Shop Shop…

this is very nice dress…hitam + red. lengan panjang. cantik. selling kat Parkson KLCC. harga RM149 ada 20% discounts but if beli that Friday (unlikelylah aku bley pergi) dapat X 5 bonuslink’s points.  so ok lupakan bonuslink points tu,terus aku nak rembat suh SA bungkus. but itu last piece lah pulak.

kain dress tu dahlah jenis satin silk. so ok aku telek belek, last piece kan katanya, ha ko jumpa ada satu macam benang dia dah terkumpul kat lengan belakang kiri. so aku suh lah SA tu habak kat manager tuh, takkan same price?

IMG22392

kak red ko selamba tawar menawar kat Parkson nih kak?

yelah, last piece nih dah tuh ada jahitan dia dah rosak obviously can be seen plak tuh

kak, boss bagi discounts lagi 5% je kak so total discounts 20% + 5%

alah 5% jer, emm tak nak lah… but u kalau ada orang lain beli, u kena cakap tau ada benang terkumpul2 tuh, kang sian orang pakai leh nampak

but ni first time saya dengo orang main tawar2 harga kat dalam Parkson kak oi, nanti aku nak buat jugaklah

actually kan korang, kita berhak bargain kalau baju tu dah last piece, tak pun kat hotel pun sama kalau harga bilik RM200 kita leh mintak dia kurangkan sket, for that kind of room kena pandai2lah cakap pujuk bagai, if depa x leh kurangkan, sure diorg bagi internet access free ke, bfast free ke or complimentary lunch dinner free ke. so it s all bout ‘just asking’ . no harm mar…

IMG22448

on diff story plak, hari lain, kadang2 aku rimas nak pi try tuko baju kat fitting room, lelebih lagi kalau baju yang aku pakai tu banyak songeh sangat nak bukak. mcm baju itam yang aku pakai tuh, button jer 10 bijik ko kena bukak, we went to few shops, sekali 2 bukak baju aku tahan lah, sampai kedaung eh tak kuasalah nak bukak. kat dalam kedai tu gak aku sarung.

usually aku jarang sangat masuk fitting room nak nerai sana sini, i prefer amik bayo udah jalan. pastu kalau sempit, besar ke hapa hamik padan muka, nangis lah kau. but kalau dah sampai gitu, lam 3 hari leh tukar je semula.  tu pasalnya dulu terlupa nak zipkan baju belah kiri, dok kuor masuk fitting room nye pasal jugak.

huh…

Comment: 16

Tonton & Menang bersama MAS di Astro Ria!

MAS Saya Nak Cuti, 48hours sticky post, please scroll down for my new entries.

Impian menjadi kenyataan! Dah la dapat percutian yg diimpikan, kos ditanggung pulak tu, pastu jadi hos untuk rancangan sendiri lagi huhuuhuuu. Chop bukan aku yg dapat, tu the lucky 7 winners for Saya Nak Cuti yg dibawa oleh MAS. Jeles mak tau

image

Korang pun sure jeles gak kan, tapi taper untuk korang sure ada, jangan risau. Kat RM kan semua ada. Ok cam ni aku nak kasi tau 2 benda baik ni. Ko nak hadiah dari menang contest? Ok cun! Aku bagi. Ko nak tengok camne yg 7 org tu menjadi tv host? Beress….aku hidang rancangan tu kat korang.

Eh tapi bukanlah lam RM nih aku letak but kat Astro Ria lah nanti kuor rancangan Saya Nak Cuti, starting 5 May Rabu nih. If korang ingat lagilah chronology aku ngan Saya Nak Cuti ni mau ada berbulan-bulan jugaklah, dari aku promote utk diorang punya pencarian calon for Saya Nak Cuti bersama Malaysia Airlines dan kemudian hingga 7 orang finalists dikenalpasti. Sangat2 panjanglah jugak sejarah aku ngan depa, team Saya Nak Cuti nih.

So back to the contest, Tonton dan Menang. Ko nonton Astro Ria, program Saya Nak Cuti, pergi mastraveller.com jawab contest kat situ. Satu soalan akan di keluarkan kan di mastraveller.com 1 week in advance sebelum episode tersebut disiarkan. Contohnya first show akan disiarkan pada 5 May 2010, so soalan pertama will be posted up on mastraveller.com seminggu sebelum iaitu pada 29 April 2010. So bila dah tonton episode tu for sure senang2 tau jawapannya. Apa lagi shoot terus hantar jawapan. Opss sebelum terlupa, kena lengkapkan slogan sekali ya. Jawapan dan slogan kena hantar dlm masa 3 hari selepas episod tersebut disiarkan di Astro Ria.

image

Syarat-syarat asas nak join the contest nih:

1. Ko jadi member of mastraveller.com, alah register login 3 minit je yang.

2. So boleh start jawab setiap soalan mingguan dan kena bagi slogan sekali yek, jangan ngelat.

3. Jangan meraban pulak carik jawapan, semua answers for the simple questions tuh ada dalam episode Saya Nak Cuti di Astro Ria, setiap hari Rabu pada pukul 10pm.
(Tapi saya paham kalau korang happen to terlepas pandang, dari tonton di Astro Ria, boleh je catch up online di  www.MAStraveller.com)

4. Kena shoot the answers korang tu within 3 days kay, must be submitted before 11.59pm of every Fridays.

5. Weekly winners nih akan diannounce 2 minggu selepas tarikh tutup peraduan mingguan.

Clear? Ok apa pulak hadiahnya Kak Red?
Hadiah untuk pemenang mingguan ni ialah 2 tickets, 2 oi 2!!! 2 tiket penerbangan MAS ke destinasi yg sama dengan episode minggu tu. Kalo minggu pertama pergi Yogyakarta, ke Yogyakarta la kita, kalo minggu tu ke Bali, ke Bali la kita. Kalau you single boleh pergi ngan kawan ke, bawak Mak ke for Mom’s Day, kalau dah kawin boleh bawak spouse, or sukati ko lah nak bawak sapa. Kalau dah tak tau sangat nak bawak sapa, hah meh bawak aku nih.

Ohh btw first episode to be shown is of Aliff Ashari yang pergi ke Jogjakarta. Cayalah Aliff, dapat kuor RM, dapat jadi host, dapat pulak kuor Astro Ria.

At least kita yg tak dapat pergi ni dapat la juga tgk apa yg ada kat sana dlm episode ni nanti. Eh tapi mana tau kot2 menang contest ni nanti kan,  ha terbang la kita ke sana huhuhuuu.

So, jom ramai2 tonton Saya Nak Cuti by Malaysia Airlines ditayangkan khas untuk korang di Astro Ria jam 10malam, setiap hari Rabu nih yek.Anw, saya pun nak terima kasih banyak to MAS for engaging me for Saya Nak Cuti program. Lepas nih, program RM Nak Cuti tapi tak masuk tv lah yek…kuor kat RM jor yorrrr.

Khidmat masyarakat MAS is brought by redmummy.com

Comment: 23

Cik Oren Gegirl…

image

citer dentist tapi tu baju oren tuh…bapaknya dah belikan sejak 2,3 taun dulu masa kat US, la ni first time pakai, coz baru lah nampak gaya kemuatan maksima. boleh masa tu Sirman said susah giler nak jumpa baju gegirl yang at that time was 4 yrs gitu. ha…bertuah badan la nih baru pakai…

so one morning Gegirl dok tenyeh2 report gigi bawah dia dah bergoyang. gigi ni dari dia baby lagi, memang just the right timelah budak umur nak masuk 6 taun gigi goyang kan. utk tumbuh gigi baru.. asiklah dia tepon aku kat opis bila nak bwk dia pi jumpa dentist. hai ko…

i called up the usual dentist yang aku sokmo pergi bertaun dulu, but the earliest appointment aku boleh dapat is next Monday. waa kentang lama, n hasil budi bicara, depa bagi satu lagi dental baru bukak kat BSP gak. very near by gak to my house. kat2 ngan Nasi Kandar/QB gak ar….so dapat buat appointment and zasss..pecut amik si kecik.

IMG22397

aku pi berdua jer, momantai x yah tunggu bapak ko. ada benda kita angkut bapak ko sama lah, jalan senang aku pi sendiri jer. tapi bila dentist check tengok akarnya dalam lagi. memanglah dah goyang 2 batang gigi bawah tuh. tapi masih lagi tak boleh dicabut. kalo aku degil nak cabut gak, kena inject dulu. wuii panjang citer heh. doctor suh tunggu lagi 3 , 4 bulan if possible coz approx di waktu Gegirl nak cecah 6 taun to be exact. tapi kalau dah goyang kecapi maha hebat dug dag dug, ha memang kena datanglah terus cabut jer. pakai gel and zass…

makcik kecik dengo kena inject langsung sahaja dia tak nak, suh tunggu lagi sampai dah betul2 goyang. biasalah anak aku nih drama lebih, hahahaha! takut ko ngan injection yek.

IMG22398

The doctor and staff are very super frenly, aku ingat nak buat appointment for Sirman and Abang, but alahai, one by one lah dulu. Aku x leh jumpa dentist, dulu baru dia nak scailingkan gigi aku, aku dah muntah air belahak2. x leh menahan lah. bila nak scailing pun kena biuskan mulut aku jadi kebas giler coz dentist tak boleh buat kerja…  tu pasal sampai la nih sumpah aku x hingin nak jumpa dentist lagi dah. dia nak jolok2 lam mulut tuh eii, takut.

so anw, takde bayaran utk Gegirl’s session nih, free consultation gitu. but next treatment aku kena datang siap2 lah bape lah kena. klinik ni luas, sedap. ada bilik utk anak2 kecil main gak. tak yah masuk pakai kasut, berkaki ayam je. tapi dr main hall ke bilik treatment diorg bagi selipar utk orang tua and budak2 pakai. kalau 5 star tuh, aku bagi klinik ni 5 star gak lah, kemas bersih, islamic and sangat frenly gak staff and doctornya. Definitely jadi my family’s port lah clinic nih. tip top. support this clinic.

IMG22400

there s one story gak lupa lah aku dah cite ke blom, sirman nya gigi yang memang dah nyut nyut sakitnya halahai, makan pain killer pun x jalan, dah brapa hari mmg tak dpt appointment (pi spital malas) so terpaksa dia menadah muka kat mak ajah aku, mintak mak cabutkan. so mak aku n adik bongsu aku pakai playar lah apa lagik…dah ngah malam ko, aku dak tak larat dok nak melayan tarik giginya yang giler dalam akarnya tuh, so aku bagi ‘yes u can do it, hahahhaha’ sambil feeling tidur lena. mmg mata dah susup sasap pun. at the end berjaya gak lah mencabut 2 beranak tu kat gigi bertuah sirman.

aku zaman kekecik selain dri doctor gigi yang dah sekolah memang tak pernahlah pi jumpa dentist. jangan harap lor. memang adik badik kitorg sume mak abah aku je yang cabutkan, siap pakai benang lagik. aku pun bila dah beso siap tolong tarikkan gigi adik2 aku pulak amik turun temurun nya package hikss. dah cabut apa lagik, baling atas atap rumah lah. kalo ko dok umah atas langit ha tak tau lah acik tp aku dulu kekecik dok umah quarters jer so baling kat atap zink umah jer…

lupa lah pulak napa petua kena baling atas atap umah. ado sapo ingat dok?

Comment: 21

Thank you Carol…

IMG22416

saya sangat2 suker mangga nih, tapi aku panggil mempelam. kalau jumpa kat tepi jalan, yang hok lori jual melambak2 tu kan, kompem gaklah aku singgah beli. kira tak kira di mana pun mempelam ni dijual, aku sebat gak. ingat dulu kekecik, ada pokok pelam kat umah mak, kalau dia gugur muda, ha simpan lam bekas beras.

n nak jadi citer, aku dulu, taun ni gak lah pi peram pelam muda dalam tempat beras, sekali bape hari tak masak nasi, lupa terus ko, bila nak masak nasi baru tengok alahai dah lembik plak, nak makan pun tak sedap. but pulut tu aku x makan arr…tu sirman kasi wallop.

IMG22421

so so i was away last week for a while, gotta cover few events and managed to drop by jap kat Pavillion to take some vouchers and membership card for my kids. It s a courtesy by Carol, last time, she look after me, was a Nuffie. but ever since she left NN, we still keep in touch n dia tak pernah lupakan aku sampai baper kali dia sms suh amik voucher budak2 tuh… thanks Carol, but next time give the adult one lor. baju budak2 too expensive lar, i dont manjakan my kids wt the too much expensive nya baju worr….

Carol’s hair reminded me to Pinky. waa now tetiba rindu Pinky arr….the next time im in Pavi, will def look for Carol again.

IMG22450

Token from Pavillion for the kids, tambah lagi tabung maybank budak2. each one of them dapat barang pun sama rata. at least lega lah kalau x beli tapi dapat lah bawak balik something for them.

Kalau tak kerana Carol, dont think lah aku jengah Pavilion nih, rasanya tahun nih pun emm, sekali 2 je kot, ke belum pernah sampai lagi, mmg sumpah tak ingat coz Pavi is so not my place. Aku rasa soal makan, kat klcc food court lebih affordable and sedap. Tapi ada CNK, but aku tak singgah pulak tengok, wa got no budget for shoes worr….tak de semangat nak beli kasut wpun sepasang, la ni ngah mood nak beli blouse sebab macam dah menyampah ngan suit and kemeja kolar2 to work. kemeja2 ni biasa ikut fitting badan, aku agak kelemasan, macam sedap je bila dapat sarung blouse.  Moh carik baju lor…

My thank you entry to Carol, special thanks from the red kids too.

Comment: 13

1 May 2010…

IMG22451

dok main teka teki sama si abang

ntah apa yang dirajuknya, mbe coz abang main2 x nak bg soalan yang senang ker, jawapan dia salah ke hapa aku pun tak amik port, tau2 je aku kena pujuk dia. but after adik cebek2, abang pun datanglah pujuk sama…lagipun dia malas dengo adiknya melalak, brader tu ngah sedap nak tengok tv.

antara kitorg berempat, ok aku ngan sirman x leh kira lah, antara dia ngan si abang, mmg dia paling manja lah. tapi aku paling suker time kejutkan dia, lembik2 je badan nak bangun. n mcm lately ni pulak dia paling suker kalau tidur dpt bau ketiak mak nya. kalau ketiak bapaknya manjang je busuk katanya, tp kalau aku wpun hangit tengik ha tetap sedap dipeluk. mak nya kan, tu lah pasalnya.

la ni dia asik bergayut je lah ngan aku, jap2 tepon jap2 tepon huii…as usual kalau petang tuh tengok tak nampak batang hidung, memang asik mengredial je lah.ada satu malam dulu, aku and sirman pi dating, dia cek bapaknya, siap tepon soal jawab, lepas hang up ngan bapaknya dia tepon plak hp aku, wuii…dah leh agak apa soalan2 yang si anak ni nak tanya.

pasal kisah abang nnt aku sambung lar, mata dah kuyu sangap nau nih.

To kita2 yang buruh ni, Selamat lah Hari Pekerja yek.

Comment: 19