The NEW Samsung Galaxy Tab 10.1

48hours sticky post

Post 1

Post 2

Sekarang jom kita usha apa yang menariknya tentang tablet yang paling NIPIS, paling RINGAN dan paling PANTAS di dunia ini.

Sebagai blogger tegar, penggunaan tablet seperti Samsung Galaxy Tab 10.1 ni sangat sesuai dan efficient. Ini kerana tablet ni membolehkan kita bekerja secara multitasking iaitu melakukan banyak kerja dalam satu masa. Biasanya kita blogger terpaksa membuat beberapa rujukan kan untuk satu-satu entry di blog kita, so banyak la applications kena open. No worry keupayaan multitasking ini ada pada Samsung Galaxy Tab 10.1 ni.

Bayangkan, dalam handbag korang kini boleh buat macam-macam kerja dengan hanya membawa Galaxy Tab 10.1 ni saja. Tak perlu susah payah nak angkut laptop yang berat tu. Macam-macam kerja boleh buat termasuk berkaitan ofis, sebab Galaxy Tab 10.1 ni juga dilengkapi dengan Polaris Office yang mana ianya lebih kurang dengan Microsoft Office yang korang selalu pakai dan ianya compatible to each other 🙂

Galaxy Tab 10.1 ni mempunyai RAM sebanyak 1GB dengan 1Ghz Dual Core NVIDIA Integra Processor. Kalau spesifikasi macam ni, biasanya kalau dekat PC pon memang dikira antara yang mantap dan laju untuk membuat macam-macam kerja pada satu-satu masa dengan visual gambar yang jelas dan nyata. Berat Galaxy Tab10.1 ni hanya 595gram sahaja dengan saiz 256.7mm x 175.3mm x 8.6mm.

Juga terdapat 2 pilihan warna mengikut kesukaan anda. Soft Black ataupun Pure White. Bergantung kepada anda untuk pilih yang mana sesuai dengan gaya anda.

Pure white Galaxy Tab 10.1

Kamera
Semestinya antara kamera terbaik di kalangan tablet yang ada di dunia. Ada 2 kamera depan dan belakang. Kamera belakang 3megapixel dan kamera depan 1.5megapixel. Tengoklah sendiri kualiti gambar yang ada. Sangat menarik dan sesuai untuk live blogging sebab gambar yang ditangkap boleh automatic upload ke picasa atau photo sharing sites yang lain.

Photo taken by this Galaxy Tab 10.1

Multimedia.
Galaxy Tab 10.1 ni sangat menarik untuk hal-hal yang berkaitan media. Boleh memainkan video berdefinisi tinggi (HD) hingga 1080p disamping mempunyai 2 speaker di kiri & kanan yang memberikan pengalaman multimedia dan stereo yang sangat unik dan mantap. Kiranya boleh rasa sendiri pengalaman bunyi surround bila layan video atau muzik menggunakan Galaxy Tab 10.1 ni.

Bateri.
Galaxy Tab 10.1 ni mempunyai ketahanan bateri yang cukup lama untuk kerja-kerja luar. Bayangkan selamba boleh layan sampai 3 cerita Hindustan back to back. 9 jam tahap ketahanan bateri dia. Kalau setakat dengar lagu kat Galaxy Tab 10.1 ni, ia boleh bertahan hingga 72 jam. Fuhh lama tu. Tapi, kalau setakat nak buat kerja-kerja web browsing atau office work jer, mungkin setakat sehari dua tu memang tiada masalah. Ketahanan bateri ni jugak bergantung kepada berapa banyak application yang dibuka, memandangkan Galaxy Tab10.1 ni ada keupayaan multitasking.

Samsung Galaxy Tab 10.1 + the docking

GPS.
Teknologi canggih sekarang menjadikan perjalanan kita lebih mudah. Agak-agak tak tahu jalan, maka kita perlukan GPS atau Global Positioning System untuk membolehkan kita mengetahui lokasi sesuatu tempat dengan mudah. Dengan Galaxy Tab10.1 ni, GPS yang ada dalam tablet ni telah dilengkapi juga dengan Google Map yang memudahkan kita untuk melihat peta dan mendapatkan direction dengan senang. Maka tiada alasan untuk sesat lagi sekarang dengan adanya Galaxy Tab 10.1 yang baru ni.

Dan bermacam-macam lagi specifications dia yang marvelous + features dia yang canggih and much much better not only the design but dari pelbagai aspek yang lain seperti better screen, better multitasking, better speed, better web browsing dan banyak lagi. Eh korang kena tengok and feel sendiri la baru korang tau 🙂

Kat mana nak beli?
Semestinya anda boleh mendapatkan dan menikmati teknologi tab yang canggih ni dari Celcom. Dengan harga plan permulaan dari hanya serendah RM1468 anda boleh dapatkan Galaxy Tab10.1 yang bakal mengubah gaya hidup anda. So boleh pergi kat mana-mana Celcom Branch atau Celcom Authorised Dealer or Blue Cube untuk sign up. Plan-plan Celcom yang affordable akan memberikan the best value untuk Galaxy Tab ini.

Sebab apa beli kat Celcom?
Tidak dinafikan Celcom mempunyai coverage yang sangat luas. Dengan Galaxy Tab 10.1 yang boleh support HSDPA+, Wifi dan juga 3G, pelan broadband Celcom memberikan anda kelajuan yang tinggi dan juga kestabilan internet di mana jua anda berada sama outdoor, indoor ataupun on-the-move. Maklumlah bukan semua tempat ade Wifi kan. So dengan adanya Galaxy Tab 10.1 + Celcom broadband, balik kampung raya nanti takde la bosan bila stuck berjam-jam dalam traffic hiks.

Dari segi kualiti streaming video dan muzik, Celcom juga yang stable setakat ni. Dengan line 3G Celcom, tiada lagi perkataan buffering. Kalau setakat web browsing, blogging, online games dan melayari laman social lagi la langsung tiada masalah. Malahan anda boleh sentiasa berhubung sesama anda bila anda bersama Celcom kerana dengan Celcom + Galaxy Tab 10.1, kuasa di tangan anda.

Dan Celcom juga adalah pemenang bermacam-macam awards antaranya the prestigious Frost & Sullivan’s Mobile Broadband Provider for 2 years in a row. Tak salah lagi pilihan anda hiks

So apa lagi, grab yours niaooooo coz aku berpeluang membelasah tab nih, 2 weeks before it was launched 🙂

 Khidmat pesanan masyarakat Celcom Samsung Galaxy Tab 10.1 is brought to you by Redmummy.com

Comment: 20