Shopping at Central Park, Jakarta

IMG_5437

Initial plan nak habiskan cerita Jakarta awal, tak kesampaian. Ater cuti panjang 4 hari kan. Syoknya lahai cuti pepanjang ni kan. Aku nanti one time nak gak le amik cuti segedabak Fri and Monday. tapi tu ler best kalau askar pun cuti samalah kan.

Our trip on the second day, started dari dalam bus. Setiap kali bergerak dari Novotel to location, akan ada police escort. Wow kalau tidak, dia punya lambat ler lagi nak sampai knowing Jakarta punya macet. I dah cerita on the launching of ASUS Zenfon2 (i m so looking forward on the phone, soon to be in hand).  So right after the event, we have plenty of time.

Since aku tak book Pak Sulis on my second day, aku ngan Patrick Men Magazine and Alia Malaysian Business jenjalan around kat Central Park. Just to kill off time. Ada dalam 3-4 hours gak nih. Kalau pergi Thamrin City pun syok. But halahai, takde Pak Sulis. Nak pakai cab biasa pun boleh, but takpelah. Pusing Central Park jer.

IMG_5630

Tempat pertama dituju hah kat kain baju pompuan ler. Last year I datang borong kat sini. Kain bajunya a bit mahallah but u couldnt find the quality kat Thamrin or Tanah Abang. Rasanya last year aku beli 3 pairs. Jadi wajib le borong lagik

IMG_5635

The red one nih aku tak amik, to show hangpa jer

IMG_5638

The maroon ngan putih ni pun aku tak amik. Takut nak pakai putih nih, aku ni ada clumsy sket.

IMG_5641

Checking on the converter. Dik ko nak converter sheet nih, senang je lah dik, ko buat sendiri jer. Satu row in rupiah satu lagi row in Ringgits. Buatlah up to bape ratus / ribu ringgit ko nak letak. Senang for reference. Most of the countries akak pakai converter, some countries tak perlu, kita senang nak convert guna pala otak jer

.

IMG_5646

They have new kain sulam yang lagi banyak gold sulamnya. I have this one before but the sulam tak banyak sangat, ini lagi melecun!

IMG_5656

Burstnya muka hakak!

hok hitam ni pun cantik, but akak pun dah ada selai beli last year, but of cos lah ini sulamnya lagi padat

IMG_5657

if you love pink, quality kain ni tebal yek

IMG_5659

depa dah upgrade, buat sulam tapi untuk dress pulak

IMG_5661

ini lagi details beadsnya, kena close up kasi hangpa tengok sikit. I grabbed this one piece

IMG_5662

outfit di Jakarta haritu, sehari suntuk ngan kain baju nih. Contingents negara lain yang dapat duduk Pullman, dapat ler mandi manda tukar baju bagai, Kami ni harap sapa yang ada usung baju extra, hah dapatlah salin baju, but ramai yang tak tukar baju pun. Pakailah sehari suntuk

IMG_5680

wallah, cantikkan. The purple and sulam penuh hitam nih. Sampai malam tu aku terkenang2 kain nih, tapi takde sizeeeeeeeeeeee dah. yang akak pakai tu, size besau, sket lagi nak terbarai tuh, lipat 2 tuh

IMG_5696

the red one pun cantik. I have one in red but short sleeve, dulu takde hok nih

IMG_5703

ini purple, pun cantik

IMG_5706

ini macam sama ler kot kat atas nih, dah tried bebanyak kali lupa plak heh

IMG_5719

the dress in sulam atas penuh gak. Tu ler ingat nak beli gak nih buat pakai malam tu dinner ASUS but mahal benau ler. Kang sok sok aku dah jadi muslimah, tak leh pakai. bazirrrrrrrrrrrrrrrrr

IMG_5726

Also in sulam, but makan dalam merahnya, so tak berapa jelas

IMG_5752

ini lain sulam kaler and design, sama ngan kain beads hitam tuh

IMG_5758

Ini nama brand untuk dalam Central Park. Kat mall lain mungkin ada, belong to local Indonesian. Biru tu ada cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkk tapi semua size gedegang tinggalnya.

IMG_5760

done at bawah floor, kita terus naik atas, kejarkan kasut CAR’s Zeeshan. motif sama jugak, last year akak beli kat sini. Kasut Cars takde kat KL, ke ada, but so far memang ai tak pernah jumpa kat KL nun. Jadi tu yang bersungguh borong kat KL.

IMG_5762

Masa ni ler lupa size kasut Zeeshan, apa lagik tepon Bibik suh check the size.

IMG_5763

rambangnya lahai mata, banyak betul design cars kat sini. Kalau anak ko cam Zeeshan yang suka benau ngan vehicles, so buying cars shoes memang alwajibul

IMG_5768

oh sebelum tepon bibik tu, aku tried dulu kat anak orang nih, main sebat je kat anak orang ngah shopping. Ini anak orang kekaya Indonesia ler nih, maidnya tolong sarungkan kasut kat kaki budak tu, tapi kesian plak aku tengok, tak bersungguh dia buat.  Tak geti ke tak biasa ke takut ngan Puannya kot hahahaaa

IMG_5772

jadi hakak yang buatkan sendiri. Tapi budak ni umur 4 taun, badan size besau koooooooo, macam umur 5,6 taun so size kasut memang tak sesuai untuk padanan. Apapun terima kasih Ibu, pinjamkan anak kau

IMG_5776

I amik orange, Lusanya balikkan, terus dia sarung buat pergi sekolah!

IMG_5778

mari mengira budget. mak kau dah abis cash hah actually! Spent kat Thamrin ngan bayau Pak Sulis, licin kering dah duit mak kau. Yet ada sehari lagi untuk shopping nih

Tapi pastu aku cucuk ler, kat dalam Central Park ni gak, abis tu ada berejam2 masa terluang kan.

IMG_5784

habis dah pusing Central Park, kita dok kat Starbucks. Wifi cam palat, even data pun sama lahanad hahahaha. habis kitorg borak sampai memacam hal.

These ni gang2 akak sepanjang kat Jakarta lah.

From left, Beautifulnara’s rep: Hash. Nara pi Europe masa nih, keji ko kan, Indon tak nak pergi.

Patrick from Man’s Magazine and Alia Malaysian Business. Ada kepala sama sedap gak, even Alia tu beza ngan Kak Red, banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk tahun kau!

IMG_5788

touch sikit untuk ASUS dinner…

IMG_5804

but Pullman punya toilet ni memang ya ampun cantiknya!! mirrorsnya mewah sangat. Bak meh seketoi letak umah TM aku heh

IMG_5818

ini masa dinner ler akak lari pi toilet jap. siap aku duduk kat kerusi merah tu, sambil usaha carik signal. orang dah beribu kat dalam, jadi jem data

IMG_5821

ada performance by local celebrities masa dinner. The dinner was superb, banyak course sungguh, naik santak perut, kancing seluar pun kena bukak. hahahaha! gitu ler, malam tu apahal nak diet! food sedap sei

IMG_5826

dan hasil lelain tak yah ler show2, but untuk kasut Zeeshan sebagai penutup. Agak besar sikitlah merah ngan biru tuh, but takper, insyallah by Raya boleh muat dah kot. Kalau tak muat, sampai kau muatlah dik! Rasa macam mahal mak kau beli, asal pergi Jakarta harus beli kasut CARS nih.

Dia dapat kidnap kasut biru tu pakai pi jalan, at one of our weekends lepas. pastuh aku sorokkan dedua biru merah tuh. Bila dah dapat, jangan harap nak pandang kasut lain pun.

Insyallah ada rezeki lagi taun depan, mak beli lagik yek. Kalau pergi lagi ler kan.

Esok, kita gebang cerita Tanah Abang pulak 🙂

Comment: 3

Pelancaran ASUS ZenFone 2 di pasaran Asia Tenggara!

.

 

IMG_5469

The opening act Experience 2Morrow event by ASUS

ASUS CEO Jerry Shen welcomes Zenny to stage at the ZenFone 2 launch in Jakarta

In between my shopping spree kat Jakarta tu 🙂 this is actually the main event, Experience 2Morrow by ASUS. Di mana dalam majlis inilah, CEO ASUS Jerry Shen telah melancarkan ASUS ZenFone 2 untuk pasaran Asia Tenggara.

IMG_5465

So berterbanganlah aku ke sana bersama-sama kontigen media dari Malaysia untuk memeriahkan majlis hiks. There were about 50 of us the Malaysian medias

Over 1,000 Southeast Asia media and consumers experience ASUS ZenFone 2 at Jakarta launch event

Juga hadir lebih dari seribu wakil-wakil media dan juga pengguna dari seluruh pelosok negara Asia Tenggara untuk mencuba dan melihat sendiri this new ASUS device.

Left to right-ASUS Regional Director Rex Lee, ASUS Corporate Vice President Eric Chen,ASUS CEO Jerry Shen, Intel President Robby Swinnen and Intel VP Samuel G. Spangler

Left to right: ASUS Regional Director Rex Lee, ASUS Corporate Vice President Eric Chen,ASUS CEO Jerry Shen, Intel President Robby Swinnen and Intel VP Samuel G. Spangler

Presiden dan Pengurus Besar Intel di rantau Asia Pasifik dan Jepun, Robby Swinnen bersama-sama Jerry Shen di atas pentas meraikan perkongsian jangka panjang Intel dan ASUS antara kedua-dua syarikat ini.

ASUS CEO Jerry Shen at launch event in Jakarta announces ZenFone 2-world’s first 4GB smartphone

ZenFone 2 – the World’s First 4GB RAM Smartphone, memang sangat-sangat dinantikan kehadirannya. Di atas kejayaan dan penerimaan yang menggalakkan  ZenFone generasi pertama, maka lahirlah ZenFone 2 ini.

IMG_5492

Kali ini semestinya dengan reka bentuk baru Zen-inspired yang menakjubkan, prestasi tanpa kompromi dan membawa tahap penggunaan yang luxury  kepada pengguna.

 

IMG_5447

Antara media2 Malaysia

IMG_5519

A Winner of a 2015 iF Design Award, this new ZenFone 2 mempunyai reka bentuk yang premium, hadir dengan spesifikasi dan ciri-ciri yang luar biasa pada harga yang menarik dan berpatutan. Ada 5 warna pilihan, Glacier Gray, Osmium Black, Glamour Red, Ceramic White dan Sheer Gold.

 

IMG_5550

 Cak!

IMG_5545

So apalagi jom la try test cuba tengok hiks 🙂 1st test mestilah selfie hiks

IMG_5551

Direka untuk keselesaan dan mudah digunakan menggunakan satu tangan sahaja, ZenFone 2 mempunyai perlindungan ergonomik melengkung belakang dengan butang intuitif yang berfungsi sebagai kawalan bunyi (volume control) juga sebagai butang pengatup kamera (camera shutter button) apabila hendak berselfie. 

 

IMG_5572

Glacier Gray

IMG_5569

Sheer Gold

IMG_5581

Glamour Red

IMG_5591

Amacam, korang berkenan tak ZenFone 2 ni? Bukan kat cewek tu dong! 

ZE551_red

Glamour Red pujaan hati ku weiii

ASUS ZenFone 2 comes with the Android 5.0 Lollipop — the latest, 64-bit mobile operating system — and ASUS ZenUI 2.0 to deliver the ultimate user experience. Ini termasuklah all these awesome features such as See What Others Can’t See, Uncompromising Performance, More Personalized Interface and Ultimate Entertainment. Memang superb!

I’ll try to review lebih details once I get this beauty in my hand nanti.

IMG_5625

Dan untuk availability dan harganya di Malaysia, ZenFone 2 series will be announced and available soon in Malaysia market, starting at the upcoming Incredible ZenDay – an end-user event on 9th May 2015 at KL Live, Kuala Lumpur.

So kepada yang dah tak sabar bolehlah get more info and register at incredible-zen-day 🙂

See What Others Can’t See. 

 

Comment: 10

End of Thamrin. To Novotel Hotel.

 

IMG_5280

sejuk je bukak blog merah tengok2 kak red dah berselubung gini kan.

tak kisahlah kalau ngan telekung merah gak pun. This telekung meant for Kakak. khas for travelling ada bunjut2. dia ada selai, kaler pink, maid aku pun ada kaler kelabu. tapi bila dok bawah kipas, abis naik ke atas. so hok nih memang tak naik le, tapi asal boleh bunjut, jimat space specially kalau travel ler kan, nak sumbat lam hbang pun senang jer

IMG_5274

contoh warna jingga

IMG_5283

putih ni mahal sket ler. i think dalam 2,3 ratus. Mahalnya cos sulam lacenya tu ler, latest design katanya

aku tak amik nih, i tried a few coz hantar kat member aku yang dok nakkan live update untuk telekung

IMG_5284

hok bunjut2 gini ler. ada online KL jual, in fact mmg aku beli online KL ler but tu lah dia punya kain tu ringan sangat ler.

IMG_5287

yang merah tadi tu ada gang ngan warna putih. Sucinya muka aku ngan dalam telekung nih, tunggu kalau bertudung lagi suci halus mulus giler. Hiks…

so this one untuk me and gf

lelain ada dalam 10, sedekah jariah untuk teman taulan dan ipar

IMG_5290

see the latest design. i quite like yang ada lace2 ni gak.

IMG_5295

macam yang nih, berkenan gak. harga close to RM300

IMG_5297

checking the currency converter for sure

IMG_5298

merah menyala. aku lemah betul tengah any baju yang memerah ni heh. Kalau tak amik pun, aku kalau orang amik lagi le suka tengok.

IMG_5304

kalau suh aku pakai ni pun aku ok jer, for event/weddings not an issue. ai ok jer

IMG_5307

macam Thailand Silk, and yes harganya mahal. Untuk shopping di Thamrin City kalau harga lelebih tu memang aku tak amik ler. rasa ruginya lahai sangat

IMG_5309

design jenis kekembang kalau nak sorok perut buncit kau tuh, molek ler sarung gini

IMG_5311

oh my, lawanya. In love but too bad tak sesuai ngan petite2 lady cam ai nih. Kena orang yang kurus tinggi (plum tinggi pun takper).

IMG_5312

kalau one pair, Allah Muhammad kiri kanan about RM200. Mahal ke murah? katanya yang gold gold plated tu takkan turun warna jadi hitam. Katanya ler. Murah ke mahal kak oi 200 nih?

IMG_5318

Jubah2 buat mak ajah, mak mertuaku and my maid too. It comes ngan tudung besau siap, tudung yang macam telekung tuh. 2 pcs bukan macam 1 pc yeah. Murah2 rasanya. Tu yang aku borong boleh tahan gak lah for them.

IMG_5321

hah macam telekung tudung ni ler. So mak aku suka ler. Sejuk hati mak abah tengok anaknya pakai gini hah. Alhamdulillah. ada ler tu, satu hari nanti.

IMG_5322

siap buat iklan Pante P&G lagik dalam nih

IMG_5335

setelah capek yang sangat meronda Thamrin City, last food masuk lam perut aku was actually pagi kol 8 di KLIA yer. Dalam flight aku tak makan (sandwich yang dapat aku bagi Pak Sulis).  Dah jam 530 baru terasa kelaparannya.

Berenti untuk late lunch cums early dinner gak. Makan dalam Thamrin tu gak, mee goreng seafood. Pak Sulis makan bakso.

IMG_5338

teh botol wajib ada, air manis yang terpaksa aku pasrah minum gak coz exceptional case kat Jakarta kan.

IMG_5341

dan tarahhhhhh. bersanggul terus rambut dek kesedapannya lahai mee goreng seafood Indonesia nih

IMG_5342

betul bang kak oi. Mee goreng seafood dalam Thamrin City ni memang sedapnya. Korang pergi le makan sini if ada dalam Thamrin. Kedainya sebelah dengan Es Teler, berderet2 ngan situ ler. Pak Sulis yang recommended makan dalam nih. Alhamdulillah, lupa kejap diet carbo. Abaikan jap diet2 tu coz aku belum lagi start ‘treatment’ so takpe boleh belasah luh.

IMG_5348

usai makan sambung balik the shopping (takde jamak coz ai sedang ‘bercuti’). Ada pulak nampak kedai sejadah nih, yang cari dulu kat Mydin Sinar Kota punyalah tak tebal. Kat Jakarta ni teballlllllllllllllllllllllllllllll!! Dan paling penting harganya lebih rendah dari harga di KL, dahlah tebal hoi

IMG_5355

terjelepuk hah.

Kat kedai ni aku hampir kena tipu. ada le aku amik few helais kan, so dia kekira. Tapi aku rasa kenapa macam banyak benar mahalnya, aku suh Pak Sulis siasatkan, dan aku sendiri kira semula. Kompem! Asalnya dia kata betul ibu betul aku tak kira salah. Jadi jangan percaya ngan calculation depa kay, nasib baik ler aku ni wpun bengap maths, but tang duit aku tak bodoh sangatlah.

IMG_5380

ini macam caftan tapi bukan tau. Boleh pakai ngan inner (dijual asing) atau dengan seluar hitam or kain hitam atau apa saja ler asal sopan sikit le bila pakai dalam tuh. I tak pernah ada design macam nih, so memang patut ler aku sebat sehelai.

IMG_5387

cecantik jugak kedai nih, tapi setiap toko ni ada cawangannya gak, tu pasal kain macam ni merata gak aku nampak kat kedai2 sebelum tuh.

IMG_5391

ada in grey nih, mata rambang nak pilih warna apa

IMG_5392

in gold hitam ni jugak.

yang aku amik, aku tak yah tunjuklah sini. in fact apapun aku beli takde gambarnya di sini hehehhee

IMG_5369

Just after azan maghrib, kita kena settled balik dah lah. coz aku pun dah penat. Ambil tinggalan sejadah yang titip kat kedai sebelum tuh, Ini pun barang2 yang Pak Sulis pegang tuh, kira 2nd round, sebelum tu dah hantar ke supirnya.

IMG_5398

Thamrin City di malam hari

IMG_5403

we stayed at Novotel. Dari Thamrin to Pullman (had to go there first coz of something) lam 45min jugaklah dengan macet. baru ke Novotel. Cantik sedap biliknya. Cuma kena in out in out dari Novotel ke Pullman the venue of the event ler.

IMG_5406

berlawan lagi batuk tapi ada kurang coz aku bantai segala jenis ubat hisap yang aku borong kat kedai depan Thamrin ngan Pak Sulis.

IMG_5415

toilet pun cantik, kemas bersih. Sedap mandi. pasang heater mandi rasa tak nak keluar bathroom

IMG_5418

Malam tu siapkan sumbat semua dalam luggage. Datang aku macam bawak satu luggage je padahal dalam luggage tu ada beranak lagi satu luggage. Tak nak ler jadi macam last year, bawak satu luggage besar pun pastuh terpaksa hand cary and jadikan macam bag the shopping bags bebanyak.

Tapi kemudian dok pikir camne ke nak sumbat sejadah2 nih. Kalau letak lam luggage memang ler muat tapi makan space. kalau hand carry pulak kang, walaupun ringan, boleh tahan panjang ko tuh.

Nanti kemudian pikir. Lena malamnya pun after 3pagi. Aku terjebak tengok cerita tahun 70s! sesambil main online chess pulak tuh. Selain mendapat gangguan via whatsapp by hamba Allah. Hem….malas nak citer.  Thanks Thamrin City. Ada rezeki jumpa lagi next year.

Comment: 6

The Thamrin City, Jakarta

IMG_5168

 nampak sahihlah sangat yang ngamikkan gambar ni tinggi benau kan.

Flight was at 10ish something, dari rumah by 7am dah challibot, RD ler hantarkan.  RD could have joined me but we decided to just the wife je lah pergi settlekan urusan kerja di Jakarta. Sent and all taken care by ASUS. Hebatlah ASUS,  2 years in a row. Insyallah taun depan ke Jakarta lagi…kot 🙂

IMG_5173

Dalam flight aku punya batuk kong kong kong. Bape hari dah aku batuk, asal malam tidur dia kong kong. asal kalau wkend tidur petang pun dia kong kong. Satu ubat je jalan leh buat baik batuk tapi tu ler ubat tu memang tak sampai 30min kena tidur terus. Dia punya drowsy gila punya power. So aku kalau tak darurat memang takkan amik ubat tu. Menggangu perjalanan harian.

Jadi dalam flight, sorang stewardess tu sangatlah baik menjaga aku. She sampai bagi aku ubat batuk hisap, pastuh tak cukup tuh dia bagi air suam ngan lemonade. Orang sebelah pun tolong bagi gak gegula hisap untuk kerongkong. Selagi daya ler.

IMG_5202

Cak tetiba Pak Sulis ada.

Sedang ASUS team semua naik the 2 busses, aku bawak diri sendiri dengan Pak Sulis. since i tak lunch, aku makan caca marba tak payah properly pun, jadi memang dah berjanji ngan Pak Sulis to fetch me kat airport Soekarno untuk senang aku kulu kilir.

Kalau last year Pak Sulis came only on my final day, tapi taun nih, landing je dia dah tunggu.

IMG_5205

Tujuan hala pertama ialah ke Tanah Abang. Tapi coz kita tak punya banyak masa, tukar laluan ke Thamrin City, pun depan Tanah Abang gak.

IMG_5209

apa lagik, some photos for your eyes pleasure

IMG_5212

biru pink

IMG_5214

biru and hijau and campuran pink

IMG_5216

merah menyala tu lawaaaaaa

IMG_5221

banyak yang aku tak amik pun, just reronda tengok2 pusing dulu

IMG_5224

frankly speaking, ini pertama kali aku sampai Thamrin City. Aku dah slashed ITC Kuningan bila kenangkan the kedai fav yang aku gilakan tu dah takde meniaga di situ. Tapi kalau terjebak ke ITC pun aku tak kisah, cuma kalau dah lain arah, so tak yah pergi pun tak per.

IMG_5233

section sini cantik2 warnanya lahai

IMG_5236

some of them nih aku saja amik gambar untuk the gangs

IMG_5241

ooo batik btul tuh…

IMG_5245

in lawa lawa! sungguh nih

IMG_5246

but aku tak amik ler. dia free size ler. besau gelebeh bila aku sarung. orang yang rangka besar or tinggi kurus pakai ni lawa ler. pependek tak yah ler

IMG_5268

alahai lawa betullah jatuh ati betul aku ngan baju traditional Indo for budak kecik nih

tapi size for Zeeshan takdek. yang ada tu besau bonar, hok ni kecik. Sepasang ngan seluar and ada jugak kopiah

IMG_5267

yang ni hah muat untuk Zeeshan pakai, bolehlah biru pun biru, ada tema merah sesikit.

IMG_5270

batik merah, mahal benauuuuuuuuuuuuu hok nih!

IMG_5249

full of batik lelaki

IMG_5254

by the help of my currency converter

10 kali datang Indonesia pun masih lagi tak hapal, kena refer to this always

IMG_5260

memandangkan duit rupiah ni banyak benau kosong2 belakangnya. Urusan membayar aku serahkan bebulat kat Pak Sulis. Contoh katanya 500ribu rupiah, so aku bagi le berhelai2 tak kuasa le aku nak kira. Nanti Pak Sulis sort out kan and settlekan bagai. Ada balance ke hapa nanti Pak Sulis pegangkanlah.

Beliau jugaklah yang tolong bawakkan segala barang and jadi guide untuk kulu kilir dalam kiri kanan. Macam trip yang sebelum2 ini jugak,lah. Aku kekira kan, ada dalam 8 tahun kot aku kenal Pak Sulis, setiap kali datang sini, mahupun yang dulu Medan, Bandung or even Bali pun Pak Sulis carikkan supirnya. Kasi settled semua ler. Those yang dok riuh nakkan number Pak Sulis nih, alohai, aku kena jadi PA dia ler camnih. Letih melayan request. Dia ni pun sebulan aku booking dia, tapi apapun, kalau last min request pun Pak Sulis tetap dahulukan aku, alhamdulillah.

Oh kat sini aku beli baju batik for some of few men in my life. Ada untuk brothers, abah, suami, anak2. Selai 25hinggit.  Lain sume nanti show2 insyallah.

Comment: 5

Back from Jakarta…

 

IMG_4757

in out in out in out

penat yek bila lone ranger buat keje nih. I salute to ibu2 tunggal yang tanpa suami. Aku yang ada laki pun even laki kerja most of the time kita kena cover keja sorang2 nih. Dah biasapun, I m not complaining,since dari sebelum beranak pinak pun dah memang gini life aku.

Baru ni at one of the Sabtus, kena amik kakak di sek agamanya, pastu pi sekolah jemput abangnya pulak. My small boss ikut sama ler. Angkut depa bawak balik, lunch and zohor, keluar balik for badminton session. Lepas tu sampai umah mata aku dah longlai but my coughing tak boleh nak bagi aku tidur petang (next to Zeeshan).

Aku ada 2 jam nak rehat sebelum keluar balik jemput abang kakak.

Thank God, bapaknya can jemput depa balik! what a relief. Camne le nak jadi housewife tuh, lag ler kena keluar masuk keluar masuk. Adakalanya aku cuti kena kuor masuk rumah jemput anak2 sana sini, boleh berdenting mata kuyu paneh capeknya.

IMG_4700

anywayyyyyyyyyyyyyy

i just got back from Jakarta (again).

The items atas nih, beli untuk Pak Sulis, ole2 dari KL ke Jakarta.

Dari Jakarta ke Tanah Lumpur, kemudian cerita 🙂

Apapun, harituh, a nite before jadi driver bebudak, aku makan ubat sinus. Tak drowsy pun. Cos lately aku rasa macam dapat balik le resdung aku tuh. Dulu 5 yrs ago aku kan ada buat baloon sinusplasty, tapi dah past 5 taun nih macam dapat balik ler resdung. Ni yang nak kena siasat balik idung aku nih heh. Dah few nites aku terjaga dek sinus resdung nih, mana ngan semputnya jugak dok datang. So malam tu, memang sebelum 11pm aku dah kong kalikong, tak tunggu laki balik kerja pun. Tak sedar pun.

Midnitenya datang bulan. Tetiba aku sedar dah kol 11pagi! wallahwei, sampai sakit tengkuk dok tidur lama gilerrrrrrrrrrrrrrr, jarang oi tido lelama gini. Aku sedo sekali dua lam few seconds jer waktu depa pi sekolah, ni penangan dek period ke penangan dek ubat sinus yang tak drowsy tuh. Begitu punya pengsan, lama giler tak tidur camni hoi.

Back to sinus, ada antara korang yang dah buat baloon sinuplasty and kemudian dapat balik tak resdung tuh after 5,6 years? aku rasa macam dulu Doctor ada cakap it will be coming back but nak kena recall or i should just go and jumpa doctor (itu memang payahnya lahai nak buat).  Any clue?

Comment: 4