The Pop Look

@thepoplook ‘s Raya Syawal Aidilfitiri Collection!

 

TPL_raya_Magnolia

TPL_raya_Gladioli

TPL_raya_Pansy

TPL_raya_Petunia

TPL_raya_Viola

TPL_raya_front

POPPY Raya Collection 2013 bermula hari ini di ThePopLook!!  Bukan sahaja maxi dress, kurung sets, shawls tudung pun ada available di  thepoplook.com. It s launching today today today, so pi click cepat!

Harga tawaran dari serendah RM86 sehingga RM149 manakala raya shawls RM36.  Walaupun aku tak bertudung, tapi kain jenis dan fashion ‘Aida’ dalam TPL tuh, aku berkenan. Kain baju pula, available in sizes S, M, L and XL.

If you are buying for me, as the raya gift – get me the M size. kahkahkah! tak payah sesusah nak tau alamat ai, u cakap je kat TPL, pls post this to Redmummy. TPL tau le my house address to ship the stuff.

OR

if you nak hadiahkan orang, you bolehlah jugak terus direct order dari TPL, and get them ship to the respective frens you tuh, suami boleh surprise for bini, alah tak yah le nak tanya bini colour apa yang berkenan bagai, beli baju je pun, bukan beli kereta or rumah kan, so buat ler surprise sket untuk gf, bini, adik mak akak….

Selamat bershopping Raya Collection di ThePopLook, sekarang jugak!

ini adalah video the full teaser of the Poppy collection, aku dah macam nampak nak amik yang mana….cuba hangpa sama tengok coz dalam video tu, ada all complete the Raya Collection.  Cantiknyaaaaaaaaaa!!! I want the blue, the green the white the redddddddddddddd!!

Hey ThePopLook, my readers are buying the Poppy Raya Collection for me 🙂

eh…kata birthday is coming kan.

Comment: 11

2 from ThePopLook!

IMG_2733

suka suka sukaaa the peplum dark blue long skirt nih

but ai tak dapat nak tunjuk le sangat kat sini kekembangannya! but sangat sedap comfy betul bila pakai

http://thepoplook.com/4026-norah-peplum-maxi-skirt-navy.html

so link tuh boleh tunjukkannya lagi details, ada lagi satu colour by TPL in dark purple

IMG_2877

for weekend, i pakai the green top, semestinya juga dari TPL jugak, esok esok boleh pakai top nih dengan the cardigan to work, in fact dalam my Alma oren tu pun ada cardigan.

i m checking more new stuff from ThePopLook

sudahkah anda?

tanya macam sudahkah anda membuat pilihan yang tepat untuk mengundi? hikss.

undi mana korang?

Comment: 14

Britney red!

IMG_1494

beginilah kalau dah menjadi toddler, apa yang ko nak naik, ko naik je lah nak…mak temankan. masalah aku masih sama, napa takde kerusi untuk parents duduk…huwaaa letih wor berdiri tunggu budak ni membosan naik menda nih. Tengok keek aku, bertukar2 naik heh

IMG_1500

kali ni ada size si bapak so terus borong! pun sekali lagi tengok le lam keek sampai ada yang aku duduk dalam fitting room with RB coz tak larat mengejar dia pusing sana sini. ada waktu bapaknya ngah try suor dia pi jalan lenggang mak limah, ya hampunnnnnnnnn sejauh2nya dia berjalan dari tapak bapaknya tukar suor tuh.

stress betul aku mengejar. tolong tolong cepatlah habis soping pak oi. dinda ni penat mengandung beranak nak kejar anak tu pulak. kejar2 ni keje youuuuuuuuuuuuuu, bukan kejar ai.

my pink jacket dari H&M, tu satu je lah helai aku beli dari shopping ngan depa pun.

 

IMG_1505

dalam banyak giler jam loceng tuh, ada le 1-2 jer boleh dipakai, lain sume rosak! sapa beli tak buat checking dulu, nasib malanglah hangpa.

penyudahnya laki aku beli kat area2 umah kami, jam loceng bilik abang dah kojol. jam ni ikut turn tau. one after another. pas bilik kakak goal, bilik abang pulak. bertukar2 tangan memasing. ni jam bilik abang dah beli baru, kang sok sok jam loceng kakak pulak yang janam.

tapi beli jam loceng bunyik2 gini, walaupun berdering sakit telinga dengo, pun bukan sekali rap anak aku bangun. ada jugak makan masa depa bangun gak. dah tak lut dek telinga heh!

IMG_1642

Red Britney Blouse by ThePopLook

red top ngan fushia jacket atas2 tu lain sedara-maranya yer!

kuor pi cover event rambut ke main beralun, balik event terus sanggul mak merah….

Comment: 13

Nasi mandi nasi arab!

 

IMG_7846

nasi arab  nasi arab nasi arab

2, 3 minggu mak aku berzikir ajak gi makan kat sini! so kita pergi jugak bawak depa, my sis and family, ipar duai pun ada sama ikut. 2 kereta jer pergi, nun di Bangi. hahahaha jangan ditanya ler nama restaurant nih, aku sibuk dalam kereta buat kerja sambil mengendong anak, sambil borak ngan mak ajah pak aji, langsung tetiba oh dah sampai.

Bangi tu! jauh ler dari pengkiraan mata kasar mak meyah!

2 meja kita amik, one is yang aku duduk, and belakang tu pulak budak2 kecik ngan my ipar and sis.

IMG_7750

kerja order ke hapa, my sister and mak uruskan. diorang yang expert dah berkali makan kat sini kan…

IMG_7825

abang lebih rela duduk diapit atuk neneknya dari duduk ngan cousins perempuan dia semua tuh, apatah lagi semua pada dia adalah masih kanak2 coz dia kan dah nak masuk teenager. ehceh ko bang. RD makan huh menganga sesajor.

 

IMG_7848

RB sambil makan his food, yang memang dah jadi kebiasaan aku bawak sendiri, mak aku suakan jugak nasi arab atau ngan nama asalnya nasi mandi. sodap ler dia menelan. ngan mak eden memang kalah ler aku, tak leh nak bidas kata tak boleh, dia akan tetap cakap bagi jer bagi jer, budak tu dah besau! korang pun idup je 8 orang mak bagi makan memacam. ahhahaha mak oh mak! sama je ngan RD, dok membagi jer, aku je yang memang pantau habis makanan baby food RB.

IMG_7868

 my Harley Chiffon top is by ThePopLook!

of cos, masih setia bersama TPL, kita dah lama kan joint venture 🙂

IMG_7865

balik tu bungkus the nasi mandi coz satu portion pinggan makan sorang boleh makan untuk 2,3 orang heh! banyak giler betul portion orang arab heh

IMG_7877

RB dok exploring kulu kilir, so cousins and kakak abang dia jaga dia ler….janji ko jangan kuor dari kedai, as long as di pandangan mata mak apak ko, ko hilang dari mata siap ler mak kau mula menggagau susah hati!

IMG_7892

 tapi nasi bubur dia jugak yang dia kokakkan lagi selera!

untuk kita makan reramai nih dalam RM250, so many things yang depa order, kebab ler, nasi mandi nasi tak mandi nasi tak cukup mandi hahahahah ok kidding!

will come back again for sure but nak ke Bangi lagi tu yang huh! kalo tak kerana nak membawak mak pak haku, memang tidak ler aku nak jejak. Jauhhhhhhhhhhhh….

Comment: 18

Red Family di JPO (Johore Premium Outlet)

IMG_5181

top cardigan is by ThePopLook

lollipop dress tu aku beli mintak Diva Darling helped to personal shoppedkan from UK.

DSC_2999

Melangkah pertama kali ke JPO walaupun dah setahun gitu ler JPO ni dibukak but tu lah kalau tak kerana ada hal di JB memang takdo ler den nak menyinggah

DSC_2990

maknya sibuk nak Instagram jap sebelum membuzy shopping dalam JPO

IMG_5185

dress meleret basuh cuci lantai JPO

DSC_3004

muka kena tebal buat photoshoot wedding kat sini ye dik

IMG_5186

not easy to kumpulkan budak2 ni untuk bergambar sementalah Abang ni payah betul ngan camera.

i have to keep reminding him to smile. tu senyum paksa heh…

DSC_3008

kakak rajin amik gambar and jugak diambilkan gambarnya she s ok

Timberland’s shirt RD tu beli dari KL tapi yang jual the same one kat JPO lagi mahal hoi! apakah?

IMG_5189

Thanks Seman for taking this photo for us….jadi ler nih

IMG_5190

Red, ke kiri sket, nak amik gambar Burberry tuh

ceii ko!

aku tak masuk pun Burberry tuh yek, tak berapa minat and tak cukup masa pun yek

IMG_5191

JPO’s tour

IMG_5192

meloncat kakak!

IMG_5196

sebenarnyakan aku dari KL niat tak nak berapa shopping sini coz kawan2 pun dah bilang JPO punya hasil tak berapa happening, jadi tak semua kedai pun aku masuk and my shopping pun very the sedar diri. as per niat dari KL jugak

DSC_3016

dalam Samsonite ada aku beli 1 small luggage

DSC_3020

bapak cuba nak calm downkan RB coz kat sini dia sangat mengamuk

he s so tired and super nak katil sangat. yelah dahlah berjejam dari KL JB pastu rehat kat hotel sekejap jer, on the road again then JPO lagi hui yaiiii memang mengamuk sesangat si kecik tuh

DSC_3060

dalam La Senza tak best lah

harga samo je ngan KL, baik beli kat KL coz dah tentu boleh pakai membership card

DSC_3068

RD mostly masa kat JPO dia suh aku pi shopping ngan abang kakak biar dia uruskan RB, masa nak bfeed jer aku take over

but macam kat Levis and some men stuff tu akule yang handle. kita tak banyak masa, so memang terkejar2 jugak

DSC_3057

menunggu abang menerai seluar jeans GAPnya, sama je ler harga ngan KL, pun baik beli di KL coz as a member boleh collect points

tapi aku beli ler jugak coz yang kat KL pun nak kena bawak dia, wpun hari raya ada beli 2 lai

abang tu cepat lonjonglah, aku beli dia yang size budak umur 14 tahun tau!

ni kakak dok tunggu depan fitting room jaga barang so mak pi check up kain baju budak2 and berlari2 menunggu abang yang mencuba seluar baju

DSC_3070

steady papa!

DSC_3072

semua gambar pun anak2 yang pegang camera

DSC_3075

walllaaaaaaaaaaaaa! nak memujuk si RB yang dok mintak katil. dia sebenarnya letih ler ngan kat luar and orang ramai nih…

DSC_3076

AX belakang tu pun aku tak masukkkkkkkk

DSC_3079

hah bag ni, Samsonite kecik aku ada beli, rasa macam worth. 50% off so about RM225

IMG_5199

mummy abang dah terer bla bla bla

hah what what?

DSC_3080

sebenarnya dalam luggage tu dah ada isi ye, isi barang shopping! yang sangkut kat stroller RB lain

IMG_5200

depa menonong tinggalkan mak and kakak. JPO ada 2 tingkat…tak sampai 4 jam pun aku spent kat sini, tu pun 1jam for dinner. budak2 melapau, lagipun nak kena attend RB jugak yang melapau sama

kitorg skang apa barang pun sume kena ikut mood si kecil tu sekali, dia ngamuk ke hapa, sekali 4 orang pujuk dia

DSC_3082

gelap takper, janji ado.

anw, i nak mintak maaf kat mereka2 yang tegur and jumpa akak di JPO nih, nampak rushing sangat kita berjumpa dan bergambar dan halahai, boleh leave comment kalian kat sini, sorry ye yang yang sumer…ada baby kecik gini ler, dok nak kepit memanjang.

DSC_3089

hahaha budak kecik ngamuk sampai merah2 dah muka dia. stress betul dia heh coz nak mentido bising, nak main takde mood, nak golek2 tak de katil, nak bfeed kena tutup2 ngan kain

IMG_5201

penyudahnya memang ok lah shopping di JPO but aku rasa macam tak berapa happening dibandingkan ngan factory outlet kat London, Paris,  or Germany or Europe or even US. i havent been to US but my husband did so memang kalau kita compared tu sumer tak cool lah. ada benda best beli tapi mostly kalau benda tu mahal dari harga kat KL memang alahai.

sebab ni pun bukan review on JPO, lagipun niat asal more untuk bergambar di JPO. ada le jugak shopping sket2. bolehlah 🙂

Senai-20120901-00268

tapiiiiiiiiiiiiiiiiii, ini benda wajib carik di JPO! sepanjang banyak negara yang aku pergi, sampai kawan2 satu dunia pun mencarik except di Japan lah kan, ini ler yang harga murah sket kat JPO. standard price kat KL is RM290 but di JPO ialah RM203. heh murah tu tau! alang kepalang, 2 bottles terus aku sebat!

So hangpa kalau pemakai cleansing oil Shu Uemura, get this one or two or you buzz me, I boleh sentiasa kirim. but not now ler, tahun depan ler ko buzz aku, ni pun 2 botol aku beli mau makan 6 bulan gak baru habis heh.

Tanya aku kalau datang JB nak pergi JPO lagi tak?

boleh jer…

Comment: 25