Thanks Peghak!

IMG_2189

bilakah nih…

last day. hah last day punya breakfast. yang takde dalam ini gambar is abang.dia membuta lagi tak kuasa aku  nak tunggu. aku pun takde make up takde apa terus turun ngan baju basahan jer, joined depa sume breakfast.

lagipun depa 3 dah looking forward nak swim.

abang kakak memang swim jer bila balik hari awal ke hotel but ini hari kita nak check out so depa dah looking forward benau nak last kopek mandi.

IMG_2193

jadi bermandian ler depa berempat….

aku jadi tukang angkut barang, jaga barang…

cukup time jom jalan pi beach plak.

belasah apa yang hotel provides.

IMG_2199

 adiknya punya sejuk kahkahkah….dapat peluk siabang. dah kering pun badan dia ngan towel tapi nak gak jugak comfort tuh

 

IMG_2211

 

kerinting hai kerinting

jangan risau, itu kerinting sama package sama abangnya jugak dulu. kakak je yg rambut lurus. kira kalau aku beranak lagi 8 boys pun, tetap kot semua kerinting. kahkahkah. agaknya jer lah.

IMG_2223

first round. main kereta control adiknya nih….

pastuh depa tinggalkan aku ngan Zeeshan main nih. diorang pergi main hemm…

ha depa pergi archery.

stress aku main control car nih, coz tak expert satu hal pastuh jalan untuk kereta tu tak rata. RB pun macam dah boring jer….

IMG_2246

diorang main sini bertiga. tapi pastu aku suh bapaknya hantar RB ke bilik hotel. biar dia mandi berkemas makan minum tidur ke hapa dari ikut yang tua bangka ni main yang tah bila nak sudahnya.

IMG_2275

habis archery

eh aku pernah dulu dok hotel nih, many years ago.

IMG_2287

ini penutup depa naik nih. aku memula nak join tapi pastuh jumpa member, one of my sponsors kat sini terus aku pun tak jadi nak naik menatang tuh

IMG_2295

sorang2 posing depan nih

pasalnya

semua dah keluar

ai ngan laki buat spot check semua bilik

lagipun

lagipun

IMG_2298

si kecil tu package last sekali kita collect

dah ensured sume luggage keluar

baru kita angkat dia

camtu ler kan

yg last tu sokmo laki bini makpak hah…

IMG_2307

habis dah jalan2 kita

boleh ler heh balik

pun bukannya balik, pergi menyinggah merataaaaaaaaaaaa!!

IMG_2311

tu dia kau almost 3k!

3 rooms for 3 nites.

 

IMG_2327

dari Lumut kita pergi makan. makan pulak patah ke laksa kedai semalamnya. Abang dok meronta2  nak makan situ kemaruk dek laksa, dapat pulak sokongan atuk neneknya. so ok ler ok ler…

asal nampak kedai buah singgah

keter RD bau doyan jerrr

sampaikan ada satu gerai tu jual barang basah, fresh ikan udang sotong kerang sumer ada! hah borong jugak.

maid aku suka kerang, so banyak le kerang yang aku sapu bersih. Ko tengok ni bik, ko suka makan apa pun majikan ko carikkan gak!

IMG_2335

hah ini gerai laksa yang kita dok repeat datang lagik. so camni jer goman gerai nih…nak masuk Teluk Batik punya main road will surely nampak gerai ni yerk

IMG_2342

makan lagi makan lagi makan lagi

our lunch

makan laksa

sedap

syukur alhamdulillah. if mai lumut, harus come back here.

IMG_2352

lepas tu for few hours punya driving

kita singgah if needed. macam nih dari jauh dah  nampak ada kedai toys sebesarnya kat Lumut tuh. besar ler, coz bape kali jalan lalu sini aku dah aim nak singgah.

anak tak heran, mak jer sibuk.

IMG_2372

ada jugak ler aku beli toys RB, mak aku cakap beli ler motor kereta beso tuh tapi bonet tak muat mak oiiii

kita 9 orang bonet memang padat mana ngan satay2 shopping tuh, ikan sotong buah2 lagi doyannya hah tuh

 

IMG_2383

hah one of the cars yang mak suh beli but next time lah…

IMG_2489

 

on the road antara pemandangannnya

aku drove, laki aku pun sama. 2 cars kan. at the end, aku mengantuk. kalau abang dah ada lesen memang aku suh abang drive. tapi ya tuhan mata aku dah tak tertahan mengantuknya.

sampai one stage dah berpisap2 nih

dahlah driving ada 2hours ++ lagi kot nak sampai KL.

so terpaksa kena gak berhenti.IMG_2490

kita balik ikut Kuala Selangor,….susur ke Tanjung Karang sumer tu lah. so depa minum sini, aku tidur dalam kereta nun. boleh nampak aku dalam kereta mentidur. ngantuknya ya rabbi.

dapat tidur 10min pejam mata kejap pun jadi lah. itu je ubatnya.

langgar jalan pun tak guna. eyes too sleepy.

tu pasal aku tak suka sangat driving jejauh. coz ini ler penyebabnya. ada rotation takper, tapi ni takdak.

IMG_2394

anw kedai toys besar tu kan, hah ini kodainya…

IMG_2406

sampai rumah mertua, di Kapar turunkan mak situ and baru ler kita balik KL. betul2 ngam jam 10malam baru sampai rumah, selepas hantar mak abah aku gak.

Overall, bestlah jugak jalan2 jauh sket nih. Insyallah setiap tahun or once in 2 years memang kita bawak mak abah berjalan pun. Tu yang budget tahun ni dapat pergi Langkawi ke…or any beachlah. Yang riuh Langkawi tu aku, kahkahkah…..takpelah hujung tahun insyallah.

This week aku takde, terbang sekejap.

Next week pulak mak ajah aku pergi Umrah lagi. rumah sunyi, nenek takder. sob sob.

so so so

Annyeonghaseyo 🙂

Comment: 4

Lumut Tour…

kita plan ke mana hari ni RD?

jap google

gitu ler, takde nya itinerary bagai. hari ni nak jalan hari ni baru riuh tanya si google.

IMG_1982

so lepas breakfast kita ke sini. Pangkalan TLDM Lumut.

tapi tak boleh masuk.

kehkehkeh coz bukan waktu lawatan.

tapi tapi tapi

pendekkan cerita lah kan.

kami dapat gak masuk. Magik gitu. heheheheheh cant tell 🙂

IMG_1988

but dalam Pangkalan tuh kita dok sini rehat jap coz mak merah nak kena makan breakfast. Aku tak makan ok ngan abang, abang pas subuh payah betul nak bangun tidur so semua pi breakfast jadi aku menemankan Abang.

IMG_2124

mak aku dah bungkuskan memacam, termasuklah nasi lomak sardines heh! makan lu sket kat sini, aku sorang je lah makan, anak2 sume dok main playground lagik

kenyang makan kita pusing sket and tengok kapal2 TLDM segala punya KD KD Lekir Lekiu bagai yang ada tuh…

langsung ke Teluk Batik

IMG_1996

sakan semuanya yek

sini pun semua mandiiiiiiiiiiiii

kecuali aku abah and mak mertua

cam biasa. jaga barang. puteri lilin.

IMG_2002

abang kakak and maid amiks orang satu pelampung besar. mak aku cakap Teluk Batik punya ombak lagi kuat pukulannya dari kat Pangkor hokey!

takut aku tengok anak2 aku mandi. asal jauh jer sikit dah kena jerit ngan bapaknya.

IMG_2009

no mami no

no nywim (no swim)

no mami noooo

hahahahahah aloalo sian dia

tak nak mandi yek. nenek ko asyik menyakat jer…

so dia tak swimlah, dah duduk kejap tepi laut pun takut. siap beriyek iyek lagi  ngan air pasir laut heh.

IMG_2013

kerusi rehat merah tu, aku sewa 4 ketul. Satu 3 inggit. orang belakang tu share the gazebo with us too.

nak mendiamkan dia dok sini aku tak pasang kasut kalau tidak kang dia sibuk pusing satu Teluk Batik tuh

IMG_2028

malam earlier depa pi main kat kids station dalam hotel…

IMG_2085

Zeeshan memang tak mau langsung nak turun tanah….

bila dah mandi dah kemas dah berkasut….dia ber’tour’ ngan bapaknya

IMG_2088

pastu dia kidnap tongkat atuknya…

atuknya tak sedor.

dia jalan sorang2 kat Teluk Batik tu ngan tongkat atuknya.

apaknya escort dari belakang. sambil dia bertongkat dia menceceh.

tengah panas berdenting ok!

IMG_2050

habis dah semua siap, callo callo…

udah2 ler mandi laut tu sumer hoi

ko bang dah macam kopi o jer .

IMG_2102

at one time, ha Zeeshan dah macam nih.

berlengging kepanasan

kahkahkah…

pampers je ko dik.

IMG_2047

kita stop makan kat sini

baru je duduk ada aunty chinese nih dok cakap perak punya pekat. sini makan sedap. kamu orang KL memang patut try ini Laksa!

hoh ko…betullah cakap aunty tuh.

Abang kakak ngan aku makan laksa tu 2 mangkuk hoi! Super sedaplahhhhhhhhhhhhhh sangat sangat sangat.

IMG_2060

Zeeshan pulak makan nasi. dia dok berlengging lagi tuh, ngan suor je. Habis tu panas kooooooooooo…. tengah2 makan. mata dia longlai. Aku bagi dia pegang ipon aku, dalam tak sampai bape minit mata kepala dia dah tergoyang2 nak mentido sangat. terus aku angkat peluk dia, berdengkurrrrrrrrrr jam2 tu jugak.

hahahaha macam baru pas makan ubat tidur dia punya tak boleh tahan dah matanya.

IMG_2034

pastuh anak bujang ngan mak merah repeat lagi! kita bahagi 2. sampai kuah mangkuk tu pun aku hirup. aku kalau makan laksa, sama ngan abang kakak, eh depa tiru aku. kena kosong. letak telur ngan laksa jer.

bawang2 ke hapa sume tak  yah.

ai is dont like it.

huh sedaplah laksanya. memang tak kesal singgah makan, esoknya pun datang balik.

hangpa kalau pi Telok Batik tu

akan nampak gerai makan nih. buruk je gerak makannya takde le grand mana pun but tulah yang best. nama pun kampung kan. gerai makan camni yang kita nak try.

IMG_2071

 

habis jalan2 bagai dah petang tu kita pergi balik cari tempat nak tuju ler, ada le satu dua tempat tengok macam tak happening pun kita pergi lain. pastu nak main go cart nih. orang punya ramai hoi! lam 10 orang ada le jugak. yang nak mainnya pun abang kakak jer. so tak yahlah. lain kali ler kita main tempat lain.

lagipun  aku mmg takkan keluar, maleh. makpak aku pun malas nak kuor. Zeeshan pun tengah tidur dalam car seat.

mohlah balik hotel.

IMG_2114

hamboih bersungguh bercarrom korang yek….

1 of the nites depa kat hotel

IMG_2123

aku masa depa pergi sini kan…aku dok bersantai dalam bilik. ke aku membuta perkataan paling cocok digunakan…

IMG_2144

main lah hangpa…

IMG_2176

meja ujung belakang tuh dok leka main dam. yang Zeeshan cukup 10min dah no more tak leh dah main iphone. pastu mak ajah ngan RD masih lagi berlawan main dam haji. tak sesudah. ni malam ketiga ok.

aku pun kena paksa sama main  ngan dia, dah tentulah aku kalah.

malas nak pikir taktik skills main nih. nak makan, ha makan je lah ko.

mak aku dok ajar, curi curiii curiii ler.

apamenda nak dicurik dam tu tah hahahahha.

IMG_2113

the next day turun breakfast….

tapi breakfast ari keempat ye aku turun.

IMG_2116

bersepahnya ko makan. nak disuapkan tak nak.

kalau nak suapkan jugak, kena kelentong dia suapkan ke mulut aku nanti lajulah dia amik sudu dari bapaknya masuk sumbat to his mouth. mana boleh mungkin dia bagi nasi dia kat orang lain, kat maknya pun tak boleh.

tu je taktik cara nak bagi dia makan.

IMG_2121

alolo manjanya nih. gigit kang. sombong dia nih. kalau ada bapaknya bukan main berlagak lagi. kalau takde bapaknya, ke main kepit maknya. kalau ada nenek bukan main eksyen lagi.

speaking of hari kita balik 3rd day ni kat hotel kan.

kad kunci bilik dedua tak funciton.  yang function cuma bilik mak mertua/kakak/maid. so sapa nak dok rehat lu sementara RD pi suh hotel bagi  kad baru, kena la pi dok bilik satu lagi kan.

so aku masuk bilik depa. dengo maid aku bebel2 bising. bilik tak berkemas. Kita keluar sehari suntuk, takde kemas. Hish menyampah betullah nak kena buat bising komplen kat hotel nih. So aku report le kat housekeeper.

Depa cakap kat pintu bilik ada signage ‘DO NOT DISTURB’. kerna tu lah kami tak kemas bilik.

astaga

aku melolong le tanya sapa yang pi letak DND kat pintu??? it should be please make up my room.

sapa letak??????

maid aku ngan bangganya jawab. saya ibu

apesal ko letak DND?

aku nampak kakak semalamnya letak begitu ibu, aku pun letaklah di tombol pintu hari ni.

ya tuhan. yang kakak letak tu was PLEASE MAKE UP ROOM. yang ko letak tu DND! derrrrrrr

Lain kali jangan berlagak le komplen bilik tak kemas sedangkan salah sendiri.

Sibuk bonar, nampak kakak buat dia pun nak buat, tapi salah. But pastuh housekeepers kemaskanlah jugak bilik depa. Riuh sungguhlah korang nih. eii maid aku maid aku. hok yang main banana boat, nak pelampung ke sume bagai tuh, apa abang kakak main sume dia pun nak sama. hah naiklah ko. sukatik.

banana boat tu pun mak ajah naik gak ok. tapi ngan syarat mak cakap ko nak jangan campak acik. tapi belakang laki aku bagi signal kat budak bawak banana boat tu, ko libas je nanti macam biasa. kahkahkah. terbalik mak, maid abang kakak. fun, tu pun nak mintak naik lagi. udah mak aku tak bagi.

so gitulah.

sonok gak pi Lumut nih.

kalau pi memana  pun sonok asal pandai carik tempat nak dilawat. anak2 aku pantang air laut, tapi maknya berpantang tuh pulak. so nak tak nak kalau tak selalu, once or twice a year kena jugak cari air laut for them.

Comment: 6

Khatam Pangkor….

IMG_1721

laki aku menyesal datang Pangkor ngan suor jeans! kahkahkah….tu lah orang dah cakapkan. kakak ada bawak persalinan, abang pulak beli suor mandinya kat tepi2 tu jer ada jual. Mak Ajah memang ada bawak baju jugak.

so berpanas tu depa mandi ler….

ni aku zoom dari tempat aku duduk nih

IMG_1817

 

pastu kita belasah naik boat, buat island hoping!

kalau amik dari hotel punya gila mencekik bunuh punya harga, so baik amik kat Pangkor nih. not that pricey pun. Satu boat nih for all of us jer….

itu Zeeshan tengah berzikir dalam hati ya allah ya tuhanku, takutnya aku naik boat nih

kahkahkah

dia punya pegang bapak ngan atuknya kiri kanan hokey!

IMG_1819

bertenang dik bertenang

tapi ko riuh bila nampak boats boats mulut menceceh

bila naik je ha. terkesima terus ko yek.

IMG_1824

abang ngan tak berbaju je tuh

life jacket sudah, pasnih depa nak snorkelling le pulak

 

IMG_1737

so sampai kat one of the pulaus tu kita turun ramai le orang manusia dok snorkel ler, dok mandi sket2. yang ramai bersidai duduk macam aku ni pun ada jugak.

hah aku memang takkan le nak mandikan…

Zeeshan memula ok je ngan air laut tapi pastuh bila ombak pantai rempuh kaki dia, mula le dia tak keruan. melolong2 meraung takut ngan air laut.

IMG_1752

muncung tak nak pi laut

IMG_1765

negotiation skills by his dad

boleh ke lepas ke laut tuh

IMG_1777

steady lah mak!

mak aku pi snorkelling ngan abang kakak

seronok betul

dapat tengok ikan pun yg bebilis je aku rasa hahahahhaha

tapi jauh le gak depa pergi

jenuh panggil ajak balik

IMG_1791

no no nooooooooooo

meraung NO nya

tak nak gak turun ciciah kaki kat air laut

tapi pastuh mak aku amik gak dia, berendam ngan dia kat laut. muncung menangis dia. nenek asyik menyakat jer….

pastuh kita naik pusing2 lagi pulau sana pulau sini. ini cerita dah sebulan so aku malas betul nak check back data yang mana kita pergilah. but banyaklah dia tunjuk pulau gini gaya menda apa bagai. abang kakak melopong2 tengok.

penyudahnya kita balik ke Pangkor Island but abang kakak menyambung naik all the water sports kat sini. Memang legam sungguh ler anak2 aku dek penangan Pangkor trip nih.

IMG_1799

ini antara water sports yang depa berdua naik. Tak cukup lagi tuh, esoknya sambung lagi kat Teluk Batik pulak.

hah tunggu, insyallah tahun ni ke taun depan ke Langkawi pulak, asal ada beach jer laut je memang buah hati sungguh bebudak nih

IMG_1811

drama king merajuk.

merajuk yang terus duduk kat sini.

tapi geli tapi merajuk duduk situ gak.

masa kita bukak kasut dia kat pantai laut kan, dia punya jalan separuh tapak je ok, siap bebel cakap iyek iyek iyek….hoi pasir je lah pun bukan taik! bukan main lagi dia geli ngan pasir tuh. Pastu kat sini sebelum bilas2 badan dia, pun bukak kasut dia jalan mengginjik jugak. mulut dok ngomel iyek iyek iyekkkkkkk. Geli ler tuh. sepuk kang!

Van datang amik semula at 5pm, kita lepak jetty and makan one more round. Makan kat jetty tu ok sedap dan selesa dan tak kena cekik. Unlike kat kedai makan yang kita kena sembelih tuh!

IMG_1846

korang tau dia panggil motor ‘ATUK’

cos petang2 atuk akan datang bawak dia naik motor jalan2 dalam kawasan VA umah aku. pastuh setiap kali dia nampak motor, tak kira le sapa punya pun dia akan panggil eh atuk. motor besar motor kecik eh atuk.

orang dok ajar motorbike motorcycle pun dia dok eh atuk atuk atuk!

jadi ini….

dia mintak nak pakai helmet sapa2 tah owner motor nih and mintak naik ‘atuk’

hah naik le ko

rempit

atukkkkkkkkkkkkkkk

atuknya tengok geleng pala

IMG_1855

naik je ferry, aku dah gemalai mengantuk. dapatlah tidur kejap 10min kot. mereseh dah semua heh….

IMG_1866

Rose Dawson Titanic

IMG_1870

kahkahkah! bertabah jelah abang.

topi abang tu atuknya punya, ole2 dari Pangkor. Abah aku nak sangat topi tu so boleh tunjuk ni dari Pangkor.

IMG_1886

sampai je Lumut, kita terus early dinner. takde terus balik hotel coz nanti kang dah malas nak kuor balik kuor balik segala kan and RD and Mak ajah dok sambung lagi lawan dam aji.

kita pun lawan lagi makan soup

apa ke nama gerai ni yek

tapi hotel pun aku tak sebut lagi dok

IMG_1833

will repeat and come back again to Pangkor, maybe lagi 5 ke 10 tahun lagi kot…wallahualam. Oh hotel yang kita duduk tu namanya Swiss Garden Damai Laut, Lumut. Amik 3 bilik for 3 nites.  termasuk breakfast. Harga bilik kemudian tunjuklah. pi ler online check sendiri for the date yang hangpa nak pergi tuh. Service is not so good as expected, ada yang ok ada yang boring.

Island hoping ni kita bayar RM70 memang tersangatlah untungggggggggggggggggggggg banyak coz kalau amik yang dari hotel punya promotion tersangat double triple beza harganya. Dengan RM70 naik boat satu family, pi menyinggah snorkelling kat Pulau Giam, snorkelling equipment tu kita rental lah, RM5 sorang for 3 orang depa tuh.

Seronok le tuh…fun fun fun.

 

Comment: 7

Hey Pangkor Island!

IMG_1322

hi that s my mak mertua….nampak pendiam jer. meriah ler kalau lepak ngan aku coz aku pun jenis meriah. letak la aku kat memana insyallah bolehlah get along borak2 tapi kalau mood diam moody aku datang. korang jangan le nak ajak gurau senda. memang aku mencuka jer pung…

IMG_1334

pagi tu dah siap reramai….

sumbat semua lam lift

gi breakfast!

IMG_1342

buffet tapi makan tak senang betul kat sini coz kita silap amik makan kat luar so sebelah dengan pool jadi Zeeshan sudah tidak senang duduk bila nampak pool. Dia tu kan dari baby lagi dah trained mandi pool so bila dia nampak je pool memang tak senang duduk. Udahlah takde baby chair. so aku suh maid aku makan lelaju. abang and maid pergi bawak Zeeshan main kat indoor games tepi pool tuh biar dia meleka sekejap.

but breakfast kat sini pun tak berapa sedaplah pulak.

bolehlah buat lalu kat tekak. dari takde.

IMG_1351

the 2nd day kita plan nak ke Pangkor Island. Initial plan nak duduk kat Pangkor itself tapi heret beret ngan luggage anak beranak ngan orang2 tua aku lagi ha takpe lah, kita dok je Lumut. but day trip ke Pangkor.

IMG_1357

the 8 of us, maid jadi photographer ler…tu yang jadi 9

IMG_1366

nak keluar ke jeti, pun sama jauh je jalan keluarnya. ada le gang2 beruk makyeh hah….

menjakun RB tengok depa sume nih. tak bagi aku depa bukak tingkap, tengok dari luar jer. kang ada yang hilang barang. kalau beruk kat Bali tu pandai betul amik topi spek mata orang bagai…

IMG_1371

kita parked at the covered parking and jalan sket to the jetty

IMG_1376

kita jalan pepelan jer….coz abah aku pun bertongkat kan…

IMG_1379

hallop saya 4 hari kat sini bawak sarung sling bag Ferragamo ni jer…

IMG_1395

banyak le gambar sesama tapi semua gambar abang muka muncung.

ko napa bang?

abang bengang ni mummy

awatnyaaaaaaaa

muka abang hitam sangatlah, dahlah kat langkawi seminggu, kat laut tengah panas buta. pastu sini pun kena lagi panas ngan laut, habis hitam dah abang

huk aloh!!!!!!! takpelah hitam pun kejap jer nanti dah habis sunburn tu dia naik le cerah ko balik. hitam pun hitam le bang, dah tua sket sok naik balik cerah ko heh!

 

IMG_1431

kita je lah kakak yang happening sentiasa kan kak….

abang ko tu asyiklah risau ada awek yang nampak kalau tak control macho.

heh!!

IMG_1422

hah dalam jetty, dia duduk sekejap je diamnya…

lama sket dah agak2 bosan mula lah dia depan ke belakang pastu dia lapar tau, boleh pulak dia tengok orang sebelah tu makan orang tu bagi dia cookies (a malay uncle). dah habis makan tu dia mintak lagi orang tuh hoi ko dik!!

IMG_1449

kitorg dapat seats belakang sekaliiiiiiiiiii

yang tetua dok depan. itupun sib baik dapat duduk. kalau tak kena naik next trip punya ferry

IMG_1487

ferry ada turunkan passengers at one jetty so mana yang kosong seats tu kita yang kat belakang tukar seats. itu Zeeshan tengah bermanja betul. Main noise, mouth, tounge bla bla bla.

kalau nose tu habis dalam hidung pun dia nak korek tunjuk.

kalau  hips birdie lagi le….bersungguh2 ni tunjuk gak. tak bukak le seluar tu tapi dia tau le mana duduknya benda tu sume….

IMG_1493

weiii dah sampai Pangkor Island. dah masuk van pink! pusing and tour Pangkor

IMG_1499

kami sangat tersiksa nak bergambar bila Zeeshan langsung tak nak didukung dia nak bebas berlarian dalam panas mencanak tuh

IMG_1512

struggle sangat. sabar le dik kita amik gambar red family sket lu

IMG_1529

cantik betul ler pakai front camera laki aku nih…

tu Zeeshan tu bukan tidur, dia tengah merajuk dengan neneknya yang asyik le menyakat heh. Nenek (mak ajah ) aku mmg kuat menyakat cucu, tapi nenek (mak RD) lebih soft, tak suka menyakat hahahaha….

siap pejam2 mata lagi bengang. kalau double bengang tu dengan jeling2 lagi dia bagi hokey!

IMG_1533

berdenting paneh but demi nak Pangkor heh!

IMG_1534

aku punya batallions pun dah bersepah2 ler…

IMG_1547

cari tumpang tempat redupppp

IMG_1563

ini van pink yang kita naik.

sekali jalan tour sehari tu lam RM80 per van tuh tapi takde aircond. hoi paneh ler….so mintak bukak aircond is RM100. bayo bayo. daripada berdenting peluh meruap2.

tapi come on lah. kita dok Malaysia, apehal yang tak pakai aircond???

ko ingat ko dalam negara winter pakai warmer??

 

IMG_1596

Pangkor island ni aku dah datang few times le jugak so kalau tempat lawatan situ pun aku dah biasa pergi jugak. Tu yang  jap masuk jap tidak. Mak and mak mertua aku lagi ler kadang2 tak turun langsung! dok lam aircond van.

IMG_1604

eh hok nih mak mertua turun. mak aku yg tak turun

 

IMG_1611

ya allah dik ko tak habis lagi merajuk dengan nenek ko ker…….

IMG_1656

last place, kilang buat satay ikan

borong untuk family and friends

borong seborongnya ler….

IMG_1673

kat sini jugak Zeeshan ngamuk2 kepanasan keriuhan. dia nakkan bola merah bila dah beli bagi dia tak nak pulak nak yang lain coz neneknya dok menyakat. hahahah letih aku asyik le leraikan gaduh dia ngan neneknya tau! tu kalau dalam kereta lagi ler deap dua asyik sangat bertekak.

IMG_1697

tu dia begini membogel sudahnya. topless je lah.

IMG_1714

lepas tu kita late lunch

pastuh depa berendam dalam air laut kat town Pangkor tu hah. Mereka itu ialah kakak abang and mak aku. Mak ajah dengan jejubah selamba jer berenang bahagia sungguh. Aku memang tak ler kan, bertukar tangan ngan maid aku kendong Zeeshan yang tidur. Stroller tak bawak lor.

but nak citer kitorg kena ketuk kat gerai makan satu lam Pangkor Island nih. memang ban habis. semua family members aku tak happy. Lauk tak sedap. service teruk. pakai pinggan pakai buang tu jer. pastu air banyak berlebih kita bungkus dia masuk dalam plastik tapi tak ikat bila suh ikatkan jugak plastik air tu diaorang ikat ala kadar habis tumpah dalam plastik besar. memang tak ikhlas punya kerja ler. Masa makan tu tak menyempat2 nak kira makan bape bagai. Dengan buat mukanya lagi, mintak pinggan pun terjerit2 hoh tak suka tak suka. Memang menyesal mengenalimu wahai gerai. Should have gone to the other gerais if dah nampak muka peniaga mencuka.

A day before kita makan kat Lumut untuk 9 orang, lauk ayam segala, baru 40 inggit!

kat sini kitorg kena tembak, sampai RM90 dengan takde ayam seketul pun. Semua lauk2 yang balance tengahari punya lauk, coz kita makan ni pun dah jam berapa, past 2pm or 3pm i think. Frustrated ler makan situ sampai memang boleh maki jelah sakit hati ngan gerai tuh.

So so…

di Pangkor belum habis lagi.

Comment: 11

Coming to 2 years old…

IMG_2493

panjang betul kaki ko bang!

ini kalau umur 18 taun tak tau le camne panjang lagi kaki ko nanti

IMG_2503

si kecik tu tidur, bapaknya  memang dukungkan dia dari parked kereta. aku ngan abang kakak yang uruskan angkat2 barang kuor dari bonet. tapi check inpun malas, tu bapaknya jugak yg settledkan.

IMG_2515

letak je atas katil, terus dia berjaga and tak nak berenggang so sorang kena peluk si adik, yakni kakak.

makpak banyak hal nak buat

IMG_2522

the kitchen area. tak masak pun….tapi aku geram si Zeeshan dok main tekan2 kat dapur masak tuh. dok cari suis nak padam but hotel cakap takde menda tuh, biarpun menyala. so asal dia pergi dapur jer, mulalah aku berkicau anak beranak mintak abang kakak bawak dia lari ke depan…

IMG_2536

i snapped more than 10 times, but langsunglah tak dapat nak gambar statik cantik. cantik pada abang kakaknya jer, pada si adik ko tengoklah, dok berdansa melompat2 sepanjang masa dah terjerit2 pun tak jalan gak suh diam.

bukan budak le kalau dok diam hehhhhh

IMG_2549

mr busy ipong

tu kalau aku amik ipong tuh kasi baling kang…

dah cakap bape kali…quality time quality time.

IMG_2584

sib baik ada keinsafan jugak nak baling ipong dia tuh…

IMG_2597

well ok, background bersepah2.

pergi dok sini semalam jer tapi dia punya sepah macam 3 malam!

dengan bola pun ko nak bawak sama dik.

IMG_2606

so hard to get the nice shots ler hailahaiiii

IMG_2627

abang kakak je yang sporting senang posing

behind the scene maknya jegil suh bergambar tak yah citer ler kan…

IMG_2629

adik oh adik

napa le payah bonar anak mak sorang ni nak bergambarrrrrrrrrr

ini je lah kot yang menjadik

IMG_2633

pun nak dicungkilnya mulut apaknya…

IMG_2652

udahlah, memang payah lah kita nak one family posing

that s ok….

soknya nanti kita posing dengan professional much easier.

IMG_2670

keluar je dari bilik hotel semua berlari sampai accident tiga beradik!

IMG_2708

jangan muncung dik….

kita shopping dulu yeak

IMG_2769

ko ni badan dah tak boleh kids dept lah bang. skang dia pakai size S/M from men’s department. masa bawak dia kat Isetan, section Bonia banyak merah2 dan sales so aku belikan dia 2 lai…

yang pentingnya merah tu for nak pakai esoknya…

IMG_2785

ko lens ni aku baru teringat nak pakai

tu pasal manjang je berfish / wider lens dalam entry nih…

kakak jadi pengcarry shopping clothes

IMG_2788

shopping malam tu semua untuk depa! takde satu pun untuk aku. Tapi semuanya pun settled by si bapaknya.

sebelum dinner baju kerja untuk bapaknya, 4,5 lai kot beli. Dia kalau tak dibelikan takde le dia nak berganti baju kerja baru. aku  je le yang hari2 dok menyopping.

For Abang pun dapat 2 lai shirts. dah boleh share pakai ngan bapaknya.

kakak and adik dapat baju2 gak, after dinner kita borong. sampai orang dah tutup kedai pun aku dok menyoping lagi.

IMG_2822

hah focus bang

focus

hah focus lagik

hahahahah stress abang

IMG_2850

adikkkkkkkkkkkkkkkk 🙂

IMG_2852

cakkkkkkkk 🙂

IMG_2860

akhirnya dapat jugak makan hoh!

kat chillis yang aku rasa wpun aku kerja kat KLCC, sekali setahun pun siksa nak makan sini. tak suka dengan q panjangnya. lunch and dinner sokmo full manjang and at least sejam kena tunggu. mana sanggup.

paling cepat pun 15 min by luck jelah.

IMG_2870

smile :)))))))))))))))

IMG_2873

sekejap je Zeeshan tu melukis pastu dia mula resah gelisah. Nak kuor tak boleh kena pagar dek bapaknya. Kesal dia dok situ kahkahkah…so dia kacau orang sebelah dan jugak meja belakang ngah makan tuh.

Takper. kacaulah. orang tak marah.

Asal ko jangan lari kuor dari meja nih.

IMG_2902

aku dan kakak as usual berkongsi steaks.mana boleh nak habis heh….

eh makan sini kan. aku dah bagi nama pastu dia suh datang balik another 45 min. so aku datang balik ler kan at that time, sampai sudahnya 1 jam 10min baru dapat the table. Begitu ramainyaaaaaaaaaaa manusia yg suka bonar makan kat Chilli’s nih.

aku pung kalau tak kerana birthday dinner for anak bongsu aku (yang dia tak heran manapun makan memana).

Tapi, yelah takkan nak makan kat food court jer.

IMG_2925

Happy Birthday Zeeshan sayang…

IMG_2937

so habis makan kita sambung lagi jalan2, beli baju tu baju ni

asyik membeli je mak ko heh

IMG_2942

3 beradik naik nih, but of cos lah tak sesuai pun ngan umur abang kakak, laki aku bayo untuk 3 inggit gak. Amoi kecik tu naik jer, dah tu takkan abang kakak pulak nak duduk sini wpun ada kosong tuh…tak de nya muat.

IMG_2954

lepas tu aku mula meraban tengok depa 2 yang tak nak gak turun tuh. hah mula le mak ko jegil2 mata!

IMG_2958

hah, cadang nak amik extra bed.

but tak penting pun, tak yah. jimat lagi duit. 4 beranak sekatil.

abang tidur kat sofa panjang. yang masih lagi boleh muat kaki si panjang tuh.

IMG_2965

the next day, our breakfast…

IMG_2974

Happy Birthday Zeeshan – The 2 Years Old

We checked in at the Micasa Hotel and Suites Apartment, a day before his birthday. Ada ler last minute aku plan his birthday party tapi pastuh aku cancel kahkahkah….ya tuhan dah anak tiga ni pemalas betul ler nak buat birthday party hoi! Lagipun masa tu kita tengah sibuk dengan something something jugak pastu alah nak. nanti lah. Mak buat  next year insyallah at our new crib ye nak.

Lagipun takper…

Nak penyedap hati, toys collection ko jer almost everyday dapat kan….

korang tau kan aku ni kerja beli toys pastu aku simpan pastu during the weekdays tu nanti dia akan main the toys tuh. At least lam 5 days kerja tu, 3 hari akan ada toys baru. One way to distract him from watching tv. iPAD and gadgets memang takde le kan…

So 2 tahun. tak boleh le berbaby2 lagi ye dik. Farewell to ‘RedBaby’.

Aku maintainkan RB dalam tag but as RedBoy but also kita kenal dia lebih lagi as Zeeshan jer yeah.

Comment: 9