Ah lega…Tiger Balm Plaster!

48hours sponsored Post

Beberapa minggu yang lepas RD cakap dia nak pergi main friendly futsal dengan his colleagues vs client diorang. So knowing him yang jarangggg sangat berexercise, I’m very sure balik main tu nanti dia akan komplen kat aku sakit badan sana sini, nak mintak suruh urut bagai.

Bukanlah aku tak nak urut badan dia tapi memandangkan aku tengah memboyot sekarang ni, aku pun sama tak larat dan kalo boleh aku yang patut dimassage. So lunch time aku pun turun ke Guardian and grab this Tiger Balm Warm & Cool Plaster, so nanti RD balik aku boleh tampal kat badan dia.

IMG_7430

Tiger Balm Cool Plaster

IMG_7428

Tiger Balm Cool Plaster

So malam tu dia balik jer dari main futsal belum sempat nak duduk dia dah komplem sakit satu badan, mintak diurut bagai. Ha kan betul firasat aku!

IMG_7435

So aku pun apa lagi, tampalkan terus guna the Tiger Balm Warm Plaster. Tidurlah dia dengan berplaster-plaster kat anggota badan dia yang sakit dan otot-otot dia yang sengal-sengal tu. RD cakap rasa berangin satu badan dan the next day nya dia cakap his badan, kaki dan otot-otot dia rasa much more relief dari sengal-sengal kesakitan. Of cos la kan, Tiger Balm Plaster dapat memberikan relief yang berkekalan bagi sakit otot ataupun sengal-sengal badan.

Perbezaan antara Warm dan Cool pula ialah Warm Plaster sesuai untuk sakit otot, leher kaku dan sakit belakang atau sakit sendi yang kronik manakala Cool Plaster bersesuaian untuk melegakan kesakitan otot juga serta untuk kelegaan dari general aches, strains dan  sengal-sengal.

IMG_7432

One thing yang saya suka dengan Tiger Balm medicated plaster ini ialah ianya selesa untuk digunakan dan mudah. Penggunaannya yang mudah serta cepat melegakan kesakitan otot dan berkesan selama berjam-jam memang terbaik.

 IMG_7433

Dalam setiap pack terdapat dua hydrogel plaster and dua additional adhesive. Dengan menggunakan adhesive yang disediakan tu, tampalan pada badan kita nampak lebih kemas lagi. Macam contoh gambar badan RD yang saya tampalkan tu. Tapi kalo nak terus tampal the hydrogel tanpa adhesive tu pun boleh, takde masalah. Arahan penggunaan ada disertakan sekali, tapi senang jer nak pakai.

1.    Peel off the adhesive cover.

2.    Lekatkan hydrogel di atas adhesive tu.

3.    Then tampalkan terus ke anggota badan yang sakit tu, kemudian peel off cover adhesive yang kiri dan kanan tu.

4.    It will stick there sehinggalah korang tanggalkan sendiri.

Lagi satu yang hebatnya tentang Tiger Balm hydrogel plaster + additional adhesive ni ialah ianya stretchable. So sangat sesuai kalau nak digunakan di sendi-sendi seperti lutut ataupun siku tanpa akan terkoyak, tertanggal dan sebagainya. Dan of cos kelegaan dari kesakitan memang satu nikmat akibat dari pemakaian Tiger Balm Plaster. Diperbuat daripada teknologi hydrogel and non-woven ventilated material menjadikan ianya ideal untuk kegunaan seharian kerana tidak meninggalkan saki-baki pada kulit.

IMG_7431

Tiger Balm Warm & Cool Plaster adalah juga product dari Tiger Balm yang telah korang gunapakai dan dipercayai turun-temurun iaitu Tiger Balm Ointment dan Minyak Angin Cap Dua Singa.

image

Boleh didapati off-the-shelf at ALL KEY PHARMACIES seperti di Guardian dan sebagainya. So next time RD pi main futsal lagi, harus ku sambar dan tampal badan dia dengan Tiger Balm Warm & Cool Plaster! Dia rasa lega dan aku tak payah nak urut dia hiks!

Khidmat pesanan masyarakat Tiger Balm is brought by Redmummy.com

Comment: 22

Malware??

Been getting complaints from the readers tru FB and twitter, katanya korang found ada malware kat RM. takde lah pulak aku kena bila aku bukak RM, and lots of readers lain pun tak kena gak.

but smlm aku bukak tang comments, the malware tu kuor, aik ada pulak. pastuh malamnya check back, takde dah…muskil btol. Masalahnya kalau semua yang datang baca RM pun kena logik ni macam ada sesetengah orang, computers/pc/tempat yang kena, betullah kan?

ni bukan kerja aku lah yang patut nak memikir, kita ada team yang manage handle menda tuh takkanlah aku yang dah menyarat nih pun nak dilantingkan pikir menda ni gak. Napa le ko masa nih asik le menggatal datang malware eii…

Anw takpelah, slowly nanti kita solvekan yek.

This is a short mention for today, long entry to be followed later.

Comment: 43

8 months!

i m officially 8 months this week!

Slowly, resting at home, ada kala pergi kerja…

anw, takde gambar pulak untuk cerita hari nih coz i pun pergi solo jer sorang2 check up bebaru nih. Kisah orang cuba nak cut the q. I sampai jer memang my turn nak kena panggil, bila gynae aku bukak je pintu dia, dia terus panggil aku, and tetiba masuk couple malay and lakinya omputih nih menderu dalam bilik Gynae.

tercengang aku masa tuh….

diorg duduk lagi closer dengan pintu bilik gynae, takkanlah depa tak dengo yg tu bukan nama depa.

oh tidak…wpun depa dah masuk, aku terus masuk jugak and bukak pintu tu.

The moment depa nampak ai bukak pintu, terus couple tu cakap ‘oh sorry,we thought doctor calls our name’

Macam depa terkejut je tengok aku bukak pintu,  tak cakap apa terus sorry sorry. amboi! ni nampak sangatlah nak main redah cut the Q ok. Gynae aku pun tercengang dia cakap ‘i pun terkejut tengok depa tetiba je masuk!’

Bukan salah dengar tu, dia memang gamble je masuk and cut the que sesangat. Minah tu lom pregnant pun lagi, dia ngah nak buat process IVF kot. sampai hati kan, orang yang ngah sarat nih ko sanggup nak cut q.

well….anw, my baby dah 2.4kg, tapi songsang le pulak. Insyallah trying le skang aku pujuk2 dia untuk berpusing semula, sebenarnya i prefer sangat to go for normal delivery instead of czer. Aku dah merasa dedua, wpun normal tu sakit, tapi kemudiannya cepat nak susut badan and cepat sket sihatnya, instead of having czer,memang lambat sketlah. nak berbengkung pun gak bisa sangat.

Talking bout baby stuff, hem…2,3 hari ni aku pulun beli coz i have less than a month to prepare everything, thanks for those recommending the good sites kat FanPage and also kat Twitter.

Chop: apa toiletries or set mandian lotion baby yang best? dedulu aku tabur je pakai semua brand, macam skang ada Angel Baby kan, i pun pakai tuh gak untuk sapu for my badan. but for baby, what s the best? aku tak beli lagik ko hahahahah…ada ler stock JnJ, depa bagi masa adiah baby shower, tapi mana cukup, tu kecik ciput je sizenya. How what pls help?

Comment: 22

The MasterChef Malaysia!

48hours Sponsored Post

Semua sekarang tengah kaw kaw demam memasak kan? Aku lain… Special case… aku tengah demam makan. Kenapa aku cakap semua tengah menggila hobi masuk dapur? Sebab sekarang kan ke tengah musim MasterChef Malaysia. Rabu start je sampai la Sabtu tepat je 9pm… mula la ramai pengulas tak bertauliah pun bunyi sama kat twitter nun… meriah ok timeline aku… dah la meliur je tengok masakan derang ni semua…

And of course, selain masakan… tukang masak tu pun mainkan peranan kan? Macam Nik yang tengok dia je dah ramai yang kenyang.. oppsss.. But I like Felix.

 

Nak tau kenapa? Sebab dia kan ke Gym Instructor wei.. agak auuummm oooo gym instructor memasak ni.. isk isk…sok sok akak dah beranak, ko jadi personal instructor akak boleh Felix?

Tapi memang tak dinafikan semua berbakat. Aku kalau masuk harus berkecah la wei.. ni semua background bukanlah tukang masak professional pun kan.. but sempoi je masing2.. yelah.. saringan dah berapa kali saringan… punya dari beribu banyak tu je hah yang tinggal kan?  Dalam banyak-banyak yang derang dah masak korang suka yang mana? Aku paling terliur and rasa macam kena dengan tekak aku yang si Azilah masak tu.. Nama dia Bot Kerapu Dua Warna. Rasa macam pedas semua cukup tu…. Meratah sedap.. makan dengan nasi panas2 pun sedap tu…

Tapi satu la, yang aku tengok MasterChef ni terlalu ikut sangat macam MasterChef yang lain. I mean, selagi kita mengikut guideline and copyright yang ditetapkan, tak salah kan kalau kita buat Malaysian’s style sikit. Bukan lah menu ke apa, I mean, cara judge, pemakaian… Tapi mana la tau.. Astro ni kan ke full of surprises. Tetiba kan ada episode semua kena kukur kelapa old style tu.. ha jenuh la korang. Who knows kan?

image

Selain Felix… aku suka tengok juries gak, specially Chef Riz.  Walaupun telah tersebar kehangatan di dunia nyata akan kesilapan Chef Riz dalam CVnya, takpelah, Astro pun dah memaafkan ye dok. So let it be. Anak muda macam Chef Riz ni harus lagi disokong dan didokong pencapaian dia, tidak berdiri atas nama belakang bapaknya. an. Hiks…

 Lagipun he apologized to the public jugakkan, and bapaknya si nama besar Chef Wan pun dah membagi anaknya sendiri gak ahaks….come on lah korang, aku rasa benda tu boleh kita drop off jer. Lainlah dia cakap besar lagi bolehlah kita marah2 but now dia pun dah mintak maaf and Astro pun dah tutup kes nih.

image

Excited dengan episodes yang ada Peti Saji, boleh tengok dalam Episode 5, ha merata segala jenis beras kena masak. Ada tuh, cara potong bawang buat dadu, wah aku pun belajar sama coz biasa aku hiris besau2 tu jer, mana penah buat dadu. Cara potong ayam Chef Johari pun lain kan, ada boxing chicken lagik. Episode 7 kot yang semua terperanjat dapat itik. Hamikkk korang… kalau aku.. aku dah lama singkirkan diri sendiri dah tu… nasib laaaa….

 image

Siapa yang kamu sokong?

Anw, dalam reramai, aku salut tinggi betul pada Saiful…seorang anak muda yang bekerja sebagai penoreh getah sahaja tapi mampu mengimpresskan the juries!

Eh cakap-cakap banyak ni kan..korang dah like belum MasterChef Malaysia punya FB page? Click sini yek.. sebabnya, you all boleh join contest kat situ and hadiah meletup2 juga disediakan gak… contest tu start next week… 19 Nov – 21 Dec!

Korang tau la Astro kan… hadiah tak pernah menghampakan… boleh jugak follow MasterChef Malaysia kat twitter… Click sini.. So, mau hadiah hebat, get it here here here!!

Khidmat pesanan masyarakat Astro is brought by Redmummy.com

 

Comment: 24

Kakak’s day….

 

IMG_7580

That s our daughter, little Gegirl. Now u must call her Kakak kay. aku rasa yang most excited nunggukan baby nih dia ler…sampaikan jap jap dia dok mendukung and membelek je sepupu dia yg baby tuh. This was last week, few days b4 the school break. Kakaknya dapat top 3 i class, terus tak jadi aku nak berentikan dia Sek Agama.

Bukan apa ko…ada sebab dalaman kita nak quitkan, tapi coz of her good performance, hemm, she s asking for extension. Ustazah pun mintak jangan tak datang2 tahun depan coz she belives in Gegirl yang quite cerdik gak dalam studies.

IMG_7584

Lagipun tak sangka she can score coz dia kan kena chicken pox, dengan 2 weeks++ tak datang, tapi masa c/pox tuh ada gak aku suh dia buat revision coz Ustazah dia sampai smsed aku mintak Gegirl jangan tak study coz the moment dia nak kena masuk kelas selepas cuti panjang from c/pox, memang first day exam.

Tu pasal aku tak letak big hope…

but nah, a day b4 the prize giving ceremony nih, Ustazah siap tepon lagi aku suh mintak dia and parents datang.

 

IMG_7586

Tahniah Kakak, belajar and jadi anak solehah comel ye sayang….

Habis jer dia amik adiah, menderu kita laki bini pi kerja terus. Patut event nih sampai kol 12 tapi dah kol 9 lebih settled, malaslah nak tunggu makan bagai….depa cuti sekolah ni takdelah pack sangat tapi penuhlah jugak for abang specially, lagipun pas midst Dec, semua kena concentrate to the Queen for the delivery of RB.

Anw, tahniah kerna anda juga membaca ulasan bola #harimaumuda / #harimaumalaya ku ditwitter, kemenangan buat Malaysia, terhebat abad ini 🙂 . Wpun dalam keadaan menyarat..naik adrenaline dek semangat bola!

Comment: 25