour, pakai at one of my events

IMG_8040

idok le teman amik hok nih…

IMG_8046

Zeeshan yang mengekori ku semedang, mana dia nak ngan sesapa, either aku or bapaknya jer yang nak berdokongnya

IMG_8051

udah bapaknya pi amik stroller, so dalam badan semangat dan kelembikan maknya mendukung, harung jugaklah. Udah anak ko dok mokak2 ‘nak troy nak troy’ so aku rela shopping jugak dengan berkendong anak.

IMG_8061

orang dok dalam fitting room pun dia keluar masuk keluar masuk, 2 orang menjaganya kat luar curtains, aku dari dalam hah

IMG_8069

hok nih, memang dia mengantuk tapi nak jugak mi mi mi miiiiii

habis tu kereta sorongnya tak sesampai lagi

IMG_8073

mii…pelity pelity

pretty ye makna sebutannya….

IMG_8075

ini aku tak amik lah

colournya lebih kurang je sume sama, designs je lelain

IMG_8079

bersakan ko keluar masuk lari fitting room heh….

asal depan mata aku, tarak hal lah…

IMG_8091

bila dia nampak apaknya datang dengan stroller, punya dia laju melompat terus duduk dalam tuh hiks…orang tu dah mengantuk, dia memang tunggu time je nak tidur.

IMG_8115

pun tak jugak tidur, naik atas Metrojaya, dia dok main2 lagi dengan bapaknya

IMG_8113

main kelecak kelecak lagi hah

IMG_8104

so antara lagi menyambung satu barang shopping aku lah sangat ialah baju raya Zeeshan and Kakak. Malas ler laki aku nak kuor during Ramadhan tu kalau lelama beli gini, ngan nak bawak anak2nya lagik, setakat size kakak boleh je main agak2, apa susah, maknya lebih kurang ngan kakak cuma kakak size bebudak le kan.

IMG_8128

kakak macam biasa seluar panjang and blouse/shirts, skirt labuh selai cukup, bukan dia repeat pakai sangat pun nanti, ada gak bagi cousinsnya balik. Lagipun dress2 ni bukan pojaan hatinya. caftan takpe, long dress takper itupun kalau tak perlu berlarian dan berlawanan ngan the girls.

IMG_8134

tak sempat laki aku nak tutup mulut menguap dah kena kantoi amik gambo. pastu aku jumpa banyak betul gambar menguapnya, nampak benarlah sangat bila time bini menyopping adalah satu kemengantukan yek RD???

IMG_8140

menguap lagi bang??

IMG_8148

RD, menguap lagi??????

huk aloh suamiku, tidur pukul berapa semalamnya hah? Tak silap aku masa ni belum lagi start World Cup

IMG_8163

aku dok cari size, dia dok layan menguap, aku suh dia carikkan size. Kadang2 orang laki ni tengok bini korang dok terkial2 mencari size ponggah sana sini, pun ko buat dek jerrrrrrr kan ….. tu pasal menguap.

IMG_8171

yang kat dalam tu dah lama beralun mimpi

IMG_8196

mencari lagi seluar Zeeshan punya size, pun aku bahagi dua kerja ni ngan laki aku…..kalau tak kang dia menguap lagi kang hahahaa

IMG_8203

hah masa bayar terus mata laki aku terang kahkahkahhhh

IMG_8207

lenanya si kecil

IMG_8220

ini aku pandang maid aku, dia boleh terbongkang tengah2 restaurant nih.  Lepas order durian crepe, ni sekali dulu aku ajar makan durian crepe sampai sudah tiap kali ada kedai ke restaurant jual dia mesti nak order. Like i said, maid kali ni memang high end sikit, ada banyak lagi kisah2 yang terpaksa aku batas2kan cerita di sini, perit nak bercerita.

Pas order her food, seselamba jer pejam mata ngan badan bukan main posing membuto. Siap aku amik gambar dia, pastu dia bukak mata aku tunjukkan gambar tu, mana manners engkau. Eii diva davos betullah pompuan nih, kalau ‘Bapak’ ada tak berani dia nak buat gitu, Laki aku pergi toilet ke mana tah masa ni.

IMG_8269

n the little boy dah bangun bila di restaurant ni jugak, kita balik and malam tu terus melepak di QB pulak, u have read the entry earlier.

IMG_8245

Semua orang makan, aku tukang menonon sahaja, Makan bukan untuk kenyang, tapi makan untuk melapik perut je skang nih…..

Tapi tak lah semestinya aku tak makan langsung pun bila depa sume ni makan, aku kan dah stage makan but tang carbs tu aku takde lah actively sangat. Berpada2. ada kalanya terlebih jugak but pastu gostan le balik. i ve lost 12kgs so takkan ler nak buang tebiat makan cam orang gila plakkan. Tapi kalau shopping hehhehehe tu masih lagi ngan tabiat lama.

So dari pulangnya Midvalley and The Gardens with 1 item, bergoyong2 plastics yang dibawak pulang but bukan ler baju aku sorang, ramai lagi untuk anak beranak sama jugak. Voucher dapat masa shopping pun, laki aku utilised habis for his shirt, eh for his son’s. Depa ni baju sama jer heh. Apasal aku dok tanya baju kurung/raya/modern/jubah caftan for kekanak riang ria umur 10 – 12 tahun, girl tak dapat hah, payahnya nak mendapat. Trusted online bolehlah hangpa promote, banyak yang scam kekdahnya. Ado?

Mencari kain kurung raya or sekapal dengannya for Kakak tuh, we usually beli ready made je sejak dia membesar skang nih, maknya pun ready made gak.

For some reasons, ada technical error on my entry nih, photos tak kuasa malas dah nak centralized and contents pun tak justify. Tak apalah, isinya ada.

Comment: 9

The lace…

IMG_7950

cak cak cak?

bertabah je bapaknya mengekor budak ni punya rounding satu kedai nih. baru je masuk dia dah berlari. Zeeshan ni masalahnya dia tak suka nak berjalan steady lenggang kangkung. dia nak jalan ke main laju most of the time dia nak berlariiiiii jer. apa yang ko nak kejar sangat pun. Jarang2 dia nak kita dukung melainkan ada stroller.  Nih stroller tak bawak. Bapaknya ngan angkuhnya berkata, ah tak yah, kalau dia letih I dokong dia.

begitukan, tunggu di akhir rancangan ye RD LOL

IMG_7952

sekejapan kemudian.

bapaknya bosan dok dalam ni, sebelah  nih ada toy s shop, so depa berdua dok situ dengan amannya. While aku ngan niece and bik mencari satu benda yang aku hebohkan sangat. satu le sangat pun kan. ado yang tanya aik bibik pun ikut, hah korang tak tau keeeeeeeee dia tu pantang aku keluar. dia yang dah siap dulu. Kalau aku insist jer sangat tak bagi dia ikut baru dia akur but pastu dia bagi muka muncung 3 ela, eiii menyampah le heh. Mula lah buat muka kesian. Kiranya setiap weekend kalau aku keluar tu lah dia pun nak menebeng sama ngekor!

rimas hokeyyyyyyyy, coz maids aku sebelum ni sume jenis yang bukan ikut berjalan dan aku laki bini jenis urus anak2 sendiri bila keluar. Kereta pun tak sempit, but ada satu kes buat aku rasa pasnih, ko takyah ikut dah lah. Ko dok umah. once a month bolehlah ngekor, ni setiap Sabtu Ahad pun nak menebeng, hoi tak payah!

IMG_9486

kebahagiannya dia dok dalam dunia permainan

kereta melingkar2, ketapi kapal terbang, semua dia boleh layankan. daripada dok ngan maknya dalam kedai kain. kahkahkah.

 

IMG_7954

akak carik kain lace dik oi.

masa kat indo dulu tak terpikir nak carik, eh pikir but tak cukup rupiah dah, pastu luggage dah sendat ya sangat. Pastuh patut nak pergi lagi Jakarta but not that soon yet, so kena ler settle ngan cari lam KL jer. aku dahlah bukan terer sangat hal2 kain nih. Kain ela kurung raya tu kalau tanya aku lagi le aku tak tau apa yang trendy, aku prefer lagi yang modern2 one. gitu katanya ko kan.

IMG_7971

sebenarnya mata mencari biru

tapi tangan meraba merah

well well well

aku ada penyakit merah sket.

nampak je merah sume nak dirabanya.

IMG_7993

nah bukan takat raba

nak menerai terus.

nak tengok apa lining paling cocok, konon2 nak le buat macam skin colour dalamnya tu kan, but choices kat kedai ni not so much plak. specially the lace.

IMG_8007

tapi kan

aku bukan nak amik merah pun

gatai benar nerai merah. Bersungguh beria. bila ditanya, oh ai sebenarnya nak carik biru hahahhaa….

but i cannot tahanlah with the red. Bilo ke nak pakainya kan. Bebila boleh, skang baju wedding leh buat baju raya, baju raya leh buat baju event, buat pergi kerja pun boleh gak but terus orang pepandang dan famous gitu. Wpun dah famous **batuk**

IMG_8023

ha begini birunya juga anggun sekali yah. pun kena try few linings gak, nak tengok mana yang lebih naik ngan tidak. dah posing sana sini, tengok sana sini, budak staff tu cakap suh datang balik esok after 3pm coz ada lagi bergelen2 lining baru nak datang, stock baru.

ko ingat aku dekat ngan ko

nak suh datang senapas je dik.

melainkan kalau benar2 meleleh air liur je akak pergi dik oi.

Jadi task aku sekarang, dah 2 weekends terlepas untuk ke Jalan TAR sana. Aku nak belikan tudung for my family members (yang bukan family pun aku kena belikan jugak, sapa lagik huh…) juga untuk kain lace aku hah. Sana lagi banyak choices, laki aku bila dengar je nak pi Jalan TAR, dah offered, pi sekarang, jangan pi bulan ramadhan.

Ngah cari slot le nih

bila le nak poinya heh…

IMG_8029

 

biru ni ko pakai ngan handbag merah ke omg omg omg. Habislah ko Che Ta, ko dok belakang aku sekarang.

anway, takde sapa nak buat baju akak yek, aku pi hantar kat Aunty Yelly je lah. Hari tu hantar caftan yang labuh untuk orang yang ‘tinggi’ cam aku nih, dia tak sesudah ler tanya napa tak jenguk dia. Bukan tak jenguk tapi kalau hantar seluar2 kerat tu itu loh kong boleh kasi settle la, saya office hour punya orang manyak susah mau jalan sana mar…..

Sekali aku datang aritu sendiri turun tanah, terus dia buatkan caftan aku free of charge! ko tunggu la bila aku hantar kain lace ni….bape le kena ni kang. hahahahaa…..tapi dia memang sayang aku, kalau nak raya jer dia suruh amik kuih raya, coz Istana Negara mesti hantar berkotak kat dia. hah rezeki tu. Majmuk muhibbah kami 2 bangsa 🙂 .

ok ok balik pada satu benda lah sangat yang aku nak kejarkan kat Midvalley tu benda ni ler, seketui lace tapi tangan kosong jugak balik. dah tuh, datang jejauh kalau takde gak membeli rugi le kan, so kena ler jugak carik benda lain…and nah, tu yang jadi berketul-ketul barangnya. coming coming…

 

Comment: 8

A must thing to do….

IMG_2767

gambar yang buat laki aku tak sabar nak balik,kahkahkah. Kitorang ni selain FaceTime, we send photos to update each other. biasanya tengahari le, waktu dia baru bangun waktu sana.

IMG_2789

Nice combo?

The blue and green ni, ramai gila kawan2 aku yang sedap mata memandang, suka betol depa, i never thot pulak boleh jadi kegilaan warna, dan jugak the pencil long green skirt. Pasnih boleh tembak pakai dengan merah top pulak. By the way memandangkan suami ku tiada di sisi dan aku adalah tak kuasa ler nak memanjat tukar2 handbags, so aku pakai jelah handbags yang senang dicapai, yakni semuanya Chanel for this month. Dan jugak in a week pun semua disarung sama. Takde dah pakai 2,3 bags in a week.

 

IMG_2803

Uniqlo comes up with cropped pants lagi but versi ketat metat hah. Aku kalau pakai suor gini bila nak pakai ngan boots je lah. Nak pakai hari2 biasa, pun boleh, skang dah kedemping kan. i bought 2 diff colours.

IMG_2809

ini katanya seluar opis. Cropped but emm, cam tak sedap je. Nampak sedap but tah…tak amiklah

IMG_2815

Sambung ke Mango, pun takde yang berkenan….selai comot gini kat 100 huk aloh….simple gila je pung

IMG_2817

must wear with inner

IMG_2818

nice gak but XS size nih, pun besau. some of their collections kalau pun XS ke S pun godanglah….

IMG_3023

The end of the week, I had lunch with Cipela @ Hidy Collections, dihadihi sepasang kasut merah biru, tak berapa tinggi, red blue. Terus sarung and pakai. Posing tumpang dalam Ferragamo kahkahkah…Nampak lah bonar ‘tinggi’nya aku bila ngan Hid ni heh….tak boleh jadi, pasni buatkan akak heels 5 – 7 inchi heh!

Seluar hitam aku tuh, mostly semua longgarrrrrrrrr yang dah pakai belt pun nampak lagi macam mengetat dek tarik ngan belt. I dont want to buy a new one yet, coz sebelum aku turun drastik 12kgs, aku beli 7 helai seluar dalam hari yang sama. So semua 7 helai tu adalah sangat bebaru…sayang. Out of 7, hanya 3 je boleh disarung, lain tu memang melondeh habis.

Dik di instagram, adik2 di FB, penat lah akak dik, jawab soalan yang sama. Cerita entry akak kurus boleh google HCG treatment dalam blog akak ni ye dik, itulah rahsianya.

Comment: 7