Sep
30
2009
Wednesday, 1:00 pm
Hey Red, you ada lunch appointment today?
Nope, i m free
You wanna do blood donation?
eh why not? jom jom….
Ms Choco is my good fren in the office. aku rasa korang pun dah kenal dia sesangat kan. she dah appeared in RM for so many years, cuma tengelam timbul je lah idak gitu. She is sitting next to me and she reads my blog too wpun dalam kepayahan memahami my malay’s language hahahahaha sian ko Mich.
This is her 2nd time doing the blood donation. we didnt plan for this at all. dia macam rasa aritu nak buat blood donation and ajak aku kot nak join. since aku memang sedang carik faktor utk kuor dari klcc kalo idak kang asik abih duit soping soping soping sampai taktau dah nak abihkan duit kat mana. ai joined her then.
it s very easy process. at least you need an hour gitu lah buat derma darah ni. first pi counter, cakap nak derma darah. abang hensem ni nanti akan tembak jari tangan ko, nak tengok ko nya iron blood gitu. thanks to abang yang tak bagi hint tetiba dia tembak jari aku meletup mulut aku melatah. sakit sket lah.
sakit tak sakit aku sokmo set dalam pala aku ‘aku beranak anak2 aku lagi sakittttttttttttttttt’. so momantai lah nih.
pastuh abang hensem akan checkkan tengok ko nya apa ke kita panggil hahaha aku lupa. tp aku lepaslah untuk buat donation. ai remember longggggggggggg time ago, masa aku lom kawin, aku pi confident nak menderma nih. tapi kena tendang kuor kay.
coz i was under weight. berat aku dulu 38kg je kan, camne le staff nurse nak terima darah aku. dia cakap aku yang patut terima darah lagi adalah. but now aku adalah pompuan gemuk yang bebila masa je rela darahnya diambil.
Proses check iron blood ko ni, lam less than 5 min jer. mine was 13.1 gitu so sangat molek untuk donate. sblm tuh sila fill up the form lah yer. jangan ko ada hepatits b ke aids ke idak lah boleh nak donate. isap dadah ke, pun x leh. isap dada boleh hhahahhahaha. nyahat ai.
sambil2 tu kalau nak check apa jenis blood kita pun boleh gak. aku dah tau blood type aku, but nak gak kepoh tengok camne abang hensem check my blood type. dia goncang2 papan darah tu…sekilas kaler darah tu dia sudah tau apa type aku.
betul kompem lak tuh.
Ms Choco is in O type. aku lak type B. ha……ingat yer.
pastuh kamu akan jumpa doctor kejap, dia nak tengok ko nya blood pressure. aku ni ada masalah sket blood pressure lah. my presssure rendah. tiap kali buat check up, sama je result. ha tu lah redmummy, lain kali tidur cukup2 kan sket mata tuh. takat qada tidur time weekend jer, apa barang. kena tidur lama lagi lain kali.
tidur mati arwah terus kang…haaa nangiss korang kang.
pas dah jumpa doctor, kita tatih2 pi bilik menderma darah.
ater pi ni ngan Ms Choco kan, aku snap gambo dia jer ler…tu ha dia ngah donate darahnya. staff nurse pun ramah tamah. sempat aku dengo gossip pasal sorang pompuan india yang mati bunuh diri (katanyalah) dek kerna ada skandal ngan anak VVVIP (katanya gak lah). wah sempat akak tu gossip kay.
gossip pun pasal news tu kuor kat tv, kitorg sambil2 menderma ni dok tengok berita ler gak. syian yer..ye ke bunuh diri ek?
ha kau adalah satu gambo aku ni ha ngah mencucuk darah. staff nurse tu tolong ngamikkan, dek dia tengok aku snap sana snap sini. sapa le budak ni lam nih pun nak amik gambo. waktu kami donate ni, lunch hour, ada 2 orang yang aku ngan Ms Choco tengok macam kepelikan tahap tertinggi gak lah.
sorang tu kan lelaki tau pakai earing macam Mr T….ngeri acik. tp satu…jangan judge pada rupa. hatinya baik kay pi derma darah. entah2 buku darah dia dah ke main berpuluh2 menderma.
kedua plak sorang amoi nih, very theeeeeeeeee gaya style ala2 makcik suka belasah maid sampai mati hahahahaha, peribahasa tak leh agak2. but she looks so humble bila kami sama2 dok terbaring menderma darah.
tempat derma darah ni macam dewan panjang. mix cecampo ngan laki pompuan. up to staff nurse tu nanti tengok bape banyak perlu ko nak kena cucuk lah. like my case dia amik aku nya satu packet darah tuh. laju ko dia mengalirrrrrr! cam Ms Choco she dah buat 2 kali so diorang amik dia lebih sket. tp tu lah dia ni nampak pucat.
ater dia kurang makan nasi, meat pun jarang. dia idup ari2 makan sandwich salad jajan. nasi tak makan kau!
yah gaya gini darah ku alurkan ke pack darah tu lah. banyakkkkkkkkkk! masa akak nurse cucuk, aku tak pandang pun jarum tu dia tusuk. dapat rasa je lah sakit tuh. but again aku sokmo set lam mind aku ‘aku beranakkan anak2 aku lagi sakit gilerrrrrrrrrrrrrrrrrr, so apalah sangat sebatang 2 jarum nih’
ok ni udah part session abih menderma lah. dia potong wayar tuh, and asingkan the last point masukkan lam tube kecil plak.
nak buat apa darah ni lam tube ni kak?
nak check hepatits B and apa2 yang tak sepatutnya adalah.
oooooooooooooooo! banyaknya buat check kak yerr..bazir jer. baik masuk lam packet darah tu
hikss…ayat terakhir aku tak ckp pung :), simpan lam ati jer.
sambil menunggu aku belek buku merah darah aku tuh. and kad lawatan kaler pink. pasnih leh derma lagi. tp hanya boleh derma setiap 3 bulan. silalah pasni sapa2 nak menderma korang bleh buat je kat memana mobile section yang Pusat Darah Negara ni kan ada merata2. kalau tak pun boleh je pergi ke tempat yang aku pergi nih:
Pusat Darah Negara is located kat Jalan Tun Razak, exactly sebelah Istana Budaya. kompem leh jumpa….even parking pun senang, siap ada ample free parking depan entrance lagi untuk penderma2 macam kita nih.
udah abih derma darah, tunggu barang 10min jap…
bangun and sblh dewan derma darah ni ada canteen. khas untuk penderma2 darah. ai tot dia bagi folid acid jer for us, and air suam. rupanya satu tray makanan ko memang disediakan khas utk penderma darah. it s a free food!! gosh…pandai diaorang amik hati penderma darah.
nasi lemak nya sedappppppppppppppp! laju giler aku makan, mbe sbb aku lapar, aku makan kuih raya 4 keping je and black coffee sebelum datang derma darah. kamu kena makan yer sblm menderma jangan biar perut kosong. n u need to sleep at least 5 hours, kurang than that enggak bisa. and u are not on medication bila menderma ni.
ada dpt roti, cookies, milo panas, air suam and sekotak mug Terima Kasih dari PDN gak. wahh…tak sangka dapat ole2. tq PDN.
setitik darah kita ni kan, mungkin dapat menyelamatkan banyak nyawa. nanti korng pergi tau, boleh contact Pusat Darah Negara di talian 03 – 2693 3888 if korang nak tau kat mana tempat menderma yang terdekat dengan your location.
entry aku buat nih dah macam advertorial pulak. tak dibayar pun. ini punya entry, adalah dari pelusuk hati. eh sume entries aku dari pelusuk hati yer. aku buat blog job ke, free promo ker, apa2 sahaja asalkan knowledge yang boleh sharing together2, ha, kaw2 aku bagi korang baca.
menutup entry, gambar ai dalam dewan derma darah. nak kena ada. bukti nih. lagi 3 bulan, early Jan bolehlah aku menepek lagi datang sini menderma. i m calling all of you to join me to donate your blood. takde side effect pun cuma aku rasa mengantuk je bila lepas dia sucking blood aku.
tp pastu perjalanan hidup saya adalah normal. aku ni baru first time je derma, orang lain dah berpuluh2. ada sorang kelig aku dah derma more than 20 times, so ko kira ler setaun 4 kali dia menderma, bape tahun dah dia berbakti pada seluruh rakyat Malaysia.
Pusat Darah’s web is linked to this entry.
Jangan derma dara, dermalah darah 🙂
orang kata kalau derma darah, badan kita jadi sihat gemuk. wahahahha, leh caya ke? jangan lah weii..kang naik lagi badan aku, terus aku tak nak menderma lagi dah.
eh block your calendar yer, January 2010 nanti rombongan Redmummy.com ke Pusat Darah Negara akan beroperasi!!
Comment:
17
Category: [
Blood donation, Charity, RedMummy ]
RM Recent Comments