Posts by :

Selingan malam ini…

tahukan ko aku siapkan entries arini semuanya dari smlm petang…sampai aku tak perasan rupanya ada satu entry tak publish. gua bz babe…

mlm tadi gak aku melayan desparate housewives, sampaikan sirman pun addicted sama.

tengok blog mlm smlm pun gitu2 je baca komen, nak menjawab komen pun blom ada daya lagik. wahcaaahhh macam lah susah benor kan. nanti aku mula balik jwb komen2 kowang kay.

ni sirman suh aku tulih kat blog the domain, this redmummy.com was actually dah setahun. aku pun pusing kepara gak yang launched lain yang first time beli pakai domain pun lain. dia tetap gak suh aku uploadkan. so selamat belated lah ngan domain baru aku nih yang genap setahun usianya since 1 February 2008 lepas. ari wilayah gitu. tol ke ni sirman ek?

arini klcc ujan, sekitar klcc pun ujan menggila. tp ada aku kisah, honeybossy cabut, aku pun pas 10min terus cabut. redah je lah, redah nya redah tak de jemmmmmmm ko! ni mesti orang2 opis dok nak stay on lagi takut kan jem paling hebat, padahal, korang dok lah kat opis aku lenggang kangkung tekan minyak.

aku kalo x de mende tak suka lah nak merewang, balik kena masak la weii. arini gegirl nak makan bubur nasi, mom ai want to eat porridge, dari semalam lagi dia dah bagi pesanan penaja.

mlm nih pun aku kalau diijinkan mahu tengok lagi desp hwives lagik, sambung lagik…tp biasanya wkdays menonton tv memang takdak lam menu lah coz after bebudak tidur aku kena siapkan entries untuk kowanggggggggggggggggggggg. kang korang anto email merajuk lah, email pujuk aku update entries etcs. so aku gak rasa bersalah.

anw….guest writer untuk akan datang aku bagi satu tajuk je ye…Misteri Malam. cite ala2 perempuan sundel bolong, pontianak harum malam, seangkatan ngan tajuk2 citer gitu lah korang nak letak. berani tak berani belakang kira lah, janji korang email kat red@redmummy.com or contact red tu hah. aku postkan nanti.

sapa yang tak leh tidur pastuh, jangan salahkan gue, sebabnya tajuk tu memang ngah hangat yang korang nak baca sesangat. mmglah kita takut nak baca tp lam tetakut tuh nak gak bacaaaaaaaaa.

Pak Host, ko jangan baca kalo kuor tajuk Misteri Malam, ko tu dahlah tidur umah banglo beso sengsorang,  kang ada gak yang datang ‘teman’ hehehehhe ahahahahhahaha, eii takuttttttttttt!

wokay gang, tajuk tolong lah tulis ‘kak red ni untuk Misteri Malam’

selamat menggoreng!

Comment: 11

The bongsu’s engagement…

img_6992

3 dulang berbalas 5, ringkas jor…yang satu dulang lagik tuh cincin merisik dan cincin tunang, tak termasuk dalam hantaran. itu beg putih kat lam bakul tuh kan, itu adalah beg complete sejadah yang aku beli kat jakarta. aku beli 2 sets one utk tunang, satu lagik utk hantaran nikah pulak, yang nikah nya kaler merah.

img_6994

thari ahad yang nyaman, kami berarak anak beranak cucu pak aji and mak ajah

img_7002

hantaran kedua belah pihak

img_7020

majlis ni buat kat dewan orang ramai, coz rumah pihak pengantin pompuan gak kecil, so berpadanan ajelah buat kat sini, lagi senang. majlis kami diketuai oleh pak aji, mak ajah di sebelah pak aji, dan di sebelah pak aji pulak 2 orang anak perempuannya. abang2 aku kena kerja, abang2 ipar yakni suami memasing yang lelaki dok kat one side, ehehehhehehe nama pun menantu kan, so meh sini bagi the redmummy and akak nya yang jadi orang kanan pak aji

img_7019

punyalah lama berbincang, oh aku ngan akak aku memang gini, sambil tu kitorg berdiskas gak, aterr, nak meminang anak orang kan….

kejap2 tengok tarikh calendar, korang tau tak adat lama supaya tidak diadakan majlis di waktu bulan berapit? ha …tak tau? aku dah tauuuuuuu…

bulan berapit ialah bulan islam di antara 2 raya, raya puasa dan raya aji.

bulan berapit…heheheheheh

img_7021

pihak pompuan sangat ler ramai, pihak kami sikit jer, datang pun 4 bijik keter jer, dari merisik meminang, tanya hantaran, tetap tarikh, semua perjanjian kita buat masa ni jugak.

usai segala maknek perbincangan, serious lama kooooooo! belunjur apa bagai ada kuor, aku pun tak tau apamende nya abah aku cakap kira gini lah yer

bang aji, saya mewakili pihak perempuan ingin juga bertanya, sekiranya ada pihak antara kita yang memungkiri ikatan, bagaimana agaknya?

kita ikut resmi lama, yang jantan berlunjur, yang betina berjanda

wah kauuuuuu! terkulat2 aku ngan the family nak memaham

rerupanya, adat lama cakap gitu maksudnya, kalau putus ikatan katalah kan, kita tak nak lah mendoakan, yang lelaki dan yang perempuan akan bebas, tidak perlu dibayar apa2, tidak ada saman menyaman, tidak ada perlu ganti. tapi kalau sblh pihak nak bayar ganti, kami terima. ha gituuu. paham tak korang?

img_7067

in between abang dok berkepit ngan adik khyre nya

img_7069

gegirl ngan sepupu pompuannya, sirman n ipar2 lelaki aku sume at one side.

img_7029

satu pose for my redmummy.com

img_7032

nak gak nyelit hehehehhe, baju batik yang pak aji pakai tuh dari jakarta. hiks….ngam2 je size badan pak aji ngan baju batik tuh.

img_7077

mak ajah suh aku ngan akak aku sarungkan cincin, eii sukanya ai…pestime nih. dulu jariku disarung, tp this one aku dapat menyarung cincin. hahahahahaha! aku sarungkan cicin merisik.

img_7078

akak aku sarungkan cincin bertunang pulak…

img_7083

pastu salam menyalam, aku dah kenal lah makwe adik aku nih, kitorg dah bawak dia jalan2 pun masa pi beraya taun lepas. dia pun sokmo gak lepak umah aku.

img_7106

yeyyyy! dah jadi tunangan orang!

Si jari manis, sila panggil kak red Acik ok, u cannot call me Kak Red anymore…coz adik2 aku panggil aku Acik 🙂

img_7114

ok…ini adik aku yang datang kemudian selepas semua majlis selesai. masa kuor umah dia pakai kemeja pastu boleh dia patah balik pakai tshirt jer, kurang asam tol. tau tak yah ko datang. tp umahnya pengantin pompuan nih ngan umah kami dokek jer…

bukan EPI ye yang bertunang, tp adik bongsu aku. kira sibongsu ni melangkah bendul Epi tu lah. so pasni Epi pulak, tak tau bila, calonnya pun tak dak!

Epi tu fussy, dulu dah elok berkawan ngan sorang awek tuh, dia putus pulak. dia ckp dia rimas budak2 tu asik nak jiwang2 jer, aterrr namanya bercinta mestilah berjiwang dol! pastu kan aku terserempak ngan awek lama dia kat Anugerah Skrin kan heheheheh budak tu tanya kabo ko epi weih! 😛

img_7109

with the red family, tak semua, ngan mak ajah (mak ajah aku mmg kena pakai sunglasses lah, mata mak aku kan tak berapa elok dulu operation)

yang mak ajah pegang cam dompet ke purse merah tu pun dari jakarta sik. itu sebenarnya buku utk letak simpan yassin, tp boleh jugak dibuat purse.

img_7118

dan kemudian majlis memakan sket

semua orang dah abih makan, bangun dari kerusi tp aku dok setia lama gila coz menunggu cik gegirl aduhai, kira nasi hapa. nak suapkan tak bagi, lambat tol budak kecik tuh lah

img_7128

dan mengangkut barang2 hantaran bawak pulang. wah ada pun gambo sirman heheheheh…asik dia je yang ngamikkan gambo orang, bila dah kena pegang hantaran sib baik lah ado jugak gambo nya…

insyallah majlis perkahwinan akan diadakan pada tahun ini jugak. ini adalah permintaan mak ajah aku, bestnya adik aku kawin ni kan hehehehehe…..jeles seii kitorg, all fully sponsored by mak ajah. wahhhhhhh! sedapnya ko dik.

adik bongsu aku nih kitorg panggil dia Adik, dia gak yang kuor kosmo arituh ….

kira cepat gak lah dia dikahwinkan coz mak ajah aku rimas depa dok kulu kilir dah lama bonar, tu yang nak tunggu Adik aku ni kawin tah bila, so mak ajah n pak aji sponsor lagi senang ati depa.

Majlis diadakan taun ni jugak coz mak ajah aku nak pi mekah lagi, so kerana tu lah kami akan turutkan jugak. majlis adik aku, lom decide lagi theme, tp sebab aku ada sedikit veto yang mengada2, aku dah sesiapkan baju semua anak beranak adik beradik n mak ajah pak aji kaler merah. hiks…

x kira le majlis kawin adik aku, but merah tetap kena ado. huhuuuuuu

Comment: 41

Lemon Rosemary Chicken…

img06545

makan atilah korang tengok ayam lazat aku

img06542

namanya lemon rosemary chicken!

harga untuk satu setengah kilo ayam nih siap masak gini RM18 jer

img06541

aisay golap lah pulak, ater jumpanya tepi jalan jer….kak didi ni reader aku yang banyak budi jasanya kat aku. dulu aku kepoh nak carik orang yang sesama shopping kat eclipse coz nak dptkan kad eclipse kan, ha kak didi lah orangnya yang sesama share2 ngan aku sampai aku dpt kad eclipse, ater…for one kad tuh kena shop sampai RM500 per receipt, baru entitles. so kitorg soping sesama.

pastu dia gak yang bagi tiket Sinbad percuma for 4 of us. dia ada dapat dari contest tp anak beranak nya tak mau pergi, so save lagik duit tiket aku. mekasih kakak.

img06540

kak didi pun ada datang potluck with redmummy.com, dia bawak itu lemon rosemary chicken jugak, tp aku tak sempat nak merasa coz aku bzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz, yang aku nampak sirman potong ayam tuh. itu je yang aku nampak pastu masuk mulut dah tak sempat. abih lecun hehehehhehe….korang lah perabihkan ayam kak didi, sedap kan? sapa yang datang merasa ayam tu mesti ingat dok?

hari demi hari, dari before aku pi jakarta nak jumpa, so elok lah jumpa after jakarta trip coz ai got ole2 for her too. the ole ole is from Tanah Abang, jakarta, tp aku masukkan lam paperbag HRC kang ada pulak ingat aku bagi adiah dari HRC Jakarta.

so saya nak tolonglah kak didi, promote jualan ayam rosemary chickennya kat korang, mehlah order. leh jumpa kak didi kat memana bila tang delivery.

img06544

Yang memasak membakar ayam nih semua done by suaminya yang sangatlah mahir, contact suaminya kalau nak tempah yer…contact untuk ayam bukan untuk berkenalan pulak! ni numbernya Abang Jaz 016 2256 597 untuk  Lemon Rosemary Chicken RM18 untuk berat ayam sekilo setengah.

ayam yang aku dapat tuh, aku bawak kat umah mak ajah, kitorg makan sekali adapppppp ngan adik beradik cucu mak ajah, abih licin. sekejap je. x yah makan ngan nasi, gatah gitu jer…x puas lah.

kak nak tempahhhhhhhhhhhhhhhh lagik.

nanti bila ada memakan aku mmg nak tempah gak. sodappppppppppp! korang order nih kat suami kak didi ye, Abang Jaz at 016 2256 597. only at klang valley je weih, jejauh susah la nak nganto, and buat masa ni hanya sabtu dan ahad je kay, ari lain lom bisa lagik nak buat.

yaribaaaaaaaaaaaaaaa!

Comment: 32

Guest Writer – Julie 2

sambungan pengalaman hitam ku (hampir dirogol oleh abang ipar)

salam pada kak red n readers semua. terima kasih pada k.red coz bagi saya peluang untuk saya ceritakan pengalaman hidup saya. cerita yg saya tulis tue adalah satu dari seribu dari sejarah hitam hidup saya.

Allah terlalu menduga saya tapi saya terima dan bersyukur masih diberi kesempatan untuk terus hidup dan menyembah kepadanya. berkenaan si manusia durjana tu perangai dia masih tidak berubah, pukul bantai anak bini dah jadi asam garam hidup dia dan yg bertambah durjananyer dia sudah mula menghisap benda haram laknat (ganja) dan mengajak kawan2 dia hisap sama di rumah mak saya ketika mak saya tiada.

akak saya memang sejak kahwin hingga sekarang masih lagi tinggal dengan mak. cuma sekejap sajer dia duduk rumah sewa dan balik semula pada mak saya. dulu saya pernah terpk untuk buat laporan polis tapi bila lihat anak2 saudara saya tidak sampai hati pulak rasanyer.

biarlah saya tanggung semuanyer sendiri. sebenarnya dia bukan orang pertama yg menggangu saya. saya pernah diganggu oleh manusia yg bergelar abang ipar saya jugak (suami kakak yg lain) ketika itu saya masih di darjah 6. tetapi hanya sekali dan dia tidak merlakukanya lagi.

saya tak tau kenapa nasib saya macam ini even bila saya berkawan dengan lelaki pun mereka juga cuba untuk mengambil kesempatan pada saya sehinggalah saya berkahwin yang kini telah masuk 7 tahun dan mempunyai sorang anak. tetapi siapa sangka panas yg diharapkan hujan juga yg turun .kebahagiaan yang diharapkan hanya datang sekejap sahaja.

dugaan allah masih ada dalam kehidupan saya. tapi demi perkahwinan dan anak saya akan terus tabah dan kuat kan semangat untuk dia. terima kasih dengan kata2 semangat yg diberikan.

Julie

Comment: 2

Labour Day…

img06558

arini kan cuti wilayah gitu kan, so anak2 kena tolong mak nya buat keje umah. sambil aku masak gegirl tolong kemas katil mak nyer, abang kemas depan tp banyak mata kat tv dr mengemas. pastu aku suh depa pi buang sampah kat bilik sampah. ni bapaknya lah aku suh bapaknya cam biasaaaaaaaaaaaa…ditukul2 pun x jalan gak so anak2 kena pi buang.

img06562

n kemas bilik memasing..bilik abang takde lah sepah sangat coz bilik dia mmg tak banyak toys, semua campak bilik adiknya. arini jugak ari mengadap buku sekolah memasing, tak boleh nak ngelat lagik, esok dah sekolah semula kan. bapaknya kerojer arini, kalo idak sure diorg nak berjalan, aku mls heh nak bawak depa kuor, lgpun sirman pakai keter aku pi keje, nak drive keter sirman keter dia parking jauh. wuii x yah. dok lam umah atas katil lagi enak.

img06563

tp bilik adiknya dah cam kapal karam coz smlm kan sepupu2 nya melepak reramai kat sini abih sume balik main blah gitu ajer takde nak kemaskan.

sblm lunch depa kemaskan bilik, pastu aku suh berenti makan nasi lu, and bila fifin datang fifin jugak yang sambung kemas.

img06566

kak ann, ini yang kamu mahu. itu gambo lipas nya trap, di dalamnya setelah hampir 10 jam. kira fresh lagilah tp lelipas tu dah mati pun, once trapped tak leh kuor dah coz melekat ngan jari jemari depa. pil tu yang mengumpan lelipas tu mati tertangkap lam tuh. pastu cabut2 buang lah lelipas tuh and letak balik coz masih lagi boleh dipakai. gitu gayanya….

ha kau semata2 ko nak sangat tengok umah lipas ni kan kak, gini aku snapkan jugak sblm fifin buang.

Comment: 16