Another kenduri, aqiqah.

IMG_6439

Kenduri lagik, Cuti 4 hari memang banyak kenduri. Ini kenduri aqiqah baby Liza pulak. Remember aku and GBM ada hosted her surprised baby shower, so dah kat 3 bulan gak lah Liza delivered a baby boy.

IMG_6453

Kita berpakat nak sampai dalam waktu yang sama, tapi hahahah Kak Red korang yang sampai lagi awal kali nih

IMG_6456

babynya tidur saja, so kita dok sini makan dan makan. nak tunggu Yan yang later datang, pun kita kena makan and makan. Teh tarik je bape gelen. Baguslah, buncit lagik

IMG_6469

itu dia pelamin berhias cantik sungguh untuk Israf Zayd

he tidur je pun, dah hujung2 baru le dengau suaranya menguek

my long red jubah ngelip2 ni pun dari Jakarta but not yang trip baru ni aku pergi, yang last year punya trip beli, ni hah baru pakai. ada lagi kaler lain gak lom pakai lagik. Tu lah, bila ada kenduri kendara lah sesuai pakai hehhehee

IMG_6480

tak nampak close up baby Isyraf Zayd, tengok aunty je lah nak oi

IMG_6489

Zeeshan and Amad biler ler nak jadi gang, tunggu depa besar lagi sketlah kot…skang memula suh hugs, depa hugs pastu berebut kereta.

IMG_6494

Penting nih kena tayang kat blog walaupun memasing cuba nak menyorok badan hahaaa

IMG_6500

oklah bagi chance Yan and Rose menyorok badan dan kasi aku and Liza punya dempol ke depan kannn 🙂

IMG_6503

Thanks Liza for having all 3 and my red family untuk kenduri besar Israf Zayd. Pelamin tu cantik2 sangat, sapa yang nak buat kenduri bolehlah contact Liza, ai donno dia pakai mana punya contact. Kalau nak contact akak, ai can recommend Zatul Cradle, her number is 016 385 5189. She sponsored my aqiqah for Zeeshan few years ago, pun cantik2 gak pelamin untuk baby.

Food Liza hidang untuk tetamu pun sesedap, kambingnya bapaknya masakkan. Aku makan tak sangat tapi tu ler dok hadap teh tarik manjang. Apa susah, asal nak minum jer petik abang kakak, sampai le cawannya. hiks..

Tu dia, kenduri berturut2. esoknya ada lagi wedding yer….

Comment: 1

Kain baju raya – 2 tailors!

IMG_6324

hah full version of baju and kain, nak gak tunjuk nih

IMG_6327

another version, tapi sesambil tu tuang air. Kita ada siap dah beli juadah petang untuk Mak Mertua aku, yang ada pun aritu adik RD and anak buah sorang.

IMG_6335

pastuh apa lagik, bawak Chanel sanggul rambut tunggu motor lah! mampu ko?

IMG_6340

cam aku cakap kain batik tu takde belahan, dia selisih macam kain batik, sopan ler gak, laki aku pun dah macam orang JOWO jer gaya gini, memaang le pun, ada darah Jawanya gak.

IMG_6348

padahal nak pergi ujung rumah lorong yang sama je pun. Tapi wajib le kan naik motor, anak kecik aku tu jakun motor. Sebelum tu laki aku dah hantar mak aku ngan Kakak. hahahah 3 kali trips, Last2 bila balik, mak ngan kakak balik jalan kaki, coz ujung lorong je punngggg, tak kuasa ler mak aku nak naik motor dah

IMG_6356

Jumpa tailor yang paling wajib nih. aku bawak 9 helai baju untuk dibuat for both of us!

IMG_6371

sesambil ukur badan, mak mertua den jadi mandur hehehehe….

ini bukan first time aku pakai tailor nih, dah banyak baju aku makcik ni buatkan. Kalau darurat je baru aku hantar kat Aunty Yeli, tapi kalau nak penjimatan berganda, baik ler hantar kat makcik tailor rumah mertua aku nih.  Dahlah 9 helai kau!

anyway, 5 helai jer aku, lagi 4 helai anak dara aku punya. All kains dari yang aku beli di Cambodia last year. Ada yang 2 tahun lepas dari Bandung pun, tu lagi ler Rose GBM belikan dah lama, baru teringat nak hantar buat.

IMG_6406

 we sambung dinner plak kat Papa. Sebelum jumpa Papa, ko akan jumpa Mama. hahaha tak tau le napa kena makan sini, rasanya few times gak makan kat sini, sok sok lain bulan kita try Mama le pulak. Tapi memang pun kat Papa ni lagi ramai orangnya dari Mama.

IMG_6422

Buncit dan buntal ye cuti 4 hari arituh, makan makan, walaupun cuit2 jer, tapi still minyak dan carbo. Aku ni dah lama tak makan nasi le, tapi bila makan pun badan naik, so bayangkanlah kalau aku makan nasi, apa jadik?  Anyway, terserempak kat situ gak, waktu kita dah abis makan, Arwah Jejai’s wife dan anak2. Berborak sakan.

Mengenangkan susah payah Kak Mas nak ulang alik dari Kapar ke KL untuk kerja, adoi, kesian sangat. Kak Mas takut driving, masa dengan Arwah dah belajar ada lesen bagai, tapi she has to wake up every morning at 4am, untuk siapkan urusan rumahtangga dan keluar naik bus pergi kerja at 6am, 2 jam atas jalan ngan jem! Baliknya pulak by bus gak dengan paling awal sampai only at 930pm. Tabah ko kak. Semoga anak2 memberikan kesenangan buat ibundanya ini.

IMG_6382

Dan apapun kisahnya kan, aku dari January dah hantar untuk buat baju raya, cuma bagi baju contoh jer, Tapi sorang tailor tu reject suh kita bawak anak, padahal kata boleh pakai baju contoh. Bila last month, aku pas kerja, amik kakak, terus balik Kapar, berdua, coz nak kejar buat for Raya ler kan, tailors kan ramai dah tak amik. Makcik tu tak nak amik.  Tapi aku nak hantar kat Cik Ana ni lah, but 2 jam aku ngan Kakak dalam jem, masa tu baru kat Damansara, adoi, patah balik rumah! Cancel!

Jadi baru hari ni le ada masa nak hantar, sempat lagi kot for Raya. Cik Ana janji boleh siapkan.

Bestnya, masa January tu gak aku ada hantar baju melayu untuk my 3 boys, kat tailor Kapar gak, but abang tailor yang buat tu, setaman mak mertua aku gak.  Those kain baju melayu kan, aku beli from my previous trips of Jakarta, not last year, many years agoooooooooooooo. Kain serai wangi. murah sana. So memang banyak meters ler and banyak kaler aku beli. Dah siap dah baju melayu lelaki depa, all 7 setengah helai, 3 warna dapat.  Setengah tu coz satu warna tu tak dapat size seluar abang, yelah kalau dah bertahun2 beli, bayangkan le masa tu dia kecik lagi.

Dan penjimatannya lagik, only RM380 for all these 7 sets of baju melayu for all depa 3. Kira purata dalam RM55 ke RM60 je sepasang. Murah bangat le kan. Aku tak de beli kain ela baru lagi for them masa trip baru nih, coz cadang lain tahunlah beli pulak, yang 3 pasang ni pun leh pakai 2,3 kali raya hahahaha. Tapi Abang and Zeeshan akan membesar dan melonjong jua jadi harus kena top up lagik kain baju melayu depa. Urusan hal kain baju memang aku pandai cover lah, nak jimat sana sini, alhamdulillah.

Comment: 6

One of the weddings…

IMG_6163

hallo hallo, muka pandang camera please. Mulut menceceh je akak merah kau. Banyak nak catch up ngan dear darling aku nih, asal jumpa masa kenduri Riny jer. She s my bff even used to be my roommate kat ITM Jengka dulu. Last year ada akak blogkan ai went to her brother’s wedding (yang kahwin ngan Fauziah Gous tu ler). This year pulak wedding adik bongsu, si Baby dulu akak kenal dia masa kekecik adoiyai, skang dah kawin ko dik.

IMG_6173

pakwe kecik dok main telur! seligi gak budak nih

IMG_6200

Mr Zeeshan ngan batik Jakartanya. Ko tengok pipi dia dah naik merah dek kepanasan hahahaha, dah macam pakai blusher jer. Dia memang, kalau panas sangat or even sejuk sangat (specially at winter countries) memang akan naik ler pipinya tuh

IMG_6211

The nikah was since morning tapi aku datang dari tengahari. My 2 boys, RD and Abang masa ni pi solat Jumaat, so tu yang kami berempat jer (kakak dah melepek, sorang lagi maid aku ler). Jadi pas dropped us, depa pi solat kat Bukit Jelutong tu gak lah.

IMG_6214

Orang dah abis ramai makan pun, but pastuh habis je solat Jumaat, ramai ler balik meja2 tetamu ni.

This was during the Labour Day cuti tuh. aku rasa first time gak aku pi kenduri kahwin yang buat on Friday. Eh tapi aku nikah dulu pun on Friday, cuma majlis berinai bagai buat malamnya dan esoknyalah. Macam adik Riny ni did right after nikah tuh. Itu baru 1st reception, ada 2 more receptions kat hotel and jugak kat side lelaki plak

IMG_6220

bahang panas toksah cakap ler, ada jugak at hotel depa buat, on Sunday, tapi aku skipped le part tuh. Cukup hok ni je datang, ni pun kira hebat, Riny kalau jemput so far alhamdulillah aku memang dapat hadhir. Ko Riny baca ye nih, kalau pasnih aku invite, jangan ko tak datang pulak haaaaaaaaaaaaaa

IMG_6233

Ok complete dah one family. Aku tinggalkan the boys makan sini, aku ngan the girls termasuk si handal kecik aku tu masuk ke dalam nak carik pengantin

IMG_6239

tapi tak dapat jumpa Pengantin, tengah bersiap. so kita posing je lah kat pelamin

IMG_6242

beria le akak korang ni kan, abis tu pengantin busyyy

IMG_6248

dah tak tau nak amik gambar camne dah, maid aku memang suka suh posing, dok tak sesudah dia puji ngan pelamin Baby, memang cantik bangat

IMG_6257

tersentil le sikit dak Poja. thanks for having us Riny, love u dolly

IMG_6310

dan tengok kehebatan bersilat 2 orang nih, the boys

IMG_6312

depa punya ke main berlipat2 dalam kereta 2 orang nih. apaknya ngah beli barang something, kita nak balik Kapar pulak

IMG_6320

the 3 of them in batik! untuk Zeeshan aku beli 3 helai, tapi kesal pulak tak beli lebih2 untuk bapaknya dan abang. Ada gak some of them dapat ole2 batik baju ni dari aku. Heharap muatlah yek. Abah pun dapat 2 helai, but long sleeves.

Selai batik ni 25 hinggit je pun. Pakai for weddings, ok ler kan.

IMG_6267

all of us in Jakarta outfit, except Kakak yang takde pulak for her. Susah nak carik size baju kakak yang macam maknya nih kat sana.

IMG_6275

kebaya purple aku tu macam caftan but pendek cam ni ler aku suka cuma kali ni dia punya material sedap sangat and dah ada siap the brooch type, dan jugak aku paired kan ngan kain batik yang macam pario aku citer tuh. This is in Purple one, tak nampak ler pulak shot gini, nantilah tengok atas2 ada gambarnya kain nih.

Tapi kan baju purple tu, asalnya beli ngan 2 helai baju lain gak, dia tak nak bagi harga yang aku nak kau, sama ada gratisnya ler. So aku blah ngan Pak Sulis, dah few steps, baru dia panggil balik. Tu yang jadi beli. Lagipun kita dah last customers, depa nak tutup kedai pun, bagi je le harga yang aku nak tu kan, aku pun insisted gak. hiks..

Comment: 5

Ole-ole from Jakarta…

IMG_6034

so ini akak dah tunjukkan the PAC lipstick pallette yang I bought from the Martha Tilaar Jakarta

tau tak bape taun dah pun masih lagi the pigments of the eyeshadows masih lagi ai pakai. tak hehabis lagik. 2 tiang berdiri lagik tuh. but yang palette dah jahanam, si Zeeshan punya angkara, masa dia kekecik dulu, dapat dia selongkar.

IMG_6082

at the airport, ai beli the duo sets of these 3 sets of perfumes. Malas nak bukak the plastick bags tuh, excited nak susun cecantik molek at my new bathroom in TM’s house.

IMG_6086

The Martha Tilaar sets pulak, the scrub and 3 body showers. pun dok tunggu time je nak susun at my new TM’s bathroom. hahahahah bila le nak tayang TM’s house kan.

Rumah dah siap, alhamdulillah.

Tunggu pengakhiran the final touch up and pindah masuk. Insyallah, siap je semua lagi ada satu lagi final stage kita nak buat, terus pindah. Ramai giler dah tanya aku bila nak buat house warming, dik oi, no house warming this year, rasanya tak sempat. Akan ada rezeki lebih, kita buatlah house warming, insyallah. Dedoa.

Thanks for reading my Jakarta journey, see you again Jakarta, insyallah ada rezeki tahun depan lagik. Ole2 lain yang dibeli di Jakarta, ada masa ada pakai ke kita will share sini. Memang some dah pakai pun.

Comment: 6

Tanah Abang, dan pulang to KL…

IMG_5827

hallu our final day. To shop and to balik KL, flight tu late petang, so dari pagi le aku dah buat routine pi berjalan sendiri ngan Pak Sulis. As usual, aku dari first day tak join the ASUS punya program except the official day on 2nd day tu kan. Hari lain memang aku buat hal sendiri. Pi nyopping sana sini.

Ini di Novotel. Tunggu Pak Sulis. waktu datang luggage oren duduk dalam luggage hijau, tujuannya untuk letak barang le kan, organize sikit pala otak mikir.

IMG_5840

tuju pertamanya ke Martha Tilaar. Aku asalnya ada buat booking untuk massage, tapi depa punya massage call off time to start is at 5pm, yet waktu tu ler kita ngah sibuk shopping.  Jadi datang singgah le jap beli barang.

IMG_5836

Ada PAC gak dalam nih, lagi senang kerja aku, sekali arung setempat beli sini

IMG_5844

langsung terus kemudiannya ke Tanah Abang. Mata aku tengok dress merah nih, omeng. Bila masa le nak pakainya. Ada kat FB suh aku pakai masa Abang nikah, ko ni abang nak nikah ke mak nya yang nak menikah baru pakai cenggini hoiii

so lawanya.

aku ni ada penyakit pantang nampak merah, sumenya lawa

IMG_5848

the kebaya, memacam jenis fashion hah.

IMG_5851

well kat Tanah Abang, first location mestilah to curtains floor. Aku buat curtains lagik. Asal buat curtains je mesti buat kat Jakarta or Medan. Kat Bandung je dulu aku tak buat

IMG_5853

macam2 jenis ler langsir ko nak, yang tempah, yang ready made, yang design segala jenis pun ada

depa boleh siapkan in 24 hours, paling lama pun dalam masa 3 hari dah siap

IMG_5854

dan macam biasa, kepantangan aku bila nampak memerah nih. but aku tak amik ler nih, apa kehal pulak nak tunjuk apa yang aku tempah kat sini kan. Mai lah datang rumah 🙂

IMG_5860

so pilih materials, pilih design. Knowing me, measurements semua dah in hand. Bukan ini pertama kali pun aku buat curtains kat Indonesia. Prices? Yes, wayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy cheaper than KL

IMG_5886

oh lawa2 nih.  pikir le kan bila nak pakainya. Raya memang tak ler. event boleh. nikah kawin family members, tapi semua pun dah kahwin heheeeee

IMG_5890

satu lagi kat Tanah Abang nih walaupun kat Thamrin, depa ngah banyak betul jualan barangan orang India. Anting2 aku tayang nih, aku ada le tanya harga2nya, siap ngan gelang maknek bagai ler. Tapi bila convert, eh seratus lebih gak sume heh

IMG_5893

hah tu lah, sari ke baju Punjabi, semua ada. Banyak kedai gak tau camnih

IMG_5895

ini lagi kebayanya. Kita tak berenti pun, snap bergambo jer

IMG_5897

kebaya lagi. Kalau kat KL ni or even Malaysia tuh, jau reratus seketul kan?

IMG_5905

hah merah ni pun lawanya.  Baju untuk Indian nih but kita boleh je pakai, muslimah what. Cuma dia punya mengelip. Nak tanya harga pun takut

IMG_5925

kat kedai ni ada jual kain batik. Tapi bagusnya kain batik ni:

1. Bukan macam pario, so tak yah nak ikat2, tak yah nak pakai belt

2. Ada 2 buttons, so kalau ko gemuk ke kurus, bolehlah adjust buttons tu. Main2 kat buttons jer. So far aku dah pakai 2 helai. Takde belahan, so very muslimah gak.

3. Ada siap ngan selendang plak tuh, harganya, lumayannnnnnnnnnnnnnnnnnn murah.

hahahaha macam aku menjual jer.

eh abang ni kan, dia punya demo beria le pakai kain nih, coz memang aku macam korang le ingatkan ni macam pario, rupanya wah, canggih. Senang gila nak pakai pasnih.

IMG_5929

varieties of colours and designs

IMG_5931

ini aku beli gak, dah pakai dah pun. hijau gold

caya tak ai beli 9 helai?

caya tak???

IMG_5934

caftan lagik. orang pendek cam aku kena carik caftan yang short bukan yang medium, kalau nak labuh, baik amik terus yang sampai knee. Kalau yang standard size, nampak macam pakai baju mengandung je hahahaha

IMG_5938

ada lagi jumpa Indian shop

IMG_5943

jubah biru and dark blue gak, aku amik 2 helai, untuk mak and mak mertua.

tokey kedai ni banyak cakap ler, orang lagi nak cepat dia lagi banyak borak citer pasal customers dia all the VVIP Malaysians yang dok situ.

oh untuk shopping kain baju cecantik yang kat Tanah Abang tu, mesti cari di Lantai 5, 5th Floor, Tingkap 5 kay. Aku yang setiap tahun datang Tanah Abang ni asyik ler lupa tingkat, sampai aku bukak blog aku kat situ, tunjuk orang gambar entries tahun lepas, baru kitorang tau rupanya harus ke Lantai 5

IMG_5948

kusam je muka masa shopping, penat ler.

Dah lapau, makan kat food court atas nun, the mee goreng. Aku nak le dapat macam mee goreng sedap kat Thamrin tu kan, alahai, hok yang kita makan nih, tak sesedap pulak. Jadi makan ala kadar je lah. Pak Sulis yang always be with me, whenever I am in Jakarta.

Those asking Pak Sulis number, momantai, insyallah boleh bagi tapi tu lah, dia ni schedule padat. Lepas jer dia uruskan aku, dia ke Bandung, about a week kat sana. Ramai Malaysians jadi customers dia.

IMG_5970

tetiba dah merah menyala kan. Dah touched up cecantik. Nak pi mana ko agak?

nak layan jem macet ler, nak tidur. dok belakang tu aku membuta. Lam sejam lebih dengan jem dari Tanah Abang to Airport. Last year pun 2 jam kau, dah bangun tidur pun tak gak sesampai. lamanya lahai.

IMG_5991

Aku sampai awal few min dari Malaysian contingents yang by bus. Siap ler hakak punya 2 luggages, tu hah 2 sejadah tebal

IMG_5999

Ada sale sikit kat dalam duty free airport, borong perfumes lagik

IMG_6013

sorong le sampai ke depan, itu bag biru hitam tu belongs to Patrick. Alia dah hilang ke mana hahahaha…Famous Alia pastuh, dalam aircraft dia tertinggal one of her shopping bag, nasib baik crew datang asked around

IMG_6022

sampai 4 bijik le pulak hand carry aku kan, bagpack tak boleh lari, kena jadi back up untuk my sling back Chanel tuh. Mana muat nak letak semua barang, ngan cables ler, wayar ler, power bank ler, tah hapa2 ler lagik. Udahlah ngan ‘cuti’ lagi le banyak makneknya kena usung in hand.

IMG_6031

Kak Azian is my loyal reader, she s also a mother to Alia. Gitu kan, jodoh betul kita. Nasib baik ai upload gambar kat FB heheheeh. Thanks Kak pinjam Alia jadi teman kami di Jakarta.

IMG_0787

dalam flight, layan lagi sambung movies. Aku memang hantu in flight movies. Ada cerita best pun, dok ulang alik tengok. Tak tidur pun. Last year ada orang China mari sana kena tangkap coz mencuri duit pax lain dalam flight, i did blogged about it. Tahun ni alhamdulillah no drama. Trip was good, cuma my bad cough tu lah, yang smapai kita kena beli repeat the gegula untuk sore throat. Haru sungguh.

RD sambut aku balik ler. Kecapetan.

Semua ole2 dah gave out to most of my buddies and families.

IMG_6034

one of the items yang ai beli kat Martha Tilaar. PAC lipstick pallete. Dulu aku penah pakai ni, siap beli buat jual lagi ramai orang gilakan nih, kali ni repeat balik beli for self.  Very handy.

Later to details about this.

Jadi, those nak pergi Tanah Abang, a must place to visit. Baru ni aku ada jumpa sorang Russian, she stays dok kerja in Jakarta, bila aku cakap kalau aku pi Jkt tu sokmo ke Tanah Abang, she kept saying itu tempat low quality, she never been there bla bla bla. Ko jangan le caya cakap Russian tuh. Ko caya cakap akak kay. U must visit Thamrin and Tanah Abang.

Fullstop.

Comment: 7