Lucky draw for RM’s readers…

Twitter contest RM dah buat, aku tembak 3 soalan jer, tapi masyallah korang main tukar2 jawapan hehehehe but of cos lah aku amik yang latest jawapan korang bagi. tp tukar punya tukar, hamik takde sapa pun yang betul. tetiga jawapan ada yang kelakar betullah sampai kata aku  ni dari YAN, KEDAH….

muahahah tak pernah lagi aku buat entry ‘pulang ke kampung di Yan, Kedah’ mana le korang dpt idea jawab tu yek, tembak pun agak2 lah.

ok ni paling simple. aku main lucky draw.

Follow the steps:

1. Leave comments nama ko + email add + blog url kalau ada dalam entry ni.

eh dah tu jer keje korang.

Our part pulak:

1. Kita akan print sebanyak yang mungkin <<<—- GBM  akan amik masukkan in the sheet, cut it and masukkan dalam bowl. wah gitu…kalo takdak bowl kita masukkan dalam envelope besar.

2. aku akan bawak nama2 korang yang dah GBM print out nih, ke event berbuka puasa bersama team Tayangan Unggul yang pastinya ada berpuluh2 ratus artis pelakon penyanyi akan hadhir. I will get help from the celebrities tuh untuk cabut nama yang very the LUCKY. so namanya Lucky Draw yey!

we will try to capture amik gambar, as a proof lah yang nama korang tidak ditukar oleh Sirman muahahahah…sirman jadi mangsa.

Clear?

hopefully it works well lah, kalau tak jadi gak aku sendiri cabut.

Happy? it sounds fun tapi nak dapat cooperation from the celebrities tu  lah yang agak critical sket, aku cuba yek. sesilap aku buat announcement on the winners of lucky draw via twitter je, pastuh baru masuk RM.

wah ok, so now, leave your names over here, aku cuma bagi chance nama korang dalam komen nih sehingga midnite of Thursday, means dari entry ni up, as a sticky post sehinggalah ke Khamis jam 12.00 tengah malam, selepas pukul 12.01 Khamis 2nd nih, sapa yang bagi komen, GBM tak nak terima lagi dah yek….

Hadiah menyusul kemudian….So leave comments with your name + email add + blog url (if any).

Comment: 222

I love Off Day, Holiday!!

IMG02166-20100828-0905

wah wah wah! best betul budak nih yek, mak ko yang diurut satu badan, dah jadi satu package pulak badan ko pun berurut sama. Macam biasa Sabtu pagi sejuk2 tuh waktu aku berurut, the treatment is for 10 Saturdays except hari raya lah…oh hari tu ada orang kata harga mahal yek, aku rasa reasonable, dia datang umah kita, tak yah dijemput berhantar. dia punctual tapi harga yang aku sebut tu harga korang. i didnt pay that much coz makcik urut bagi discounts kerna beliau dan ibuku mak ajah, sahabat baik.

ngeh…

tapi package dia berurut memang full house btullah. dengan selang 5min jap2 orang tepon, and customers dia ramaiiiiiiiiii orang cina. orang yang dalam patang tak kira cina melayu memang amik dia package sebulan terus. memang riban2 lah dia masyuk…

gegirl suka betul, time aku dah abih urut dia ngah bermalasan atas katil, so makcik urut panggil dia, Gegirl nak nenek urut Gegirl lagi tak?

Nakkkkkkkkkkkkk

hah…sodaplah ko! tapi dia urut gegirl takde lah macam dia urut aku, dia urut aku sampai terjerit2 aku dibuatnya. buang lemak ko, banyak tol lemak tepu, tapi kalau dia urut, memang satu hari tu badan aku nak tidur sesajar..sedapnyaaa hai.

IMG00391

Task hari Sabtu was supposed to go out to find my curtain, based on apa yang korang dah komen dalam entry harituh, tapi sudahnya aku membongkang sesedap atas katil. mau taknya, sang suami pas hantar abang kat tuition dia sambung tidur, aku pun join ler, dahlah badan aku baru pas urut. pastuh bila dia kuor amik abang, aku bagilah pesanan penaja…

1. beli oil and candles, dah habis. kedai 2 ringgit nih dulu jual oil perfume tuh 2 inggit jer ko, skang dah naik harga melampo sampai 5 inggit!! eii geramnyaaaaaaaaaaaaaaa!!!

2. beli makanan triplets, laju betul budak2 tu makanlah, aku beli 2 kampit pun seminggu dah habis, pasnih kena beli yang hok size godang maksima lah. aku tak suka beli bebesau tuh coz makan space kat dapur nun…umah kecik ko. lainlah umah CV, tu memanglah bosar.

3. beli cat bilik anak2! yeyyyy….kita nak cat bilik diorang. kaler dipilih oleh anak2 sendiri, blue for abang, of coslah abang pilih kaler tu kan, his room was orange colour before. then light purple for bilik Gegirl, coz skang colour biliknya merah menyala, kena tukar lor. Cat dapur aku tak beli lagik, ngah pikir kaler apa le aku nak sebat…dulu Nippon nya adv hanya untuk hall semata jer, wpun boleh buat satu rumah, tapi hui, malas ko masa tuh nak mengangkut ngalih perabut.

So entah bilalah aku nak carik curtain, nak carik kain baju raya yang tak sudah2nya nak selesai…kalo tak de gak, apa susah, pakai je apo yang ado.

Merdeka!

Comment: 12

53 tahunnya Merdeka!

image

image from bang google

Selamat kita rakyat Malaysia for the 53 years of anniversary Merdekanya Malaysia. Semoga tiada kekacauan, musibah dan hidup kita sebagai rakyat Malaysia aman tenteram hendaknya. Coz apa yang kita bikin skang, adalah untuk generasi anak2 kita jugak….

Dulu masa aku sekolah rendah SKJP(1), sempat aku ikut berarak kat Dataran Merdeka. jadi wajib students masa tuh untuk ikut sama kol 5 pagi dah kena ada kat sekolah, rehearsal naik bas Tong Fong kalo tak silap, kementerian and sekolah engaged to send us to Dataran. Naik legam2 badan dibuatnya dok rehearsal bawah matahari, balik umah letih kokdiang sungguh. Tahun ni merdeka di bulan Ramadhan…

Personally, aku masih lagi belum merdeka, banyak lagi project RM yang belum tertunas….

Salam Merdeka Malaysia.

Twitters: pls use the hashtag #iheartmalaysia di hari kebangsaan kita nanti yek 🙂 thanks.

Actually semua entry paling best di RM kena hold coz cuti merdeka, nanti kita sambung lagi yek…

Comment: 17

London kotak sudah mari!!

IMG_4729

kotak2 ni antara barang2 yang kitaorg beli masa kat London to be exact, tapi dalamnya dah selamat aku bawak dulu, tapi isinya ada banyakkkkkkkkkkk kain baju budak2. ada jugak kain baju anak2 teman baikku yang kat Australia tuh, dia dah siap kirim, so semua selamat. alhamdulillah semua ada. hikss…

IMG_4720

kentang aaa shipping company nih, depa tepon bagitau kotak baru sampai and will deliver to our house by midnite jugak. tapi dah midnite tak gak sampai2, tu yang aku ngan sirman berjaga malam and finally they came only at 2am. tak kisah nya pasal janji kotak aku sampai. dah sampai boleh sirman tanya … nak sambung tengok movie ke nak bukak kotak?

eh sirman, we waited this box for so long, u nak tunggu lagi? kasi bukak sekarang worrrrrrr!

IMG_4721

hangpa tau, feeling dapat balik barang2 aku nih, bestnyaa….hehehehe. takde kain baju baru pun lam tuh, banyak kain baju anak2. and kain baju yang kitorg pakai masa kat Paris and London pun ada dalam tuh, wangi siot kotak nih…aku rasa aku tak spray minyak wangi pun tapi memang wangiiiiiii…. cuma aku kompius sket, setahu aku, aku hantar naik kapal via laut, tapi shipping company yang deliver ni cakap depa amik kat KLIA.

eh eh, bukan Port Klang ker? kot naik flight pulak kotak aku nih.

bantailahh, janjiiiiii dah dapat. 2 months 2 weeks tunggu, kira within the time line yang diorang bagi jugaklah.

IMG_4726

bayangkan aku bawak balik souvenirs untuk orang…sume orang dah dapat, tapi umah sendiri tunggu masuk shipping. tu je lah souveniors dari Paris and London yang kitorg ada. jadiklah kenangan kan….

IMG_4724

hamik ha barang yang ada. ada 3 bags lagi pulak tak tunjuk lam nih coz aku dah selamatkan dulu asingkan itu dalam diff plastic bags, full of kain baju yang nak kena direndam semula dan dibasuh. kain baju baru anak2 aku pun aku kasi tabur rendam balik. tapi actually yang baru2, sume kita dah simpan nicely in the boxes tuh sumer. wangi kooooo!

IMG_4718

the shipping company yang kita pakai dari London, we paid for 45 pounds. ini kotak aku simpan, sirman suh buang jer….eh eh jangan, nanti anak2 nak main sorok2 boleh sorang dok dalam tuh hahahaha…silap2 ngan mak nya pun leh dok lam tuh yek. so settled siap sudah, yang tak siapnya skang baju melayu raya Abang and baju Mak nya ni ha. termasuk baju raya abah ku and mak mertua ku…jubah mak ajah, sah lah dia beli siap2 kat Mekah nanti tuh.

apapun, to our fren in London, thanks for helping us to ship this valuable box on behalf of us. banyak budi korang…balik KL nanti jangan lupa roger Sirman kay.

bila ko nak pi London lagi kak red?

bila? hui, yang pergi ni pun 7 bulan aku planning, inikan pulak akan datang…tunggu sponsor je lah. tapi kan korang kena paham, nothing comes for free, sponsor pun datang suh buat kerja. takde nya depa sponsor for free semata jer, Mawi tu pun pi holiday pun mmglah sponsor tapi dia promote travel agency tu ke, or product yang dia carry. Insyallah ada rezeki, aku pergi lagi, tapi janji kali ni bersama anak2 pulak….

Comment: 15

Shopping raya yang tak happening sikitlah…

IMG_4659

1 jam aku melanguk sorang2 dalam The Fish Manhattan, Ampang Park sebab menunggukan the red family nih sampai, depa stucked ngan jem yang punya hebat weii! sampai tertidur2 budak2 nih lam keter. air bekal takdak, kira lambat 15min lah bukak puasa.

itupun dahlah tau lambat, makan pun leka dok nengok tv lam restaurant nih. full house ko mana2 tempat kalau dah time fasting month nih. ni pun sib baik sirman dah buat reservation siap2, and aku registered dulu sebelum menebeng muka mai balik sini for ordering the food.

IMG00390

n yey, terserempak with Affy Ronan, we have known each other since Bloggers Idol 2006, he still reads RM wpun blog dia dah watamat wasallam. Kalo dia tak tegur, sumpah aku tak kenal, manakan lagi tangan kiri kanan pegang anak2 kan…

IMG02155-20100827-1758

planned was for looking the baju raya for me and Gegirl. aku dah pusing sorang2 dalam nih, banyakkkkkkkk baju yang aku berkenan tapi yang buat aku bengang takde langsung size aku! caftan nih aku dah berkenan, tapi size besar. nak sembat pun tak boleh coz memang besau. eii suka sangat. I just bought 1 pario for myself…

IMG_4660

kain kurung modern merah yang patung tu pakai memang cantik. sampai Abang pun cakap lawa tapi dia terkejut betul tengok harganya yang RM699. biar benar Mummy? ha koooo tapi aku tak suka ngan cerut2 kat pergelangan tangan baju lah. ada satu baju aku merah aku pun cerut2 gini, satu lai cukuplah bercerut, kalo sampai sume nak bercerut memang aku tokseii tol. dan harganya jugak yang kat 700 tu pun buat aku tak selera nak bayo. Sirman pun geleng palo…but we got Gegirl’s baju merah menyala kat Ampang Park ni jugak.

sepasang sudah, coz dak kecik tu pakai baju kurung pun hari raya pertama jer.

IMG_4661

baju purple tu cantik kan? tapi as usual, no size for me. badan aku ni bukannya kecik nau, tapi memang ramai orang dah sebat size S lah aka 36. aku takleh pakai size lain, macam baju pinjam jer. bahu pun labuh. aku dah tak tau nak carik baju kat mana dah, mbe to tempat lain lah pulak. kira last call lah, takde jugak kain baju kurung untuk aku, memang aku give up sudah, pakai je apo yang ado.

I told Gegirl aku amik je baju kaler lain, udah dia sentap, coz baju dia kaler merah, sah lah dia nak sedondon sama ibunya. yo ler, nanti mak ko carik baju kaler merah gak. donno where else to get.

IMG_4670

booth ni pulak orang indon yang jual. banyak kain baju dia modern and pesen pesak pahang. sket je lagi aku nak bayo baju merah tuh, Sirman dah ulur RM240 pun, tapi bila dia tengok muka aku macam tak berapa nak suka ngan baju nih, dia amik balik duit and suh aku bukak, tak yah lah beli nih. i know u dont like it. nanti carik tempat lain. so aku tak beli lah baju merah nih. bukan apa ko, something is not right lah ngan baju merah tuh, dia punya ujung baju tuh tak sama serata macam belah tepi terangkat ke atas sket. pastuh pergelangan tangan dia pun cerut2 jugak, so bukan taste aku.

but adalah satu booth tuh aku beli kaler hitam. itam koooooooooooo!

balik2 fifin tanya ‘akak napa beli hitam, tak pernah2 akak beli plain hitam’

hah ko, sebab akak nak pakai ngan handbag merah muahahahha, boleh?

tak semestinya semua baju aku kena kaler merah, coz i hv to match with my red shoes and red handbag tak…..ye dok?

Comment: 15