Posts by :

RedGlow for Wanita Hari Ini…

IMG_5878

IMG_5882

IMG_5890

IMG_5894

IMG_5899

IMG_5905

IMG_5910

IMG_5912IMG_5944

Kembali bekerjasama with RedGlow, bukan tak de job nak buat sesama ngan RedGlow but i chose to make up myself setiap kali event. But for WHI, i nak memanja sket, dah lama tak tadah muka dibuat depa kan.

Not that WHI tak sediakan make up artist, but the call time is so damn early, kang dapat cam certain MUA yang sedang2 jer make up kan tu camner plak, i want RedGlow to conteng my face.

So for my Wanita Hari Ini, latest season of Episode 1, thanks RedGlow for the make up and  hairdo!

Comment: 29

Flat Quarters…

Saje nak drop line tentang citer hantu..

Citer ni jadi dah agak lama dlm pertengahan tahun 2009. Masa tu I kena tukar tempat keja mengajar di sebuah skool di NS la. I dapatla menumpang dgn guru praktikum di rumah guru. Ni kira flat 4 tingkat. Besar dan Luas. Kita orang duduk di tingkat 3. My fren duduk di tingkat atas. I called her miss J. Dia agama Kristian yang devout punya. So agak percaya jugaklah dgn benda halus ni.

Anyway, sebelum i pindah di rumah guru ada gaklah miss J citer sikit2 benda2 yang agak ganjil jadi di kawasan tu, Macam bunyi orang menjerit, bunyi ketukan kuat di pintu tapi bila kita buka takde orang.  I pun dengar dgn penuh kepasrahan sbb nak taknak kena gak duk rumah guru tu kan. So berpindahlah i ke kuarters tu..pindah mindah takde prob..bdk2 praktikum yg duk sermh dgn i pun ok,..cuma mlm tu dah start hal dah. I jenis tak suka tido dgn cahaya, tp sbb rmh baru tak biasa lagi, masih rsa tak selesa. So I renggangkan pintu blk, dptla lihat dari cahaya lampu ruang tamu. I tidur2 ayam je, biasalah dlm fikiran I tempat baru memang payah nak lelap. Dlmlena tak lena tu I kalih tgk jam dah pukul 5 masa tulah I dengar ketukan pintu yang paling kuat menerjah telinga.

Dia punya ketuk mcm nak roboh pintu nasib baik dah nak subuh, mungkin bnda tu nak kejutkan bgn subuh gaknya..Esknya i tanya adik praktikum, ada dengar tak bunyi tu, dorang kata tak dengar. Mungkin dorg tidur pulas sangat kot, yela tidur sebilik 2 org..kurangla agaknya takut, lainlah mcm I sensorang kat blk belakang. Tapi kemudian baru I ingat adik praktikum tu penah ckp dgn i b4 i move there, katanya ”akak kalo nak panggil kitaorang telefon dulu k, kalo akk ketuk pintu mcmne pun kami tak buka pintu”  Sejak tu ada mcm2 gurauanlah yg terjadi di kuarters tu. Mcm bunyi ketukan dari tingkat atas unit kami. Bunyi ketukan tu tak berenti kira dari kul 8 hampir ke 10 mlm. Dah penat sgt dgr bunyi org menukul i sms Miss J, coz dia yg tinggal unit atas.

I tanya dia ada hammering something ke. Miss J jwb cool je, coz dia ingat kita org yg sedang menukul..haii sudahnya, ignore je la bunyi menukul tu..Sekali tu I mimpi ada org kecik2 ckp dgn I tak bagi tido atas katil atas (ni katil single yg ada tilam lagi kat bawah dia), benda tu suh i tdo kat bwh. I pun terjaga dari mimpi tak banyak kira (coz dh ngantuk) terus tido kat tilam bawah. Memg pun lena sampai pagi. I citer mimpi I kat Miss J, dia pun kata pelikla mimpi I tu, mcm boleh plak ada komunikasi gitu…

Selain tu, bunyi benda menjerit, kerap sgt dengar terutamanya waktu Magrib, bunyi dia bknla menakutkan tp aneh jelah, suaranya lirih gitu..humm..Lagi yang agak aneh ialah bunyi org ketip kuku dari dalam rumah. Padahal I dgn adik2 prktikum tgh ngadap tv. Lama2 dah bosan kitaorg tutup tv masuk bilik. Adik2 praktikum ada ckp, kalo i takde kat rumah, dorg bwk tv tgk dlm blk, sebenarnya I pun takot gak..Allah yang taw.   Keadaan yg seram tu bkannya jadi waktu malam, waktu siang pun ada. Sekali i tgh buat air di dapur, i dgr suara menjerit yg lirih and straight away , anak jiran yg duk bwah unit kami pun menangis. I pun tak tahulah apa yang dilihatnya tu.. Sekali tu sorang adik praktikum kena tinggal seorang dlm rumah, coz I dgn adik praktikum yg satu lagi balik kg, dia kata dah terpaksa dia bantai bukak lampu satu rumah. Tapi sepanjang mlm tulah mcm2 bunyi dia dengar.

Tak tahulah skrang mcmne keadaannya di kuarters tu coz, I dah pindah tapi menurut kata Miss J yg masih berkhidmat di situ, it’s getting better coz semua unit dah ada org.Dulu bayangkanlah,  flet 4 tingkat tu ada 4 famili jer duduk.

Kak Leen

Berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thanks.

Comment: 19

Sikat Hikmat!

IMG00895-20110701-2050

buruk ek?

kalau korang sure dah buruk gini mesti baling kasi tong sampahkan? tak? ceh tipulah! coz aku mesti antara yang akan buang hahahah! ok ni sikat hikmat mak ajah aku.

Sikat ni, usianya dah sama usia ngan aku. 36 tahun! mbe moreeeeeeeee!!

lama gila kan?

sikat nilah buat bantai, kalo gaduh adik beradik main baling sikat ni jugak.

kalau nak garuk gatal belakang badan, pakai sikat ni ler jugak.

kalau gatal buat menggaruk kulit jugak. ahhahahaha!

Dasyatlah. Kalau sikat ni hilang, memang menggagau le mak aku mencarik. Dulu abang selamba je amik sikat nih buat garuk badan dia. hampehs….masa abang kekecik dulu ler. Masa makpak aku look after my son dulu.

Sikat ni memang duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu gunanya untuk sikat di rambut, tapi penyudahnya bukan untuk sikat rambut, tapi untuk menggaruk.

Aku tengok sikat nih….Ayo ada lagi sikat mak nih!

Ko ingat tak masa kekecik kita dulu, sapa degil buat nakal, bersepai sikat ni kena kat badan ahhahaha! Tu adik beradik aku yang the boys tu ler tuh yang menakal tak hingat.

Orang dedulu beli barang, memang cam makpak aku, pakai lamaaaaaaaaaaaaaa berpuluh tahun. Hebat hebat. Mak aku cakap, dalam dunia nih, zaman skang nih meman takkan jumpa sikat yang paling sedap ni tau. Betul, orang2 tua aku memang valuekan barang2 yang depa collect dan beli, tak cam anaknya.

Masih baru lagi dah….main lanting-lanting 🙂

Comment: 18

Red Maxi Diamond by Gobok Chanteq!

 

IMG_5947

Red Maxi Diamond Dress from Gobok Chantek for the Wanita Hari Ini

technically this maxi diamond is not meant for preggers, but u know me, i can mix and match, janji dress tu loose, mesti cantik and IN dipakai!

More to come in varieties colours too.

Of course, for ramadhan event and open house syawal pun boleh dipakai jugak 🙂

Thanks Gobok Chanteq!

Comment: 27

Tips for lingeries issue during pregnancy…

IMG_5651

makan Chakri yuk..akak belanja pulaklah

kitorg ni nasi2 tak makan dah kak

lantak ko, akak nak makan nasi, dah kemetau perut dok lapau dari pagi nih

IMG_5645

kak aku hensem tak?

hah? nak jadi bapak dah, rentikanlah hensem2 tuh!

IMG_5640

mempelam ni manis tak?

sangat sweet kakak

satu plate mempelam manis ni ada banyak tak? untuk berapa orang? i makan banyak…i suka mempelam manis

cukup 2,3 orang makan jugak kakak

tapi ni perut 2 mengandung, makan manyakkkkkk!

ahhahaha bawaklah satu plate mempelam manis tu

IMG_5648

beza kami sebulan.

bukan sebulan umur. umur aku dah banyak kiraan, umur Shida bergetah lagik.

beza memboyot kami hanya sebulan. hahahah! ye ye, mana nak sangka Redmummy akan kembali mengandung kan kan…

IMG_5659

the soon to be mommy and daddy

Dr Hannan and Dr Shidah

depa shopping kat modernmom

IMG_5660

haku dok terperuk sob sob

letih kau

baru pas makan, dapat kerusi padahal baru jalan berapa langkau jer. mengah ler….skang napas tak cukup semedang

IMG_5666

heh aku nak citer pasal maternity panties, tapi aku tak leh lah nak tunjuk gamar pantiesnya yang ada dalam La Senza nih **malu malu malu**

Even few of my frens including Shidah pun dah beli di La Senza….tipz untuk ibu mengandung mendapatkan panties yang ‘bukan seperti nenek2 kita’

hahahahah! ko tau tak rahsia nih?

IMG_5664

Sebab aku malu nak letak gambar2 panties tuh, kita posing gambar bersama jer ler, tapi contents ni tips pasal ibu mengandung yang selalu bermasalah untuk mendapatkan spentot. Betul tak nanti ko asiklah jumpa maternity yang masyallah size macam nenek2 kita pakai. dahlah tu kaler nya mak datuk, sumpah jelik. ngan pesennya, tapi nak wat camne, dah ko memboyot, spentot lain mana muat, getah tak macam spentot maternity kan.

so, nemai. go to La Senza or any lingerie shops. Carik panties yang ada lace. bawah lace, tang pinggang pun lace. no getah yang macam sendat tuh. carik lace sahaja!

or satu lagi, yang invisible liner panties. itu pun boleh gak, but itu kaler plain, ada 3,4 colours jer. so add up ngan lace one.

So far aku jumpa kat La Senza jer panties tuh. must remember yek, bawah nya lace, atasnya pun lace. hah borong le ko berhelai2. La Senza tu ngah sale, masa baru2 sale for members aku borong kaw2.

Amik size bigger, jangan ko pi amik size S pulak, ko ingat cikvon, peha ko tu makin mengurus. so kena amik size M, L or XL, depending on your body. 1st trimester biasanya orang pakai S lagik but kalau masuk 2nd dah pakai M and up go to L size.

IMG_5665

for bra pulak, nak pakai maternity punya pulak, ya hampun! macam le ko nak menetek sepanjang 9 bulan nihkan , coz most of the maternity bra kan ada bukak katup untuk senang kita netekkan anak kita kan. pastuh kaler pun alahai, plain2 jer ngan memang cam nenek2 jugak ler ye dok.

Takper.  no hal

ko nak beli yang memahal pulak, alamak, sakit pulak coz ada wired kat bra kita tuh. Oh small matter jer tuh.

Hang pi mana2 bra pun, nak lagi molek amik Jusco brands. the brand is good for maternity wpun bukan meant for maternity. Harga tak mahal, so kalo selai 20 ko borong le 10 lai, untuk sepanjang mengandung ko tu. Pastuh ko cabut wayar kat tali bra tuh, make sure amik size bigger than the current cos breast kita during pregnancy memang akan membengkak cam nak pecah.

Dah cabut wayar tuh, tak le rasa sakit jiwa coz beli memahal yang beratus setiap helai kan, ni baru bape inggit jer untuk sehelai bra, yang penting wayar tu kena cabut yek.

Huh tu je ler yang aku kuasa nak citer buat masa ni for lingeries issue during pregnancy. At least the lace tu looks so beautiful and sexy on you, if you have a normal husband, he will love you wearing it, but if dia ‘mental’ memang tak pek nak nolong dor.

Comment: 37