Posts by :

2 Movies back to back….

Hey…

dah pi tengok Something Borrowed. Hero dia halahai, hensem tapi dah ujung2 baru nak tunjuk jantan.

I tengok ni sorang2 jer…coz janji ngan Sirman tengok for movie malamnya but dia mai lambat, so aku tengoklah sorang. bila aku dah habis layan Something Borrowed, next is Fast & Furious 5, pun dia tak sampai lagik! astaga, ko jang, bz kedaung ya hamat.

Dahlah mood aku ngah swing sangat nih.

Dok cakap on the way on the way, eh kuasa nak tunggu, aku masuk je dalam tengok sorang2 for the 2nd movie tuh. korang pun tau kan TGV KLCC tu mana leh dapat signal phone sangat, so entah 5,6 min gak lah dia tepon aku baru dpt cakap, so kedek2 ler aku kuor balik dr wayang coz the tix is with me. Udahlah hall wayang tuh paling hujung. Note: aku jalan adalah sangat catwalk gila now, u know lah kan pasal apa.

Kalau tau dia lambat gitu tak yah beli tix wayang aku cabut je balik, masalahnya hari Jumaat tuh dia anto aku pi kerojer, coz kita plan nak dating ler tapi sudahnya dia yang datang lambat. cei. Terliur je tekak aku nak makan hotdog TGV, bila dah on Q, dah abis ler pulak hotdog tuh. isk isk…Sirman Sirman!

After 45min movie Fast & Furious 5 tu on air baru laki aku sampai. Nasib ko ler…

FF5 pun ok….macam ada yg tak logik, but standardlah namapun cerita.

untuk yg ngah bercinta2 tuh bolehlah tengok S/Borrowed, but for me the FF5 kali nih adalah wayyyyyyyyyyyyyyy better than the previous one. memang cun. n soon nak kuor The Hangover 2. kalau ko ada tengok movie 1 depa dulu, the 2nd one ni jangan miss yek.

See ya, have a good weekend from mak yong merah. Love.

 

 

Comment: 11

Seharum wanginya bersama Dettol untuk Red Family

48hours sticky sponsored post 🙂

Baru-baru ni kan saya baru beli pasu, pokok bunga plus pokok-pokok macam serai, cili, macam-macam la. Walaupun tinggal atas langit dapatlah jugak kitorang bercucuk tanam sikit-sikit. So bertambah la lagi tugasan-tugasan harian saya dengan adanya pokok-pokok pulak nak kena uruskan. Ye lah nak sirim air, gembur-gembur tanah dia sket, bubuh baja dan macam-macam la. Walaupun saya ada helper, tapi saya lebih suka benda-benda tugasan macam ni saya subcon kat anak-anak saya, so that depa leh belajar sambil ringan-ringankan sket tulang, tak gitu?

image

Bila my helper cuti, so kami anak beranak la yang mengemas rumah. First thing in the morning, sambil saya buat breakfast, Abang dan Gegirl kena kemaskan cage and the litter box for the cats dan siramkan bunga. Seorang kemas cage depan which is for Paris &  Kel, sorang lagi kemas litter box belakang for Reddy & Mozel. Masing-masing juga kena siram pokok-pokok bunga pulak dan kemas apa-apa yang patut.

Once habis, they will normally go for shower before breakfast. No way can they go straight to breakfast after that. Tak terbayang kuman-kuman + all the germs yang ada pada cage+litter box tu. Memang worrying la especially for the kids.

image

Yang saya paling concernkan dan pentingkan ialah cara diorang clean up themselves. Apa taknya dah kalau main dengan pasir kucing, pokok-pokon pasu, confirm tangan kaki baju seluar semua sekali la for sure kotor. Budak-budak pulakkan curiosity diorang tinggi, habis semua digeledahnya, dipegang, dihidu dan macam-macam la. So setiap kali diorang habis kemas-kemas those things, I’ll make sure that they wash their hands or shower using the germs protection soap dan pilihan saya tentulah Dettol.

So bila dah cuci bersih, barulah boleh sama-sama kita breakfast dan get ready untuk berjimba seterusnya 🙂

image

Ingat tak dulu-dulu kalau terluka sket, berdarah ke for sure dengan Dettol yang berbau clinical yang kuat tu la kita bersihkan luka tu supaya dapat membunuh bacteria & viruses. Memang bila fikirkan antiseptic sure Dettol ada dalam kepala kita.

image

Pada sebelah petang pulak, bila my kids balik dari playground or even balik dari swimming pool, confirm saya akan mandikan diorang dengan Dettol shower gel, barulah rasa puas hati dan yakin dengan tahap kebersihan mereka. Relief hati saya sebagai mak bila anak-anak kita terjamin kebersihannya & dijauhi dari jangkitan kuman. Dan pulak tu diorang berbau harum, wangi dan menyegarkan.

image

Dan sekarang Dettol dah enhance on their products dengan blend of fragrance plus germ protection of cos. So tidak lagi berbau macam bau ubat (except for Original) 🙂 Untuk kita yang suka bau yang harum, tak perlu lagi nak compromise bau yang wangi untuk germ protection. Dengan Dettol dua-dua kita dapat. Dengan shower gel and bar soaps Dettol’s yang newly enhanced will gives you a pleasant bathing experience and germ protection semestinya.

IMG_2124

Dettol menawarkan seleksi yang unik untuk shower gel dan bar soap mereka to cater different individual and unique needs. Untuk saya pulak sy lebih sukakan Skincare. Skincare ni dapat memoisturise kan kulit saya yang duduk seharian dalam aircond kat opis so it protect my skin from the dryness.

FYI, my kids have a quite sensitive skins, the Sensitive variant that is sangatlah sesuai untuk kulit sensitif macam diorang. For my hubby pulak since he so workoholic kerja all days and  balik selalu lambat, memang sesuai la dia pakai Active. Variant Active dapat memberi dia perlindungan yang tahan all day long dari germ dan juga dapat menghindar bau badan. At least, balik sampai rumah still sedap aromanya.

Yup Dettol caters to the entire family members from the kids sampai la kita yang dewasa ni. Saya pun tak perlu bimbang if the kids nak explore anything or main kat playground or even do gardening, since I can be assured that my kids will be protected from germs by Dettol. Plus with it enhanced fragrance, Dettol sangat sesuai untuk kegunaan harian kami sekeluarga 🙂 Korang pun kena dapatkan Dettol protection untuk your own family ya.

IMG_1941

Tapi even better news ialah korang boleh dapat RM100 worth of Dettol hamper dengan hanya berkongsi your need for Dettol dengan melengkapkan slogan di bawah tidak lebih dari 20 perkataan:

Slogan: Dettol’s sweet-smelling protection is a must-have because…

Just komen in this entry dengan nama penuh dan email address sekali and of cos la the completed slogan ya. Tarikh tutup ialah pada 11.59pm, 20th Mei 2011. 10 pemenang dengan the most creative slogans akan dipilih.

Now with Dettol you all bukan sahaja get protected from germs but the refreshing fragrance too 🙂

Khidmat pesanan masyarakat Dettol is brought by Redmummy.com

Comment: 60

Latest is Prada!

IMG00563-20110512-2340

Thanks Princess Victoria Stylo!

Comment: 10

Our new hairstyle!

IMG_2532

Gegirl’s new hair style…. is emm

Michael, ko bagi buat style bob sket!

tak bolehlah kakak, her hair lurus and licin, bob tu sesuai kalau rambut tebal.

aisay…takpe apa2 style pun takper janji pendek rambut sudah

IMG_2538

sekolah Gegirl tak leh pepanjang, tu yang selang 2 bulan kena potong pendek. kalau nak panjang gak kena buat sanggul, sayanglah, Gegirl looks more cute ngan rambut panjang. but but but, i did something to my hair too! tak perasan? ceiii, not on the same day with Gegirl, but tak perasan keeeeeeeee?

nemai….

Skang posing anak letak kat depan badan ahhahahah 🙂

Comment: 23

Berlawan dengan jin

 

salam kak red.. saya nak cerita sikit pengalaman saya tapi bukan pasal hantu tapi jin.

sebenarnya ayah saya terlibat dengan perubatan islam dan memang ada tolong ubatkan orang di rumah. kebanyakan yang datang berubat dengan ayah saya selalunya berkaitan dengan jin. tapi saya jarang tengok ayah ubatkan orang sebab saya tinggal di kolej. tapi, minggu lepas, kebetulan masa saya balik bercuti di rumah, ada sorang lelaki datang nak mintak ayah saya ubatkan. lelaki tu muda lagi, dalam 28 tahun. mak saya cakap, sebelum ni dia dah datang 2 kali, jadi malam yang saya ada tu adalah malam ke3 dia datang. ayah saya buat rawatan di rumah tamu dan saya tengok tv di ruang tengah. antara tu ada langsir, jadi saya tak nampak macam mana keadaan lelaki tu masa ayah saya ubatkan.

tapi, tiba2, saya dengar suara yang masyaallah, tak pernah saya dengar sebelum ni bertempik. memang kuat sangat. saya masa tu memang terkejut. terus tutup tv. adik lelaki saya terpaksa tutup tingkap rumah takut jiran2 dengar. lepas tu, memang saya dengar sebijik2 apa yang jin tu cakap. mula2, ayah saya tanya apa nama dia dan dia islam ke tak. nama dia memang pelik sangat dan sangat panjang. yang saya ingat azazil something. lepas tu dia gelak yang adui..memang rasa nak terkincit bila dengar suara dia gelak. dia jin islam tapi dia kata dia tak beriman. bila ayah saya tanya kenapa dia masuk dalam badan lelaki tu, dia cakap nenek moyang lelaki tu dah buat perjanjian dengan dia untuk jaga keturunan mereka selama 7 keturunan dan dia cakap lelaki tu adalah keturunan terakhir. umur dia dah mencecah 1 juta tahun. tapi, suara dia memang tua sangat dan dia bernafas sangat kuat. sampai sekarang terngiang-ngiang lagi suara dia bernafas dan gelak…ayah saya baca ayat2 al quran, tapi yang pelinya, dia pun ikut baca sekali. jin tu cakap dia dah buat banyak persediaan untuk menghadapi manusia. dia macam ‘kebal’ sikit dengan ayat2 quran yang ayah saya baca untuk halau jin keluar dari badan. masa ayah saya suruh adik saya pasang cd ayat2 ruqyah (ayat2 pembakar jin), dia siap cakap lagi, xpayah la pasang cd semua, sebab dia takkan mengaku kalah dan takkan keluar dari badan lelaki tu.

dia cakap, dia takkan keluar sebab dia perlukan darah sebagai makanan dia daripada lelaki tu. saya kat dapur masa tu, memang dah menggigil, kaki dah sejuk, jantung memang laju sangat. tapi, masa sampai part azan dalam ayat2 ruqyah tu, tiba2 dia menjerit panas2… dan masa tu dia memang marah dengan ayah saya. ayah saya terus baca ayat2 quran, dan bila ayah saya baca surah al furqan ayat ke 23 kalau tak silap saya, dia bertempik panas yang memang dahsyat suara dia. lepas tu lama jugak dia diam mungkin sebab sakit. tapi tiba2 dia cakap dekat ayah saya: bersiap sedialah kau, tepat jam 12 malam ni, kita akan bersemuka di alam nyata!. masa tu, saya memang nak terkencing, tapi tahan sbb takut nak masuk toilet. bila ayah saya datang ke dapur nak ambik limau nipis, ayah saya pesan dekat kami jangan takut dan baca ayat kursi banyak2.

memang lama jugak ayah saya ‘berlawan’ dengan jin tu, dekat 1 jam setengah, tapi dia memang degil sbb tak nak keluar. lepas ayah saya azan banyak kali, jin tu macam dah tak tahan. dia diam lama tapi lepas tu ayah saya tanya lagi samada dia nak keluar ataupun tak. dan dia setuju nak keluar. ayah saya suruh dia bersumpah dengan nama allah dan rasul.memang dia bersumpah, tapi satu kita kena ingat tentang sifat jin, cakap diorang memang susah nak percaya. memang dia keluar tapi saya yakin dia akan masuk balik badan lelaki tu sebab dia adalah saka yang memang perlukan tuan. lepas jin tu keluar badan lelaki memang lembik. ayah saya terpaksa papah dia sebab dia macam nak rebah. abang dia pun datang sekali tapi masa rawatan tu,abang dia tunggu di luar rumah sebab x berani nak tengok. tapi, saya memang kesian sangat dengan dia.

malam tu, memang saya tak boleh tidor sebab teringat apa yang jin tu cakap. saya baring di ruang tamu dengan mak saya tapi x boleh lelap. ayah saya pasang ayat2 ruqyah bila nak dekat pukul 12 malam dan renjis satu rumah dengan air yang dia dah jampi. tapi, saya still tak boleh tidor. walaupun dah balik ke kolej, tapi, saya masih susah nak tidor sebab setiap kali saya baring, mesti terngiang-ngiang suara jin tu. ayah saya pesan suruh baca fatihah, ayat kursi, surah al-jin ayat 1-9, dan 3 qul sebelum tidor sebagai ayat pendinding diri.

saya rasa pengalaman ni lah yang paling seram saya pernah rasa walaupun tak nampak rupa jin tu, tapi suara dia dah boleh buat saya tak tidor malam.

Sender: cipanna

Edisi Misteri Malam di RM slotnya adalah 3 kali seminggu dan berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thx.

Comment: 21