UPSR Science with iBuddy!

48hours sponsored post

astro-ibuddy

Baru aku nak start tulis post ni, Kakak menyampuk, “Mummy, Kakak ada tengok la program iBuddy ni kat Astro. Sekarang baru masuk 2nd episode”

“Ooo ye ke, tapi Kakak sure tak tau kan, kali ni Astro Tutor TV dah kuorkan apps untuk iBuddy programme ni? Suh daddy download kan dalam henpon Kakak or ipad nanti”

Bagus juga Kakak ni, programme berilmiah macam ni yang ditengoknya 🙂

IMG_9764

Oh bagi korang yang tak tau, program TV bersiri UPSR Sains Bersama iBuddy disiarkan pada setiap hari Khamis hingga Ahad bermula dari 9 Ogos 2014 (Sabtu) pada jam 10.30 pagi, 6.00 petang dan 10.30 malam secara eksklusif hanya di Astro Tutor TV UPSR (Saluran 601)

As the title say, program ilmiah ni amatlah bersesuaian untuk anak-anak yang bakal menduduki UPSR tak lama lagi. This definitely helps and very beneficial for UPSR students! Tapi Kakak tu baru darjah 4 pun layan gak program ni 🙂

IMG_9766

Astro memang sangat komited dalam menambah baik setiap kandungan yang disiarkan dan bagi menambah keberkesanan kandungan ilmiah, Astro Tutor TV UPSR telah melancarkan aplikasi pengiring pendidikan iaitu UPSR iBuddy. UPSR iBuddy boleh dimuat turun secara percuma untuk semua peranti Android di Play Store. Ataupun boleh juga melayari laman web ibuddy.my melalui komputer, telefon bimbit dan tablet dengan menggunakan pelayar Internet seperti Internet Explorer, Google Chrome, Firefox ataupun Safari.

Apa lagi Kakak pun segera suruh daddynya downloadkan dan terus siap-siap registerkan nama dia.

IMG_9763

Aplikasi UPSR iBuddy menerapkan konsep pembelajaran seiringan dengan TV serta menceriakan. Juga dilengkapkan dengan kaedah pembelajaran yang interaktif berserta dengan pelbagai nota ringkas berbentuk visual grafik yang menarik. Anak-anak kita juga boleh menguji tahap pemahaman diorang dengan menjawab rangkaian soalan Pop Kuiz dan Kuiz Tambahan yang disediakan. Papan Markah turut dimuatkan untuk kita menganalisis jumlah mata terkumpul dan kedudukan terkini berbanding anak-anak lain.

IMG_9765

Seronok pulak Kakak menjawab Pop Kuiz UPSR iBuddy ni

Tapi untuk memberi motivasi kat anak-anak korang yang bakal menghadapi UPSR tu, bersempena dengan pelancaran siri dan aplikasi ini, Astro Tutor TV UPSR juga akan menganjurkan peraduan dengan menggunakan aplikasi UPSR iBuddy. Peraduan yang akan bermula dari 9 Ogos hingga 7 September ini.

Hanya perlu memuat turun aplikasi ini ataupun daftarkan diri dengan melayari ibuddy.my kemudian seiringkan dengan siri UPSR Sains Bersama iBuddy di Astro Tutor TV UPSR dan jawab soalan kuiz yang disediakan untuk setiap episod, kerana setiap minggu, sesiapa yang dapat markah tertinggi akan memenangi iPad Mini, tempat kedua hingga kelima pula akan membawa pulang pelbagai hadiah cenderahati eksklusif dari Astro Tutor TV

So anak-anak, eh anak-anak tak baca blog Kak Red kot hiks, ok mak-mak yang ada anak-anak yang bakal menghadapi UPSR, bolehlah memotivasikan diorang mengambil bahagian dalam peraduan ni, dan secara tak langsung akan dapat menambah pengetahuan diorang dan memantapkan persiapan untuk peperiksaan nanti 🙂 Insyaallah.

Khidmat pesanan masyarakat Astro is brought by Redmummy.com

Comment: 59