Selendang ibu…

IMG_2471

serkup merah pala aku tu sebelum korang buat pakai dalam tudung aku dah mula pakai untuk buat selak rambut daaaa….

IMG_2639

aritu ada borak blog pasal selendang hitam aku yang over 20years umurnya, asyiklah pakai yang tu kan so satu hari early ramadhan pun aku ngan member pergi itu Ampang Park dia ler yang bawak masuk butik nih. Cecantik betul selendangnya but harganya mak datukkkkkkkkkkkkkk!! Macam merah ni, tengok lam gambar plain semata kan, ada le bebijik but bukan nampak clear pun, ni lam RM300, tak ke aku macam melopong hahahahah….

IMG_2667

yang aku pegang ni pun min harga RM300 up to RM500. Selendang je punggggggggggg

IMG_2678

kedai dalam Ampang Park ni, booth tetengah tu aku suka, budak yang layan ni molek sangat budi bahasa pekertinya, so aku beli selai kat sini, kawan aku pun beli selai tudung kat sini, dia bagi gak discount. but kat kedai ni takde lah mahal sangat, just nice je lah pun kawan aku cakap mahal lahhhhhhh kak.

Boh je lah, daripada balik tangan kosong heh. mana lagi akak nak cari selendang.

IMG_2694

Putih ni ada aku amik, takde in red. atas palanya ada le bebijik butir beads yang logik ler nampak cun melecun kan. I m not wearing tudung YET so let s settled with selendang for some of islamic events. Pepelan kayuh lah weih.

IMG_2701

i bought these 2 sets, satu lagi pesen lain for my laki and anak sulong. Hantar gambar kat laki aku, dia cakap mahalnya. Eh pakcik nih dia ingat aku geti nak reriki kang beli yang 10inggit memang le laki aku tak heran kan jugak but banyak bunyik pulak ko. Ini pun dah bape kali cakap tolong jangan tanggalkan dari baju melayu, tiap kali pakai baju melayu dok tanya yanggg butang baju melayu ai mana yangggggggggggggggggg…..

asyiklahhhhhhh soalan yang sama tetiap taun. skang soalan tu berjangkit kat abang pulak.

Mummy, butang baju melayu abang tak cukup satu lagi.

Wahai lelaki, tolonglah jangan dicabut butang baju melayu tu dari baju melayu tu boleh tak???

IMG_2703

aku geram betul tengok samping nih. Amy Sweetdarling tanya kat kaki ko macam ni bape sen? kat Ampang park depa jual seribu ringgit. Kat KLCC yang tetengah bawah tu from 3k to 13k. Masa tengok ngan laki aku aritu hok 13k tu laki aku cakap kalau you belikan yang 13k tu you bungkus pi pulangkan balik.

hahahaha wahai RD, kalau 13k punya samping baik ler i pi masuk Chanel!

IMG_2621

i really like this selendang, RM400. colournya lembut, kalau ada merah mengerlip macam nih, atas tu pun ada beads hah. I didnt buy this, dont think gonna pay for this much, kalau below RM200 for this kind of selendang, i dont mind kot. Pakainya setahun sekali 2 jer heh. Tapi nanti aku nak amik kain kakak kan, aku nak singgah lagi kot ler dia dah bawak colour hitam or merah macam nih, haritu czo merah takde so aku tak nak le bayar RM400 kan, but if betul ler ada merah, aku beli gak kot.

Ada tau mana ada jual online selendang yang penuh cenggini?

online senang ler….beli kat kedai takde masa dah nak berjalan.

Comment: 13

Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove

48hours sponsored post

IMG_2209

 

Hah gambar ni akak pilih pulak coz nampak smooth betul rambut akak and buat akak lebih confidence, dengan warna-warni dress yang akak pakai too

Macam akak janjikan arituh, so penceritaan hari ini ialah untuk apa ada dalam Serlahkan Diri Dalam 14 hari dengan Dove. Gambar2 yang ada selfie (which akak memang sangat jarang buat selfie sangat) dan juga gambar diambilkan ini dan warna warni adalah untuk menunjukkan contoh for the Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove.

Sebelum tu kita ceritakan lanjut lagi berkenaan dengan bagusnya Dove Hairfall, apa yang the best boom meletup bout it:

1. Menyuburkan rambut daripada akar supaya rambut lebih kuat hingga ke hujung. Tu yang antaranya rambut kita banyak yang gugur cos akarnya tak kuat.

2. Boleh lihat hasilnya yang ketara hanya dlam 14 hari. Believe it or not??

3. Bebas daripada rambut gugur, dan mahkota rambut kita bersinar dan berseri-seri sangat.

IMG_2210

Things you need to do hari ini, selepas membaca entry ini ialah, hangpa sumer bolehlah mula join (I am sorry, this meant for Malaysian Ladies ONLY) https://apps.facebook.com/serlahkandirimu/

Di dalam tu, kalian perlu buat :

  • Selama 14 hari, siapkan satu misi sehari seperti contoh gambar2 yang akak letak dalam ini, ialah rangkuman dari 14 hari misi project akak.
  • Kongsi misi yang telah disempurnakan itu menerusi gambar atau kata-kata ringkas, captions yang korang rasakan sesuai untuk diselitkan dalam misi “Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove”
  • Tayangan video digital akan dicipta untuk peserta berdasarkan misi mereka yang telah disempurnakan selama 14 hari itu. Wow, dapat vid?
  • Untuk memenangi salah satu hadiah, peserta perlu berkongsi video digital peribadi mereka itu di Facebook masing-masing. Lebih tinggi peluang mereka untuk menang apabila lebih banyak yang dikongsi. Dah siap video tu nanti, start to blast out at your FB. Simple kan?

You may win Hadiah-hadiah bernilai sehingga RM20,000 menanti pemenang.

IMG_2211

Sebab akak pilih gambar ni coz akak rasa it looks me yang sangat independent and suami menyokong penuh my life as a celebrity blogger, dialah pendukung rambut2ku hahahahaa….. thanks RD.

IMG_4790

Selfie enough for “Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove”

IMG_4793

http://bit.ly/DoveSerlahkanDiri

is the link that you need to go, check out and join the contest yeah…..

Akak pilih gambar2 ni coz nampak rambut belakang akak tu, dan juga yang kanan tu coz takde make up but coz rambut looks healthy, so what the heck 🙂

IMG_2214

Yang ni pulak, satu indoor and satu lagi outdoor, hari yang sama but rasa macam healthy gila rambut akak dengan shampoo Dove, tak perlu basuh hari2, cukup every alternate days

Good hair days bagi akak more confidence!

Relatednya, akak mengenang masa zaman2 beranakkan 3 anak2 akak yang of cos kalau tanya memana mak pun akan mengatakan melahirkan anak2 lah pengalaman paling tak dilupakan, of cos bring happiness to you

Korang boleh tengok sendiri submission akak dalam “Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove” FB site, mana tahu akak antara pemenangnya? Or korang?

IMG_2215

Jarang nampak akak pakai warna monotone and pink from top to bottom, so I chose gambar ni as my outfit of the day, sama jugak warna putih, dulu lagi pantang sangat warna putih coz I think I m a clumsy person but as we grow older I can manage dah kot hahahha and white is a must colour to have in my wardrobe

Tarikh submission dan to complete all missions adalah by 27th August 2014. Just nice lepas Syawal tuh…jadi jangan risau, untuk berhijab, tak perlu le sampai bukak tudung ko pulak, you boleh pelbagaikan situasi penceritaan captions pependek jer, beramai2 dengan your frens, or so on. Kena guna creativity sikitlah.

Nanti boleh jugak korang tengok IG akak kalau nak tengok lagi contoh akak gunakan gambar lama lagi for my submission to the contest. Gambar2 dalam nih, some ada dalam mission akak.

image

Setiap kali you submit your gambar, you akan dapat the message macam gambar atas nih. So the next day, datang balik and repeat the same process, but but but with different photos lah yeah. Bukannya gambar sama hari2. Once again check out

“Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove” http://bit.ly/DoveSerlahkanDiri

IMG_2219

Akak ingatkan, to get best hair treatment ialah, selepas bershampoo harus pakai conditioner, ianya membantu menghalang rambut putus dan menguatkan rambut dari akar ke hujung rambut, mengurangkan rambut gugur dengan ketara akibat rambut terputus dalam masa dua minggu sahaja. Tonik Rambut Intensif Leave-On digunakan terus pada kepala dan bertindak untuk mengurangkan rambut gugur. Selepas hanya dua minggu, masalah rambut gugur berjaya dikurangkan dengan ketara dan rambut juga lebih kuat dari bahagian akarnya.

Rangkaian harga Dove Hair Fall Rescue System:

Syampu 375ml – RM 14.90

Perapi 180ml – RM 9.90

Tonik Rambut Intensif – RM 32.90

Meanwhile, akak nak ceritakan untuk lelaki pun sama boleh je pakai shampoo ni. I have few male readers yang mengalami rambut gugur yang sangat teruk, so after he reads my entry, (last year’s one on Dove), he quickly change to the brand and wallaweiii, seronok betul dia coz betul2 dalam few days, his hairfall issue berkurangan. So adik abang manis semua, janganlah ingat the contest is meant for ladies but the guys tak boleh pakai pulak shampoo ini.

Semua orang boleh, untuk memilih supaya rambut tidak gugur 🙂

“Serlahkan Diri Dalam 14 Hari Dengan Dove” http://bit.ly/DoveSerlahkanDiri

Khidmat pesanan masyarakat Dove is brought by Redmummy.com

Comment: 3

Umrah for Mak Ajah…

 

IMG_0466

KLIA hari tu. Hantar Mak Ajah.

Tapi pergi berpenjuru lah memasing, macam aku sendiri datang dari KLCC. Suami aku datang dari rumah bawak mak abah  Zeeshan and adik bongsuku. Adik abang kakak aku pulak datang berasingan sampai kemudian. Waktu hari bekerja kan so begitulah penceritaannya, niat yang satu nak jumpa Mak yang akan berangkat ke Mekah menunaikan umrah lagi.

IMG_3385

Zeeshan ni dok ulang alik ulang alik pi kedai paw bapaknya air. dahlah ko sorang je yang tak puasa…

IMG_3402

Little Zhafira yangg asal aku ngekek je ke main dia gelak. ke suka tengok auntyyyyyyyy comel ko niii?

IMG_3431

Abah aku tak pergi kali ni, tak sihat. Tapi tak lama lepas tu Abah pi kelantan, adik aku bawak sana kejap, So kat sini kita bergilir le adik beradik amik turn tengokkan Abah. Kan aritu abah aku tak sihat, aku dok ajak dok rumah aku, tapi langsung tak nak nya dia. Sorang2 dok rumah tu alahai, degil pak aji nih.

IMG_3442

Mak aku masa ni dah menghilang, pi surau. So kami ni dok menunggu ler, mak aku memang selamba, kitorg yang dok risau cepatlah mak oi kang kapalterobang mak tinggalkan mak kang. She always like that, apa2 urusan pun Mak akan  jawab dahulukan Allah, lain Allah akan tolong. So memang takde le kapal terobang nak tinggalkan mak aku kan.

IMG_3450

5 beradik yang menghantar, kurang 3 lelaki dalam ini gambar

IMG_3474

aku dah nak masuk kerja balik, laki aku pun sama nak kena pi kerja so Zeeshan akan dibawak pulang oleh my sister brothers lah…Abang kakak takde, sekolah mar…

selendang ni asal dulu kakak aku punya, lepas tu jadi hak aku so aku dah pakai for over 15 or 20 years kot….gila lama selendang nih but memang lama selendang ni berkhidmat ngan aku hah…

IMG_3483

terlepas lambat nak snap gambar mak ngan abah berkissing kahkahkah

IMG_0468

Selamat perginya mak, pulang kembali. Raya ketiga Insyallah kita bertemu

IMG_0469

Zeeshan hok masa ni addoi langsung tak nak berpisah tak nak turun, nak berdukung jer…

IMG_3505

One last family photo sebelum Mak boarding.  Korang pun dah naik hapal kot tengok Mak abah aku memang setaun 2,3 kali pi Umrah, tu dah cara mak abah aku lah. Mak dah banyak kali cakap kalau boleh mak pergi sana mak tak nak balik, mak nak meninggal kat sana, begitu sampai dah seruan cakap mak aku tuh, kecintannya pada bumi Allah yang satu sana.

Few days sebelum nih kita ada buka beramai2 kat Bangi Golf Resort, tengoklah kalau ada nafsu nak bercerita yek.  Apapun, semoga Mak Abah sihat hendaknya, biar Mak pergi menunaikan bersendirian tanpa suaminya (with group of course).  I heard someone i know since my day one in ITM Jengka pun pergi jugak buat umrah with her family, may Allah bless you too.

Tu pasalnya raya tak berapa seronok sket, mak aku balik raya ketiga jer…..

hah sambungan citer kawan pada si kawan tu……

 

Comment: 4

Another sad day. 1707. MH17. 777

For the time being, this entry will be on a sticky post. Please scroll down for my new entry,

Embedded image permalink

Our deepest condolences to all the family of the crews and passengers on board MH17, may the families and friends of those on board, sabar dan sesabarnya, diberi kekuatan from this dugaan besar buat MAS to our country Malaysia.

ALFatihah.

Comment: 3

Chakri to Ampang Park…

IMG_0565

aku ngah gila speed up entry nih. coz aku kalau boleh tak nak ler cite awal ramadhan or midst ramadhan masih lagi dalam cerita hari raya nya pulakkan. so agak2 yang aku rasa malas nak type hahahaha kita lupakan terus.

IMG_0584

That weekend, kita berbuka di Chakri Pavillion pulak. Abang bila dengo je Chakri muka mentoya jer, dia kan western sikit kalau boleh buffet tu kena ada western, or laksa ke wajib ada. Ngada heh ko bang, pi dok Palestine sikit, mak bekhen ko kang

IMG_4079

Hari tu kalau buka di luar tak bawak iPAD laki aku kena give up bagi iphone dia or mine, so kali ni laki aku tak nak dah main kejar2 satu hotel, restaurant so dia bawak ipad. biar senang le kejenya kan. Macam Zeeshan ni stage cam dia mana boleh nak dok diam tengok kira orang jer, dia akan berlarian punya lah. Nak mendiamkan tu lah gunanya ada ipad.

but dia bukanlah main game. bukak youtube, and pasang any of the vehicles vid. Either trians ke bus ke, asal sume kenderaan tu hah memang dia adap ler sangat.

IMG_4083

Food aku tuh, nampak je penuh sepinggan tapi berkongsi ngan depa semua.

IMG_4094

tak bawak shooter lerrr

IMG_0590

selesai makan terus lelaju callo

nak berjalan ke apa tuh, hah Ampang Park

IMG_0595

berjalan dengan Abang, konsep pegang tangan mak dengan tak ikhlasnya masih lagi ada tuh. Aku selalu cakap abang kalau tak nak jalan dengan mami, kalau tak nak pegang tangan mami, nanti mami dah takde, abang nanti meroyan2 menyesal tau.

yelah mami, abang tak cakap pun abang tak nak pegang tangan mami

memangla ko tak cakapppppppp tapi ko pegang macam tak nak pegang jerrrrrrrrrrrrr!!

bapak ko dah lah sibuk kejar adik ko tuh. hah mak ko sentap kang

IMG_0601

menganiaya mak nampaknya ko  bang

walaupun mak ko berada di tangga tertinggi di belakang ko, tapi masih….

IMG_0602

tau ler lonjong, agak2 le mak ko kat belakang sikit

IMG_0613

sebelum kita redah ampang park ni mari kita umpan Zeeshan yek…

IMG_0616

ini kali kedua aku datang Ampang Park dalam bulan ramadhan nih….

caftan yang aku pegang tu memang cantiknyaaaaaaaaaaaaa but kena pakai long dress inner dalamnya. aku kalau pakai tu nak buat sesantai kat rumah ke, rumah mertua je ker

IMG_0628

we bought tudung kakak lagi kat kedai nih

IMG_0646

kak ko nak biru ke merah?

IMG_0651

escort kulu kilir ikut adik

IMG_0673

ni maknya rasa nak terobang jer coz payah betul nak mencari warna yang sesuai dengan size kakak ni lah…stress aku. pastu aku selamba jer agreed to purchase satu baju kurung kakak ni kan, suh bapaknya bayar.

aku dengo RM29

rupanya RM290 kakakakakaka

geleng pala bapaknya. baju kakak sorang je 3 helai, sib baik satu helai tu yang RM290 buatnya each 3 helai harga gitu, memang lar….

IMG_0728

situ jugak kita beli songkok abang and adik. laki aku tak yah, pakai lama punya…

IMG_0733

jubah abang too. baju melayu tak yah beli, dah tempah tapi tu lah, takde khabar lagi nih, betul ke dah siap heh baju melayu anak beranak nih…

aku dah cakap kalau takde gak siap baju melayu the boys, kita akan buat colourful theme tahun nih. No one tone theme dah…

IMG_0735

try je lah songkok tu dik, itupun ko nak meraung napaaaaaaaaaaaa

sekejap je kita nak try size tuh, hish ko nih

IMG_0737

this jubah, take size 54

IMG_0746

ini ada, aku beli selai kat sini, esok2nya aku belikan pulak kat Matrade yang carnival besaran of Venderu Festival tuh…cheaper sket, leh dapat 2 helai lagik, quality sama jugak

IMG_0751

balik malam tu apaknya heret kitorg pi QB, depa le makan beria, adiknya pun hah minum air sejuk, panas jiwa raga aku tengok memang malamnya kong2 dia batuk. aku allergic betul tengok bebudak kecik baya Zeeshan ni minum air sejuk lah, sama le masa zaman abang kakak dulu.

So yang shopping kat Ampang Park tuh, totally for them, laki aku punya pun selai jer kain pelekat. Lain sumer for abang kakak adik. Maknya zero zero. Untuk aku hah takde kan tapi lepastu kat Venderu Festival tuh, sampai 12 helai aku borong! Camne ler rumah tak penuh ngan kain baju, baju taun lepas pun ada lagi ngan tag tak berpakai.

Citer lain, kisah kawan aku yang punyalah looking forward nak buka puasa ngan kawan dia, dia buat la booking segala bagai, udahlah dia yang bayar but boleh kawan sorang lagi tu screwed things up, takde le rasa bersalah kawan pada kawan aku tuh, Dia punya bengang, terus balik tinggalkan buffet area walaupun belum waktu berbuka lagi coz kecewa dengan manusia kawan tu lah. At least dia balik secara sopan walaupun dia ada hak untuk baling sodek senduk ke periuk macam si Peugeot putih tu kan. On the way kawan dia message i ll pay for my portion. omg terus kawan aku rasa macam nak langgar jer mamat tu tapi idok le kan, what a mata duitan je dia rasa kawan dia tuh, pentingkan duit bukan pentingkan yang buka puasa kawan dia dah screwed up tuh. Wpun dia yang bayarkan tapi dia tak riuh on the kerugian, but kawan tu boleh sibukkan hal duit. yet the friendship tu dah berkucar-kacir.

ada sambungan, nanti aku panaskan dalam nih. hahahahahha, citer ni best.

Comment: 6