Not to give away hbags…

dalam aku menyelongkar sana sini, bukak cabinet oh ada 3 hbags ai yang tinggal di opis ye. kenapa aku tinggalkan kat opis, coz bila aku beli new hbag, aku terus tukor and letak yg dah pakai kat opis, lupa nak bwk balik. elokgak lah, kat umah pun dah penuh sampai kena tumpang kat bilik abang.

gitu kannnnnnnnn……….. sebelum ada yang bertanya, my hbags bukan utk dijual semula or to give away. biasanya bila aku nak bagi, adik badik ipar duai aku yang perempuan akan beratur amik dulu. apa nak buat, keluarga didahulukan … 🙂

kalau malas nak turun bawah, aku bagi je kat Fifin….

ai nak red edmunser tu..kak ann shopper mama pun dah hint hint kan. x de sudi donate for my bday, ai pi turun beli sendiri lah 🙁

**lalat mesti bengang je ngan entry aku dpt adiah, pedulik hapaaaaaaaaaaaaaaaaa aku ngan engko engko engkooooo!!!

 

Comment: 6

Red Redders- 150…

My Red Redders in mybloglog sudah ada 139 members lah…

ingatkan entry saya yang i m gonna meet manusia yang menjadi ahli RR yang ke 150…

lagi 11 orang je kan..

siapakah lucky person itu, wah lucky ke jumpa ai? dok eh…suka2 je jumpa. buat contest yang tah hape2. kalau ai senang u senang mai lah klcc boleh clearkan redeem points Dome card ai. kalau x senang, ai senang u senang, datang saje kita jumpa di TTDI over the weekend. kalo kat ttdi, bukan takat jumpa mak merah, dpt jumpa sirman, makcik gegirl, dan encik abang… 🙂

x de contest pun boleh jumpa, insyallah…

sebelum aku terlupa gak, hits aku naik gerak laju kan, sila capture the 500,000 visitors tu lah…pukul rata ai think lam 8-12 days hari lagi. ai agak2 je calculation, could be more or less than that.

Happy landing and lepaking in my red blog. awak yang takde blog terutama awak tu Perut Berangin ke Rambut Penyapu ke, lalats langaus longos, sila shadap!

Saya hanya layan kawan2 readers yang dok diam berisi tapi ada akal, wpun x de blog ada blog, yang sipolan2 tu bley blahhhhhhhh…..

mood aku masa naip ni agak gumbira sket, tu pasal ada weng weng dol!

Comment: 11

Gegirl’s Red Jubah…

wah makcik kecik balik ngan red jubahnya..yang serupa ngan aku dapat dr mak mertua aku tu..tapi dah singkat sketlah jubah ni. patut pakai ngan suor panjang tp makcik pakai ngan spentot jer 🙂

aku suh lah dia pose2 cantikkan, diajak apaknya pose cantik sama….

ada liuk lintuk lah badan gegirl

tapi bapaknya ada nampak perut sket lah…

korang puji2 dia kedemping2, semakin menganjak usia perut pun dah mula menonjol…

Comment: 10

Phone Card…

korang kenal tak menatang apa lam gambo ni?

x kenal kalu, wah mentang2 sume pakai hp gah, x kenal dah ye menda ni. ni namanya kad fon. kad cucuk kat tepon public tu ha…kalau x leh pakai coins, pakai lah kad. setaun selepas ITM Jengka tu dah ada public phone, ada pulak kad fon. so jadi kalau yang coins jahanam dikerjakan dek budak2 pompuan hostel aku, kita kerjakanlah pulak public phone hok telan kad ni. tapi nak dptkan kad ni kena lah beli kat koop cekik darah itm aku dulu.

2 kpg gambo ni jelah aku tunjuk wpun ada berpages2 lagi muka surat kad fon ni aku simpan lam album. sbb lepas pakai aku simpan kad ni terus lam album, so skang kalu nak cabut, takde le aku ingat kenangan kad fon ni.

each kad ada lam RM5 n ada RM10…x de le aku nak beli yang RM50. duit sume datang dari FAMA. zaman aku dulu no pptn ke pttn bagai, cuti semester 2,3 bulan aku kerja full time, simpan duit utk menanggung idup aku kat ITM. saya orang susah so haruslah pandai carik duit sendiri that time. saya sangat bersyukur lah itm bagi makan kat dewan makan tu while kawan2 aku sume complaints makan kat situ. depa banyak duit, sokmo makan kat cafe. ramai kawan aku yang baca blog aku sini tau lah, betapa daifnya aku dulu. tp dalam daif2, sanggup gak put aside some monies to buy these phone cards 🙂

orang lain boipren dekat2 mata jer, aku dulu boipren bapaklah jauh kat overseas nun, so kenalah beli kad fon dapat cakap seminit 2 ai lap u ai miss u (haktuihhhhhhhhhhhhhh!!!!).

kononnya bila simpan lam album, bila mangkuk semayam tu dah balik dr obersi bolehlah claim kat dia kot dia dah berjaya jadi orang kan, nan ado!! lagi few months nak balik, dia dah jumpa makwe baru. kalo aku tau…pakwe2 yang berkoyon ngaco aku kat itm dulu, kat opis dulu, harus kubuat part time boipren. hiks..very the stupidito memories.

oh ai owe u a story bout my love life wt sirman…

beratnya jari aku nak naip cerita memula kenal. yang pasti, dia tackle aku, ajak aku lawan chess and 2 kali lawan dia kalahhhhhhhhh kat tangan ai ye. tp la ni dia mesti ckp kat orang ‘kalau aku x bagi red menang, mestilah aku x dpt tackle dia’

manyak la………..

😛

Comment: 14

ASB CIMB…

sejak mendapat Vit B, aku tak kesempatan utk ke ASB or Tabung Haji. For Tabung Haji, aku terpaksa tfer via online. cuma x leh nak hapdet buku je lah. yday morning, i rushed down for 15 min or less to do the transition. sebenornya boss aku pun dah banyak kali suh aku pi turun buat asb banking aku, tp my simple answer ‘i wont go out from my office if my boss physical’s body is in the office’. ai will do my personal stuff hanya bila badan boss ku x de depan mata aku. kalo idak kang susah ati aku.

jadi aku lari ke cimb bawah opisku, sementalah my ED gave his green flag already. datang pepagi orang x ramai. aku cuma duduk x sampai 2,3 min abang cashier dah panggil….that s my cnk’s shoes. boring 2 min pun boleh snap gambo kasut sendiri.

i brought the asb blue book. aku x tau pun yang selama ni boleh update buku asb kat cimb. bebal piang tol ai. ai tau lah mmg boleh masukkan duit asb via cimb tapi sampai boleh updatekan buku, idak le teman tau….now i know.

aritu maybank kata nak buat maybank2u ngan PNB..x dengo khabar pun. ke bukan on june, on july ek..aku pun dah lupa dah masa dia ckp dulu. kena refer kat entry lama..malassssssss seii!

Comment: 4