Penyakit chess kembali…

 

image

aku kembali tidur lambat, kalau awal pregnancy arituh jam 9 malam dah kroh kroh. tapi lepas tuh dah back to normal, tapi tidaklah hari2, macam dalam seminggu tu, sehari 2 je tidur awal, pastuh hari lain berjaga. kol 1-2 pagi baru geti nak lelap mata. bila dah siap blogging job, nak tengok tv memang kuranglah kan, so aku bantai main chess ler apa lagik.

nanti baby pun pandai main chess, insyallah.

both pregnancies aku pun memang bedal chess gak tetiap hari, diorg dah bebesau ni bolehlah main chess cuma tak serius pun. Abang lebih berminat ngan chess dari adiknya, aku nak masukkan depa dalam Chess Club tapi sekolah cina depa main chess cina ler, tak main Chess omputih nih. Chess cina tu aku geti main few steps jer, pastuh dah menganga….dahlah anak2 cakap mandarin, makpak tak paham, kang depa main chess cina, sekali lagi makpak tak paham gak.

image

btw, aku dah main chess kat yahoo games, emm ada lebih kurang 15 tahun kot. so dalam masa 15 tahun tuh aku pakai ID yang sama jer, and hangpa boleh tengok for over 15 yrs, aku dah main lebih 58ribu games!!

58ribu games kau!

kalau beranak jadi duit kan sodap!

Comment: 19

During the 17weeks…soon is 20!

 

IMG00915-20110723-1348

tak tengok pun jarum tu masa nak kena cucuk, aku pandang tempat lain, main snap agak2 jer nih…

staff nurse tu siap cakap ‘jarum halus je ye ni’

hishh ko  janganlah sebut jarum halus ke tebal ke, seram je aku dengau

IMG00916-20110723-1349

untuk 17weeks punya check up, gynae cucuk amik darah…aku pun tak ingatlah dulu dedua pregnancies masa bilanya amik darah, dah doctor suh amik darah, tadah jelah tangan…

tapi ada bad newslah…

masa check up ni ada tragedy sikit, tapi atas dasar tak payahlah cerita yek…too personal to me to disclose.

IMG00917-20110723-1405

ni aku tunjuk 2 keping je yang gynae aku printed out kan, padahal dia bagi sampai 5 keping, panjang kaki tangan and pusingan kepala pun memang seiringlah dengan measurement untuk 17 weeks. aku akan bertangga turun naik turun naik hospital untuk setiap bulan, at least sebulan tu 2 kali dah kompem kena jumpa gynae tapi pasal kes bad news tuh, aku kena tambah lagi untuk kali ke 3 pulak…

hem…

that s my 17 weeks development wpun entry ni kuor waktu dah over 19 weeks.

sejak masuk 4 bulan nih aku dah boleh rasa movement baby dalam perut tau 🙂 . Dulu waktu abang, while i was 6 months pregnancy aku rasakan his first kick waktu aku ngah turun tangga kat opis lamaaaaaaaa dulu, 10 yrs ago. pastuh waktu Gegirl aku rasakan waktu i was 5 months pregnancy.

Now dah masuk 3rd one, 4 bulan dah terasa!

kadang2 rasa macam dia ngah main air ke dalam perut nih ahhahaha, or swimming or kick boxing 🙂

Berat aku nak masuk 20 weeks nih, dah 60kg! wallah!!

Comment: 34

Vistana Hotel with the Sisters…

IMG_6246

meja kanak2 riang ria….

IMG_6242

meja si tua2 bangka dan yang muda bergetah…

IMG_6260

muka selenga selepas berbuka puasa….

campak2 je lah entry ni hahahaha

gambar 3 keping je pakai

kalau tadi entry ngan in law aku kat IB, ni kita the 3 sisters family je buka kat Vistana, yang ni memang kena belanja depa coz depa tolong aku jugak masa kes maid aku buat hal tuh. Yang the boys tak boleh nak kumpul sesama, mak abah aku memang takde nye nak ikut, depa memang buka kat masjid jer. Oh mak aku pi umrah lagi bulan nih…..moga2 semua selamat. yang bulan 6 mak abah aku pi umrah aku ada cite ke ahhahaha…sampai dah tak kuor blog coz dah lost track.

Thanks mak for helping  me and pushing your kaki to get the maid for me. Yey!

Ni Vistana emm lam RM50 nett for adult, for kids dalam RM35 kot aku pun dah lupalah. Ni pun spread banyak jugakkkkkkkkk tetapi tetapi kalau akulah kan…

aku lagi prefer Istana Budaya than Vistana Hotellah….of cos IB lagi murah mar and lebih ‘casual and relax’. Sebenarnya aku dah berbuka kat Vistana Hotel baru aku booking IB untuk mertua aku, coz aku buka di Vistana hari Sabtu, di IB was on Sunday, tapi entry IB kuor dulu.

coz i know korang sure nak kejarkan IB than Vistana ye dok?

Comment: 20

Istana Budaya Buka Puasa with MIL’s side

IMG_6282

maternity dress ni beli kat emm em….hah Sydney. pertama kali dipakai sampai terlupa. amik sisi jer lah, amik depan2 kang korang ternganga je plak wui…

IMG_6263

the girls table…. gegirl and her cousins

maid baru aku pun dok sini gak, RD tak mau amik gambar dia.

IMG_6264

the boys table …..

IMG_6266

the adults and the babies table….

IMG_6267

the sesudah berbuka puasa table….

IMG_6286

the kenyang muka’s!

pusing mencarik pusing konar baring sana sini, dapat jugak harga molek buka puasa yang berpatutan untuk dimakan ala reramai specially untuk keluarga besar2 cam kami nih. Ini buka puasa wt my in law’s side…malam tu gak aku kidnap mak mertua aku untuk jadi head kat rumah waktu kami bekerja kena monitor maid baru yang very the selengaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sampai aku dah amukan merah betul ngan yg baru nih. eii! geram betul.

break le kejap pasal cite maid2 nih, nanti dah cool down sket, dah aman sejahtera baru aku ceritakan sejarah mendapatkan yang baru + the agency stories gak.

So anw, aku kuorkan entry ni cepat2 lah, kesian ramai yang tak tau actually berbuka puasa di Cafe Istana Budaya memang best.  Satu harganya murah, kan harga buffet banyak yang membunuh kan, gila betul. kalau bayar utk sorang 2 bolehlah, tapi bantai kena bayar untuk satu batallion, tak ke mencekik.  Anw thanks RD for sponsoring this buka puasa wpun aku sepatutnya amik job nih but coz aku dah sengkek dok bayau maid agency + beli tanah berlots2. jadi pass kat RD lah 🙂

Pastuh pulak parking senang, orangnya pun taklah ramaiiiiiiiiiiiiiiii sangat. ada lagi 3,4 meja kosong. Biasanya yang makan kat sini kalau lebih 4 orang, coz depa nakkan value lepak2 lepas makan/solat tu kan. Surau pun dalam IB gak.

Cafe Istana Budaya dibuka setiap hari (saya tak dapat promo harga pun, they donno RM at all, just tolong2 jer coz masa twit arituh ramai gila yang tekejut bila IB rupanya ada buka puasa buffet). Lauk traditional melayu ada, eh macam2 lah penuh le meja korang kalau makan nanti tuh….lagipun banyak spread buffet pun bape percent sangatlah perut ko boleh masuk makan ye dak?

so jemputlah ke Istana Budaya Cafe, booking untuk meja nanti: 03 – 4026 5535. Only RM35 for adults buka puasa and kanak2 is RM20 sahaja.

Comment: 28

Moody Part 2…

IMG_5964

cerita sebelummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm ramadhan!

ok antara mood swings coz of pregnancy.

had lunch at the X with bff, i m not a fan of X…so my fren ordered this for me. boh je lah. ngap ngap ngap….balik opis lapau lagik. betullah perut aku ni, apa saja le ko nak tekak oi.

so ada nasi dalam plate nih.

aku mintak sudu. datang dibaginya sudu soup. dah lebih 10 taun aku makan kat X nih, tak pernahlah depa nak initiative supply ngan sudu nasi betul, putus selera aku tengok sudu soup nih. ok small matter, cuba lupakan kemenyampahan pakai sudu sup tuh, mmg aku tak pakai pung.

Then air aku abih, so nak kena refill, i wud prefer if kalau makan, biar kawan aku yang mintakkan apa2 coz nak menjaga mulut and hati kemaruk moody aku nih. tapi kawan aku panggil tak jugak datang2, ada satu kelompok waiters dok belakang tu, jarak kami dalam 5 langkah jer….kau 2,3 kali panggil tak datang, aku ketuk meja tu ngan suara high pitch. oh u dont want to hear my high pitch voice!

Bergegas 2,3 orang datang….

Masa tu jugak aku nampak sorang nih dok stareeeeeee je kat si boyot nih. Aku pandang dia and tanya ‘tengok apa??’

dia senyum sumbing!

dahlah dia berdiri terpacak lagi kat situ, aku memang kena facing dia, tak habis2 dia menengok aku. kau apa lagik…....WHAT ARE YOU STARING AT???

hahahaha melaju manager dia tetiba datang bila dengau aku dah naik high volume.

Oh my, pregnancy makes my mood so swing upside down betul.

Please forgive me if you happen to kena my lancang mulut.

Maid lama aku si Fifin, masa aku marahkan, aku tak cakap apa2, aku terus diam jer. so dia pahamlah aku anginkan dia, boleh sekali pas aku hantar Gegirl sekolah, aku patah balik rumah coz sekali lagi  masa tu lens sebelah aku bukan tercabut but terselit kat belakang2 atas mata aku. aku nak masuk rumah, dia takde!! dia pergi balik rumah dia.

Ko bayangkan, tetiap hari kitorg sume pergi sekolah pergi kerja, dia pun sama kuor rumah balik rumah dia. So bila aku balik rumah, eh sukatilah rumah aku bila masa siang malam aku nak balikkan…so masa tu dia takde rumah. Memang aku ada kunci rumah but saja aku tinggalkan kat kereta, so aku tepon dia, aku mengalah takpelah aku turun balik kat kereta amik. Then dia hegeh2 balik jugak coz dah rasa bersalah kan, majikan kuor, ko pun sama kuor. tak cukup ngan balik awal, pas majikan kuor pun ko balik rumah. eiii bikin panas betul.

so masa tu aku tak cakap banyak, terus aku masuk bilik aku. takde sepatah marah pun kuor. tapi dia pahamlah tu. lainlah aku maki hamun dia ko nak lari logiklah. lagipun ko dah salah, aku pun boss aku ada marah aku kalau salah buat kerja. ngek! Itu aku tak cerita yang kes baju aku dia hilangkan…

aku tanya sket jer, camne boleh hilang?

dia dah meraung2 melalak. dia kan cembeng cepat lembik!

pastu dia cakap ‘saya dah bilang suami saya kak, nanti saya ganti, suami saya pun cakap gantikan jer kain baju tuh’

aku sound 2 tepek ‘ko yang hilangkan, apehal ko nak sibuk kaitkan laki ko? ko keje ngan aku, yg ko sibuk nak relatekan laki ko ngan aku punya kain baju apehal?’

pokoknya…ada ke dia ganti baju aku yang hilang? No yilek pocik!

Comment: 23