To Number 3…

I have not been updating about Zeeshan’s development, wah very the lama. Orang dah beranak 3 macam ni ler. Cuba baru beranak sorang, hah kau amik hari2 cite pasal anak, pastu kat fb kat ig kompem orang pun muntah  ko tak habis2 cite pasal anak ko je kan Kak. Sebab dah beranak 3 jadi takde le nak menggila sangatkan. kahkahkah.

Aku paham orang yang baru beranak baru tu, excited betul nak posting merata, nak satu dunia tau betapa hebat comel lawaknya anak depa, takpe takpe….tunggu ko beranak 5 sok. hiks.

Anyway…little bit about Zeeshan.

IMG_1140

drummer set yang aku beli nih, sihat walafiat sekejap jer, ada gak lam 2,3 hari pastuh, tiang ke mana, kerusi ke mana. Biasalah semua toys dia memang sekejapan dah hancur. Tapi one thing for sure, any vehicles toys semua akan dia carik balik. Itu memang dia kepit bawak tidur. Lori ke truck, trains, kereta maknek tu sume lah sahabat dia.

IMG_1227

Ini pulak aku memang subs Toys r Us punya booklet, so bila dapat tu aku belek2 and dia pun sama menebeng pastu dia terus rampas and mengadap. Dok beria tengok mende2 dalam tuh, banyaknya toys. nak tu nak  ni. Malamnya tidur ngan booklet nih. Esok pagi bangun, dia cari balik buku ni, tengok balik. hiks….

pastu buku ni pun dah ke mana, hancur lebur le tu.

IMG_0938

when he was not well aritu, balik dari Prince Court jap depa singgah KLCC dan seperti dijangka dia akan tuju kat segala jenis vehicles lah, dapat balik truck besau and kereta kecik satu. Menunggu dia memilih pun boleh tahan lama gak. Dok pegang pastu letak pastu pegang lain letak, and eh ko….udah2 ler.

 

IMG_5190

kami masih lagi pakai car seat kat dedua kereta, but maybe kat kereta RD punya car seat ni dah boleh get rid but untuk kereta aku masih kena maintain. He s going to be 3 years old bulan depan, dah memang drypers free cuma waktu tidur je lah belum lagi aku berani coz dia punya minum air suam/susu berbotollah. Maknya nak bangun 2,3 kali waktu tidur tu nak kejut dia pergi kencing alahai, belum rajin lagi.

IMG_5210

Sahabat nenek, dok gaduh baik gaduh baik manjang ngan neneknya….tapi ngan atuk dia paling looking forward untuk pusing naik motor. He will ask for ‘more’ kalau atuk pusing motor satu round jer, he needs more more more.

IMG_1265

keaktifan dia sama le macam anak2 lain gak, dahlah anak lelaki, main pijak badan makpak abang kakak seselamba jer. Kena marah pun dah biasa. He belum sekolah lagi, insyallah taun depan kot coz sian pulak aku tengok dia dok bergaduh ari2 ngan maid and neneknya. Gang pun takde. Last year, ada  pernah aku hantar dia kat satu kindy ni but lasted 20 hari jer coz i m a possessive mother lah, tak sedap hati tengok orang jaga anak ko walaupun dia learned lots of stuff kat situ.  So aku tarik balik dia keluar and he stayed home.

1234 tu dia tau cuma bila kita tunjuk number yang lagi higher lagi pening dia nak jawab. Anyway taun depan pun bukan aku cari skul yang whole day, yang 2-3 jam jer, budak ni nak memain jer.

IMG_1766

hoi kerinting betul rambut ko dik. Ini kakaknya dok buat acuan ukur tinggi badannya. We tried to do every months or if bila teringatlah. So kakaknya dok bilang if adik nak lagi tinggi, go jump jump jump. Udah dia dok jumping je lah atas katil.

Dia tengah nak bercakap, tapi belum le pepanjang ayatnya. Ada wordsnya dia ngah confuse. Dia masuk menyorok dalam selimut dia suh kita masuk, ‘come outside’ ahhahaha oi inside le dik. oooo inside. Come inside mami.

IMG_1907

waktu pilih2 our pintu and pintu bilik air, dia dok le kuar masuk kuar masuk…..

IMG_1931

pun sibuk nak amikkan gambar

IMG_1936

kadang2 gambar dia amik pun bukan satu badan, nampak leher ke bawah je, tapi dia punya berlagak tunjuk.

he akan cakap picture picture picture!

anyway setiap malam dia tidur lambat, kadang2 aku dah tertidur dia masih tak tidur, but abangnya tolong jagakan kejap sampai bapaknya balik (abangnya skang ngah cuti sekolah panjang coz budak SPM) so dia akan tunggu bapaknya. He knows bapaknya balik after 1am so dia memang payah  nak tidur. Banyak kali dah aku off lampu bagai sebelum midnite pun tapi dia tetap golek golek golek atas katil and kekejap bukak pintu dok harap bapaknya dah sampai.

 IMG_1257

ini salah satu luka jatuh. Abis tu orang suh jalan pepelan tak mau, dok lari manjang  hah bila jatuh dok mengadu. Oh he sangat kuat mengadu weih, dia jatuh sendiri nanti bila aku balik kerja dia hantar le laporan ‘kakak buat’ or ‘abang buat’ or ‘bibik buat’ . Kadang2 bangun tidur, dapat susu lambat pun dok report ‘abang buat’ hahahahah ko ngah tidur tetiba ko nak petik nama abang ko.

kira semua orang termasuk aku pun dia akan report to each other. Semua orang buat dia lah. padahal salah dia sendiri. Dia  nangis tak dapat tengok Elmo or Hi 5, dia report ler Bibik buat, bibik off tv. Dia tak dapat chipsmore, dia ngadu lah, Daddy buat! semua orang tiau ko le yek Zeeshan.

we are not planning for any big birthday party coz 3,4 ke 6 bulan ni in fact sampai early next year kita dok busy kebana ngan project besau tu lah. Short holiday ke long holiday pun takdak nya dalam cuti sekolah ni, bawak pusing KL je lah ye anak2, makpak korang sedang tungkus lumus busy bonar. Aku pun kalau travel pun bukan coz of my personal things tapi for blog punya kerja.

speaking of that, nak on trip kejap. Local jer.

Comment: 9

Penglihatan lebih baik dengan Transitions® Signature™ Lens!

.

IMG_1467

 

Macam akak mentioned in earlier entry, akak actually dah pakai transitions lens bertahun-tahun dah. Basically yang baru ni is my 3rd pair which is the advanced Transitions® Signature™ Lens. Yang dulu punya 2 pairs tu were Transitions Original Lenses. Seriously I can feel lot of difference between these 2 generations. This pair with Transitions® Signature™ is much much better and clearer compared to those earlier pairs.

Tak kira panas berdenting, I just love the way the lens transitions to darker shade. It does not only simply turn darker but it turns to the right tint depending how much UV it gets. Ini secara tak langsung membuatkan penglihatan akak menjadi bertambah baik walaupun berdiri macam atas tu di bawah direct sunlight, sebabnya those lens menghalang 100% of UVA & UVB rays. No more squinty eyes for me 😉

IMG_1544

Dan apa yang akak paling suka sangat tentang Transitions® Signature™ Lens ialah its clear state lens, memang lah sangat clear, as clear as crystal. Boleh tengok gambar akak atas tu bila mana akak dalam kedai indoor, tak de cahaya matahari langsungkan, it becomes as clear as normal clear lenses 🙂 Ini membantu my sight menjadi lebih baik dan sekaligus memudahkan dalam apa sahaja pergerakan akak dalam aktiviti harian, dalam keadaan apa dan di mana sahaja, macam ni hah ngah pilih sinki lah jubin lah huh memacam.

So, get one for you too!

Comment: 7

My car accident’s story…

so so so

my car was hit by a Kembara.

hem….apapun Alhamdulillah, takde ler minor ke major injured to me pun. Kereta je lah yang hemm hemm…

IMG_1360

lepas kena hit, on the right lane, so taulah petang jumaat, jam nya hujannya. jadi kita pi aside on the left, aku follow belakang dia coz takut dia lari ke hapa, so park le tepi jalan kat depan Lexus Showroom yang hala ke Sungai Besi/Salak South nun.  Tu pasal dalam gambar ni keter aku kat belakang dia, dah  namanya pun kena hit, of cos lah masa kena tu aku depan dia kan.

Aku tak tengoklah sangat damage dia coz damage aku boleh tahan gak lah. Songkek bonet ko lengchai.

IMG_1364

jadi dalam hujan rebas.

Kisahnya aku tengah mode berhenti, dah few seconds lah. biasalah jem kan, kadang2 laju, kadang2 kena berenti jem. Normal ler. Keter depan depan depan aku pun berenti gak masa tuh. But lengchai ni boleh barai driving mata ke kiri (katanya mata dia tengok lane kiri laju), so dia sudah pecut and bang terus keter aku.

Motif le mata ko belah kiri wei, orang driving mata ke depan. Ke ko tengok handphone ni? kan kan? nipu akak yek….

IMG_1365

so aku bagi dia 2 options, kita settle by police report / insurance cover or send to your mechanic and you pay the bills. Dia dok roger ayahnya ke kawannya ke tak tau lah pulak aku, sian hakak, aku payungkan dia ler. I memang keluarkan payung utk badan aku le coz tengah hujan kan…sebelum aku share payung tu dia ckp ooo sejuk sejuk so cold. Yelah dah ko mandi hujan. Jadi berkongsi le payung and berdiskus. Mana ko nak dapat orang yang dah kena langgar dok payungkan ko dik? Ado ado? sesilap kena tumbuk kena maki hamun pun ko dapat kot nanti.

Tapi options aku bagi tu pun aku refer dari laki aku ler. The first person to know aku accident dah tentu le laki aku kan, dia tak bagi aku deal apa2, dia nak tengok dulu the damage. Dari gambar tak boleh justify.

IMG_1385

muka lengchai yang ke main ramai berkenan  nak buat laki le adik angkat yek…bila ai ig/fb kan. Looks baik le budaknya, entahlah aku pun tak marah pun dia. Cuma masa kena hentam tu, aku keluar kereta terus tanya ‘whats up man?’ hahahhaha pastu terus ajak dia pi the other side kasi settle. Tapi entahlah, aging factor ke or memang mood aritu aku macam calm gila so aku memang takde le memarah. Gegelak lagi ada le ngan budak ni. Dia bagi IC dia bagai, suh amik gambar coz yelah takut aku ingat dia lari ke hapa yek.

Semua details dia aku amik ler. sesiap.

Malamnya dia WA cakap nak pi buat polis report, though dia offer nak bayar RM500, of cos lah aku tak nak. So aku memang nak pergi gak buat report, but kena tunggu cik abang ai. Laki aku tu pun dia kuor awal dari biasa, midnite coz nak uruskan keter aku hah. Kita tak boleh tunggu esoknya, aku banyak hal sangat setiap weekends kena keluar uruskan project.

Jadi malam tu gak kita pergi Police Traffic Jalan Bandar. Lepas aku settled, lengchai pun buat report gak.

IMG_1406

Lepas buat report bagai, naik le atas jumpa Pegawai Penyiasat. Masa aku type report tu kan, ada sebelah pun sorang wife ni type report sama jugak, laki dia teman, sepesen je kita. Ni package2 bini bini bini orang yang accident le nih. kahkahkah…but for my case, mamat tu yg hentam belakang aku. Halahai, benda dah jadi.

Habis urusan bagai, kena bawak masuk kereta to amik gambar pulak.

IMG_1410

laki yang baru balik kerja dan kelaparan, Balik report nih aku terus belanja dia makan kat mamak. Ada le dekat kol 1 pagi baru sampai umah balik. Huh!

IMG_1417

abang agent insurance kat police traffic jln bandar tuh yang sedia berkhidmat untuk korang. Tapi kami tak amik pun dari dia, kita terus suruh our service centre handle this case. Tak nak lah pakai agent2 camnih, lagi kusut pala aku nak pikir semua. Ini pun laki aku yang handle balik take over bagai.

IMG_1388

Pastuh esok2nya, laki aku bawak keter pi our service centre, hem…nasib baiklah kita pilih unuk insurance cover (to be claimed at the Kembara’s owner lengchai tu punya insurance nanti). The cost of the damage, kena tukar bagai all the bumpers (tak de maknanya nak main keketuk heh), pak puk pak puk pak puk, close to 7 ribu! hamik ko.  Dah agak dah pun memang makan riban. Itu pun kena tinggal kereta berapa jam / hari pun tak tau lah, halahai…patah la kaki hakak merah ni kang. Jom tumpangkan akak pergi kerja meh?

Cuma tu lah, masa kena hit tu, tangan aku punya menggeletar shocking gila sampai pegang stering pun leh nampak gigilnya. Skang pun bila driving, dok tengok distance depan belakang. Aku cuba ler sangat biar jauh sikit dari orang belakang tapi tu lah, kot kita berhati2 pun orang pulak yang careless. Macam contoh lengchai  ni, something yang aku rasa tak logik betullah. Ni bukan hentam sikit2 tau, ni hentam punya kuat betul, kalau ada anak kecik kat belakang/depan tak pakai seat belt memang boleh tercampak ke depan wei.

Awal2 tahun ni pun ada gak nyonya ni amik kanan, tapi tak bagi signal, aku dah mmg ada kat kanan, dia hentam side mirror aku, tapi boleh kepak balik lah, takde mende. Tu pun claim tak nampak tak perasan. Halahai, traffic pagi gila camne le leh jadi tak perasan tak nampak wei. Keter slow pun semuanya. Aku punya style, setakat ko nak masuk kanan kiri depan aku overtake aku, either bagi signal or tidak, aku tetap akan bagi (cuma yg tak bagi signal ni memang makan maki je lah lam hati kan), so no hal, tapi benda yang hentam belakang kita ni memang kita tak boleh nak justify nak elak or even nak tahan ler, itu the other party punya masalah.

Please drive carefully, kalau awak tak sayang nyawa awak, ingatlah ada orang sayangkan awak.

 

Comment: 10

Sungai Kuali Camp Site…

saja tukar waktu siaran publish entry.

biol sket aku ni, memula nak tu nak ni nak neh.

By the way, our day 2 kat  Janda Baik, sejuk gelegek2 punya sejuk le pagi tu. Kitorg bangun for Subuh sahaja pastu sambung tidur balik. Kata Sunday kan, kadang2 kat rumah aku pun camtu gak, kita sambung tidur balik pas Subuh coz tak rajin le nak kuor jenjalan pagi hazab unless for kerja or events bolehlah, and pastuh pulak orang kerja pagi cam aku ni memang masa ni le nak tidur lama.

3 anak, 3 tahun lebih tak tidur lena (waktu depa lahir sampai umur setaun setengah sesorang asyik berjaga malam je). Lain la laki aku, dia mmg lain waktu, tapi kalau dah Sunday, lagi la dia memang kaki tidur.

So kita tidur, aku kakak adik bangun dulu jam 9 tuh.  Breakfast baru sampai…

IMG_0711

abang ngan bapaknya tu berselubung sesama selimut, dedua aku zikirkan suh bangun barulah bangun.  Kita gosok gigi, tak mandi pun, ngap terus makan. Dahlah tengah sejuk, Zeeshan tu pun memamai, dia pakai sock aku tu, aku sarungkan malamnya coz memang dia punya sejuk mencengkam coz budak cam baya Zeeshan tu ko nak suruh dia duduk dalam selimut? Memang kirim salam le sangat. Takkan dia buat pun.

Breakfast  pagi tu ada nasi lemak, ada mee goreng, ada kuih muih. Huh sedappp….buncit lagi.

IMG_0734

Adik nak swim?

Noooooooooooooooooo

tak sanggup la dia nak mandi, maybe dia dok terkenangkan lagi mandi sehari sebelumnya yang bukan main lagi sejuk tuh.  Abang kakak dah berendam pun masa ni.

IMG_0749

kita duk tepi sungai je lah dik

IMG_0766

bukti aku jejak kaki ke air sungai

bolehlah kira

dari tak jejakkan kaki langsungkan. memang brrrrrrrrr punya sejuk.

IMG_5160

depa untuk pagi tu ada sewa pelampung besar tuh takdelah sakit sangat kaki bila berjalan, yelah air batu sungai bukan sikit kat dalam sungai tuh

 

IMG_0779

apaknya pun malas nak mandi sungai pepagi tuh…aku hok ni mata dah kekuyu dah. Diorg sedap le mandi kan, maknya apa nak buat nih

IMG_5172

eh dah bersalin seluar ko…tapi masih lagi dengan baju tidurnya

IMG_5178

dok je lah kat gigi air

so korang bolehlah pergi yek, kat Janda Baik lam sejam je dari KL tuh. Kalau tak tau jalan pun call je Along, nanti dia guide, macam aku dia siap lukis peta.

IMG_0788

pastu aku tidur hahahahahha!

balas dendam sungguh dapat tidur waktu depa pusing camp untuk cari cacing lah, nak tangkap ikan lagi ler..

IMG_0793

aku jenguk dari tingkap je lah.

speaking of ikan, tak dapat le tangkap. Pakai umpan orang tu tak dapat pastu bila pakai cacing, ikan pandai, dia carik cacing tanpa kena mata kail. Terer ikan dalam kolam tuh. So habis le umpan cacing dimakan dek ikan. Ada guests lain datang dapat jugak tangkap ikan, Sedap bbq terus.

IMG_0798

IMG_0808

IMG_0816Dah namanya pun dok sungai, so kerja kat sini ialah mandi lagi dan lagi. Aku pun tak tau ler depa  mandi ada le sejam lebih. Adik and bapaknya kejap je mandi but abang kakak memang pulun habislah.  Tu yang aku kena bawak depa pi mandi laut gak, diorang kalau air laut, air sungai, pool semua adalah depa punya idaman.

Tapi bebudak memang macam tu lah, aku dulu pun, menjakun gila dapat mandi laut masa zaman kekecil. Skang as kita makin besar, aku paling tak suka air2 gini. Among 3 laut sungai pool aku pilih pool kot pastu baru laut and sungai. Sungai ni dia punya sejuk memang mencengkam sangat.

IMG_0824

Lunch is served. Lauk gulai ayam lah, ikan masin, sambal sotong and sayur campur. Hok nih takde soup, padahal dah cakap kena ada soup coz Zeeshan kan, but depa overlooked kot. So si kecik makan nasi semata je lah, nak bagi ayam masak lemak tu memang dia luek je pulak. Pun sedap dia makan, lapau pas naik dari mandi.

IMG_0832

kita pi jalan tengok chalets lain, yang ni untuk 2 single beds, tapi ada connecting room so untuk 4 orang or untuk share2 single beds tu bolehlah. satu bilik RM100 kot yang nih, i m not sure, or paling mahal bilik kat situ is RM130. Beza chalet aku yang RM120 ngan chalet yang RM130 hanyalah satu tu boleh masak, hok aku punya tak boleh masak.

Expect dok sini jangan berangan nak aircond ke tv sume tu takde.

Tilam bantal pun biasa, idup cara kampung style kan. Kitorg ok jer, as long as anak2 ada pengalaman mandi sungai, agak2 tak tau nak pergi mana pasnih, kita redah lagi Janda Baik. Tapi check le dulu ada bilik ke tak, if not mandi je lah sungai, tak yah tidur sana. Ada jugak gazebo untuk orang berkelah. Nak tidur dalam tent pun boleh, depa sediakan. Groups ramai datang to Sungai Kuali Camp Site nih.

So if mau pi contact Along 011-2194 5395 and their FB click sini.

Chop ko tengok jarak dedua tilam katil atas yang Zeeshan berdiri kat tingkap tu?  Dia dengan selambanya lompat dari tilam kiri ke tilam kanan. Berlari aku menyambut takut jatuh ke lantai. Huh mung ni Zeeshan!

IMG_0839

mak engkau pakai seluar bapak engkau je heh…settled our 1 nite trip di Janda Baik. Simple and aman tenang. Yang penting tak yah nak melawo, tak yah nak make up2 tak yah nak cecantik. Serabai pun tak per. Abang and RD 2 hari dok situ dok balun pakai baju cambodia jer…aku rasa sorang je amik 3,4 lai, mix colours.

Kita terus balik rumah, tak yah singgah memana, lagipun dah lunch pun kan. Lauk pun bertapau sama jugak.

Malamnya aku pergi wedding member aku, tapi tukar partner, bawak Abang. Skang bapak ko main post anak je temankan mak ko kan, dia ada errands kena buat so dia lagi sanggup jaga Kakak and Zeeshan daripada kerja dia tak siap.

I punya pakai lawa2 baju wedding biru hish…tak posting plak kat sini.

Ler cite pasal kawin, wedding adik aku yang dah 2 bulan tu pun aku tak letak lagi entry sini wei!! Ramai bloggers maghi tuh.

Comment: 7

Visit to Janda Baik, Sungai Kuali Camp Site.

IMG_0398

Ini Sungai Kuali Camp Site, kat Janda Baik Pahang nun.

weekends yang abang’s birthday tu, gamble kita redah duduk sungai le pulak

IMG_0410

aku baru habis shot for Samsung

so dengan baju shooting and lipstick merah menyala ler lagi kan…kita sampai sini lam kol 2 lebih gak.

IMG_0416

bersedia untuk menyalakan api

IMG_0423

 

rumah/ chalet untuk semalam duduk di sini. Kecik je rumahnya, tapi ada pangkin area macam balkoni untuk kita lelepak makan etcs.

aku dapat tau tempat ni dari member pastu aku google and booking ler sendiri, bukan under ads pun. Owner tak tau aku ni Redmummy pung heh….

IMG_0418

sedia ler 3 beradik nak berenang. dari chalet ke sungai tu, ada le bape langkah je sangat pun, nak lagi hebat hah dari pangkin chalet ke sungai boleh terus terjun tiruk!

IMG_0431

atap zink and seketul lampu, 3 bijik tingkap and 2 katil yang muat aku and kakak, pastu Zeeshan pun menyelit di katil yang sama

IMG_0434

kita mintak extra tilam bujang untuk Abang and Bapaknya tidur….ini memang kampung style punya holiday nih!

kat chalet ni, sebelahnya ni jugak ada bathroom, pun sejuknyaaaaaaaaaaaaaa bila mandi. no water heater.

IMG_0440

berendam 3 beradik, sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk hoi air sungai nih!

IMG_5063

depa berempat je berendam, aku memang tak ler kan hahahaha, tapi hari kedua aku letak gak kaki kat air, memang sejuk sangat.

Zeeshan pun tak lama, bapaknya pun sama tak mandi lama dedua tak tahan sejuk. Abang kakak yang bantai mandi, diorg punya venture air sungai ni, sanggup jalan jejauh merentasi air sungai nak dapat feel

IMG_0451

ini minum petang. coz nak makan minum sini kena keluar dari chalet, so aku tak rajin le nak keluar masukkan, so prior to the date tu aku dah suh owner siapkan our tea, dinner, supper, breakfast and lunch. Jadi cukup waktu, nanti owner dan adiknya datang hantar pakai dulang besar ke pangkin kami.

Sangat organized sikit kalau holiday macam ni rather than kuor masuk kuor masuk.

Tapi kalau nak masak pun boleh jugak but chalet aku amik ni tak boleh masak, ada chalets lain yang kalau nak masak.

IMG_0454

adik lapar sangat pas mandi, so dia naik dulu and cari sapadek

IMG_0471

tak pandai lagi nak makan properly but bolehlah, dia memang tak bagi kita suapkan pun

 

IMG_0488

in between kat situ gak, ada kolam ikan, hah belakang depa tuh

IMG_0503

ada gak guests lain so depa main bola. Zeeshan pun nak join main tapi dia not even 3 tahun apa le yang dia tau mainkan pun, tapi sibuk jadi goal picker. jejauh bola tu pergi pun dia lari kejar tolong amikkan….

IMG_0505

abang segan nak join bebudak ni main bola, so kita tengok2 jer lah…to kill off time, kita tangkap ikan pulak

IMG_0529

yeah semua kat situ jugak, chalet ke apa sungai semua around that area, anak2 aku ngan selambanya tak pakai selipar pun. lantak koranglah

IMG_0546

joran n umpan owner sediakan, banyak ikan dalam tuh. Memula pakai umpan yang owner bagi kahkahkah sekor pun tak lekat

IMG_0555

idok jugak dapatnya, dari memasing berdiri sampai duduk, pun tak gak mendapat ikannya

IMG_0571

manonya pak oi ikannya….letih gak budak2 tunggu.

tapi in between depa pergi kejar angsa and ayam.

alah aku tak de le letak video tu kat sini but dalam IG and FB ada. Kelakar gila angsa sekor nih, dia jaga anak2 ayam. Bapak ayam pun tak heran nak jaga anak2 ayam tuh. Ibu ayam and anak2nya asal Zeeshan kejar jer, angsa tu kepak2 kan bunyik mulut dia bising escort anak2 ayam, macam anak2 tu dia punyalah.

Ada satu video tu lagi ler, dia siap marah Zeeshan datang, mendengus dia nak kejar si kecik tu bila Zeeshan dok kejar je anak2 ayam tu hahahahah mencicit dia lari kat kakaknya menyorok. Tau ko takut yek…

IMG_5069

Geram tak dapat ikan, depa pergi cari cacing, tukar umpan. Itu 4 beranak ler pergi. aku tunggu je kat kolam ikan heh…pandai le pulak depa carik cacing

IMG_5108

ini kakak kat tangan dia tu dapat tangkap sekor anak ayam! suka betul hahahahaa pastu aku suh letak kang mak nya or si bapak angkat dia angsa kejar ko kang

IMG_5127

bersambung semula mandi sungai…

IMG_0605

unggun api ni tak nak bagi nyamuk kononnya.

IMG_0618

for dinner, semua dah melapau sangat. Zeeshan tu aku nak ajar dia duduk bersila, tak gak pass2….dia dah kelaparan nak balun nasi

IMG_0612

menu orang kampung

IMG_0629

lepas makan, rehat jap pastuh ada main indoor pulak. coz tv ke hapa semua takde. nak dapat signal pun, putus2 nyawa sikit. certain gadgets ada signal, some takde. jadi ikut nasib munglah.

IMG_0634

so malam tu pulak kita main congkak. semua disediakan by the owner.

IMG_0637

abang kakak memang tak pandai main but pastu depa dah tau rules, terus addicted, siap balik esoknya beli biji guli lagi. Coz kat rumah aku memang ada papan congkak, turun temurun dari family aku.

IMG_5153

itu ipon tutup kat lubang congkak, coz ada 2 lubang terbakar hahahahaha….sonok depa dah tau main congkak nih

IMG_0659

ni apa ke nama games nih, yang main nih, abang kakak. kena hafal apa benda dalam dulang tu, pastu untuk certain time kena tulis balik apa yang kita ingat benda2 dalam dulang tuh. Winner goes to Kakak.

IMG_0673

sambung lagi main congkak, abang vs kakak. ada masa abang menang ada gak kakak menang.

IMG_0687

bapak lawan mak pulak. tengok Zeeshan bila gang (sorang anak buah owner dah balik) dia terus membosan dan mengerjakan kami semua…

IMG_0699

about 10ish to 11pm, supper for family pulak. Habis semua kuih2 malam tu, dok sini melapau manjang coz sesejukkan.

IMG_0704

malam tu jugak kita tidur, awal. hahahaha coz selain letih tapi tak tau nak buat apa. Ingatkan ada nyamuk, walaupun ada kipas. tapi sejuk adalah masalah utama. Oh mang ko, dia punya sejuk sampai ada paginya aku bangun tutup kipas. Semua berlawan tarik selimut. Depa bagi 2 selimut, tapi aku ada gak bawak selimut sendiri, so 3 selimut untuk kami berlima. Abang and Bapaknya berkongsi selimut le kan.

IMG_0481

ini jadual kami kat Sungai Kuali Camp Site, aku yang buat tapi pastu Along (Sungai Kuali Camp Site) yang sediakan, dia le yang printedkan nih.  Simple je, yang rerehat sume tu, means mandi sungai ler dan jugak kejar anak ayam hahahahaa….sonok dok sini. Kalau tak pergi ke Sungai Kuali Camp  Site’s pun, ada lain2 punya sungai or owner yang ada chalet bagai, so korang bolehlah try once a while.

Aku saja nak tukar gini punya trip, sonok betul ler. Kalau selalu membosan gak, tapi tak boleh le duduk lelama, lemau wor tak tau nak buat apa kang.

Shall sambung the 2nd day dalam entry lain lah. Untuk booking or anything nak tanya boleh contact Along 011-2194 5395.  Oh untuk Chalet tu aku bayar RM120 per nite. For memakan pulak aku bayar RM210 untuk semua 5 orang punya tea, dinner, supper, breakfast and lunch. Lauk pauk breakfast and lunch pun siap bawak balik coz banyak balance.  So total was RM330 oh campur lagi seketul extra single bed tu 10inggit, so RM340 lah all. FB depa click sini.

Boleh naik waterfall tapi tu jauh, need dalam 2 hours jalan and dah tu kena booking guard jugak. Takpelah, mandi kat sungai bawah ni pun dah menggeletar kesejukan semuanya.

Comment: 8