Apr 5 2008 Saturday, 11:30 am
Baby Khyre – first round…
balik je VA, si gegirl aku suh mandi dulu…and terus dia bentang comforter wt her soft toys kat hall….aku letak lu baby bagi dia memain. mak nak kemas sana sini, umah aku berkapau kat dapur tu dek penangan dema bertiga sepanjang di rumah…
lepas tu aku dengo si kecik ni uwek uwekk…oh dia ni mmg kuat nangis woo…dia nakkan attention jer, nakkan org melekat ngan dia sentiasa. so aku letak dia lam bilik gegirl, letak toys kejap coz aku nak buatkan nestum dia, nak bg makan. nak buat nestum pun aku dah lupa kena tanya mak nya bape sukatan…
bagi makan punyalah susah halahaiiiiiiiiii..terkenting2 badan dia nak ke sana ke sini, sib baik ai ada skill jg baby lagi. aku suap dia pandang kiri aku suap dia pandang kanan…so cubaan aku bg dia makan agak kurang berjayalah..half je dia makan, x byk la kiranya….dia dok huwek huwekkkkkk
bagi air suam pulak…pun dok tak jalan jugak. aku memain kamera so bila flash kuor je terkebil2 dia nengok suka plak dia. bih ko nak suh aku snap bape ribu kali bg dia gelak weii…
aku nye makcik kecik si gegirl tu, nan adonya dia nak tlg….sibuk ngan Astro Ceria ngan buku colournya itu. adalah kejap2 aku jerit mintak dia amikkan kainlap lah, mintak amikkan hp mummy, mintak amik itu ini, dia tlg la amik tp punya la lambat nak ngamiknya mata x leh lepa dr tv, ngan tangan x leh lepa dr buku.
sebab dia dok huwek2 lagi, aku tepon lg nana apa nak buat, dia suh aku buat susu lak coz td makan nestum x nak kan…aku buat la susu, pun huwek2 gak. ni kompem la nak tidur. kali ni no way la aku nak tepon nana, sendiri handle la, mak budak tu dah tentu la bz ngan keje, camne le aku nak amik business jg anak org, kalo jap2 dah gelabah tepon makpak budak kan.
finally aku bawak si kecik msk bilik aku, katup curtains, bergelap seii lam bilik, ada desktop aku nya cahaya jer. br la dia nya mata cam kuyu2 sket..itupun menyonyot susu ye, abih gak sebotol.
abih sebotol pun dok huwek2 lagi, aku berkkk kan lah dia, berkkk tu yang sendawakan dia lah, tepuk bakang dia pastu aku tangkupkan dia…
budak2 gini ko nyanyi lagu barney ke twinkle2 little star takkan jalannya, kena zikir lailahaillah baru jalan. abihlah aku zikir apa yang aku tau, alah aku bukan x de anak, part tido kan budak mmg gua handal lah sket. umah aku takde boyan kalo umah mak ada lah boyan. x sampai 5 min aku dodoikan nyanyi zikir…terus lena dia.
he woke up sejam setengah selepas tu. selepas tu yang lagi kelam kabut aku ngan gegirl…nnt kita sambung lagi.
RM Recent Comments