Prada in hand for you…

 

IMG_2329

Prada hitam nih boleh dislingkan di sisir badan…

IMG_1998

betapa padatnya bag nih aku isi, tu ada jackets gegirl dalam tuh and some foods and air botol tuh…

IMG_2936

boleh diletak di bahu, pasti wajib!

IMG_4131

suami pun boleh tolong bawakkan, if dah berat sangat tapi dalam keadaan slinglah ke belakang, takkan hingin dia nak bawak as shoulder

IMG_3162

kalau tak nak sling, pakai long strap untuk sisir ke tepi kiri kanan pun boleh jugak…long strap nih kalau tak nak pakai langsung, boleh je ko bukak and simpan. so pakai yang tali shoulder tu jer. dalam tu pun ada pockets besau satu and zipper pocket satu.

IMG_4486

hujung2 pun sirman dah tak bawak bagpack, pakai satu bag je kami, coz bag ni memang mudah untuk berkongsi bawak….sang suami or bfren bawak kalau dah kita kepenatan sangat ngan berat isi bag tuh…

IMG_4182

dan kita sendiri bawak untuk slingkan jugak. aku one thing dulu beranak kecik sume hbags aku sling, skang pun sling tapi dah beranak besau coz bag ni memang khas for travelling purposes. Insyallah tak lama lagi beranak kecik, kembali lagi aku memakai sling bag coz perangai aku selagi anak2 aku belum 3, 4 tahun memang sling bag wajib, kes nak kejar depa berlari sana sini bila kita bawak berjalan ke mall.

Apatah lagi aku memang independent mak yang sokmo bawak anak2 keluar sendirian tanpa suami, so biasanya anak2 kita kena pegang and hbags pulak dislingkan.

IMG_3078

but not to worry, kalau beli Prada nih hanya untuk travelling, rasa setaun bape kali jelah berjalan kan, so aku ada gak bawak pergi kerja or events. main rangkum2 jer…

reasonnya entry ni kuor coz ramai memujuk rayuku untuk kujual bag nih. aisayman, aku tak boleh nak juallah coz aku sayang benau bag nih. Dahlah sengaja aku pilih kaler hitam coz nak lari dari kaler merah…dan jugak aku dapat beli dengan harga yang berpatutan coz via Princess Victoria Stylo.

So kalau you all nak jugak bag cenggini or any nylon bags or purse Prada or any ready stock of Prada, ada ada…

ada di Princess Victoria Stylo. Belilah korang kat sana sampai lebam coz aku memang tekad belum lagi bercadang nak letting go mahupun lanting-lanting go this beautiful Prada. See, aku dah siapkan kerja mudah untuk korang, get it at the shorcut of Princess Victoria Stylo yek.

Comment: 24

The last day in Sydney…

IMG_4876

lagi 2 last entries for the finale of Sydney story tapi i tell you, hazab masyallah betul nak buat. Please yek sapa nak tiru2 itinerary, amik je dari RM ni hah, tak yah lah email aku tanya apa package aku amik bagai, berapa bayau segala. Semuaaaaaaaaaaaaaaaaa aku dah cerita kat sini. kang ko email lagi tanya, aku bagi gak balik link entry2 kat sini hah. so mana ko nak?

Gegirl is so coldddddddddddddd, tengok org belakang aku tu, omputih tu sampai tutup separuh muka dek tak tahan sejuk. i had to hug Gegirl coz dia mmg tak tahan dah sejuk benau. Ni hari terakhir di Sydney.

IMG_4886

So sekali lagi kami turun di bawah HOHO bus. FYI, first time kita pakai HOHO 48hrs ni was at 10.30am. so kita naik ni pun for the final day before 10.30am gak. Boleh je naik tapi turun to the last pot tuh bila balik tak leh naik dah lah, coz dah over 10.30am. Kena pepandai naik public transport lain yek.

Hari terakhir dalam sejarah jugak kat HOHO seats bawah ni memang ramai org. tak tau lah hari tu mmg sejuk windy benau.

Kitorg pun dah checked out. simpan luggage sesiap kat concierge. hah satu lagi, check ngan hotel sblm buat booking, kena charge or not for concierge, certain hotels kena bayau, gilo tol. hotel aku idak ler. melampau ler kan ko nak charge, aku dok hotel ko seminggu tuh!

IMG_4894

Kat satu jam kitorg naik HOHO tu coz nak turun hanya di QVB for our laksa hall and shopping sahaja. the final day biasanya habis ngan jalan2 dedekat and shopping coz memang ada lagi cash leftover. Ni kira brunch, tapi aku makan nasi lemak ngan Sirman, berkongsi sepinggan. sambal bilisnya sedapppppppppppppp!!

Gegirl makan roti canai, abang spt biasa nasi putih with kari ayam.

Pastuh tak cukup, gegirl tambah lagi 1 keping roti canai. and aku Sirman pun tambah lagi sepinggan nasi lemak. mbe sebab makan berkongsi sepinggan dedua pinggan nasi lemak, tu yang jadi sodap. Air panas depa yang ada chinese tea jer. bolehlahhhhhhhhhh!

IMG_4903

orang jalan melurus, tak jalan melintang, so takde sapa kacau ko amik gambar depan tuh. ahahha! kiri kanan ni sume shopping malls jer. Designer boutiques bersepah kat belah kanan dalam tuh.

IMG_4918

sebab ni bukan first time kita melepak kat sini, diorg memang carik kerusi besau ni jer……..! sedap pulak depa baring2 kat situ, idok le aku duduk. jenuh Sirman nak menarik. me me…mee? tu hah kat Mulberry belakang tuh. dok buat proses audit.

IMG_4920

i m taking this one!!!

sebab Mulberry is celebrating the 40th anniversary, depa bagi aku badge Mulberry punyalah banyakkkkkkkkk!! some aku lanting2kan kat GBM. sapa lagi le yang sonang mendapat kalau tak bebudak tuh.

IMG_4925

Chanel? ok can…tengok apo yg den berkenan.

hem…harga tak yah ler tanya, mmg membunuh je kat Australia!

IMG00787-20110607-1031

but not for my Chanel Large Zip Wallet

itu mmg pricey gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa but but:

1. takde jual kat kl, market tak bawak masuk (i hv checked)

2. kat europe, asal ada je habis, letak je boliau

3. so wajib beli wpun mahal!

IMG_4928

Tak terpikir langsung pun nak beli the wallet, but tu lah, kalau dah jodoh tak ke mana. hahahha cam hawau je perlibahasa.

IMG_4936

Chanel boutiquenya takdelah besauuuuuu nau. tapi besaulah jugak dari yang chanel lama klcc tuh. SA dia pun frenly. aku banyak dudukkkkkkkkkkkkk jer dari berdiri, sume dia settlekan.

IMG_4939

abih dah for tekak mak kau…depa nak pi tengok lagi orang main chess. Abang bengang je, tah bila ler dia dapat main giant chess tuh. yagn me plak duduk kat depan tuh minum hot choc, tekak nak mencekik jerrrrr kan.

IMG_4943

eh baru aku teringat…kitorg tak balik naik bus pun. kita menapak.

George St tu kan panjanggggggggggggggggggggg….hotel kami kan kat situ.

so kita jalan slowly tengok masuk kedai kuor masuk kedai. yang paling tragis, aku dok tanya, jauh lagi ke jauh lagi ke? dia dok cakap ‘depan tu jer’.

dia punya chong temberang cakap depan tu jer…………..gila jauh ok!

huh, padanlah Gegirl pun bising, kaki lenguh dok berjalan ke main jauh.

IMG_4950

abang tang benda pepelik ni ler ko suka nak posing…

oh inilah antara yg kita nampak sepanjang George St tuh. Ada few shops kita singgah untuk aku beli baju.

IMG_4956

Depan lagi, jalan yek depan je lagi hotel kita tuh.

korang pun. sabau yek sabau yek sabau yek.

Coz the next entry will be the finale of our Australia Trip. Pastuh al khatammmmmmmmmmmmmm! ya syukurnya. dah masuk July baru habis. ahhahaah!

Comment: 18

Senyuman wanita Bali?

Salam Kak Red,

Dah lama sebenarnya menyimpan hasrat nak hantar cerita kat Misteri Malam ni, tapi dari sehari ke sehari tak hantar hantar jugak.

Saya ada beberapa kisah seram nak dikongsikan tapi saya mulakan dengan kisah yang berlaku baru baru ni lah.
Baru baru ni saya bercuti ke Bali.  Saya dan suami stay kat satu hotel di area Seminyak. Hotel ni nak kata baru tak jugak,  dah lama rasanya, Cuma baru baru ni diambil alih oleh management lain.

Lepas diambil alih oleh management lain, diorang upgrade hotel ni, tambah bilik. Kebetulan masa saya datang tu memang tengah renovate besar besaran jugak. Dan malangnya saya dan suami dapat bilik yang belah belakang, disebalik tembok batu yang tinggi. Kat situ plak diletakkan cam plastik besar yang biasa orang cover batu bata tu. Bila malam je angin kuat memang berdesir desir la bunyi plastik tu.

Dari reception nak ke bilik kami ada dalam 5 minit kot berjalan. Memang jauh ke belakang.
Masuk masuk bilik je saya dah rasa semacam.  Dan bau simen / batu bata yang kuat. Macam kalau kita pindah rumah baru, kan ada bau bau rumah baru tu kan.
Ha macam tu lah bau nya.
Bilik saya tu besar.  Katil king.  Ada perhiasan dan ukiran ala Bali.

Saya tinggal kat situ 3 malam. Malam pertama ok lagi. Malam ke dua kan… waktu saya tengah tidur, mengadap ke kanan, tiba tiba saya nampak ada sorang perempuan duduk betul betul kat tepi katil. Buat pengetahuan Kak Red, katil saya ni jenis rendah punya.  Jadi macam boleh kita nak duduk bersimpuh kat bawah, dan letak tangan atas tilam.

Perempuan ni dia letak dua tangan dia atas tilam, disilangkan tangan dia ala ala kita berpeluk tubuh.
Tapi dia letak tangan dia atas tilam.
Dia pandang saya senyum je.
Saya takde la terasa nak jerit ke apa, tapi saya mengengsot ke arah husband saya. Husband saya plak tidur mati agaknya, tak terasa saya dah mengengsot ke arah dia.

Saya tutup je muka dengan bantal sambil baca doa sikit sikit dengan harapan perempuan tu akan hilang. Tapi tapi tapi, bila saya kalih kan bantal perempuan tu masih ada lagi kat situ. Dia tak buat apa apa. Senyum jer.  Tapi takkan saya nak berbalas senyuman dengan dia kot. Motif sangat berbalas senyum dengan hantu kan.

Saya membatu je lah kat situ.  Sampai saya tertidur. Saya tak nampak dengan jelas sangat rupa paras perempuan tu walaupun dia dekat sangat dengan saya. Tapi rasanya raut wajah macam orang Indonesia.

Mungkin tu tempat dia kot dulu. Wallahualam. Itulah kisah seram saya di Bali.

Mya

Slot Misteri Malam di RM adalah 3 kali seminggu dan berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.

Comment: 16

Perfumes Galore!

IMG_5077

lelong lelong lelonggggggggggggggg!!!

murahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh di Sydney Airport. huh idok le nak lelong…some are for the presents, buat kamu2 yang disayang. yang tak dapat tu, mesti ada sebabnya, bukan sebab tak sayang yek 🙂

Comment: 28

ADT’s monthly winners!

image

Congratulations for the ADT monthly winner from May month!! You dah tried? boleh baca kat my ADT’s entry nih on how to be the monthly winners at least till Sept 2011.

RM2,000 and RM5,000 worth of electrial vouchers!! hah….go sebatlah kat ADT yek 🙂

 

Comment: 13