Posts by :

Magic Mirth and Mischief!

memula kan

aku kena tengok kiri kanan depan bakang lu, ada tak entry MAC  aku ni conflict ngan mana2 advertorial aku hahahahaha, kalo tak nasib lah ko redmummy!

best memanglah best weii advertorial berduyun, tapi kang ada yang sentap kalao aku buat free promo kat blog. hikss. so MAC, bila nak engage ai?

IMG18039

MAC buat promo besar-besaran, kat concourse KLCC, for 5 days since 21st oct. kira sendiri bape ari 5 arituh, ado gak eh kak bape ari ye abih promo ni.

itu ko baca aku nya ayat idak, nak gak ko melompat tanya soalan yang faktanya tenterang ado kat entry nih.

IMG18024

part of the promo, ada brushes set, meant for travel tp pakai kat umah pun boleh. dulu taun lepas ada kuor, red theme, which aku tak amik yang tu but i got one courtesy from Raf Spore. now aku tak amik gak coz i m waiting for my Shu’s travel set yang aku redeemed.

melampo heh banyak nau brushes, make up orang idak gak buat.

each brushes set ada 4 jenis brushes, plus porch bag, price is RM250.

IMG18027

korang nya pasal, selamba kodok je aku amik gambar. oh nak tips camne nak amik gambo kalau takut kena halau maki dek SA ek? ha tu nanti lah ai sambung tips gitu2 yer…

petang ni ada 2 tips mahal aku kasi korang.

oh itu palette eyeshadow, kaler2 macam2 lor but aku x berkenan. mungkin kerana aku telrampau banyak pilihan eyeshadow so aku sudah tidak memandang all these palettes.

the lipsticks palette, 3 warna – RM120

the blushers 3 warna – RM150 kot bape ek aku dah lupa nanti lah aku edit (buat entry ni ngah midnite lah)

the eyeshadow palette, 6 warna – RM150

IMG18031

each of these sets ngan pouch, tengoklah ko nak amik set apa, eh pi sendiri MAC lah, lagi clear gambo. sini kureng lah.

IMG18029

ini jual harga standard biasa MAC, single items lah, bukan lam promo. duo eyeshadow tu lam RM80, harga2 lain sama gak. korang nak suh aku beli ke?

bolehlah jadi PS, macam biasa do Contact Red kay.

IMG18026

Fun in the Sun Mineralize Kit

The sheer, fun-filled delight of having M∙A∙C Mineralize in a magical, square-shaped silver box. Features our Fun in the Sun selection of Shimpagne Mineralize Skinfinish, Nuance Mineralize Blush, Play on Plums Mineralize Eye Shadow (Duo), and the 181SE Mini Buffer. A series of circular perforations echoing our holiday dot pattern allow you a glimpse of the sparkling wonders within. A limited-edition M∙A∙C exclusive.

blablablaaa tak best lah ko citer, pegang tengok reality lagi syok lah.

ini aku punya fav lah, set ni namanya Exclusives! memang nak amik sangat2. tapi aku nak carik kat spore rasanya sana murah sket. lgpun no urgency. ini ada eyeshadow, blusher and shading n ado gak brush blusher. cantik kit kotak nya. sungguh cantik warna2nya. kalo kaler giniyang limited edition bolehlah rembat. kalo yang biasa2 tu leh amik di waktu lain. tak penting katanya…

eh dah lama kay aku tak soping barang make up!

so anw the price for the Exlusives yang 4 sets tuh is RM300.

Cikgu pun suggest amik set Exlusives nih, so dengo cakap cikgu tau!

Comment: 10

Blogging pun ada yang tak best…

image

tak semua blogging life itu nikmat, banyak citer belakang tabir yang kita tak kongsikan for few reasons:

1. malu, yelah kang kalo cite kang tau lak orang kelemahan ko kan. sapa nak kutuk diri sendiri lam blog kan?

2. legal agreement, sudah bersign sana sini so tak leh nak selamba jaja cite lam blog for that particular reason.  ini aku lah tu hahahahahha, byk ass kena cover aa.

3. stalker, oh saya ada sorang stalker, a female kay. nikmat ke idup bila dah ada blogger’s stalker.

4. salah paham fakta, betullah macam yang lam budak2 lam FB aku tu cakap, orang cakap pasal makan nasi, ko pi baca as makan nasi dagang. kan beza namanya tuh!

image

image

nak aku listkan, banyak nau heh. but aku bedal je lah, asal x melanggar agreement, asal tak kena saman, asal sahaja kaching kaching lebat. ai ok jer.

blogging life aku skang tak macam dulu, bila kemudiannya kadang2 terhiris jugak lah…

redmummy tu siapa?

ok sapa yang lom add FB aku sila buat, coz ai m gonna Tweet the result of Nuffnang Blog Awards Live di tweeter which is linked to my FB directly. search FB aku as Redmummy atau Redmummy.com dedua kena add in oi. satu personal, satu fan page.

itupun kalo hangpa nak ada Live Update dari Singapore lah…tak nak kalu tunggu lah weekend ke Isnin baru korang dpt tau.

Comment: 16

Acik merah lupa…

lupa nak set schedule kat entry kol 8 malam

acik busy mempacking korang

aku nya set make up jer berbag2 kecik tu ha, sumbat lam luggage.

so entry yang lupa nak publish tadi aku powed ke esok je yorrr

ok nak sambung packing

si kemek pi main radio cd

bising satu umah dia kuatkan volume!

eiiiiiiiiiiiiiii dak kucing nihh!

Comment: 14

PR or Communications skills for Bloggers

mano PR ko?

sakit hati tak kalau kena caras statement kata kita sombong? letak balik statement tu kat perangai ko, match ke idak. memanglah ko dok cakap pangai aku memang camni, susah nak cakap nak hapa. hisk

ok ni 2 situasi aku kena bagi korang paham.

put aside aku as top blogger, kita letak contoh as regular bloggers sahaja yer (kononnnnnnnnn lah yer) di dunia blog dan di alam realiti.

1. Communications via blog

dalam dunia blog, ada komen button, ada chatbox ada email

bila readers nak communicate and interact ngan ko, via all the 3 channels tu lah kan. so bila kamu dah sediakan tetiga platform tu, ko dah sedia untuk menjawab and berbual ngan diaorng.

my case, first few years je aku ada chatbox, pastu tak sanggup dah nak jaga, bzzzzzzzzz.

comments, some aku jawab, some aku tak jawab comments korang. again aku bz. tp aku moderator dah tentulah aku baca sume komen korang tu. sbb aku tau ada soalan2 yang aku terskip nak jwb lam normal entries, aku sediakan General Questions, siap dalam tu satu2 soalan aku jwb.

i cannot coop lah nak jawab semua comments, i work during the day and blog at nite, how to finish up my entries for the next day lagi, advertorial lagi. ok tu pasal kes aku lain.

Emails pun aku jwb immediately, at least within 48hours. wpun email readers kadang2 membunuh gelodak perasaan sabar ku (kowang ingat aku malaikat?) so tetap kita jawab. either me or Sirman, tengok sapa yang related  jaga menda2 soalan readers RM tu lah. jangan nak sentap plak tengok Sirman yang jwb, ko tak tau bape puluh ratus seharian aku dpt emails oiiii

n korang readers/bloggers yang dok email2 tu dah beria aku and sirman menjawab, sepatah bukan nak menjawab balikkan. eh ada ok, ramaiiiiiiiiii. jenis dah tau dpt info terus diam membisu. ada yang siap aku follow up, specially those yang tanya package advertorial, dah tau terus diam. at least berbahasalah sket jawab ‘ok bang sirman, nnt saya pikir lu‘ bayangkan sampai aku buat follow up after sirman sent the emails kat korang pun korang diam gak. baik tol budi bahasa korang kan. tak semua, segelintir jer.

itu internal blogging nya communications. either u wanna reply or not that s how it calls communications lah. kalo ko x nak jawab ater sudah. tapi aku pun tak jawab gak satu 2 jenis email, jenis email2 yang very the menyakitkan hati, sangat plastik sangat nak membunuh perasaan aku, kedaraklah aku takkan jwb. if the sender doesnt respect me, berani anto email macam tuh, shud they get a reply from me? kem salamm maut lah yer.

2. PR and Communications in reality world

eh eh kak bedah lah tu….hai kak bedah

emm

eh kak bedah kita suka baca blog kak bedah tau

emm ye ke

eh kak bedah ni lawa laaa

emm tq

ok kali ke empat kawan aku tanya2 lagi si kak bedah, aku sendiri pi bekhen kak bedah tuh! tengok camne kak bedah menjawab soalan readers dia? some ppl they are so nice in blog, they look so very good in terms of PR lah lam blog, kira ko lah manusia paling kaw kaw peramah and best! tapi bila kita jumpa, astaga, dahlah sombong, tak hormat nak datang kat kita. kita yang tua kena pi ngadap sembah dia. sepatah tanya sepatah jawab. dan so many thingssssssssss lagi yang contra dengan sikap pangai dia lam dunia blog.

pendek bahasa, PR dia hancur.

atau dalam satu majlis ramai2, ye wpun ko tak kenal orang, pi lah senyum ulurkan tangan dulu. tak kisah ko top ke ko famous ke ko tak gemer, tapi what s wrong buat PR kat orang? alo Redmummy  pun boleh pi turun tanah jumpa bloggers lain apesal ko yang blog kuncup nak sesombong?

bukanlah nak cakap  ko pi mengeyih kat sume orang, ingat ko tu gemer sangat ke, cukup sekadar senyum and bersalaman. beralah lah kamu, merendah diri. bukan sebab ko blogger tp kerna kita manusia yang oi.

aku boleh duduk kat gang2 bloggers cina and even small group of bloggers  or dengan mana2 bloggers  readers yang tiada nama, yang sebab aku fit kan diri aku lam group depa. ini ko sanggup duduk sorang2 semata2 dok claim yourself as ‘saya seganlah, saya memang camni, saya tak tau nak cakap apa’. try to fit yourself in the box!

tak segan ke mak merah pun selamba kodok je lepak ngan orang2 tak gemer, ‘aku yang blogger ala2 ni pun tak nak lepak ngan diorg sama’

ok if that s the case, sampai bila2 lah ko akan dicop sombong, gedegang lam blog, tp kat luar very the contra. tak buruk pangai kita kalau kita pi menegur orang, sama dengan link, benda2 free ni pun payah ke nak buat. udahlah nak bagi adiah kat readers ko kedekut, nak buat eye contact to readers pun ko berkira kah?

Sebab tu lah kena jaga PR, mungkin ada orang sentap gak ngan aku kata aku sombong tp aku berani to fight that i m one of the good blogger with PR. My boss trusts and love my package and so does the clients. Readers of cos lagi lah sangat appreacite ngan ko, yang pastinya tidak plastik!

memang membaca entry ni akan rasa terpercik air kat muka sendiri, tapi someone out there has gotta tell u bout this, aku sendiri flash kat muka aku kalau betul ada yang aku tersasar kan….lagipun readers/bloggers lain yang dok peratikan ko kat luar tuh, dok lah judging ko, kalau awal2 ko dah bisu tak nak mesra alam, hahahah siaplah kena jadi bahan lam blog depa. atau pun bahan di kaknam.com

all in all, silalah down to earth to the readers and other bloggers, hebat sangatkah kita sampai kita hilang budi bahasa melayu? First impression always count yer.

Comment: 43

Selingan tips sambil menceceh…

IMG18021

gossip mana ko nak tau? oo yang tu, ha hok hek

yelah kak, saya pun hok hek hak

kalau gitu ko hik hak huk lerrr

photo di atas was taken by the husband of Naf, sket nya rapat cisss! thanks ye team for the lovely lunch 🙂

IMG18022

Her name is Naf. She s tall, but younger than me. apesal aku tuaaaaaa hahahahaha. kertu bukan sebarang kertu skang nama baru kertu Ratu Tips. wah korang, asal ada je menda aku buat pandai lah korang bagi nick name. Selalu gak aku jumpa Naf nih, basically bercerita tentang dunia kehidupan realiti.

bukan pasal gossip artists.

wpun dia adalah Kak Nara korang hahahahaha. hai kak nara, ai kak red, sebab aku baik ngan dia, ai m not entitled to be gossiped in the Beautifulnara.

image

lets support her brother, also my buddy di spore gak nanti for the Nuffnang Blog Awards. itupun kalau dia tak usha awek lain lah kan, i m responsible to look after him. eh ye ke? motip aku kena jaga budak beso gajah ni plak!

btw korang skang musim Beautifulnara @ Wan dalam Project Alpha. hari2 aku tengok semua video Project Alpha, we the 7 mestilah support each other kan. ater dalam banyak2 video, part dia berpeluk ngan Helmi ni acik tak menahan. pause stop kan video tu, prt scrn kan, wah dah jadi boleh buat modal gosip artist nih. beautifulnara berpeluk ghairah dengan lelaki Korea

1

aku ni asik kena belasah je ngan si Wan ni dalam blog dia, mak nak buat caption yang ala2 kartun tu tak geti, so  kita balasssssssssssssssss! Good luck Wan for your nomination as The Most Influential Blog and The Best Entertainment Blog di Singapore.

ai m only in the Best Parenting Blog nomination jer…

satu nomination pun, besar gak step yang aku bawak tu yer. ko hado? hehehhehehe. ehceh, korang yang nominated ai, korang gak yang vote aku, nak berlagak pulak ek. tak de beso maknanya nak berlagak, ko balik dah tentu kalah RM oi….bagai terngiang2 suara mereka yang tak sukakan RM mendominasi sesuatu yang mereka tidak tergapai.

Tips selingan (Naf, do take the tips for your lorongsetia8!), biarkan biarkan mereka memokak, kerna pangai aku biarkan diorg memekak…aku cantas sorang demi sorang.

hati kena kebal babe…

Comment: 13