More Vlogs and Vlogs…

luahan pulang ke rumah

terus-menerus dari laptop

why why sibuk nak vlog actively?

untuk Kak Ann and Niesa Singapore

tanpa resmi Nora Danish

buat masa nih aku hanya mampu rajin untuk update vlog sahaja, so far editing untuk berangkai2 videos yang menjadikan 1 vlog aku rajin buat only di satu malam yang lalu sahaja. faktor usia faktor masa dan faktor ada baby kecik menghalang sket masa malam yang tak berapa panjang untuk buat editing tu lah.

but ada jugak vlog yang aku tak letak di RM but aku langsung terus di utube, hihiiiii, banyak malas darrrrrrrrrrr…

 

 

Comment: 4

10months Hey!!

IMG-20121021-00841

ewah ewah eh eh joget kita!

untuk inspector RB kita nih. gambo macam menari zapin hahahahah dia tengah seronok berlagak berdiri jatuh berdiri jatuh skang nih. Dapat pulak tiap kali dia berdiri, siap action2 buat style ‘heh lihatlah saya wahai dunia’ . kadang2 aku panggil dia Inspector coz dia akan melawat kawasan rumah pastu dia datang mengadap maknya, mintak susu sondol2 pala mulut membising riuh, pastu minum bukan sampai kenyang coz dia pi sambung lagi melawat kawasan, main main main and datang balik sondol pala nak sambung menyusu.

his hair curly tau, sebijik rambut abangnya and satu chop rambut arwah atuknya belah Kapar, mengembanglah rambut ko RB bila memanjang sket pasnih. He looks like a right handed too, nampak gaya kakak memang takde gang, kakak rambut lurus and kakak jugak lefthanded. Banyak ikut abang sulongnya jer RB nih.

Putih melepak kulitnya nih sekali lagi diulang, semua anak-anak aku memang putih ler cuma skang abang kakak coz dah besar2 jadi kopi o a bitlah,  udahnya depa dok sekolah berpanas, naik je darjah 1 semua warna bertukar.

DSC_4357

kalo aku dok atas katil buat keje laptop ha dia dok luar nanti hegeh2 le masuk mulut berkicau mintak naikkan atas katil minum sekejap and sibuk suruh turunkan, dia kuor balik carik kaum kerabat dia kat luar. gitulah if hari2 cuti, hari tak cuti pun malam2 meligat.

paling dia pantang dengo grill pintu terbukak, dialah yang paling laju menjenguk and nak tau sapa yang balik.  dari pemfirasatan aku, tiap kali aku and bapaknya balik, dia lebih laju crawling mengejar bapaknya, dari maknya. sebab aku suspect dia ni tengok hari2 mak balik, bukan kejar dia dulu, simpan bags2 dulu, simpan stock EBM yang pumped from office, baru nak amik dia. Tak macam bapaknya yang masuk je tak sempat nak simpan bag bapaknya dah angkut lambung2 dia. so not fair tau ko RB!

Maknya, giat menggigih untuk kembali kurus lagi setelah bulan july aritu naik mendadak dek melantak je kat German, tapi tu ler, weight aku ngan awal hujung ni sama jer takde naik pun but memang rasa lemak sangat ada lagi, berat air le sangat! Yang paling aku bersyukur coz masih lagi pumping, walaupun kini hanya 2 kali per day sahaja, tapi sebab stock EBM pun ada lagi, he s now taking the stock from Aug/Sept pulak. itu waktu siang bila aku kerjalah, malam2 direct feeding jer, weekends pun sumbat direct gak.

DSC_4340

Itulah aku percaya invest kat pump yang molek, and consistently pumping memang insyallah badan kita boleh produce susu yang banyak dan berpanjangan, i kan dulu masa bfeed Abang and Kakak tak lama, dapat 6 bulan jer, bunyik pump lama dulu perepppppp perepp pereppp satu Cheras bley tau.

Lain2 on his 10months, dia dah of courselah kenal semua family members dia, dah susah sikit nakkan strangers, hari tu raya bapaknya pi letak dia kat rumah mak aku, coz baru sampai kan, kelilingnya ada makcik2nya yang dia jarang jumpa terus dia  meraung, mencebek2 nangis peluk maknya takut benau ngan orang. Makan pun dia laju, ko baru cedok dari mangkuk, terus dia dah menganga. Sedap tengok dia makan, He s not that chubby but pun tidak kurus, kira sedang2 je lah. Sekali lagi dibandingkan ngan tetiga anak, abang memang menang takhta yang paling chubby gak.

DSC_4338

Oh RB juga till now belum tumbuh gigi, hahahaha aku macam ok gaklah coz risau waaaa kang dia gigit masa breastfeed, but I know masa untuk tumbuh gigi akan tiba juga. Emm…ha kalo ko mintak barang kat dia, dia give u the stuff tapi dia bagi cara kasar, baling2 lagik. Kalo ko nak handphone ko cepat arwah, bolehlah pass kat RB, memang terbaik dia baling. Mandi air sejuk tak tahan, nak water heater, tu yang dia melonjak je huwek bila mandi pool, sejukkkkkkkkkkkkk!

Barang kat rumah aku, dah memang hiasan rumah ala kadar sungguhlah, semua dah kukotakkan. Tangan dia mencapai sesajor. kakak abangnya pulak setiap langkah gerak adiknya, depa tau, begitulah depa masa kekecik dulu 🙂

oh satu lagi at least for 5min at nite kita bagi dia tengok ipad, checking through his muffin songs. takleh lelama dia cepat jemu sangat, so 5 min tu dah max lah, dia pun tau asal nampak pegang iPAD jer memang dia tunggu kita tekan play. Oh kalau aku pasang Gangnam Style, sambil merangkak dia goyang2kan cik vontot dia tau! Pantangggggggggg  bermuzik jer!

IMG_6613

Alhamdulillah, RB is already 10months today, the 29th.

Comment: 16

Syabas! Astro On-The-Go pecah rekod dunia!

48hours sponsored post 🙂

image

Aku sekarang ni tengah dok catch up layan Adam dan Hawa. Maklumlah manjang asik termiss tak sempat nak tengok jer. So luckily aku ada iPad installed with Astro On-The-Go, apalagi marathon Adam dan Hawa la. Yang lebih syoknya kat mana-mana dan bila-bila masa pun aku boleh layan. Even stuck dalam jem pun boleh layan abang Aaron 🙂

Tapi aku rasa korang pun sure dah ada Astro On-The-Go siap installed dalam smart devices korang kan kan kan, eh ke ada yang lum install lagi? Rugi la sapa yang tak install lagi tu ek…

image

Ingat lagi entry aku pasal Astro On-The-Go – Where Do YOU Want Astro On-The-Go contest? Di mana Astro akan membentuk iklan terpanjang dari gambar-gambar yang korang submit masa contest tu kan…

image

So thanks to korang semua yang sama-sama berkongsi gambar-gambar unik dan kreatif korang bersama Astro On-The-Go, now Astro telah dapat memecahkan rekod dunia dan kini memegang rekod dunia untuk kategori World’s Longest Online Banner! Don’t play-play ya, rekod dunia tu!

Korang sendiri boleh tengok World’s Longest Online Banner tu kat Astro’s website. Memang tersangatlah panjangnya iaitu sepanjang 8 kali gajah Asian ataupun sepanjang 854 inci. Syabas Astro!

 image

Even better news, there are new cool contents available on Astro On-The-Go sekarang ni – Hollywood blockbusters – The Avengers, Cabin in the woods, Abduction, Good Deeds, Disney’s Brave to the hottest Korean dramas – Scent of a woman, New Gisaeng to Local favourites – Ombak Rindu, Adam dan Hawa dan banyak lagi!

For me memang syok giler ada Astro On-The-Go ni. Sesapa yang belum download tu bolehlah korang boleh test the FREE trial sekarang. Just download Astro On-The-Go dari sini. Bukan sahaja untuk iPad, tapi juga available on Selected Samsung Androids, iPhone dan juga untuk computer.

Eh ok lah, abang Aaron aku dah tunggu kat Astro On-The-Go tu 😉

Khidmat pesanan masyarakat Astro is brought by Redmummy.com

Comment: 15

Letting go the 2 pairs of Nine West…

Comment: 6

L’OCCITANE Immortelle Precious Youth Serum by Redmummy!

48hours sponsored post.

IMG-20121009-00733

A few weeks ago aku menemankan my girlfriend yang nak cari skincare product kat L’OCCITANE.  I m a member pun, tu yang tak kisah jer.  Ada product L’OCCITANE yang memang aku pakai gak. Tapi bila sampai sana aku pulak yang lebih-lebih menerai.  Those atas nun are among the 3 usual things yang aku selalunya add on tambah beli dari L’OCCITANE. The lavende relaxing roll-on tu memang amazing ler, aku selsema ke sakit2 pala tenyeh je kat hidung kat dahi pala, tengkuk, memang mujarab. Specially hidung tersumbat le kan, ko amik ler tuh.

DSC_4386

Hah ini rahsia yang L’OCCITANE dok peram nak announce kat korang, jadi aku le yang pergi try, macam biasa, aku pantang je ada product baru kat market kan.  The one yang buat muka aku lebih mulus, walau sudah beranak 3, walau sudah 37tahun usianya…ehceh ceh ceh.

The new L’OCCITANE Precious Youth Serum diperkayakan dari 1001 bunga-bunga yang muda dan segar dan memberikan hasil yang tiada tolok bandingnya. Ditambah pula bila Immortelle Precious Youth Serum ini diguna bersama Precious Cream dapat kita rasakan dua kali ganda keberkesanannya.

C360_2012-10-11-21-05-03(1)

So back to my story of the skincare L’OCCITANE, kali pertama aku try, aku dah LIKE. aku dapat rasa yang kulit lebih firmer dan smoother, but of coslah bukan immediately, kira lepas pakai 7 hari tu yang dapat rasa. I think the killer power productnya kat L’OCCITANE Immortelle Precious Youth Serum ni dari pengamatan sendiri ler.  Dan bila ditambah pulak pakai sama Precious Cream.

Benda2 gini biasanya aku tanya laki aku, dia akan reraba le kat muka mak, pastu aku tanya kakak, coz dia tu walaupun budak tapi dia girl hehehehe, kat abang tak yah ler, mamat tu mana dia tau paham pasal skincare yet. Ni kes jatuh cinta pandang pertama, bila gatal2 try sample kat situ ler yang terus aku rasa nak jugak beli, dah aku kan kerja menyopping jer, tu yang bungkus bawak balik. Dok terpikat bebenor. Bukan sahaja bauan dia yang harum semerbak menyegarkan rongga hidung tetapi yang paling aku suka ialah krim dia ni yang menjadikan kulit senantiasa lembab dengan serta-merta.

DSC_4379

Oh btw, IMMORTELLE ialah sejenis bunga yang tumbuh di pulau Corsica yang beriklim Mediterranean, yang juga dikenali sebagai Golden Sun. Ia mempunyai kuasa luar biasa yang tidak pernah layu. Memang rare dan precious, bunga ini menghasilkan minyak pati dengan sifat-sifat anti-penuaan yang luar biasa.

Apa yang saya tertarik dengan Precious Youth Serum ni ialah kerana hasil dari pemakaiannya dapat mengurangkan lagi kedutan dan juga meningkatkan lagi kelembutan kulit. Ini kerana formula pembuatannya adalah dari serum pekat dengan tekstur gel dari batu baiduri dan diperkaya pula oleh ekstrak  IMMORTELLE yang sangat pekat iaitu 10 kali bunga daripada krim.

Hoh paham tak nih?

DSC_4385

Tapi jangan la culas! Kena la guna siang dan malam dan pastikan kulit muka dicuci bersih terlebih dahulu. Applykan dia just before pakai toner korang tu. Kalau nak lebih mantap guna bersama-sama dengan Precious Cream.  Terus berkelecop laki ko bagi kat pipi ko tuh! Tengok the miracle after 7 days 🙂

Hasilnya dah tentu kulit ko akan ada perubahan sangat, ketara! Macamana nak lagi korang convince yek, it s like ko tengok muka baby yang halussssssssssssssss, walaupun tak 100% macam baby but sekilas pandang orang yang dah biasa tengok muka kusam ko akan terkejut and terperasan ada perubahan kat texture kulit ko tuh. Dah tentulah kita punya kedutan berkurangan, nak hilangkan memanglah tak boleh coz anti aging product bukan untuk menghilang tetapi mengurangkan. That s the miracle part.

Pakai siang dan malam, hasilnya mesti you will come back to me “Kak Red, you are so right about the L’OCCITANE Immortelle Precious Youth Serum”  It s very handy and small package, so kalau travel pun memang worth to bring, lagipun kalau pakai lebih dari 7 hari, let say sebotol habis pun takde jadi issue, your skin texture dah tentu memang smoother. Jangan caya ler ngan edit2 kat instagram tuh, tengok sendiri muka akak yek, ada ramai dah jumpa akak live kan, so u tau I wont tell a lie 🙂

C360_2012-10-11-21-03-00

Harganya Precious Youth Serum 30ml, RM237; Precious Cream 50ml RM226 dan boleh dibeli dari L’OCCITANE Boutiques. Full list boleh lah tengok kat L’OCCITANE website sendiri.

Pendekkan cerita, tengok camne nak meng’amazing’kan kulit muka korang via my own youtube nih:

Oh btw, korang boleh redeem for FREE, immortelle precious serum sachet dari 24th hingga 31st October ni hanya dengan LIKE L’OCCITANE Malaysia Facebook Fanpage. So tunggu apa lagi, hurry up girls!

Khidmat pesanan masyarakat L’OCCITANE is brought by Redmummy.com

Comment: 12