30min for HomePro!

IMG_4984

usai di UNITEN untuk Sports Day Zeeshan, kita dah nak balik rumah terus, tapi melepasi IOI since aku nak beli satu barang, jadi singgah le kejap. Nak makan dalam nih for lunch tak de kelaluan tekak pulak. Laki aku ajak ke Velodrom. So singgah satu HomePro je tengok dalam kejap.

IMG_4993

Makin pendek betul aku ngan si abang. He hasnt beat his dad yet. Kakak tu akan mencelah kependekan maknya gak nanti satu hari. Jeggings yang kakak pakai tu, hok aku tuh. Aku pakai at one of my events, lupa apa but memang kalau legging ke jeggings leh campak je kat kakak.

IMG_5002

so gold!

IMG_5012

Aku carik cermin kecik, takdok dalam nih. Kena gak ke Ikea camnih. Ada satu section kena pakai cermin kekecik, coz size ngam2 takde dalam nih

IMG_5032

dah alang2 kita tengok pusing le kejap dalam nih. Check out on stove hood hob sumer. Pening pala tengok harga but we havent finalise yet. Yang murah2 pun ada, murah2 pun dalam 3 bijik benda nih memang all out RM5k gak kena siapkan yek.

IMG_5088

bukan sebab sukakan sofa nih but penat pusing satu HomePro, tumpang duduk yek

IMG_5094

aku beli benda pink nih, but in blue. Gila le nak amik in pink. Takdo merah, if ada lama acik dah sebat.

Beli satu benda ni je pun, buat sedap pulang rumah since yang dicari tak jumpa

IMG_5103

dari cashier terus ke parking. So kena ingat pasnih nak naik ke HomePro sahaja, parking kat A parking. A A A kay!

IMG_5111

eh 3 beranak ke main pulak korang yek, best pulak naik trolly dok atas kotak nih hahahaaa

IMG_5123

orang tengo kjer. kakak le paling selesa. tapi aku pun selesa gak cuma kena kepit Zeeshan ler. disorong dek bapaknya, escorted by abang. once a while buat gini, best. Anak2 akan ingat, mak aku dulu kan, selamba je at her 40yo dia naik trolley gak tau. LOL

IMG_5126

tu dia sampai ke parking!

IMG_5138

kami tutup makan kat Velodrom but bukan di tempat biasa, restaurant depannya. Tak best. Aku gatah ikan, ngan daging (macam dah lama) and jugak sotong seketul. Ada seketul lagi dah kena catu dek abang. Balik tu sumerrrrrrrrrrrrrr mandi mandi mandi and tidur!

Kami suami isteri sambung kejap pi rumah TM. Dengan aku laki bini pulak join depa tidur sama gak. Yelah hari Ahad tuh, bersukan untuk ko dik oi.

Beautiful Sunday with the sports day. Zeeshan muka penat kuyu jer masa dalam kereta. Shan nak sleep first or rice? while odw to velodrom tu aku tanya dia. Rice first ammi (ammi is mummy, bila ler dia nak panggil full mummy, daddy dah).

Jap, IKEA nak dibukak kat Cheras area umah aku tu ke? benar? benar? tak tipu? bape tahun lagi tuh?

Comment: 6

Brainy Bunch Sports Day @ Uniten, Bangi

IMG_4762

muka memasing at 730am di UNITEN, Bangi. Pagi tu, compared rumah yang kat Cheras kan. So memang dari 630pagi on Sunday yek kita dah bersiap bagai segala. Itupun aku dok cepat cepat cepat semuaa…..Maid aku nak basuh gelas minum pagi pun aku tak bagi, biar biar bik, tinggalkan je semua,  kita dah lambat nih!

biasa ler mak mak. Kecoh kena lebih.

Alhamdulillah selamat sampai on time.

IMG_4770

Dalam sibuk kulu kilir sana sini, aku sempat siasat semua orang ada warna purple. Semua ok all set, aku pun pakai baju kerja gak hahhaaha, ungu nya pasal. Bapak korang jer, memula kata ada pastuh bila dah jumpa tak nak pakai, besau le katanya. Mengadaaaaa. So dia terselit kaler biru. Hoping konon bila bergambar tak nampak le sangat kaler birunya kan, padahal, obvious cik oi.

IMG_4793

10 kali snaps abang asyik buat main jer, hah tenyeh tarik muka dia sikit.

IMG_0708

even my maid pun pakai purple too! memang all out kitaorng sumer for Zeeshan. Bibik aku ni dia ingat dia tak perlu ikut ler, but of cos le aku nak dia ikut. She s very closed and kamcing sayang sangat ngan Zeeshan tuh, takkan ler dia nak dipinggirkan dari melihat aksi kecil boss kita kan.

Oh even Zeeshan’s baju bag pun was in purple.

IMG_0718

ini pertama kali kami dengan Brainy Bunch. Yelah first year Zeeshan sekolah kat sin kan, baru 4 bulan lebih pun. Ingat lagi his first week, punyalah struggle aku nak hantar pi sekolah, asyik menangisssssssssssssss jer. Kalau tak pun aku kena dok dalam kelas kejap and lari menyelinap. But after one week, tetiba dah jadi addicted ngan school. Hebatlah BB, memang buat anak2 kecil addicted to school.

And he is very sayang to his Aunty Dee. Sayang yang sesangat. Jangan le ko berenti Dee oiiii.

IMG_4810

Yey RB in purple!

Asalnya cikgunya (Aunty) nak bagi dia jadi mascot tapi aku cakap boleh tu boleh tapi akak tak rasa le dia nak pakai lelama pakaian/outfit mascot tuh, knowing him. Mesti tak sampai 5 min dia cabut.

Benar seperti dijangka. Esok lusa tulatnya project memascotkan Zeeshan tidak berjaya hahahaha. Dia tak boleh ler nak pakai tu sume lelama, memang toksey. Kira dia pakai topi grapes kat pala dia dalam stadium ni dah kira hebat lama ler, coz right after dia habis event, terus dia cabut headgearnya tuh.

IMG_4833

so the Sports Day, ada 3 campus bergabung hari nih. Ada sessi lain jugak, petangnya, weekend lain too. Banyak campus kan. So for our day, ada campus Putrajaya dan jugak Kajang, selain Zeeshan’s campus the Bandar Sri Permaisuri.  Untuk Playhouse pakai baju purple. Depa purple ni cos depa yang below 3 years old. Macam Zeeshan he ikut tahun patutnya to 4 years old but since dia Dec baby, baru je turns 3 taun kan, so dok dalam Playhouselah.

IMG_0723

Masa marching nih, dia dok tengok je mana ke mak bapak aku. Udahlah masa kita sampai dia langsung tak nak lepas tangan aku, tak nak ikut Aunty. So aku pass batton kat bapaknya, and aku anak beranak sume pi cari seats. RD pun main lelari jugak, yelah kang nak melekat jer, bila masa pulak ko nak bersukan dik oi.

Si mascots 2 orang tuh, grapes and epal 🙂 .

IMG_0735

bila dah nak bermula jer majlis, mulalah most of mak bapak terus ke depan nak tengok close up anak memasing. nak turun bawah pun boleh jugak. Ada nampak abang yang di belakang seat tuh? ado ado? hehehehe bibik pun lagi ler siap ke main jejerit adik adik adikkkkk

IMG_0740

ini Zeeshan tengah berjoget satu dewan pun sama. Wah bershuffle shuffle ko kan, kat rumah tak nampak pulak ko berjoget gini dik. Ke main ko simpan rahsia yek. Berpusing ler, shuffle kaki tuh, ada video, scroll je nanti

mengekek2 kitaong gelak tengok 🙂

IMG_0745

game pertama untuk group Playhouse, pilih fruits kat tengah tu and puzzlekan ngan yang dalam hop tuh. Bebudak ni jalan pun kena ada guidance kalau tak depa punya mata dok melekaaaaaaaaa ke kiri ke kanan. But dah been trained kan so either tau ke tak, ada ramai yang akan tolong hehehehehe. Syokness tengok nih.

Kami menonton dari atas. ada sebabnya.

IMG_4842

Selepas 2nd game, lompat pagar yang tak sampai lutut tu pun heheheheh, terus duduk terjelepok. Alaolo comelnya anak2 riang ria ni semua. Dengar je arahan tau, kalau ada family dia memang dia tak boleh nak dok diam gini. Tau le pulak ko kan school’s rules.

Ini kakak turun bawah, tengok close up lagi dekat.

IMG_4855

Kami masih lagi di atas coz sebabnya kalau turun ke bawah, dia akan surely distracted. Bila distract mesti dia nak keluar dari group kawan2 dia and nak kat makpaknya. Kompem sangat. Jadi biarlah kami dok aman kat atas nih. Aku tengok ramai parents turun, habis huru hara anak2 kat bawah dok nak melekat kat makpak. Sian ler pulak makpak tengok anak nenangis, ngan bapak siap bersukan tolong anak sama pun ada.

Jadi aku tau pangai anak aku, demi untuk mengamankan keadaan, biarlah kami tengok dari atas jer pun.

IMG_4862

nak le pulak ko pakai tanjak ni yek dik

IMG_4878

yey dah menang! dah dapat medal! dah habis sukan!

IMG_4880

selfie dulu ngan kakaknya!

IMG_4893

Next pulak turn untuk the star program

Zeeshan dah memang kat kami ler masa nih, belasah nasi lemak. Lapau dak kecik tuh.

IMG_4901

Ini budak sebelum acara bermula dok melentok2 kat bahu aku nak membuta. Abang, sekrang turn adik kau. dulu turn ko, turn kakak kau. Jadi bersedia jer lah yeah. Sok sok nanti, ko tua plak, turn anak ko plak bang.

IMG_4908

hah kemudian ada acara for parents, the fathers and mothers. Wakil untuk BSP mak mak, banyak kali depa panggil suh datang, aku tengok je dari atas, malas nak join. Nak tengok RD main dalam group bapak baru best. Memandangkan Zeeshan yang dok melekat kacau bapaknya nak perform, jadi kenalah jugak aku turun. Dah boleh sangat turun tanah.

IMG_4915

Depa main satu game je pun, cecmapur 3 campus dalam 3 lanes tuh. Mothers pun sama. Group laki aku dapat number 3, dapat hamper dan dibahagi2 but ada yang bapak2 tak amik. so ikut ler sapa yang mendapat.

IMG_0755

Kembar baju sama.

Dari atas lagi awal2 pagi aku ngan Kakak dok bilang RD yang ada orang pakai baju Netherlands, sekali kau hahahaha rupanya kawan opis lama dia!

IMG_4919

Kakak geram je mak tak nak masuk apa2 game. Takpelah kakak, bagi chance kat mak2 lain, kang asyik ler mak kau mak kau mak kau jer yang all out plakkang

IMG_4961

Zeeshan dah tak sabar nak callo bette!

IMG_4966

ada jualan kat dalam stadium tu gak, so aku beli satu benda jer, madu halia, dari Pakistan. untuk batuk. Moga batuk malam aku berkurangan. Bukan malam jer, siang punya tidur pun kalau asal nak tidur je dia batuk2, ada aircond punya tidur lagi le batuk.

IMG_5129

Tahniah Zeeshan!!

Anyway, ada aku dengar citer pasal komplen parents sana sini about BBIM, yes of cos. mana2 sekolah ada pro cons. I have confranted with the teacher personally, but tak yah citer sini ler. Just my bual2 biasa about the BBIM issue recently kat outlet lain.

Dulu pun anak2 aku ada problem gak kat kindy depa, but i resolved it peacefully. Salah satu tu aku tarik bawak anak aku keluar (that was abang when he was about 4yo). Kemudian ada jugak aku confrant kindy kakak for something yang aku tak happy.

Kira mana pun pergi, tak semua sekolah kindergarten tu perfect, mesti ada yang sangkut jugak. Asalkan tak heavy issue, insyallah.

Kalau ada hal anak aku ngan BBIM Bandar Sri Permaisuri, i will blog it and say it loud.

They donno pun anak aku tu anak Redmummy 🙂 . Just yet. Moga bebaik sajalah, so far depa so good. Insyallah.

Comment: 5

#OBW2015 for #SAS8690 – Sekolah Alam Shah

 

 

IMG_4432

helping abah pakai sampin. Depan2 dewan selamba je pakai. dulik.

IMG_4440

disambut by the bebudak SAS. Dah bukan budak pun, bapak2 budak jer sume. But yelah panggilan ‘budak’ tu coz depa dulu ex students SAS. SAS ni meant for Sek Alam Shah yang nun di Cheras tu yek. Originally sekolah tu di Cheras kemudian pindah ke Putrajaya. Yang di tempat asal Alam Shah lama tu masih ada lagi, boarding school gak.

 

IMG_4441

Like i mentioned hundred times ler kan, bapak aku bekas pekerja Alam Shah (SAS). for 33 years, dari belum kahwin sampai dah pencen. So kami memang menetap di dalam Quarters pekerja situ ler, ada banyak rumah2 pekerja. So dari aku lahir kecik sampai ler aku abis ITM, kerja memang membesar di situ. How we know konda kondi, bola chop, main pepondok, main memasak, belajar mengaji solat kenal boyfrens pun di situ gak ler.

Ramai kawan jejiran aku dari situ, ada yang masih in contact ada yang dah putus langsung. yang jumpapun bila ada kenduri kendara jemputan untuk mak abah. Macam last year adik aku kawin tu, ramai ler gak orang2 Alam Shah lama yang hadhir.

Gang2 jiran lama kan.

So sama le jugak dengan nih, depa ada buat Old Boys Weekend 2015 #obw2015 .

Ada extended invite untuk abah. Jadi mak ikut sama. Dan jemputan jugak depa extend kat aku. Ikut tekak aku drop mak abah jer, hahahaha so boleh kita melepak Alamanda jer lepas mak abah abis majlis.

IMG_4459

by right laki aku pun tak patut ada sama, coz we just confirmed 2 + 1. Dia cuma tukang ngantor jer. Dia nak pi lepak num kopi sambil main chess online dia kat Alamanda nun. Tapi abang komiti jemput jugak laki aku yang dah nak blah untuk sama turut dalam majlis. Dahlah member ngan pakai tshirt jer. Some more dia budak STJ bukan SAS Lol.

Eh STJ takde OBGW ke? tambah G coz tu sekolah campur.

IMG_4442

samping ko dik dari 30 taun dulu sama je kan. ini the current students of SAS lah, depa performed for this event. Majlis ni dibuat dalam sekolah jugak, tak ganggu students lain coz depa buat ni kat dalam dewan.

IMG_4470

Abah yang jadi antara tetamu VIP malam tuh. depa dok depan, aku laki bini pi dok belakang. But dah ujung2 kami berdua pindah depan, cilok mak abah punya kambing bakaq (yang laki aku pi beratur amik kat luaq).

IMG_4477

Batch yang jemput nih was from SAS1986 – 1990.

Batch sebaya laki aku ler nih.  Frankly speaking back then, aku tak berapa kenal ngan batch nih, bapak aku kenal ler a few. Mungkin ada yang penah ada jadi kawan aku gak dulu ni masa sekolah but dah tetua ni memang tak ingat langsung ler pung. Maaf ler ye abang2 oi, saya kenal batch lain.

But terima kasih atas jemputan untuk kami anak beranak, specially for Abah.

IMG_4513

Cipela Zana in gold platform for my dinner that nite

IMG_4515

Abah Mak and bekas2 guru SAS

hoping gak jumpa makcik pakcik SAS lain tapi tak dapat plak depa hadhir

IMG_4518

Faizahanum

so kurus senangnya lahai nak sarung apa pun kalau camni ko kak oi and she s very sweet lady. She s one of my readers (antara sebab aku mendapat jemputan ni jugak).  Thanks baca RM dan jugak petik kami sekeluarga kat suami mu kak hahahaha.

Ada jer budak SAS lain baca blog nih, takde ler plak nak jemput or even appreciate us kot kahkahkah. Mau terasa terus budak SAS lain kan….you know who you are. LOL.

IMG_4532

mak abah ngan anaknya yang superretis malam tu. Aku ada photoshoot malam tu terus pas abis hantar mak abah, tu yang beria make up segala and proper dinner dress. Baju tu lebih setahun beli baru sarung yek!

by the way, Abah dah selamat di Mekah, buat Umrah lagi, left last week. Semoga abah selamat pergi dan kembali.

 IMG_4503

Hujung majlis sebelum kami bersurai, flag off from batch 8690 to batch 8791 pulak. Aku nak tengok batch 8791 tu will send invite to abah aku ke tidak. Batch nih ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii giler ler aku kenal. Kalau sorang pun tak jemput, memang patut ler korang terasa baca blog nih kan!

Musa Samat, ko kat mana sekarang? Mak aku selalu tanya ko Musa. Special ko kat Mak aku, sedangkan yang berkait rapat dulu ngan aku pun Mak aku tak tanya hiks.

Sesapa kenal Musa, dok Kelang, mintak ler dia buzz aku, bertahun aku carik mamat sorang nih. Ada sekali last many years ago aku melawat dia ngan laki and anak aku kat Kelang nun, lepas tu terus lost contact bila dia bertukar lagi number. Halahai Musa, jangan ler menyorok lelama.

IMG_4545
mengimbas kenangan silam di dewan makan Alam Shah.

Senang je nak tau abah aku ni yang mana, the most garang pekerja in Alam Shah. The most garang bapak in the world je rasanya masa tu dalam Alam Shah nun hahahaha. Abah dulu memang ganas punya garang wor. Sekarang je dah tetua memang dah tak garang langsung ler. Baran pun dah macam takde, ada ciput2 jer kalau berangin ngan bininya kahkahkah….

IMG_4538

anyway, depa 2 dah boleh jadi gang! they dont know each other but coz the mutual frens pun kenal ler sikit sana sini kan.

Thanks Sharizal Nasri, orang kuat belakang tabir untuk OBW8690 nih for jemputan dan ingatan to our Abah. Beliaulah yang asalnya carik aku (hasil petikan isterinya). Dan last minute, waktu laki aku dropped us, menjemput jugak laki aku to join the event. Elok ler jugakkan, dah reramai lelaki naik rimas le pulak oi hakak nak mengamik lauk pauk bagai. Oh well aku tak makan pung, cam biasa, makan cecuit yang kambing bakar mak jer.

Sampaikan salam to your batch, semoga majlis akan datang, kami masih dalam ingatan. Specially hang punya junior setaun batch tu, yang hang bagi flag kat depat tu kan, kita tengok depa invite abah acik idok.

IMG_4427

Penutup cerita, lots of thanks and credit to my MUA that day – Shae Taib.

As promised, I will give credit at the instagram sync to FB Page and Twitter too untuk yang did my make up. But of cos, extra bonus for you to get in the blog too 🙂 . Those nak make up akak lagi, for any occassions, do contact me at +6019 320 6264. untuk make up tau, bukan untuk akak pulak make up kau, aku lagi tak rajin nak conteng muka sendiri ko nak suh akak conteng muka ko plak. Prefereable kat only PEREMPUAN MUA sahaja dan jugak yang pandai memain ngan hair bun.

So for my make up aritu, thanks Shae Taib, i love the make up though my simple hairbun too. That end week pun aku terus pi carik the eyeshadow yang Shae Taib pakaikan. Really like it so much!

To engage Shae at a very reasonable prices for tunang, dinner, pre wedd, post wedd or even wedding, birthdays, segala macam jenis events untuk contengan muka, boleh kindly contact Shae yer. Her number is 012 214 1810.

Overall, thank you Shae, thanks Sharizal. Thanks Alam Shah.

Rindu kat SAS, tempat kami hidup membesar.

Comment: 9

Another letter from the eldest son…

surat abang lagi 🙂

banyak betul surat anak bujang sorang nih. but kali ni, ada bezanya dari surat2 sebelum ni. Kalau before ni ada surat cinta ler untuk amoi2 yang dia berkenan, ada jugak surat mintak maaf dari anak2 to makpak.

Ini surat kesedaran diri. Surat insaf.

Tapi uniknya, surat insaf ni ada kelainan.

Pardon for his grammar, but look at the contents.

Cover depan

IMG_4683

 IMG_4685

Ikhlas surat ni, dari seorang anak yang telah insaf untuk tidak larut dalam dunia gadget

well alkisah, abang kakak hanya dapat hp yelah pada weekend jer, itupun hanya selepas Isya sabtu malam and must return back by Sunday sebelum Maghrib.  Kalau cuti sekolah, boleh dapat sepanjang cuti. Kalau musim exam memang tak boleh dapat langsung. So that s the rules. Kelakarnya kalau abang kakak dapat hp, adiknya pun dok ngendeng nak ipad gak.

But syukurlah Zeeshan bukan jenis addicted ngan gadget coz i have trained him since young not into that. Abang Kakak too.

Jadi hari kejadian, lepas dah amik handphone bagai on Sunday nite, bapaknya will keep itlah. But hari Tuesday, Allah gerakkan hati bapaknya pagi tu nak check all gadgets, tengok2 hp abang takder. Jenuh carik. I left to work, kejap tu bapaknya citer yang Abang took the hp, sejak dari a nite before. Ngamuk sket le bapaknya pagi tu, coz he thot that abang selongkar bilik utk amik hp dia kan. Rules dah been set.

Tetiba pagi tu abang returned the hp ngan surat ni. Indirectly dia nak bapaknya simpan gadget memolek gak ler, lock it lam place yang supposed it to be.  Wpun begitu dia tak nak jugak ada hp for the time being.

Apparently dia memang dah siapkan surat tu a day beforenya, memang masa dia tulis surat ni, aku ada depan dia coz dia dok tanya2 aku some of the english words tuh, aku pulak cam biasa ingatkan dia baut karangan english dia (most of the time macam tu ler kalau ngah buat homeworks).  Sengaja dia tunggu bapak dia melenting pagi Selasa tuh. The reasons dalam surat tu seperti yang dia bilang….

True, till now he never asked for his hp. Totally change. Alhamdulillah.

Kalau dia mintak pun over the weekend, kita bagi as per the rules dah tetap but kalau dia nak tak nak gak, pun lagi ler double tap mak pak kau!

Comment: 12

Batu Belah Batu Bertangkupppppp….

IMG_3833

so purpleeeee! lagi 2,3 bulan sarung ler balik baju nih. semua dah pack pack pack. Aku dah memang siap sedia untuk pindah tapi rumah je lah lom siap lagi. Kita ada timeline, so heharap ikut the dates yang kita dah budget2 ler ni kan. Semua main duit yooooooooo. hikss.

Aritu 2 hari sebelum GST, aku bantai 2 lunch hours untuk shopping kaw kaw. Selain mengejar dek GST, aku nak abiskan semua shopping vouchers Parkson and Isetan. Harus dilangsaikan. kang lagi kena bayar lebih.

ada yang aku beli baju ler, perfumes ler.

IMG_3931

oh make up too. I went to Sephore tapi macam salah amik colour je, the lipstick aku amik macam too dark giler, waktu tried kat situ, lighting kuning tak ler nampak sangatkan gelapnya but bila dah esok2nya baru perasan. So nak pakai boleh tapi kena sikit2 and campur ngan gloss lembut. If not apa kehal ler kan bazir sajor.

Sejak GST keluar, aku belum lagi shopping kain baju maknek sumer tuh kecuali on food lah. Laki aku ada ler beli groceries. Memang GST indirectly memaksa kita untuk berjimat, beli keperluan sahaja. Kehendak yang tak berapa perlu tu tak yah lah nak boli sangat.

I m one of those yang tak suka GST 🙁

 

IMG_4002

A day after Fast Furious 7 keluar, RD mai KLCC (Germany was cuti Easter), so dapatlah dating kejap kat KLCC. Movie FF7 well, ok ler but aku takde ler hardcore nak kata best benau. Cam biasa ler kalau dah jatuh gaung jatuh bangunan meletup2 bagai pun tak mati patah pinggang tulang gak, memang melampau benar rasanya hoi. Ada one time aku boleh nak tertidur. hadoi yaii…cite keter lelaju pun aku leh nak tidur. Siap aku keluar pi toilet lagik, tak kisahpun kalau terlepas. My laki suka ler. Aku antara pompuan yang tak ler suka benar, but so so jer ler. jangan memarah sang2 lelaki pencinta FF 🙂

Untuk haritu cerita batu belah batu bertangkup.

One day at least once in 2-3 weeks aku akan tapau sushi (one flavour) ni semua anak beranak suka. So hari tu aku beli dalam 12pcs. So abang kakak makan, aku suh tinggalkan sikit untuk maknya satu-2 and bapaknya pun satu dua untuk makan breakfast sok nanti. Dah malam lewat pun kan.

Esoknya aku bz, away for like 10 hours from home. Rupanya abang kakak sudah makan kasi licin pagi tu jugak. Tak tinggalkan langsung untuk mak bapaknya. Kiranya 12pcs tuh, kakak makan 2 jer kot, abang makan 10pcs. Wallahwei….

dalam wasap group bapaknya terus copy paste cerita Batu Belah Batu Bertangkup.

Pucat dah si abang. hahahahah tu ler ko. makan tak ingat mak bapak kan, habis semua ko ngapkan. Kengkadang anak2 aku ni kena diingatkan, tak tau le bebudak lain pun sama gak, apa yang kita makan, kena tinggalkan orang belakang. Kalau makpak boleh ingat anak2 untuk depa makan, anak2 agak terlandas je sokmo untuk makan tanpa ingat mak bapak.

Last weekend, kakak ngan selambanya. Mummy bawak kakak pergi tempat Batu Belah Bertangkup tu, kakak nak tengok ler tempat tu, nak tengok camne mak yang nak makan ikan tembakul tu dok dalam tu.

Ding Ding Ding!

🙂

Jawapan dan cerita seterusnya biarlah bergantung di sini.

 

Comment: 8