Posts by :

Di dalam tunnel seram…

Ok satu lagi cerita misteri, masih lagi kejadian di Germany. dalam terowong. Not during my visit last time, this just happened recently.  Ada rakaman CCTV merakamkan astu pergerakan aneh, rasanya sebuah kenderaan. Bila diperlahankan rakaman tersebut, seperti ada satu cahaya yang mengejar kenderaan tuh. Suspens tak? Laporan tidak dipastikan tepat atau tidak; berkemungkinan kenderaan itu adalah isi kargo yang hilang a few days ago.  So jelas sekalilah kan yang hilang itu adalah sebuat kereta. Tapi tu lah, apakah yang could possibly cause all this drama pulak???

Ini adalah sangat misteri, suspens dan benda macam ni ler semua yang buat aku payah nak tidur malam heh!

Apakah ini semua??????????

Comment: 5

Going to be a teenage boy…

ni anak bertuah aku nih. si sulong buah hati cinta payung sayang aku nih. kadang2 hishh…buat aku amukan merah jer. Walau ada detiknya melembutkan hati maknya, tapi ada jugak merajuk maknya heh. takper ler…let s not go there. Abang skang, dah setahun 2 ni dok kawan-kawan ngan awek. berdas2 kena leter pun, oklah dia abaikan tapi nanti leka dia buat balik. tu satu hal lain. handphone dia sebulan dulu je pakai, pastuh bapaknya rampas. coz kami tengok dia mula leka dan aku juga jumpa sms ‘hai awak apa khabar’. ‘hai awak nak jadi gf kita tak’

tak boleh blah betul anak bujang aku nih! ko dah berangan nak ada gf pulak!

ko jangan kacau anak dara orang bang oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!

pastu bebaru ni dia tanya kenapa tak boleh kawan ngan kawan2 perempuan dia, napa depa tak boleh call rumah. Kita kena ler beri alasan. antaranya takde makpak yang suka anak daranya ditepon anak bujang orang, seperti contoh kalau ada boy tepon Kakak, mami dadi tak suka. Macam tu lah ngan anak dara orang lain jugak. Kawan setakat di sekolah sudah. Tapi tu ler kawan2 sek dia mostly cina, yang melayu perempuan ni dia kenal dari tu lah camping dia ler, berpanjangan betul pulak heh.

tu aku tak cerita budak perempuan tepon rumah aku. Siap menyamar2 budak tu ok! hah ni kena buat dialog. Biadap betul budak tu, ada sampai menyamar besarkan suara buat suara maknya coz aku nak cakap ngan maknya sendiri. Gila betul budak2 nih! umur 12tahun tuh dok menyamar jadi mak sendiri age 46, ko tak rasa hangin ke dengo?

Lain plak dia nak kulit dia putih balik macam masa dia kekecik dulu. Huk aloh! Dia cakap skang ni gelap sangat, legam. Habis tu dah ko main sekolah kat bawah matahariiiiiiiiiiiiii, nak buat camner. Dah ko petang2 main bola sepak kat sekolah ko kan. So dari last year tu dia suh aku beli satu product nih, tak boleh sebut nanti pengiklan aku ada yang merasa hati. Alah untuk budak2 ler….dia suruh aku beli brand tu coz ada artis tu pakai. So dia nak ler pakai jugak.

image

Baiklah abang. Tanya2 gang yang lelaki pun depa lagi ler cam bapak si abang mana ada pakai apa2 pung. Tembak ngan air paip je jugak macam aku dedulu, sebelum 4,5 tahun dulu lah. Skang ai dah pandai sket melawa tempek muka nih. Pastu dah 3,4 tubes abis, pun tak cecerah gak mukanya! tak puas hati betul dia.  Kenapa artis pujaan dia pakai lawa putih melepak napa kulit abang tak macam masa abang baby kekecik dulu, napa tak macam RB. Abang dah gelap sangatlah mummy.

Rileks ler bang oi….nanti ko bebesau, kulit asal kaler putih ko datang le balik. Apa kes le ko risaukan kaler kulit plak heh.

Rambut nak kena macho, kalau kuor kena ada gaya style dia. Mak tak leh pepegang tangan dia, peluk tak leh. Kalau ada group budak perempuan siap ler dia punya berkelicau tak tentu arah, malu ke main maluuuuuuuuuuuu, eii ko kan bang! Jadi sajalah aku nak tanya2 korang punya anak bujang ha camner.

Dia ni dah stage nak ke teenager, cuma mimpi belum lagiler (coz bapaknya dah ajar dia kalau mimpi tu camner, apa bagai maksud tersirat). Ok sila google kalau nak tau camne explain ajar kat anak on akil2 baligh yer coz benda tu walau ada ajar di sekolah masih lagi tak cukup, kita parents kena gak masuk campur.

On study semua dia ok oklah, tahun ni nak UPSR, but being sekolah cina banyak subject but kita tak nak push force dia sangat on the mandarin subjects coz paham sangat susah nak score. Dapat As kat any of the main subjects pun dah ok syukur cuma ni ler…

banyak betul selingan dan iklan anak aku nih.

Anak2 aku masa musim sekolah tak boleh tengok tv, internet, ipad ke hapa maknek. semua diharamkan di rumah. Weekend pun kadang2 jer for Kakak, but for Abang memang skang tidur, sambil study ke dok berdentum radio. belum stage beli cd ke hapa but terer betul dengan channels radio heh. Diorg bila dah tidur tu lah aku boleh padam radionya, camne le ko belajar ngan dong ceng dendam tum tum tu, mak dulu study tak boleh ler ada bunyik2 sumer nih. Bingit tak masuk otak aku menda aku belajar.  Ni semua gaya ler nih hey!

So looking at him, is like flashing back our teenage time. Aduh….this is the hardest time for parents. Not easy, but insyallah we will support and fight for him, I will not give up on my kids.

Comment: 21

KEN Rimba Township – Malaysia’s 1st Multiple Award Winning Green Township!

48hours sponsored post

20130113_134443

 Mummy, nak swimminggggg sini boleh…

Maklumlah semenjak krisis air dulu tuh, swimming pool kat apartment kitorang tu dah tak rupa swimming pool dah, eh masa tu lah. skang dah ok dah, coz dah ada air. So rindu la budak-budak ni nak pi swimming. Sian depa… Lagipun time takde air ni kitorang time weekend jer memang malas nak duk rumah, so sure keluar merayau. Yelah, duduk rumah air takde, baik tak payah!
IMG_2825
So one of the weekends tuh, RD ajak pi kuor jalan-jalan dan kebetulan kitorang ada dapat special invitation ke Double Storey Terrace House special viewing. Memang cantik la kan, kitorang pun memang tengah aim nak cari landed house. Takde air punya pasal, terus cari rumah baru hahahaha! Gila kentang! 😛

So sampailah kitorang ke showhouse KEN Rimba Legian Residences. Aku kalau tengok showhouse ni memang terus la jatuh cinta, rasa terus nak beli jer!

IMG_2809

Aku punya first impression, eh luasnya kawasan depan pagar ni, so kereta boleh lah parking kat luar ni.

20130113_150513

See, you can park outside in front of the gate but not on the side road

And lagi satu, kalau korang perasan dari gambar ni, atap untuk porch tu kalau nak dibandingkan dengan perumahan lain, dia agak tinggi sikit. Nak tau kenapa? Sebab utama atap porch tu dibuat tinggi ialah nak kasi cahaya matahari masuk ke dalam rumah, so kita tak perlu on kan lampu waktu siang hari. Jimat letrik! Dan btw dinding luarnya menggunakan heat reflective paint dan dinding dalamnya pula menggunakan low VOC paint dan secara tak langsung dapat mengurangkan haba panas matahari yang terik 🙂 . Hebak!

IMG_2865

Ni pun sama nak kasi cahaya matahari masuk, bumbung lutsinar. terang rumah dan jimat bil 😉 dan bukan itu sahaja tapi ianya breathable roof system dan adjustable louver window to allow natural ventilation.

Jom kita tengok lagi gambar-gambar yang aku sempat snap…

20130113_144233

Ini pula main hall dia yang aku rasa memang spacious sangat.

IMG_2867

Dining hall dan dapur dia.

IMG_2881

oi oi berangan apa tuh Bang?

IMG_2840
Kalau kat tingkat atas pula kita start dari master bedroom dia.

 20130113_144615

Mummy, ni bilik kakak

IMG_2886

Ni bilik Abang la mummy

Amboi korang dah siap booking bilik masing-masing pulak aih! Bilik adik mana?

IMG_2855

Ni ha, ade katil kecik untuk adik kat bilik kakak ni hehehehe

(budak kecik bengang jer kena dapat katil kecik dari kakak abangnya heh!

Kat tingkat atas ni takde ruang keluarga macam kebiasaan rumah yang lain, itu sebab korang perasan yang bilik-bilik dia luas!

Amacam? Berminat? Kalau berminat ni details pasal Legian ni:
KEN RIMBA LEGIAN RESIDENCES
Tenure : Freehold
Type of Development : Double Storey Terrace House
Total No. of Units : 328 units
Lot Size : Standard 20’ x 65’
Built-Up Area : Approx. 1,800 sq. ft. to 2,200 sq. ft.
Bedrooms & Bathrooms : 4 Bedrooms + 3 Bathrooms
Selling Price : From RM 606K – RM 1.288M
Facilities : Guarded Community, Playground with Adult Fitness Station,  A Private Lap Pool for Corner Units only
Maintenance Fees : RM 100.00 per month
• First landed home development in the country to be awarded the BCA Green Mark Gold Award.
• Awarded the GBI Certified (Provisional)

And btw, Legian Residences ni dibina di dalam KEN Rimba Township, iaitu kawasan yang berkeluasan 60 ekar dan statusnya FREEHOLD dan the Malaysia’s 1st Multiple Award Winning Green Township. KEN Rimba Township terdiri dari 2 fasa rumah teres, dua fasa kondominium, 109 unit kedai dan 1 commercial land. Fasa pertama rumah teres ialah Legian Residences tadi sebanyak 328 unit dan fasa keduanya Jimbaran Residences sebanyak 168 unit akan launching dan kini buka untuk registration.

 IMG_2909

Landskap luarnya yang lain dari yang lain terdiri dari extensive greenery-linear garden, backlane, mini roundabout dan yang paling penting sekali ada 24/7 security guard!

20130113_150320

Lorong belakang rumah pun kelihatan kemas dan teratur.

IMG_2900

Tak dapat swim, janji dapat kocak-kocak pun bolehlah ye dik….

IMG_2873

Syoknya, bukak sliding door terus terjun kolam. Ni rumah corner lot la.

IMG_2890

catwalk sket heh….

IMG_2826

Lagi satu yang unik dan istimewanya tentang this Malaysia’s 1st Multiple Award Winning Green Township ialah adanya tong besar ini untuk menakung air hujan yang korang boleh gunakan untuk siram pokok bunga, basuh lantai ke atau cuci anjung kereta dan apa saja la. Dah la dapat jimat letrik, jimat air pulak tu!

Kalaulah apartment aku ada macam ni, time krisis air ni memang sangat sesuai!

IMG_2795

Ooo sebelum aku terlupa ni pula details untuk Jimbaran:

KEN RIMBA JIMBARAN RESIDENCES
Tenure : Freehold
Type of Development : Double Storey Terrace House with Loft
Total No. of Units : 168 units
Lot Size : Standard 22’ x 65’
Built-Up Area : Approx. 2,100 sq. ft. to 2,500 sq. ft.
Bedrooms & Bathrooms : 4 Bedrooms + 3 Bathrooms + 1 Attice/Loft
Facilities : Guarded Community, Playground
Concept: Open Concept

20130113_151034

Dan jangan risau, shoplots pun ada juga dalam township ni. Dan kalau tak silap even sekolah pun ada sekali nanti.

IMG_2805

Dan the best part, free access to more than a dozen bicycles which you all can use to get around in this KEN Rimba Township. Senang nak pi kedai nanti hiks  Kalo tak de basikal pun taper sebabnya ada covered walkway sehingga ke KTM Station!

ken rimba1

So sebelum korang tanya “Kat mana ni Kak Red?” Ni aku attachedkan map dia sekali.

20130113_145618

Pergilah usha kot-kot korang berkenan or untuk info lebih lanjut boleh visit their website, FB or even tweet the owner himself or email. Tapi kalo nak lagi pantas, tepon terus depa at 1300-22-9933 / 03-55119233

 Khidmat pesanan masyarakat Ken Rimba is brought by Redmummy.com

Comment: 19

The tops!

photo

lari-lari anak kita ke entry yang lebih buat aku gumbira. yang paling aku suka buat siang malam kalau diberi job gini. shopping! dah bertahun2 sangat dan dah memang itulah pun tabiat perangai aku, i just cant help to buy anything. Almost everyday menyopping.

photo

so for today, i cadang nak pi tambah baju event anak2, kesian depa pun kena gak melaram. dahlah baju depa beli masa raya, masa makpaknya travelling, bukan beli tetiap bulan pun. jadi bila special events kenalah jugak kita tapau for them. not kita. aku. kerja nyopping ni aku sorang jer.

ini top dark blue. i tak amik. but i amik kaler merah. bosan sei pakai baju yang asyik nak berinner nih. lemah malas tol acik nak menyingkap bila kalau ada anak sama or kalau kerja kena gak singkap for pumping. singkap selai udah. ni 2,3 lai ngan sarung tetek ko lagik. setahun lebih dah gini yeop. bukan sebulan lebih.

 

photo

kawan aku cakap, black lagi? yelah black ler orang ada banyak handbags kaler merah, baju hitam le penyelamat. batwing nih ada mustard colour, punnnnnnnnnn kena dipakaikan inner. but ini kalau tak pakai eh leh kot hahahaha. tengok ler camner. cantik for wearing with any coloured of pants, jeans tak sesuai lah. tak cun. or palazzo. or maxi skirt pun boleh. the rest, ko guna buat terjun tingkap. kata batwing. Eh?

photo

wah rerambu raba. oh ramba. rasanya aku amik baju nih. pastu ada kaler lain dibawak sama, pun aku hangkut gak. sib baik takde 30warna baju nih. apatah lagi 10 warna. Mau aku pi belasah amik lagi semua colours. 2 colours tu pun dah emm nak amik ke idak. amik idak amik jer le. nasib baik ler beli kasut tak de pikir gini. ada le jugak buat gitu tapi kengkadang sangat. beli baju  berwarna2 tu memang molek.  Seperti contoh baju hitam first photo atas nun, dulu aku beli sekali 5,6 lai kalernya! Hish hish hish.

So for today’s story, I ended up paying for 5pcs of mine. 2 pcs for Abang and 1 for Kakak. Last week 1 for RB, 3 for Kakak and 1 for Abang.

photo

oh ini pesen lama. 2 bulan lepas. dress pun lama, hanya untuk photoshoot jer, pastu simpan peram.

ngah2 sibuk posing, anak pulak nak melekap dan melekat!

Kacau je mak nak bikin cerita TheLangitBiru

Comment: 10

TVC Redmummy bersama Jacob’s

 48hours sponsored post

jacobs 1
Memang tak dinafikan, bila kita tengok apa sahaja yang anak-anak kita buat, mesti secara automatiknya terimbas terkenang2  kembali memori dan pengalaman kenangan-kenangan lama kita. Walaupun mungkin suasana yang berbeza tapi intipatinya masih sama. Ye lah dulu kita main the real batu seremban, sekarang depa main apps batu seremban kat iPad. Eh ade ke apps batu seremban? hiks 🙂 Tapi yang masih sama, depa pun makan biskut Jacob’s cream cracker cecah dalam teh O, sama macam aku dulu 🙂

jacobs2
Cepat betul masa berlalu kan. Anak-anak pun makin membesar. Semakin banyak benda yang depa buat, makin banyak memori silam rewind teringat balik. Cewahhh…

Btw, masa entri sebelum ni, aku ada mention yang aku with Abang dan Kakak berpeluang berlakon TVC Jacob’s sempena ulang tahun Jacob’s yang ke 60 kan.

Nah jom tengok Mak Merah berlakon iklan hiks…

http://youtu.be/Xxw3Y7mPk6M

Rasa bangga betul bila dapat berlakon iklan ni. Maklumlah kita ni peluang sekali seumur hidup jer 🙂  Dan yang lebih pentingnya dapat buat bersama-sama dengan anak-anak lagi la sangat bermakna. Budak berdua tu pun seronok sangat la sampai tak sabar-sabar nak cerita kat kawan-kawan kat sekolah! Actually tak sempat nak cerita, kawan2 depa dah tengok dulu kat youtube! Hebat anak-anak skang nih.

jacobs3 Oklah, kisah cicah Jacob’s nih not just cicah dengan  teh o, but ngan hot choc lah, expresso, cappu…list goes on! But but, paling  bestttttttttttttt, anak-anak cicah dengan kuah kari or kuah asam pedas!! Itu jangankan anak2 aku, makpaknya pun sama ligat mencicah!

So jangan lupa, sekarang turn korang pulak bercerita tentang detik teristimewa korang bersama Jacob’s!

Khidmat pesanan masyarakat Jacob’s is brought by Redmummy.com

Comment: 18