Drop and Shop…

kami melepak kat umah mak aku for a while, borak2 bincang2…cite merisik meminang, nantilah aku cite pasal tu kay…

mengangkut anak2 yang kemaruk rindu ngan makpak depa, ni camnee nih, baru 24jam makpak ko pi dating dah riuh, aku baru cadang nak plan pi merendek lagi ngan bapak korang tau!

sbenarnya cadang nak terus balik, tp sbab aku baru teringat yang aku kena dptkan barang abang, bukan barang sekolah tp ‘adalah’ boleh tak aku x yah citer kat lam blog. sebab aku malasssssssssss!

skang aku x yah bising lapan puluh kali bila nak ngajak dia bergambo, coz dulu, lam sebulan 2 lepas aku ada merajuk tahap cipan ngan dia, ajak bergambo dia x nak, ha padan muka mak ko dah merajuk, sejak tu lah dia tadah je muka dia bila mak ajak snappy.

gegirl x heboh nak bergambo pasalnya dia sibuk susun atur kerongsang2 tuh….abih dia selongkar and susun cecantik, orang kedai pun x marah like ‘sukatik ko lah budak, patah brooch aku, mak ko kena bayo ganti balik’

2 gambo atas nih….aku tengok makpak nih ngah riuh carik barang sekolah utk anak-anak depa. baju sekolah, songkok semua baru nak carik, very the last minute. mbe tambahan, esok nak sekolah kak, baru nak mencarik….takpelah baju sekolah pun bukan baju raya, shopping last minute pun meriah gak sekolah…

kedai yang aku pi nih, kedai sblh pak aji btr, ado jual tudung2 camni gak, aisay sorry yer ai tak tau harganya, aku amik gambo utk korang lah buat ref. aku x tau lah apa jenis tudung nih, ada orang kata tudung ekin gitu…tapi member opis aku dulu marah, dia kata bukan tudung ekin, tudung hapa tah…serious wa lupa weiii

ingat tak lam bulan lepas aku ada kuorkan entry kalo nak beli baju sekolah yang very good quality than canggih brand tuh, ha inilah kedainya…aku x masuk pun lalu and snap amik gambo kedai utk korang. midst year kalo baju sekolah abang x molek dah lebur, bolehlah aku mai sini lagik…

oh yes pasal yang benda aku beli tu kan, again lah ai bilang kat sini, enggak mahu diceritakan, enggak selesa lorrr. cukup2 ler gambo yang ado ni ha buat korang ref if kay.

apa tag aku nak letak for this entry ek…

btr, bolehlah…

korang janganlah marah kay aku kurangkan entry, at least aku panjang2 kan citer untuk entry2 yang aku buat skang ni. kan aku cakap, ada sebab..tp malaslah nak detaily.

Comment: 8

Husband or Wife to pay?

Salam dan selamat pagi isnin untuk semua my lovely redmummy.com’s readers…

petang ahad yang pendek, aterrr dok bongkang jer kan, tidur kol 7 pagik, mau aku x lalok! so bawak baju sekolah abang sesiap kat umah nenek, kasut sek pun dah sesiap aku anto kan

aku dan sirman petang ahad smlm mengerah tenaga zahir dan batin ke tesco cheras, very near by ngan umah aku gak lah…kek taman midah. aku memborong barang2 basah…sayur ayam ikan etcs

mamat ni sejak dah bertaun kawin dah terer lah beli ayam, x yah aku amik, dia tau dah amik ayam and bawak suh orang tuh siang potongkan terus…

pas 2 jam kat sini, kami balik….actually aku nak cite satu menda…tapi aku letaklah dulu gambo aku ngan sirman kay…buat perembas modal lam blog hikss

ya biasanya laki nya lah yang ngangkut2 barang masuk bonet, aku buat bodoh layan amik gambo…

oh meh sini aku citer…

ada kejadian masa kami kat counter tesco nih. depan sirman ada family lah, suami isteri membayo barang2 yang depa beli. sirman agak2 lam jumlah barang2 tu x sampai pun 100 inggit kot. kekdahnya suami bagi credit card kat cashier tuh, tapi sesiap cakap, caj separuh jer kat kad tuh, lagi separuh nanti kat kad isterinya. so mbe cashier caj 50 inggit kat credit card si suami (nota tambahan since ada yang tanya, obviously laki bini, ada anak2 lam 3,4 orang sekali ngan depa n ye malay lor)

pastu isteri plak bagi credit card nya utk the remaining balance lah, ada lah lam 50 inggit gak. sekali ‘kak, card akak decline kak’

wuii!

suami tu nampak, buat tak tau amik trolley and blahhhhhhhhhhhh selamba badak jer.

isterinya plak bengang2 nih amiklah cash kuorkan duit bayo kat cashier tuh.

emm…apa aku nak cakap dari story ni kan.

ni aku agak2 lah, mbe depa lam beli barang depa bahagi 2 in terms of bayor, ko bayo separuh dr duit ko, aku bayokan separuh. tp kesiannya bila kad isteri tu dah declined, tp suami buat bodoh jer, buat lantak ko lah, ko settle camne nak bayo. alah sian gak kat bininya tp aku pun x tau nak kesian ke nak gelak ke nak termenung tengok depa nya cerita nih.

camne ek…

ehehheheheehhe…kisah rumahtangga orang, aku lak yang sibuk. bukan aku nak sibukkan, tp untuk aku ceritakan di dalam blog, kita mungkin mengalami cerita dan situasi yang sama. as for my case, my life my marriage, sesama seposen bahagia 4 orang. sesama merasa. takde cerita duit ko duit aku. apa yang aku soping mostly dari duit aku, tapi barang2 asas sume suami aku sediakan bayo kan lah. but that doesnt mean aku lepas tangan, bills pun aku bayau, duit keter aku, duit gaji fifin aku bayo sendiri, duit minyak laki aku settlekan, belanja umah kami sesama bahagi lah.

suami kalo kayap jangan berlagak kaya, isteri lak kalo dah suami ko kayap janganlah ko nak berlagak membeli belah x hengat. you shop till drop, korang laki bini gak yang merasa susah, kang hutang merengek2 cukup bulan.

yang penting, jangan lupa bagi duit kat mak bapak yer..itu more berkat.

itu je citer arinih….

Comment: 45

Tupai-Tupai wt GBMs…

sat nite, was a special dinner wt GBM…depa buat keje masa potluck arituh, dari before the event, during and after pun saya rasa belanja makan 10 kali pun x kan dapat membalas budi baik depa berlima…so the dinner took place kat Tupai-Tupai….buffet style, steamboat.

saya bukan orang terakhir lambat ngehngehngehh…rasa x bersalah la sangat kan, ada orang lagik lambattttttttt kay padahal orang tuh yang bert/jwb book ini tempat. itu adiah coklat dari Ayu The Sun. murahlah rezeki mu ayu, memberi dan aku menerima…ganti ngan steamboat bley?

ha ni lah steamboatnya, for ref the adult nya harga is RM28 nett per pax, kids ai lupa lah pulak bape harganya, lagipun aku x bawak anak-anak coz kompem kang ada yang ‘mommy jomlah balikkkkkkkk pdhal mak ko kang baru  nak makan sesudu’

saya datang bersama manusia yang satu-satunya pakai kaler hitam, orang lain pakai merah dia sorang je bergelap. heehhehehe ai chose the shirt for him. dia kan bukan GBM, dia manager hikss..blah laaa

oh lupa nak kubilang, aku ada dinner ngan GBM, Gang Bas Merah…an appreciation dinner actually.

3 pompuan giler!

everyone were so sporting, pakai merah sumer kay…termasuklah boipren si Diana K tuh, dia turut dijemput sama coz masa potluck tuh dia jada photographer tak rasmi wpun dialah photog paling pamalas hahhahahahaha ai dont care!

kami makan makan minum makan minum…sampai sentak perut buncit 7 bulan ye sume orang!

lepas makan adalah lam 3 jam, sampai tupai2 dah bagi hint tutup lampu, hawau tol, baru nak mabuk teh tarik sampai sok pagik!

so meh kita melenjan amik gambo kat luor plak…

ini mek rose, dah kenal kan…lately ni dia asik menyentap je kat blog dia, biasalah tu pompuan, kalo x pms, x normal plak kan…aku dah kenal dia through blog, agak lama than other GBMs…banyak gak invite yang redmummy.com uluq kat dia..lagipun kitorg ni mak-mak, so kepala sama jer kan…

ini Daela or senang panggil Dila…dia ni kadang2 aku tengok lam reramai GBM dia paling blur heheheheh….tapi dia pun cam ala2 tadah je, ikut je apa2…ha boleh kak, ha ye lah kak, ok kak dila x kisah kak…style gitulah. first time aku jumpa dia dulu kat madagascar, dibaginya abang mug tp jadi harta aku lah kan…

si panjang lawa muka sokmo tukar kaler putih merah nih, is Diana K @ Yan. oklah dia memang cantik,  sebab dia tinggi, putih, anak dara plak tuh. kalo aku dulu anak dara pun cantik gak dari ko yan, alangkan sirman katuk pala aku jadi pendek, kalo idak….kaki aku lagi panjang dari ko kay…

kadang2 bila aku bayangkan cerita2 melayu, lawa pandai jelita badan tinggi kaya anak tunggal…macam yan ni lah. dia ni versi cite2 melayu nya background….aisay, sesuka aku je kan.

meh kita main-main industan lak ngan Mayangsari @ sid…boring lak aku asik gambo kat tpt yang sama je ngan budak2 GBM nih…sesatunya gambo ado kat pokok pastu sirman halau kitorg dok balik kat tangga Tupai2 tuh…cit! for  me sid nih, aku takut ngan dia, dia ni cam ala2 garang, dari air muka dia kot. ke depa memang takut segan ngan aku gak gamaknya.

actually, Sid ada masalah masa potluck arituh, so kalau ada sesapa yang terperasan, kami yang buat potluck tuh, saya nak mohon maaf lah on behalf of Sid. biarpun ada masalah besar, tp dia tetap gak teruskan majlis…

Ayu The Sun, sejarahnya terlampau ramai nama ayu yang kukenal via blog nih, so aku jadikan dia Ayu The Sun, sounds like dari paper the sun je padahal itu dari nama blog nya lah. Ayu ni suka ‘memberi’, tapi tak pernah sekalipun dia harapkan balasan. tapi kalo ko bagi, dia amik ler, sama gak ko bagi aku, aku amik ler, batpe nak peram kan. so bila orang bagi kita show off kat sini, kita appreciate apa yang orang bagi ada ko paham. tolong jangan korek apa2 kat ayu yer…..ai mean u know ai know lah sapa2 kan…she s not kak yah bedah, x penah pun dia nak cakap hal orang kat aku, dan knowing me, aku pun x suka nak tadah sibuk nak amik tau. ha paham tak nih?

Assalamualaikum kak red 😀

sy ni silent reader yg smlm terpekik kat tangga tupai2 😛 masa nmpk merah je baju sume org kat situ sy terus terfikir ni redmummy ke ni? nmpk pulak 5 org ppuan kat situ. wah! ni geng bas merah ni… yg buat sy confirm was bila sy nmpk rambut kak red n sy kata kalau betul kak red mesti ada sirman and terus nmpk husband kak red tgh berdiri kat depan tu. apalagi lupa terus kawan2 yg menunggu kat situ 😛

i was so excited smlm sampai lupa terus mcm mana nak bercakap rasanya. haha! melampau betul 😛 masa nak describe pasal nametag skolah Abang, sy sebenarnya teringat Gegirl. dlm otak masa tu terfikir Ya Allah kak red panggil anak lelaki dia apa ek? Gegirl? Boboy? bukan100x… wah ilang ingatan terus, excited melampau. ish… sungguh memalukan…

it was really nice meeting you. tgk kak red calm je… sy masa tu dah mcm nak terlompat2 mcm tupai 😛 btw, kitaorg sebenarnya masa tu baru balik dari midvalley sebab dijemput buat cat exhibition as part of the huge home living exhibition kat situ. kalau kak red dtg ke, singgah la booth 220 n 221. hihi… x sangka betul jumpa kak red smlm. pagi ni pun still excited lg 😛

itulah pengirim email pagi tadik, aisyah yang mana nak sangka leh terjumpa di Tupai-Tupai

bojeng pun dah jadi GBM, ni mak merah cakap terus terang lah kang ada yang tak paham…bojeng ni bakal suami aka boipren si Diana K tuh, so janganlah korang nak berangan tackle si bojeng ke si diana k tuh, nengok gaya, ada harapan nak jinjang pelamin…doa doa weii! so kalo ada yang nampak bojeng ngan pompuan lain, korang tau lah kan nak report kat mana kan?

yang baju itam salah majlis tu plak, x yah elaborate boleh?

susah aku nak pi memana event sorang2, baju itam tu suka mengekor, so aku nak pasang boipren pun x bolehlah, dia sokmo ado kan, wahahahahahha! very the menyampah nya statement…ater kalo dia keje ke travel ke dia x ikutlah tp ni dia free, bolehlah dia join sekaki..

semua yang baca blog aku nih automatik jadi GBM, ko suka x suka, ko dah jadi ahli…depa ni special GBM coz depa komiti, and insyallah bila kita buat lagi event ala2 potluck with redmummy.com tuh, komiti akan bertambah….jangan nak lelari kay, korang tau sapa lah kan. kompem 2,3 orang lagi jadi komiti tu memang dah wajib lah….

macam2 cerita yang kami borak, dari isu sesama artis politic pun boleh layan….abih dinner, sampai umah dah 1230 mlm…makpak cam aku nih diberi cuti dek abang and gegirl ‘x yah amik kitorg, abang and adik nak tidur umah nenek’…

aku layan blog n yahoo chess, kong kol bape korang nak tau ehhehehe

PUKUL 7 PAGI WAKTU MALAYSIA ARI AHAD!!!

sedo2 dah kol 2 petang, sirman dok leka buat kerojer :)….pastu pala aku tingtong, layan tidur balik,  dah 3 lebih. abang dok tepon banyak kali….

anak-anak hangin jer kitorg berdating sakan, bukan ari2 pun lagipun depa yang bagi approval makpak nyer berdua-duaan 🙂

so abih dah dinner, tak tau lah bila nak jumpa GBM or sesapa lagik. aku pun dah mula naik bz keje keje2 pasnih kan…..tunggu raya cina lah kita pi cuti2 lagik. pasni routine kembali sedia kala…

ops lupa nak bilang, semangat isnin nanti dimulai juga dengan entry yang akan padat dan panjang tetapi berkurangan….

it comes with a reason 🙂

Comment: 28

Red cut!

nampak x harga2 for loreal set tuh..alah bantailah kot korang nak beli kan..aku x pakai pun product2 tuh, shampoo aku tu lah bertaun pantene, x berani nak tuko2 skang pun ok..

pose ni boleh? shampoo girl ngah cuci rambut mak merah yang x pernah merah

sambil ditemani budak kecik 2 nih…alah depa mai amik aku before kami nak pi merendek kat dataran merdeka, menara kl and kampung baru arituh…

aku melaram sket ngan rambut aku lah…rasanya x dak sapa perasan pun, dah bape ari aku buat rambut gitu….not a new year lah tp rasanya setiap taun baru aku mesti trim sket rambut aku. alice and the gang from the red cut saloon cam dah tau nak buat hapa ngan rambut aku nih…

lagi 3,4 bulan aku buat lagik rambut, donno lah..was thinking to do the dig perm tp dah muak, taun lepas je sampai 3,4 kali buat tak campo ngan rambut kerinting yang aku bodoh2 buta buat kat bangkok. what a waste of moneey and time! hehehehehe….pengalaman.

Comment: 6

No more horey morey!

yang sorang hegeh2 nak baca buku, yang sorang sibuk nak mengaler, tapi the big boss bz balut buku seklah, activity abang ….

mak eh masuk dalam amik gambo sambung tidur petang plak…pala aku dah x sakit tapi tengkuk aku lak sakit maunya dek penangan main kat theme park BTS tu lah…

sekolah dah nak mula means masuk tidur kena on time, x leh dahlah aku tidur kol 5,6 pagi, anak2 pun by 9 tonite dah mula kena tidur awal.

pagi isnin akan bermula dengan awalnya sama macam hari2 sekolah yang lain.

aku masih lagi bercuti utk uruskan sekolah budak2 ni gak…

syok nyalah kan kalo aku kaya more jutaria, x yah pi keje 🙂

hehehehehe..keje blogging je lah gitu kan.

Comment: 17